Saturday, June 28, 2014

Selamat Berpuasa!!

pon-pon.
Pejam celik-pejam celik dah masuk bulan Ramadhan eh.Patu Raya.
Pergh makin pantas berlalu.
Korang2 sahur apa kang?..hehe..
Anyway,aku nak ucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Barakah,Selamat Berpuasa,Selamat Bersahur..jangan lupa niat puasa awal2.
Masuk2 je bulan puasa mula start target2..kekonon nak berdiet la sebab nak kuruskan badan,nak puasa penuh tahun ni,nak start berhijablah,nak berubah jadi lebih baik lah..all the best kepada sesiapa yang ada target camtu :).

Dugaan paling xbest mesti bazaar Ramadhan.hahaha..
Semua nak cuba.Last2 simpan dalam peti sejuk je sebab xdapat habiskan..
Makanan paling ditunggu2 aku mestilah bubur lambuk free..haha..dapnye(meleleh air liur menaip)..

Okay,dah start berterawih malam ni,selamat menunaikan terawih u olls.Mohon maaf zahir dan batin kalau ada penulisan aku selama ni kasar sangat sampai menguris hati hempedu..0-0 okay.Take care.





Saturday, June 21, 2014

Entri Special Gawai.


Woah berhabuk2,penuh sarang labah2,berlumut2 hijau blog ni(melebih lah kau)..
Lama jugak aku x update oo since balik kampung bergawai ritu.

So walaupun hari Gawai dah pun habis..bagi aku gawai sebulan :p,ni entri khas Gawai.
Berlepas dari KLIA2 petang kira 5 lebih camtu,sampai KUCHING kul 8 malam lebih camtu.Pengalaman first time guna KLIA2,pergh memenatkan gile nk berjalan kaki menuju gate berlepas!.Next time la aku buat entri tentang airport baru tu..

Sampai2 terus balik kampung malam tu jugak,kira2 tengah malam sampai.ohya,KAMEK ORANG SERIAN!.Time lalu rumah panjang kampung aku,terang bederang,dorang tengah buat preparation perasmian hari Gawai kot.Di rumah kampung just tinggal datuk aku dan beberapa kazen,nenek and uncle aku passed away baru2 ni.Jadi kurangla orang berkumpul Gawai tahun ni.Life must goes on!

Malam tu jugak kitaorang mengemas rumah bagai,tukar apa yang patut(langsir,cushion cover,alas meja),then operasi mengisi kuih muih(kek biasa kitaorg potong pagi gawai sebab kalau potong awal laju je lesap).Biasa malam sebelum gawai susah nak tidor mata,berkaraoke la kitaorang family sampai kul 4pagi baru tido.

ni rumah panjang kg aku,dijadikan homestay jugak(diguna time ada majlis keramaian je,kitaorg x stay situ)

aktiviti pagi Gawai~
Masak2 semua aunty2 aku handle.haha..just simple dish macam meehoon goreng,kari ayams makan dengan lemang, pangkang(lemang dayak) dan other makanan..kalau nenek aku masih hidup dia akan buat ketupat palas(dah macam raya lak).Aku dan kazen teman datuk aku ziarah kubur nenek dan uncle.

kewajipan ada kek lapis!!!sila cuci mata..
 biasa Gawai pertama,family bertandang.Penuhla satu rumah.Lebih2 lagi family aku belah sini semua kahwin campur,kahwin Melanau,kahwin Cina,kahwin Iban,kahwin Melayu,kahwin Jepun(yes betul xtipu),kahwin Filipina..bila berkumpul memang happening..aku snap picture xbanyak..hp aku buat hal time ni T_T..tunggu la aku beli hp canggih beratus megapixel nanti..

iban dan melanau family

japanese cousin..manja lagi  posing lentok..!
Hari kedua Gawai~
Biasa hari second baru berjalan ke rumah saudara mara.
The best thing is pergi ke kampung pedalaman..dalam nun jauh menembusi hutan..memang seronok sangat.
Tapi yang x best nya..LINE XDA ..sobs3..terpaksa lah angkat tangan cari line..biasa hari kedua lah paling ramai orang datang rumah..sampai ke pagi kena layan tetamu..penat tapi seronok..

there goes my cousins belajar main gong beramai2

ni kat bahagian belakang rumah dorang..belakang tu ada sungai cetek.
kat sini la dorang lepak2,BBQ,berlangkau,drinking even sleeping pun best...

nilah sungai cetek tu..sejukk sangat..air dari gunung

my aunty dalam kostum tradisional bidayuh.. pretty right..
ni Pangkang..lebih kurang macam lemang,tp aku lebih suka ni..dia xberlemak..
lauk pauk dia pun original masakan dayak..xberlemak,xberminyak..love3
rumah panjang?since aku duduk di kampung Bidayuh,dan xberjalan ke kampung Iban(rumah panjang iban lagi happening time Gawai)..jadi aku x banyak ambil picture masa pergi rumah panjang..aku pergi pun nak tengok pertandingan Kumang&Keling Gawai(Pertanding Ratu&Raja Gawai)..cantik2 handsome2 peserta..gambar peserta banyak dalam camera kazen aku je..memang ramai lah orang luar datang situ,xkira la kaum lain atau orang putih..

inside rumah panjang

kat ruai(luar)rumah panjang..sebelum disimen luar ni hanyalah buluh je semua..tapi disebabkan buluh banyak tanggal..jadi simen je lah semua..haha
tangga rumah panjang..gayat oo.unik kan..
banyak lagi story dan gambar aku nak share...tapi sampai sini jelah..nanti panjang berjela entri ni korang jadi bosan pulak baca.haha..:D..have a nice day!!!..

ohya!thanks kepada sesiapa yang sudi klik tabung aku selama ni..nanti aku klik balik tabung korang..:D..
Lagi satu , gua team GERMANY!!!!!!!!!!!!!Germany for FIFA World Cup..haha.. :p