Saturday, April 16, 2016

Review : Samyang Spicy Ramen Halal

Assalamualaikum salam sejahtera~
Ramai dah sedia maklum kot sekarang ni satu dunia tengah viral Spicy Ramen yg konon2 nya paling pedas sekali.Eh aku pun pikir jugak ye ye je pedas korang ni.Sorang2 pos video spicy ramen challenge mcm2 gaya tahan pedas.Ada yg nangis la ,ada yg xhabis la,nak muntah la,terkinja2 tahan pedas ahahaha...

Aku beli online je ahahaha..mall sold out.Agknya seller dah borong habis haha.

yup ada perisa ayam je 

kalau xnampak,amek kanta pembesar tgk cap halal tu :p

2 paket dalam dia.satu sos seasoning satu lg berisi biji bijan dan cebisan2 seaweed

gini rupa dia,pastu gaul2.MAKAN.

mengapa muka monyok selepas makan??
actually pic atas tu aku tgh menahan bibir terbakar bengkak...haha.Pedass gila gak la.Masa mula2 makan sedap je xda rasa pedas pun.Sekali bila stop kejap,mula la rasa pedas sampai ke otak oblongata.Hujung2 nak hbs tu lagi lah pedasssss keluar hingus segala mak nenek peluh.Air mata setitik dua adalah sikit.Kesimpulan dia,aku rasa xda lah pedas nak mampus,ada lg lauk malaysia lg pedas dari ni ..haha.tapi sedap lah,rasa nak makan selalu je.


in case ada orang yang masih curious ttg ramen ni boleh terjah Instagram budak korea mualaf ni.Ni aku screenshot je.

k take care you all.Terima kasih baca.




Monday, April 11, 2016

Senaman Mata Untuk Kurangkan Rabun

Assalamualaikum dan selamat sejahtera~


Aku seorang yg "bermata empat",sejak dari umur sekolah menengah lagi.Tula tengok TV dekat2 lagi,mak ayah larang xnak dengar.Aku krg gemar pakai spec,so aku pakai contact lens.Then aku kurangkan lepas check power makin naik.Sekarang ni lebih pakai spec,tapi macam makin teruk pulak rabun jauh aku ni T_T.So google2 la natural way untuk improve penglihatan.Antaranya melalui senaman mata.

Senaman 1-Fokus jauh-dekat
Ambil satu pensel,satu lagi object letak jauh dari anda.Pensel tadi pegang letak dekat paras mata (20-30cm).Mula2 fokus kat object jauh tadi,lepastu tengok pensel yg dekat dgn and tadi.Ulang 5 kali,buat 3 kali dalam sehari.

Senaman 2-Pengerakan mata sisi ke sisi
Duduk tegak.Pandang ke depan.Tanpa mengerakkan kepala,lihat ke sisi kanan kemudian ke sisi kiri(lebih kurang mejeling la).Ulang beberapa kali

Senaman 3-Aku panggil senaman juling ;p
Basically kau just amek satu object contoh pensel ke,or jari ko sendiri.Jauh kan dari mata object tu,mata kena fokus betul2 kat objek tu,kemudian perlahan2 dekat kan objek smpai hidung,pastikan mata ikut pergerakan objek tu.Then repeat balik beberapa kali.

Senaman 4-Rolling Eyes.
Just pusing2kan biji mata ikut arah lawan jam.

rolling eyes
ok aku nak start amalkan sambil tu nak rajin makan carrot hehe.Kita tengok hasil dia nanti,ad kurang xpower mata aku ni.

Take care ~



Thursday, April 7, 2016

Bunyi Orang Mencangkul Pukul 3 Pagi

(Sapa2 yang lemah semangat please tutup sebelah mata masa baca entry ni)
Nak cerita sikit la dua minggu lepas~

Di kala malam yang sunyi sepi,tatkala cengkerik2 mengalunkan muzika indah mendodoikan sang manusia.

tet-tet-tet(bunyi jam tangan digital aku menandakan jam tepat pukul 3 pagi)

aku terbangun.
bukan kerna diganggu bunyi jam tersebut tetapi bunyi yang datangnya dari luar,bunyi orang mencangkul.Entah mengapa aku rasa sangat2 berdebar2.Aku cuba abaikan.Mengiring ke kanan.

3minit berlalu~bunyi mencangkul itu masih belum berhenti.Malah semakin rancak.Aku mula resah,berpeluh.Aku bangun,bergerak menghampiri tingkap.Aku menyelak langsir sedikit.

jantung aku semakin berdebar,mata aku mencari2 sesuatu setiap segenap sudut depan halaman rumah aku.Mencari kelibat sang pencangkul.Tiada.

sambil fikiran aku ligat memutar cerita2 mistik seperti "sihir" yang kononnya ditanam di rumah orang yang dikehendaki,

10 minit berlalu~
kedengaran suara garau.Lelaki.

"haa aku dah tolong tanamkan serai kau,pergi buatkan kopi timah oi..penat ni"
kemudian kedengaran suara sang perempuan menjawab.

"aie,baru cangkul sikit dah penat ke bang"

sang lelaki berbalah.
"eh kau le,malam2 buta suruh aku tanam serai,nk hisap rokok pun x senang"

aku duduk termangu memikirkan mengapa pakcik n makcik jiran sebelah ni xreti tido pagi2 buta ni,aku terus bersangka baik(tengok bola kot).

aku pun terus menyambung tidur yang terganggu tadi.krohhhh.




Saturday, April 2, 2016

Hantaran.


Biasalah baru2 ni kan heboh hastag #15k kan :p
Xnak la cerita2 pasal video tu,cukup jadikan pengajaran je.Kesian lak aku tengok pengantin perempuan tu sampai ke mudah.my muka dia kena lelong ..huhu

Aku ada bagi mak aku tengok video tu.
Mak aku mengomen2 lak jugak.
Lepastu saja2 tanya berapa agak2 berapa hantaran kalau aku kahwin nanti(kalau ada jodoh luls)


"Entah xnak letak,bab2 ni kau tanya nenek kau je"
Tercengang aku.haha
Apsal tanya nenek pulak.


Mak aku pun explain yang dia kurang arif sangat adat2 Melayu ni.Mak aku ni iban bidayuh.Dia selalu tanya2 nenek belah ayah aku bab2 adat ni.

Pastu mak aku tambah.
"Buat apa mahal2,membazir,mak dulu sain borang je."
yelah mak,dia  dulu terus nikah kat Jabtan Islam Sarawak je memanglah sain je ahaha..
terus dia tunjuk pic kawen.

Ha..
daddy turns into the Hulk(shaking)

dulu2 femes pose tido ni jangan tatau

finally a better picture haha
pelamin pun kat Jabatan Islam punya dorang pinjam,termasuk shawl kat kepala mak aku tu. xD

orang dulu2 senang je kawen2 ni kan,hantaran ciput pun pastu kekal bahagia sampai hujung hayat..
Semoga "kita2"yang bujang ni dipermudahkan kahwin nanti.hee ~


Take care.

p/s:hai encik jodoh,adakah awak tengah membaca?mak kirim salam.