Tuesday, March 10, 2015

Antara tanda-tanda diri semakin matang.


Assalammualaikum.Dan selamat sejahtera.

Random je entri aku kali ni.Tentang matang.
Aku 25 tahun 2015 ni.Dulu2, aku anggap 25 ni umur matang setiap manusia.Bagi aku umur 25 ni dah cukup TUA lah dulu.hahaha.Tapi itu tanggapan yang dululah,sebenarnya matang ni xda kaitan dengan angka umur pun.Matang ni lebih kepada kesan pengalaman yang lalu.Yang aku perasan bila kita makin berusia ni antaranya

Lebih memilih.
Contoh:kawan.Kalau dulu melekat dengan peribahasa "kawan biar seribu",sekarang  nak berkawan pun tengok perangai dulu camna..takut2 kang jenis tikam belakang kan.Jadi kau lebih senang rapat dengan kawan yang kau percaya sepenuhnya je.


Lebih menjaga kesihatan/kecantikan
Kalau dulu jenis jaga luaran je,makan semua xjaga.Kulit pun xjaga,berjemur xpakai sunscreen,muka berjerawat pun buat xtau je.Badan naik pun lantaklah,malas bersenam,malas makan vitamin,supplement semua.Sekarang,nampak je produk baru,semua nak try.Lepastu mula jaga diet,exercise semua.

Mula suka dengan benda2 yang kita x suka dulu
Contoh dia macam dulu xsuka satu movie ni sebab bosan dengan jalan cerita,ataupun cerita dia rumit nak kau fahami tapi sekarang crita tu lah fevret kau sampai berulang2 kau tengok.Contoh movie Notebook,Pretty Woman.Aku dulu pk cerita tu cerita untuk orang tua2 kot,membosankan.Lepas dah layan,suka pulak dengan kisah2 cinta macamtu.

the notebook!
Lebih suka duduk rumah berbanding keluar
Kalau dulu,lebih habiskan masa dengan kawan2 kat luar tengok wayang,makan2,lepak2 sampai malam,sekarang macam malas je.Rasa selesa kat rumah,duduk2 dengan family,tengok tv or buat aktiviti kat rumah je.

Relationship.
Semakin kita naik umur,kita belajar daripada hubungan-hubungan yang lepas,kita akan jadi choosy nak pilih orang yg jadi pasangan kita.Lepastu bila ada salah paham,kita lebih kepada repair hubungan tu daripada post2 status maki hamun kat FB(bila baca balik status2 lama dulu,gaduh dengan pakwe sikit memang sindir menyindir kat FB,semua kluar..haha,malu btl baca status lama)

Kurang bercakap,lebih kepada mendengar.
Kalau dulu potpet2 lebih,dengar kurang.Sekarang lebih diamkan diri kalau xda benda penting nak dicakapkan.Kadang2 kalau nak cakap kat orang pun pikir banyak kali,sebab takut tersalah cakap ke apa.Bak kata orang perahu terlajak boleh diundur,terlajak kata kang...lebihkan bercakap dalam hati je  :p

Bila dengar lagu,lebih menghayati lirik2 dia.
Pernah x dengar satu lagu tiba2 kau kaitkan dengan kehidupan kau sekali.Lepastu kau termenung panjang fikir.Ke aku sorang macamtu.haha..kalau dulu layan lagu yang techno2 tu skrg kau layan lagu yang lirik dia dah macam drama kehidupan kat tv.haha

Kadang2 kau start fikir/tanya diri kau sendiri soalan2 rumit.
Contoh macam bila dah kahwin nanti,adakah kau jadi ibu yang baik kepada anak2 kau?dengan lelaki yg bagaimana kau kahwin nanti?apa jadi kalau kau kehilangan ahli keluarga nanti?apa jadi kalau kau tiba2 dibuang kerja?..selalu jugak terpikir kalau duduk termenung malam2 sebelum tidur atau tgh hujan2.


ni antaranya lah,tapi sebenarnya banyak lagi.Tapi ada sesetengah prangai aku masih kebudak-budakan..haha..aku rasa xsalah kot,rasa macam muda je perangai budak2 sikit..:p ...kalau ada pendapat nak tambah sharelah skali yek.take care!














1 comment:

  1. ahhhh. i see. sy dah matang rupanya. kekeke :3 *perasan*

    ReplyDelete