Monday, March 30, 2015

Kucing Aku Nampak Hantu



eh eh..
Malam2 gini share cerita seram pulak dia ni...memangla.kalau share siang xmenakutkan.heheww
Cerita ni berlaku bulan lepas.
Time tu pukul 9 malam,aku tengah duduk2 atas katil main handphone,lepastu ada seekor kucing aku ni..dia memang rapat dengan aku.Selalunya dia memang tido atas katil aku.Dia masuk lepastu berhenti depan pintu
bilik,mata dia tiba2 besar, ekor dia mengembang.Aku pun jadi pelik.Aku panggil la dia.

gambar contoh


"bubu,bubu"sambil datang dekat dia perlahan.

dia mengundur dengan ekor kembang dia tu,mata besar.Aku xpuas hati
aku tangkap dia..dia meronta..lari keluar dari bilik.

aku pandang la sekeliling kot2 ada benda pelik dia tengok sampai jadi takut(dia ni tengok teddybear pun takut kadang2).Aku perasan teddybear aku kena tutup dgn selimut,mana nampak..oleh sebab xpuas hati,aku terus keluar ambil Bubu tadi bawak masuk bilik balik..

ekor dia naik kembang balik ,mata dia bulat merenung katil aku,lepastu berlari laju keluar dari bilik.Eh seram terus.Aku mula pikir bukan-bukan.Aku terus beritahu mama aku,mama aku cakap dia nampak hantu kot..eh eh yeke =_='' .Terus aku tido dengan lampu bilik on malam tu.haha

ni lah si BUBU
betul ke dia nampak something menakutkan dalam bilik aku malam tuu?..brrr..goodnight.

Saturday, March 28, 2015

Scrub Beras : Menghalus dan mencerahkan kulit


Toink-toink.
Dah lama x post homemade penjagaan kulit.Harini share tentang scrub beras.Scrub ni scrub fevret kedua aku selepas Skrub Kopi

Antara kesan penggunaan scrub beras ni:
-Mencerahkan kulit (muka&badan)
-Kulit lebih glowing/xkusam.
-Kulit lebih licin.
-kulit lebih lembut/halus mulus


Beras(gunala apa2 jenis beras pon xpa)

kisar beras sampai hancur,xpayah halus sangat(kisar guna blender/tumbuk lesung)

 dah siap,simpanla dalam bekas buat stok,senang nak berscrub nanti xpayah susah2.

Cara guna:

boleh dicampurkan dengan madu

atau gunakan dengan lemon
lepastu scrubla kulit,xkisah la kulit mana2 area yang rasa macam kasar ke yang gelap tu gosokla situ,untuk muka pulak jangan gosok kuat2.Try amalkan scrub 2,3 kali dalam seminggu.Lepastu tengoklah hasilnya..wink3.have a nice day!

Antara skrub2 lain yang korang boleh try:





Sunday, March 22, 2015

Roh berlegar selama 40 hari selepas kematian?



Assalammualaikum dan salam sejahtera ~
Ayah aku baru je kembali ke rahmatullah pada hari Jumaat lepas 13/3/2015, selepas serangan
jantung.Sedih memang sedih,redha jelah tapi kadang2 rasa rindu kehadiran n suara dia memangxdinafikan.Mula lah makcik2 jiran aku,family2 terdekat bagi semangat,bagi tips2.Antara cerita2 tips2 dorang share adalah  selama 40 hari 'si roh' akan balik rumah,jenguk2 family dia melawat tempat2 yang dia suka pergi,selain tu roh akan datang malam jumaat so perbanyakkan baca al-quran,bila ada bau kapur barus maknanya dia datang jenguk.Bila dengar cerita macamtu macam seram pun ada,happy pun ada la kan ,ayah masih ada kekononnya cuma kita xnampak dia =_=''...ehhh yeekkkee..

Lebih memelikkan lagi.Kazen aku kat Sarawak tiba2 call cakap dia nampak arwah keluar dari bilik yang selalu kitaorg tidur time balik kampung.Dia nampak arwah pakai serba putih,pegang tasbih,songkok putih.Selain daripada tu,kazen2 aku yang kecik yang kat Melaka,yang rapat dengan arwah dulu pun nampak arwah bapak aku tu.Pakaian sama serba putih.Berdiri tegak,sambil senyum.Buat masa ni aku xdalah ternampak ke apa..cuma mama aku je nampak,dia cakap arwah berdiri dalam bilik serba putih jugak.

Aku ni jenis curious ,tu yang bila dapat cerita macamtu aku terus Google pasal ni.Akhirnya jumpalah penjelasan daripada blog2 yang sumbernya boleh dipercayai.Yang kita nampak tu sebenarnya Qarin,jin yang merupakan kembar manusia.Roh orang muslim bila dah terpisah daripada jasad,dia akan kekal di alam barzakh dia sehinggalah hari kiamat tiba,alam barzakh dan alam dunia dipisahkan dengan tembok yg kuat,macamtu jugakla kita yang kat alam dunia ni xdapat pergi ke alam barzakh(tanpa ada sebab).Dia xkan kembali ke family dia,berlegar2 melepak tempat fevret dia sedangkan dia sepatutnya tengah menerima balasan di alam kubur sana samaada yg buruk atau baik.Malaikat mungkar dan nakir xkan bagi can.Sekarang baru clear otak aku.phew.

Tapi tengahari semalam aku tertido sebab terlalu penat,aku sempat mimpi ayah aku kejap.Sebak betul mimpi tu,teruja sebab jumpa dia.Yang tu aku x tahu pulak penjelasan dia macam mana,tu betul2 "dia" ke atau mainan syaitan ke atau aku cuma terlalu fikirkan dia,sampai termimpikan dia....i miss you daddy!Jumpa di akhirat nanti.Semoga tenang disana dan ditempatkan dikalangan orang2 beriman.

Al-fatihah.










Thursday, March 12, 2015

Wednesday, March 11, 2015

Haiwan Pelik Dari Serata Dunia


Kadang-kadang kalau tengok benda2 pelik sikit,mesti dalam hati "eh ni mesti photoshop ni".Tapi percaya tidak kalau benda tu betul2 wujud.Kadang terimagine jugak kalau binatang2 macam pokemon tu wujud,bukan kita tahu pun kan.haha..bawah ni antara haiwan-haiwan pelik dari serata dunia.


Anjing Bergamasco Shepherd
Ni bukan edit campuran mop+anjing ye.haha.Anjing berbulu macam mop ni adalah anjing penjaga haiwan ternakan kat Italian Alps.Ni guna mop lantai boleh jugak kot :p

red-lipped batfish
Amboi bibir awakk merahh delima macam Angelina Jolie.Pakai lipstik jenama apa ni,MAC ke?.Ikan ni terdpat di Pulau Galapagos,dia bukan la terer berenang macam ikan2 lain,dia gunakan sirip dia untuk berjalan di dasar laut.

okapi
Okapi ni sekali pandang macam campuran zirafah+kuda belang,seram pulak tengok.haha.Okapi ni sebenarnya daripada keluarga zirafah.Terdapat di Afrika.

panda ant
semut panda!dahla aku peminat panda.Semut ni terdapat di Argentina dan Chile.Semut ni nampak je comel macam panda tapi gigitan dia bisa.

Aye-aye
Sekali tengok haiwan ni ada rupa orcs dalam crita The Lord Of The Rings.Haha.Haiwan aye-aye ni terdapat di kepulauan Madagascar..binatang ni kot yang menyanyi I like to move it,move it tu.

Grimphoteutis/Dumbo Octapus
Comelll betul sotong ni kan!Sotong ni mendiami lautan dalam.Dia dinamakan dumbo sempena Dumbo,karekter anak gajah dalam movie terkenal terbitan Disney,sirip atas kepala dia tu  macam telinga gajah tu.

star-nosed mole
Seram ee kalau tiba2 ternampak binatang ni muncul dari tanah,dah macam alien.Benda pelik yang macam sesungut banyak2 tu sebenarnya hidung dia.Bila dia menghidu,hidung dia terus jadi jadi macamtu.Binatang ni banyak kat southern US.

Narwhal
Narwhal ni merupakan ikan paus saiz sederhana kat area arctic sana,tempat sejuk Russia,Greenland.Benda tajam yang macam tanduk tu sebenarnya gigi taring dia..dah macam unicorn laut dah.Comel je..grrr...

Glaucus Atlanticus/Blue Dragon
Sekali tengok macam baby dragon je kan.Masa aku first2 tengok terus ckp "photoshopp!!!".Tapi sebenarnya binatang ni adalah sejenis lintah laut.Geram je tengok cute sangat lintah ni.Haiwan ni nampak je comel tetapi sengat dia berbisa.


haaa yang ni lak..jerung+kuda= jerungda nama dia.Yang ni memang konfirm photoshop.Hahaha.Gilo kalau wujud binatang ni mana mau lari...brrrrr












Tuesday, March 10, 2015

Antara tanda-tanda diri semakin matang.


Assalammualaikum.Dan selamat sejahtera.

Random je entri aku kali ni.Tentang matang.
Aku 25 tahun 2015 ni.Dulu2, aku anggap 25 ni umur matang setiap manusia.Bagi aku umur 25 ni dah cukup TUA lah dulu.hahaha.Tapi itu tanggapan yang dululah,sebenarnya matang ni xda kaitan dengan angka umur pun.Matang ni lebih kepada kesan pengalaman yang lalu.Yang aku perasan bila kita makin berusia ni antaranya

Lebih memilih.
Contoh:kawan.Kalau dulu melekat dengan peribahasa "kawan biar seribu",sekarang  nak berkawan pun tengok perangai dulu camna..takut2 kang jenis tikam belakang kan.Jadi kau lebih senang rapat dengan kawan yang kau percaya sepenuhnya je.


Lebih menjaga kesihatan/kecantikan
Kalau dulu jenis jaga luaran je,makan semua xjaga.Kulit pun xjaga,berjemur xpakai sunscreen,muka berjerawat pun buat xtau je.Badan naik pun lantaklah,malas bersenam,malas makan vitamin,supplement semua.Sekarang,nampak je produk baru,semua nak try.Lepastu mula jaga diet,exercise semua.

Mula suka dengan benda2 yang kita x suka dulu
Contoh dia macam dulu xsuka satu movie ni sebab bosan dengan jalan cerita,ataupun cerita dia rumit nak kau fahami tapi sekarang crita tu lah fevret kau sampai berulang2 kau tengok.Contoh movie Notebook,Pretty Woman.Aku dulu pk cerita tu cerita untuk orang tua2 kot,membosankan.Lepas dah layan,suka pulak dengan kisah2 cinta macamtu.

the notebook!
Lebih suka duduk rumah berbanding keluar
Kalau dulu,lebih habiskan masa dengan kawan2 kat luar tengok wayang,makan2,lepak2 sampai malam,sekarang macam malas je.Rasa selesa kat rumah,duduk2 dengan family,tengok tv or buat aktiviti kat rumah je.

Relationship.
Semakin kita naik umur,kita belajar daripada hubungan-hubungan yang lepas,kita akan jadi choosy nak pilih orang yg jadi pasangan kita.Lepastu bila ada salah paham,kita lebih kepada repair hubungan tu daripada post2 status maki hamun kat FB(bila baca balik status2 lama dulu,gaduh dengan pakwe sikit memang sindir menyindir kat FB,semua kluar..haha,malu btl baca status lama)

Kurang bercakap,lebih kepada mendengar.
Kalau dulu potpet2 lebih,dengar kurang.Sekarang lebih diamkan diri kalau xda benda penting nak dicakapkan.Kadang2 kalau nak cakap kat orang pun pikir banyak kali,sebab takut tersalah cakap ke apa.Bak kata orang perahu terlajak boleh diundur,terlajak kata kang...lebihkan bercakap dalam hati je  :p

Bila dengar lagu,lebih menghayati lirik2 dia.
Pernah x dengar satu lagu tiba2 kau kaitkan dengan kehidupan kau sekali.Lepastu kau termenung panjang fikir.Ke aku sorang macamtu.haha..kalau dulu layan lagu yang techno2 tu skrg kau layan lagu yang lirik dia dah macam drama kehidupan kat tv.haha

Kadang2 kau start fikir/tanya diri kau sendiri soalan2 rumit.
Contoh macam bila dah kahwin nanti,adakah kau jadi ibu yang baik kepada anak2 kau?dengan lelaki yg bagaimana kau kahwin nanti?apa jadi kalau kau kehilangan ahli keluarga nanti?apa jadi kalau kau tiba2 dibuang kerja?..selalu jugak terpikir kalau duduk termenung malam2 sebelum tidur atau tgh hujan2.


ni antaranya lah,tapi sebenarnya banyak lagi.Tapi ada sesetengah prangai aku masih kebudak-budakan..haha..aku rasa xsalah kot,rasa macam muda je perangai budak2 sikit..:p ...kalau ada pendapat nak tambah sharelah skali yek.take care!














Sunday, March 8, 2015

MH370 : Genap Setahun.



Pagi ni bangun rasa hiba je hati ,macam baru semalam je dapat berita yang MH370  hilang tiba2 semasa dalam penerbangan ke Beijing,China.Hari ni,8 Mac 2015 dah genap setahun MH370 hilang.Masa awal2 hilang dulu tiap hari tercongok depan tv,selak suratkhabar,scroll2 newsfeed kat FB semata2 nak dengar khabar2 baru.Yang ada banyak teori2,khabar2 angin konon dorang ada kat Diego Garcia la,pesawat dah diubah imej la,pesawat disorokkan lah.X senang tidur fikir walaupun xda sorang pun family terlibat :(

Pencarian masih diteruskan.

Sampai sekarang xda berita terbaru kan.Entah manalah mereka sekarang.
Apa-apapun MH370 akan sentiasa di dalam hati.Harap family dorang terus bersabar dan xputus semangat.
Sekian entry pendek aku pagi ni.