Monday, February 23, 2015

Tampil bergaya dengan selendang moden.

Assalammualaikum dan salam sejahtera.Siapa para hijabis luar sana??kita kawan.Hijabis dengan fashion memang xboleh dipisahkan zaman sekarang.Memang fitrah perempuan kan memang suka bercantik-cantik.

Lebih-lebih lagi zaman sekarang kan trend pakaian Muslimah.Sekarang ni macam-macam style pakaian Muslimah muncul,kalau dulu orang cakap Muslimah ni xpandai berfesyen,pakaian old-fashioned semua.Tetapi tengok sekarang,macam2 style ada sampai berjaya menarik perhatian ramai pengkritik fesyen luar negara yang kagum dengan koleksi pakaian Muslimah terkini yang menampilkan pelbagai rekaan yang cukup menarik dan moden mengikut peredaran zaman.

Kemunculan golongan hijabista yang begitu menggilai gaya fesyen Muslimah telah menjadi faktor bagaimana populariti fashion trend ini naik dengan cukup pantas sekali.Tidak kiralah berfashion untuk ke majlis keramaian sehinggalah ke aktiviti santai dengan kawan-kawan.



 Antara fashion item yang sentiasa menjadi pilihan hijabis zaman sekarang ialah fesyen tudung terkini yang sangat popular iaitu shawl ataupun selendang.Cuba tengok artis-artis popular dalam kalangan wanita yang memakai hijab di Malaysia terutama seperti Siti Nurhaliza, Nurul Syuhada, Wardina dan Yuna yang sering dilihat menggayakan shawl sampai peminat-peminat mereka pun terikut gaya pemakaian selendang mereka.




Sebab itu,x hairanlah dengan pengaruh mereka berjaya membuatkan trend selendang menjadi lebih popular dalam industri fesyen Muslimah Malaysia.Tutorial-tutorial cara memakai selendang online ini yang boleh didapati sama ada melalui majalah,Youtube,atau mana-mana saluran media yang memberikan ruang untuk kita semua mempelajari cara menggayakan shawl dengan gaya baru.Kita dah boleh style tiru Siti Nurhaliza pakai selendang dengan mudah,best kan?


Takda idea nak gayakan shawl korang dengan pakaian kegemaran? Jangan pening,jom kita tengok tiga gaya di bawah ini yang mungkin dapat berikan anda sedikit inspirasi untuk menggayakan shawl.








cantik kan?lepas ni xda alasan lagi untuk bergaya walaupun berhijab di zaman moden ni.










3 comments:

  1. for me.. me tak minat sgt pakai shawl.. rimas.. senang yg jenis sarung jew.. hehe

    ReplyDelete
  2. nice~ entry mcm ni la yang menarik, especially bagi yang baru nak mula bertudung tu...fashion is unlimited even awk berhijab...mcm2 cara sekarang ni utk berfesyen tanpa mendedahkan aurat! keep it up cik Farra :)

    ReplyDelete
  3. skrang ni bnyak sgt fesyen selendang @ tudung yang cantik2 dan menepati kehendak syarak.so xde alasan untuk tidak bertudung dan kelihatan cantik pada masa yang sama :)

    ReplyDelete