Saturday, September 28, 2013

Pak Guard dulu ditendang,sekarang disayang!



Isu BiniMatyo(patut laki Mat Yo kan haha,aku confuse sapa suami sapa bini skarang) semua rakyat Malaysia  dah tau kan.Kesian dia kena tendang kena maki dek perempuan x berhati perut semata2 bersikap amanah dalam pekerjaan.27 September semalam birthday pakcik tu,Happy Birthday Pakcik Azman!.

Sekarang bukak Fb je ada je pic2 edit pic pakcik tu ngn bini matyo.Buat komik lawak.HAHA.Pakcik tu da pemes skrg(ko jgn jeles k biniMatyo).Aku tgk Pic pakcik tu dengan orang2 yg terknal.Yg x terkenal pun  nak bergambar dengan dia.Kalau airport tu dekat aku pun nak begambar dgn pakcik tu.huhu.

pakcik ni diberi peluang merasa duduk dlm kereta mewah Encik tu sempena besday dia smlm


team ATM 
ni YB Nurul Izzah ank D'S Anwar Ibrahim(no politik komen plz)
ni aku tak kenal amoi mana yg bgambar dgn pakcik ni.



antara komik lawak yg aku jumpa kat FB


cartoon pun ada..haha
Apa la yg bini matyo tgh buat skrg.adakah beliau sudah malu sehingga memakai baldi  untuk menutup muka beliau,atau pun masih bermuka tebal makeup 10cm.
Kesimpulan nya : Hormat lah orang yg lebih tua,kalau x jadi la macam laki bini Matpoyo.




Monday, September 23, 2013

Resepi : Aiskrim Goreng Paling Simple.


Cuaca panas je baru2 ni,xda hujan langsung.
So panas2 macam ni sedap dapat makan benda sejuk.
Aiskrim!..ya tp bosan plak makan aiskrim camtu je.Then timbul la idea aiskrim goreng!!.
Godek2 resepi ...dapatlah buat lepas rujuk blog Cik Epal .Resepi yg paling senang aku jumpa.Bnyak sangat resepi yg senang2 kt dlm blog cik epal tu.Aku buat kemarin aiskrim ni.Senang gilakkkkk.

Bahan2 dia simple meletup je.



-Roti putih (sekati ko  la gardenia ke maximo ke high 5 ke)
-Aiskrim(aku guna vanilla je sebab tu je yg ada dlm fridge)
-Gelas(kita nak guna area bulat dia tu ,aku harap korang paham apa yg aku cuba sampaikan ni..haha)

Cara2 buat.

1)Ambik satu roti,letak aiskrim tgh2 roti tu.Agak2 ye.Jangan banyak sgt,tkt melimpah masa tekap dengan 
gelas.

2)Ambil sekeping roti lagi tutup aiskrim tu.Then amek gelas tekup kuat2 roti tadi.


tekup kuat2.

then jadilahhhh tadaaa...comel macam bentuk pau.grrrrrrr
3)Ulangla semua step sampai dapat jumlah roti aiskrim yg korang nak.Aku buat 4 je.Saje2 kan.

hoooooohooooo
4)Simpan dlm peti sejuk semalaman.Bg dia btl2 keras.Kawan aku buat xsimpan dlm peti sejuk terus digoreng nya..Habis cair meleleh aiskrim keluar.haha.

5)Lepas dibekukan semalaman.Tuang minyak ,tunggu minyak betul2 panasss sangat berasap2 baru masukkan aiskrim anda.Goreng sekejap je,jgn lama2.Kau celup2 je.Haha.Nampak dah brown2  tu angkatlah.Kejap je dia jadi brown.

tadaaaaaaaa...

aiskrim vanila aku ..


Sedap sangat2.Rangup diluar and dalam ada aiskrim vanila yg awsome.HUHUHU.Nyesal aku buat 4 je.Ayah aku bukan main suka makan.Dia suruh buat banyak2 lain kali.Lain kali nak banyak kan perisa aiskrim goreng tu.
Take care :D


Wednesday, September 18, 2013

Resepi : Ayam Panggang My Style



yaww!Selamat Hari Malaysia.Sorry lambat wish.
dah lunch?..
anyway arini aku nak share tentang ayam panggang yg aku buat.NO,NO xgempak sangat pun ,kita bukan chef or mcm awak2 yg pro memasak di luar sana tu :3.Saja buat ayam panggang sebab fevret.Ni resepi tembak2 xkena aku k.

Bahan2 yg aku pakai:
Ayam(potong la bahagian2 mana kau nak,aku suka ribs dia)
Bawang putih(ambikla brapa ulas yg kau mau then blend )
Serai(tumbuk2).
4 cili besar tu.(di potong memanjang)
Sos cili.
Sos black pepper.
Sedikit madu.
Then lemon(sebagai perahan)

Perap ayam bersama bahan2 tadi.Aku perap dua jam.Kalau nak lagi sedap semalaman la perap.
then bakar.Stengah jam pada suhu medium high.

lemon lemon beribu2 lemon

my lunch.diet xmakan nasik konon.hahaha.
off topik ayam panggang jap,nak on topik tentang ayam bakar.
dulu masa kat kampung Sarawak,kazen2 ajak buat BBQ.

Then dorang share secret ingredients.Iaitu Coca cola+asam boi.Dorang cakap abg2 jual ayam bakar kat pasar malam yg ajar.Kitaorg tryla.Perap ayam dengan bawang putih+coca cola+asam boi(beli yg 20posen dlm plastik tu).Then BBQ.Rasa ayam tu perhhhhh sebijik rasa ayam bakar yg jual kat pasar malam tu :D.
Tapi not so healthy k sebab ada coca cola tu.haha.Bawah ni pic masa BBQ tu...silakan kelaparan.

tangan yg rakus tu bukan tgn aku.hahaha
n yess kaki ayam sekali.xnak membazir.hahaha
Take care .Love.





Friday, September 13, 2013

Review:Skincare Eskinol.



Bello.
Eskinol.Korang familiar ke dengan skincare ni.Aku rasa org Sarawak/Sabah lebih familiar dengan jenama ni sebab memang sangat senang jumpa kat sana.Produk ni berasal dari Philipines diimport oleh Borneo Pharmacy Kuching Sarawak.Antara produk dia yang aku dah cuba facial cleanser dia yg merangkap sebagai toner,scrub dia dan jugak cream dia.

klik gambar untuk tumbesaran
1)Papaya Smooth White-Facial deep cleanser
Aku beli yg ni sebab saje2  sebenarnya.Saja nak try.Arahan belakang cakap ambik facial cotton then tuang sikit cleanser ni patu sapu kat muka and leher.Then check cotton tu..DAKI!!!!!eww kotor jugak muka aku walaupun lepas cuci pakai cleanser.Memang bersih clear la muka lepas pakai cleanser tu.Actually cleanser ni toner,pakai lepas cuci muka.Memang sangat menyegarkan ,muka pun jadi ringan.And bestnya dia ada anti-bacterial formula(anti jerawat).Jangan guna selalu,ada alcohol,boleh rosak kulit muka.Perubahan dia kulit muka lebih licin  dan parut jerawat pudar.Yela sebab papaya kan.Memang mencerahkan kulit.Ohya bukan perisa papaya je(perisa???) ada jugak yg lain macam timun,lemon.

setakat ni aku dah try lemon dan papaya

2)Then bila da suka ,aku beli produk lagi satu iaitu Papaya Smooth White-Facial Scrub.
Juga anti-bacterial formula.Struktur scrub dia xdalah kasar sgt mcm ada sesetengah scrub muka,lembut je kat kulit.Aku bantai sapu sikit dekat badan kadang2.HAHA

3)Cream Muka:
Gluta Milk Whitening Cream plus milk essential dan SPF 16/PA+.
-Yang ni aku x suka sangat pakai kat muka sebab produk gluta2 biasa berminyak kat kulit aku.Aku just pakai kat leher n kat badan hehehehe..sekati2 je.Tapi kadang2 gatal pakai jugak kat muka.Bau dia wangi cam bau susu dutch lady.haha..

Oxygen Skin Renew plus sea mineral+marine collagen
-oleh sebab aku suka mkn seaweed pure marine collagen aku try jugak yang ni.Dia membantu dalam pembentukan sel2 kulit yg baru dan menegangkan kulit wajah,kira melambatkan proses penuaan (perlu jgk walaupun baru 23tahun..hehe).Bau dia xwangi mana pun,macam bau shampoo clear(mandai2).Yang ni xberminyak pakai dia.Kira ngam la pakai kat muka aku.
depan

blakang dia..klik kalau xnampak
semua ni aku beli time balik Sarawak bergawai haritu.Senang sangat nampak produk ni kat sana.Terutama yang cleanser tu,yg cream2 tu aku beli di farmasi sana.Macam2 produk skincare nak cuba,biasalah perempuan(geleng2 kepala).
Have a nice day!







Tuesday, September 10, 2013

Rosalinda Kembali.


ROSALINDA!
Siapa ingat lagi kat cita ni ?
Drama mexico yg aku xpernah miss tiap kali balik dari skolah.80 episod semua.
Balik mesti hadap tv tengok,pastu datang skolah esoknya bercerita tentang drama tu dgn kawan2 perempuan,kadang2 cikgu aku pun join sekali bercerita.haha.Memang hits la cerita mexico time tu,drama korea,drama indon belum laku time tu.


Rosalinda si gadis penjual bunga yang menghadapi pelbagai rintangan hidup untuk mencapai kebahagiaan dengan kekasihnya Fernando Jose(omg hensem dia ni!).Paling aku x suka dalam drama ni is mak si Fernando Jose yang tua kerepot tapi hati busyukkkkk tu.

ni mak fernando yang jahat tu..tgk mata dia.hahhaha


sekarang dah ada ulangan drama ni kat tv 9.
isnin-jumaat.
pukul 11.30 malam.pheh malam sangat.maybe sebab banyak scene yg merabunkan mata kot.haha.
lagu dia tu memang aku hafal,tp benda yg kuar masa menyanyi mengarut2 asal sama bunyik hujung dia.haha.

 ayamorrrrrrrr...lalalala




Friday, September 6, 2013

Masih ingat kah?



Siapa budak2 90-an kat sini?komen2.haha
Tiba2 teringat zaman kanak2 ribena.Masa tu aku masih menetap di Sarawak.
Dulu2 Mmg kaki makanan ringan la,sampai gigi rongak habislah makan benda manis je.haha.
Yang paling aku suka dingdang,jojo n tora(yang aku ingat la).Tiap kali nenek n atok g bandar,aku dgn kazen2 mula la berkirim2 beli dingdang.Nenek sampai je berebut pilih,bukak kotak check mainan dlm tu.Biasa yg kropok bulat2 dalam tu xpandang dah,pandang mainan je.Da bosan main,baru makan kopok tu.



selain tu,gula2 yang putih nama white rabbit tu.dulu masa aku mula kenal gula2 tu aku xsuka sgt sebab ada plastik melekat kat gula.padahal plastik tu mmg boleh dimakan(yela masatu kan bodo2 hingus lagi)haha.


then gula2 getah yang ada tiga color tu(merah,kuning,oren).fevret.sampai berebut2 dengan kazen.kadang2 bersorok2 kalau balik dari kedai,tanak kazen nampak.tamak.haha.

yg atas tula gula getah tu..nyum3
yg bawah tu biskut beras pulut.sedap jugak.
kalau balik kg kat sarawak wajib kumpul semua ni.
ni gula-gula telur dinosour.bapak aku yg buat nama camtu sebab besar sgt.haha.kembong pipi makan gula2 ni.tapi memang fevret aku,suka simpan kat pipi lama2 sampai dia kecut jadi kecik.

lagi satu tu kan gula2 macam smarties tu.bentuk dia no 8.macam2 kaler ada.suka tengok kaler dia.
no 8 kan.haha
bila dh penat main kejar2 dengan kazen,tekak haus,panas mesti nak benda sejuk.kitaorang g kedai borong aiskrim yg panjang2 tu.yg bermacam2 kaler tu.campur2 ada yang sejuk keras ade yang sejuk cair,pastu sambil berjalan  balik rumah nyonyot tu.




selain makanan ringan,gam belon tiup2.dia datang dengan peniup sekali.kena picit tiub tu nanti kuar cam gam,then letak kat batang peniup,then tiup sampai besar belon.aku xtahan bau gam belon tu je.tapi sronok gila main belon tu.kalau dapat main skrg pun aku cukup eksaited.

paper dolls!!..budak perempuan dulu2 mana main game makeup pakai baju cntik kat pc dulu.kitaorg main paper doll yg boleh tanggal baju,tukar baju dia dgn baju cantik2.kalu jumpa kat kedai nanges2 suruh ayah belikan.ala murah je.bajet bawah rm1.kalau bermain dengan kazen2 perempuan startla tunjuk koleksi paper dolls masing2.xbestnya xsampai seminggu mesti putus pala,putus tangan.maklumlah kertas je =_=.


selain paper dolls tu aku join jugak kazen laki main perang2.ala guna askar yang kecik2 tu.bukan main banyak lagi koleksi dia.dah banyak kena bawak lari tikus malam2.haha.ada trak askar sekali,keta kebal dia.aku layankan aje.
 and yg masih aku ingat game tekan bagi masuk gelung2 dlm tiang tu.dlm skrin tu ada air.hahaha..lawak btl.tapi skrg pun ada lagi kan mainan cmtu.contoh kat bawah ni.


korang punya childhood macam mana pula? :)