Thursday, February 19, 2015

Review : Putihkan gigi dengan PlusWhite

Hai,hai,hai.

Entri kali ni nak review produk pemutih gigi jenama PLUS WHITE-5MINUTE BLEACH WHITENING GEL.Aku kenal produk ni melalui instagram supermodels_secrets(macam2 produk kecantikan dijual kat situ,sila checkout).Sebelum aku kenal produk ni aku bercadang nak try Crest 3D strips tu tapi harga dia agak mahal jugak untuk beberapa strips.Bila terjumpa plus white ni harga pun murah lepas tu banyak feedbacks positif,kat youtube pun ada review jugak daripada vlogger yang famous aku pun teruja nak try jugak.Jadi aku pergi ke web Supermodels Secrets dan beli terus.


tadaaa~aku beli rm59.Dia siap sekali dengan bekas acuan gigi tu.Kotak kemek sikit,biasala barang pos terhimpit2.


boleh digunakan dengan cotton bud(just oles2 kat gigi),acuan yang disediakan ataupun dengan memberus gigi macam biasa.

bawah ni pula rupa tiub dia.
Cara pakai:
aku guna bekas acuan gigi tu,just picitkan gel tu mengikut bentuk acuan,rata-ratakan lah guna cotton bud macam kat bawah ni.


lepastu pakailah kat gigi,biasanya aku pakai satu2,xserentak atas bawah.Selesa sikit.Kemudian tunggulah dalam 15-20 minit.Kat kotak tu tulis, gel tu akan mula bertindak memutihkan hanya selepas 5 minit.Sementara menunggu tu buat jela apa2 aktiviti baca buku ke,sapu sampah ke,aerobik ke.Lepas cukup masa ,keluarkan bekas acuan tu,berus gigi kemudian kumur2 sampai bersih.

pakaikan bekas acuan gigi
Keputusannya:
Tadaa!Tengok pic bawah ni.
Gambar 1-Sebelum pakai.Gigi agak ke-yellow-an.Aku xsuka minum kopi,tapi dulu suka makan bukan2.


Gambar 2-selepas 3 minggu lebih penggunaan.Gigi lebih putihlah juga beberapa tona daripada sebelum ni,gigi rasa licin sangat2.

dia xdalah terus putih macam kapur kasut tu haha,cuma dia lebih cerah sikit daripada warna gigi sebelum ni

kat kotak tulis untuk penggunaan kali pertama,gunakan 2 kali sehari selama 2 minggu berturut2,kemudian barulah guna sekali/2kali dalam seminggu tetapi aku just gunakan sekali je dalam sehari.Kesan dia boleh dilihat lepas penggunaan pertama,tetapi ada gak orang kesan dia lambat sikit nak nampak.Bagi aku produk ni kira berkesanlah,walaupun harga dia boleh dikatakan murah.

Tips sikit:
orang cakap nak gigi nampak berseri2,pakailah lipstik merah makngah.Hasil dia, gigi nampak putih berseri.




6 comments:

  1. cantiknya gigi. . :)
    nak putihkan gigi jugak la. . :D

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. alamak dah terpengaruh ni. haruslah momoy beli. muahahaha

    ReplyDelete