Friday, December 26, 2014

Bekam Muka Untuk Hilangkan Jerawat.



Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

eh..aku google bekam,kuar pic david beckham..hahhaahha


Ni cerita lama dah sebenarnya,awal bulan 11 ritu ,asyik peram peram sekarang baru nak keluarkan.
Time tu aku kena serangan asma,daripada tu aku jadi stress sangat sampai habis jerawat2,bintik2 kecik tumbuh macam cendawan lepas hujan.Sebelum tu aku memang teringin nak berbekam lama dah,sebab kawan aku suggestkan bagus untuk penyakit asma.Aku google2 sekali terjumpa bekam wajah,aku ni baru keluar dari gua sebab baru dapat tahu..dia cakap situ bekam wajah untuk hilangkan jerawat,jeragat2,naikkan seri muka(muka aku memang pucat macam zombi time tu).

Tapi lama jugak aku nak buat keputusan tu,sebab toreh kat badan okay lagi,ni kat muka..last2 aku beranikan diri jugak pergi.Bila sampai kat tempat tu,masuk bilik khas dia..yang buat bekam kat aku ni perempuan muda lagi,dia cakap memang family dia semua belajar bekam orang.

Dia suruh aku pakai kain batik berkemban dulu,kemudian meniarap sebab nak buat belakang badan dulu.Mula2 dia sapu minyak,aku taktahu minyak apa tapi macam wangi je berangin.Dia kemudian sedut dengan cup,okay xsakit jadi aku relaks lagi.Lepas dia tanggalkan cup,bahagian yang kena sedut dah bengkak,lepastu dia ambil needle yg org guna untuk check glucose dlm darah tu..phewww nasib x kena toreh dengan pisau kecik tu..macam kena gigit semut je kena cucuk tu.Lepas cucuk dia pump balik,lepastu dia bukak dia cucuk lagi sampaila berapa kali tah dia cucuk tempat yg sama,time tu baru sakit ,aku kelip2 mata tahan bisa.

Lepastu aku buat kat muka pulak.Dia cakap 4hari dah hilang,ada yang seminggu baru hilang bekas bekam ni.Sebabkan first time buat,deria nak try sangat tu sangat kuat,aku buat jelah.Kat dahi xda rasa pedih ,yang pedih kat pipi,sebab lembut kot..Lepastu aku buat kat kaki sekali.Lepas habis dia bagi aku minum air lemon campur madu suam.Dah siap semua,balik rumah tengok cermin kat rumah.. o.O...teruk gila lebam yang kat dahi,nampak macam ilumminati.haha..

Dua minggu baru bekas bekam aku tu betul2 hilang =_=
Selama dua minggu tulah pakai foundation,concealer,bedak tebal2 kat muka sebab orang pandang macam aku ni mangsa dera,muka lebam2...tapi yang best nya,badan aku ringan,asma aku makin sembuh..jerawat kecut,bintik2 kat muka hilang..

ni seminggu lebih,yang kat pipi dah mula hilang,dahi x hilang2 T_T
Rasa macam nak buat lagilah.haha..sebab memang susah jerawat nak lekat lepas buat bekam tu,ada pun 1 ketul,dua ketul time period je..

bye~ ❤


Monday, December 22, 2014

Review : The Hobbit : The Battle of Five Armies


Assalammualaikum dan selamat sejahtera~


Siapa sini dah pergi tengok cerita The hobbit terbaru tu??
Tiap tahun aku tunggu finally sampai juga penghabisan dia.
18 Disember haritu keluar,terus aku ajak kawan aku pergi tengok.Mana boleh tunggu,aku peminat sejak daripada movie The Lord Of the Rings lagi..haha..bagi aku 5 bintang lah movie yg last ni.

poster dia jk dah wow,apa lagi movie dia kan
               
 
King Thranduil & Bart 
Tauriel dengan Legolas(friendzoned ;p)

Tepat2 aku sampai dalam panggung wayang,movie baru nak start,sampai tertumpah popcorn sebab kelam kabut cari tempat duduk dalam gelap.haha..mula2 start movie ni pun dah gempak,Smaug mengamuk sembur2 api, Smaug kemudiannya kena bunuh dengan Bart.Lepastu Thorin jadi gila kuasa,tamak xnak share harta benda dorang dengan rakyat lain dan pentingkan diri.

Ohya 5 armies tu adalah terdiri daripada "dwarves,elves,eagle,orcs,dan manusia".Boleh tahan epic battle dorang,kawan sebelah aku bising tengok scene tu dah macam orang tengok WWE Smackdown.Dan first time aku tengok Legolas kehabisan anak panah,dia terpaksa berlawan guna pisau je,sebab masa dia dalam The Lord Of The Rings,sampai kesudah anak panah dia x pandai habis,magic betul.Hahaha.Dalam yang last ni banyak unsur2 love ditonjolkan macam kasih sayang antara ank-bapak,Bart dengan anak2 dia,Kili si Dwarf yang bercinta dengan Tauriel si Elf(yang ni sedih gila,Kili kena bunuh depan Tauriel),dan kasih syg antara kawan baik Thorin mati di pangkuan Bilbo.

Movie ni best sangat even kawan aku yg first time tengok yg xpernah layan mana2 past movie The Hobbit pun nak ajak aku tengok movie ni lagi sekali,memang fokus je tengok,xmengantuk sebab jalan cerita x lambat cumaa satu je aku x berkenan..banyak sangat CGI dia guna kat watak jahat,Orcs dan Goblin..nampak sangat kerja komputer dia lebih.Dulu-dulu masa dalam The Lord Of the Rings,watak2 jahat yang hodoh tu macam Urukhai/Orcs  semua pakai orang betul cuma dimakeup buat topeng je jadi hodoh.Nampak macam real,aku pun seram tengok lama2.

orcs yang kiri nampak lebih real kan
Yang ketiga ni xdalah lama sangat nak habis berbanding yang kedua : Desolation of the Smaug dulu,punya lama naik keras kematu punggung aku nak habiskan scene last dia yang main nyorok2 dengan naga tu.Xnak cerita lebih2 nanti spoil mood tengok kan,pergilah tengok sendiri :p..Aku pun nak tengok sekali lagi tapi kali ni nak try yang 3D dia.Mesti lagi gempak..


bai.




Thursday, December 11, 2014

Mee Kolok Sarawak



Hellos~

Bunyi rigtone notification whatsapp-
Kazen bagi picture,download...ceshh..gambar mee kolok.Saja je nak buat aku jadi hulk,mana nak cari mee kolok di Melaka ni.Aku pun mengamuk baling handphone sampai pecah.

Kalau geng Semenanjung nak tahu,x lengkap kalau pergi jalan2 Sarawak x cuba mee kolok ni..Mee kolok ni ada yang halal dan yang tak halal.Yang halal biasanya mee kolok daging lembu/sapi,ayam pun ada..tapi aku suka yang daging sapi lebih terasa sedap dia.Kejap2,aku confuse sikit,kawan2 yg dari Sarawak tau x apa beza sapi dengan lembu?..ke sama je dua2 tu..hehe

ni gambar mee kolok last yang aku makan bulan 6 ritu..huwaaa..
cakap je "mee kolok sigek(mee kolok satu)"..nanti orang kat kedai tu akan rebuskan mee,letak isi daging yang telah direbus dihiris2 atas mee,then letak daun sup/taugeh kemudian ada kicap khas dia..kalau nak pedas boleh request letak cilipadi bnyk2 .Mee kolok dihidangkan dengan sup sapi/ayam dan jugak sos cili.

gambar disend kazen aku
nampak macam mee goreng sedap yang segera tu je kan..haha.. =.='..tapi percayalah dia lagi sedap daripada tu.Buat sendiri mee kolok ni lebih senang sikit daripada buat laksa sarawak,laksa sarawak leceh sikit nak sediakan dia..Kazen aku ada bagi aku 3 perencah laksa sarawak .tapi sampai sekarang aku belum try2 buat,dah expired agaknya perencah tu..haha..

bai.

Saturday, December 6, 2014

Jus Tomato


Assalamualaikum dan selamat sejahtera friends~

Siapa nak cantik,slimkan badan,awet muda,sihat luar dan dalam???Makanlah tomato,minumlah jus tomato tiap hari.Badan aku ritu ada masalah macam gatal2..maybe sbb supplemen yg aku baru ambik.So aku stop lepastu aku ambik alternatif nak detox bdn aku.Macam2 aku buat termasuk minum jus tomato ni.

hai saya sebijik tomato yg hensem
ambik sebiji or dua biji,potong2 masukkan ke dlm blender or juicer,tambah air sikit je,xpayah banyak sebab tomato ada air dia sendiri.(kalau korang jenis macam susah nak telan tomato tambah secubit garam/or secubit gula).

aku xbuang hampas2 dia,aku telan habis je,jangan bazirkan benda berkhasiat.haha
apa yang best tentang jus tomato?

~kulit cantik/awet muda
Buah tomato ada vitamin C dan A pastu tinggi antioxidant.Dia mencerahkan kulit,menghapuskan warna kulit yg xsekata tu,dan kulit jd mcm pakai blush gitu(kemerah-merahan).Haa g satu sapa2 yang muka berjerawat/berminyak amat digalakkan minum jus tomato ni.Dia bagus untuk rawat acne.

~bagus untuk slimkan badan/turunkan berat badan
Sesiapa yang tengah dalam proses slimkan badan rajin2 la juicing termasuk buah tomato ni.Tomato ni berfiber dan full dengan air,memang kau akan rasa kenyang gila,xda rasa lapar lepas minum dia.Aku boleh tahan sampai petang xmakan sebab minum jus ni pagi2.Dan paling best dia bagus sangat untuk sistem pembuangan,lancar je.Selain tu dia mengawal kadar kolesterol dalam badan kita.

~anti-cancer
Dalam tomato ada lycopene.Lycopene ni dah dibuktikan oleh saintis2 dapat mencegah beberapa jenis cancer macam cancer payudara,cancer prostat,cancer paru-paru.

~detox 
ni tujuan aku sebenarnya,tapi aku dah ketagih sekarang.Tiap ari  godek peti sejuk cari tomato nak buat jus,xjumpa tomato hentak kaki.Jus tomato ni sangat bagus untuk detox segala toxin2 racun2 kuar dari badan.

Warning:sesiapa ada masalah uric acid tinggi dalam badan x digalakkan minum jus ni.Nanti kang 
jadi lain.

So,jummmm borong tomato.

catatan.extra : thanks sesiapa yg follow/yang rajin jerit2 kat shoutbox aku tu,nanti kita blogwalking balik ya kwn2.Dan thanks nuffnang atas CPUV Disember :)