Monday, September 14, 2015

Jerebu Jerebu!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera geng~



Korang pun dah sedia maklum negara kita tengah dilanda jerebu teruk.Pukul 12 tengahari macam pukul 6 petang rasanya.Dah feeling duduk di kota London je berkabus2 gitu.Haha..yang kat London tu udara dia segar yang kat negara kita ni menyeksakan.Dahla sakit mata,pening kepala tambah lagi sesak nafas.

Nah ni antara tips2 untuk penjagaan kesihatan time jerebu ni:

-Kurangkan aktiviti luar.Main teng2 ke,berjogging ke,lepak kedai mamak ke,bercucuk tanam ke,jalan2 amek angin ke kurangkan dulu.

-Minum banyak air.Untuk mengelakkan hidrasi,mengelakkan sakit tekak, dan tingkatkan daya tahan badan.

-Pakai mask kalau kluar.Mask N95 lebih berkesan berbanding surgical mask(yg biasa orang pakai tu).Surgical mask direka hanya untuk menghalang partikel2 bsr mcm percikan air,titisan air ke.Tapi mana2 mask pun okay daripada takda protection langsung kan.

kiri(surgical mask) kanan (N95 mask)
-Kerapkan cuci tangan,cuci muka dan mandi.Hapuskan2 habuk,kuman2  daripada jerebu yang melekat kat badan.

-Yang ada penyakit yang berkaitan saluran pernafasan contohnya macam asma ke(macam akulah haha)kalau boleh duduk je memerap dalam rumah/bangunan kalau xda apa2 kepentingan.Pastikan ubat-ubatan,inhaler semua ada bersama.

-Jerebu ni memang menyakitkan mata,mata jadi kering gatal merah.Jadi siap sediakan eyemore ke apa2 jenama eyedrops kat dalam beg/rumah.Titis kat mata untuk melegakan mata.

-Yang merokok/ada family merokok/kwn2 merokok tu nasihatkan lah dorang untuk kurangkan merokok.Nanti makin teruk jerebu.

-Jangan buat pembakaran terbuka.Kalau ada makcik2/pakcik2 jiran buat, tegur sikit makcik/pakcik tu,jangan libas atau maki terus.Tegur secara berhemah. :D

Harap jerebu kat Melaka ni cepatlah berkurangan,harini bukan main teruk lagi =_=''

p/s : PRAYFORMAKKAH.Sedih dengar khabar dorang.

Take care~








-





8 comments:

  1. bnykkan berblogging.. bila berblogging kita x kuar rumah.. ehehe

    ReplyDelete
  2. Jemput singgah k..

    Entry terkini

    1. "Aperture Squad Artwork"



    ReplyDelete
  3. sama2 kita jaga kesihatan

    ReplyDelete
  4. Jerebu makin terukk.. Jage diri

    ReplyDelete
  5. Ahaiiii musim jerebu nie payah sikit nak ke sana ke mari... Hurm... Keluar rumah pun mata payah nak bukak. Pedih. Hahaha
    Apa apa pun, good tips. Thanks sharing :)

    ReplyDelete
  6. teruk betul jerebu kali ni....

    ReplyDelete
  7. masih ada lagi saki baki jerebu.
    bila la nak berakhir musim jerebu ni.
    anyway, tq sebab sudi join segmen CF ya :)
    http://cikgufaizcute.blogspot.my/2015/10/senarai-peserta-segmen-cikgu-faiz-nak.html

    ReplyDelete