Saturday, June 13, 2015

Gawai 2015


Assalammualaikum.

Baru ada can update pasal balik Gawai minggu lepas.hehe.
Aku balik seminggu.Xbanyak la berkaitan sambutan Gawai dalam seminggu tu,yg banyaknye berjalan makan2,beli ole2 je keje.

First stop sampai Kuching terus g makan,tangki dah kosong so wajiblah diiisi.Tempat fevret aku Raja Ayam Penyet,sebab ayam  penyet bakar dia sedappsssssss sangat,ayam penyet biasa dia sedapss jugak,lepastu tambah dengan pisang goreng cheesee dia memang fevret aku.

kedai ni memang selalu full sampai ke luar.
Then aku balik kampung kat Serian pada 1 JUNE.First day Gawai ni xdalah meriah sangat ,1 JUNE sambutan Gawai biasa2 je kat kampung aku,orang cuma "ngabang2" je.Ngabang tu melawat rumah ke rumah,xkiralah sedara ke kawan ke.Kampung aku start meriah 2 JUNE.Sampai2 je kat kampung petang tu, datuk aku pergi cari buluh,sebab member dari Semenanjung yang ikut aku request nak merasa "manok pansuh"-ayam dimasak dalam buluh.Bahan2 masak dia senang je-daun ubi yang halus2 tu,serai,halia,bawang,garam sikit,daging ayam.Then sumbat la kedalam buluh(pilih kayu buluh yang besar).

manok pansuh versi modenn(masak atas wheelbarrow jak haha)
gambar selepas masak tiada,sebab berebut2 nak makan,dorang mengetepikan suara kecil aku yang terhegeh2 setting camera hp.Ni kalau makan panas2 dengan nasi memang bombastic.Takpe ,nah aku bagi contoh gambar dia bila dah siap.Terima kasih encik google.

diketuk2 untuk bagi isi dia keluar,ada orang dia belah dua buluh tu,terus jadi mangkuk buluh tu
(gambar GOOGLE)
Aktiviti malam 1 JUNE-mengisi perut sampai meletup sambil menyaksikan bunga api dan mercun.Kitaorang sekeluarga BBQ segunung chicken wings,hotdogs sampai xtermakan lagi.Lepastu datang kawan2 kazen dan saudara mara,sambung lagi makan lagi dan makan lagi.Dah kenyang perut membulat tido merata tempat.

2 JUNE~
Masa untuk "ngabang" ke rumah saudara mara.Aku sampai sakit perut sebab minum air gas banyak sangat,asyik pinjam toilet rumah orang je.Ada jugak disediakan lemang,bihun2 dan makanan lain dan yang first time aku tengok "bubur tupai".Aku xberani nak makan,aku tengok je kazen aku makan.Dia kata sedap macam rasa ayam,ye ye je kau haha.Kek xpayah nak cakaplah memang mana2 rumah time perayaan kat Sarawak wajib ada kek Lapis dia yang femes tu.Sekarang ni lagilah dah macam2 perisa,lebih lagi orang Malaysia sekarang sibuk ber"cheese".Kek lapis cheese banyak aku jumpa.Chocolate cheeselah,blueberry cheese,strawberry cheese semua ada.

Apa yg best bagi aku "ngabang" Gawai tahun ni pergi lawat rumah buluh salah seorang Aunty aku.Rumah dia nun jauh dalam hutan ,jauh dari rumah orang lain sikit.Rumah dia shape moden cuma diperbuat daripada buluh dan batu bata.

ni baru separuh dari bahagian rumah.Cantik sangat.
Malam 2 JUNE tu pergi rumah panjang kejap je.Tengok perasmian.Oleh sebab acara meriah lepas pukul 12 malam,aku malas nak tunggu sebab mesti sesak nafas ramai orang,jadi aku dan kazens lari awal.Aku xtau la ada pertandingan ratu cantik dia sekali atau x tahun ni.Anyway,bawah ni je pic2 yang aku sempat ambil.Ni upacara pembukaan semuanya.

Suasana dalam longhouse.Ni belum penuh lagi,dorang start penuhkan jam 12 tgh malam.

disuruh ngirup(minum) smpai pening pakcik2 ni

tarian Bilangi(tarian tradisional kaum Bidayuh daripada wanita2 ibuk2)
tarian dia lebih kurang tarian Sumazau Sabah,ala2 burung nak terbang bukak kepak gitu..hehe


FASTFORWARD~
sebelum entry ni jadi panjang berjela.Aku malas nak buat entry part2,sebab aktiviti Gawai kali ni biasa2 je,nanti korang boring baca haha.

Sebelum balik wajibla borong ole2 ye.Kalau nak beli/borong keychain ke,kuih muih tradisional,batik atau kain songket Sarawak yang cantik-cantik tu,t-shirt ke apa je sila lah pergi ke Waterfront,area situ ada sederet kedai2 souvenirs,survey elok2 sampai dapat harga yang paling murah ye.Kek lapis wajibsss dibeli.Kengkawan sedara mara jejiran dah pesan awal2.Kek lapis aku beli kat Asma Cake House je.Rambang mata.Kat kedai tu jugak ada jual pes laksa sarawak,ikan masin terubuk dan kuih muih tradisional Sarawak.

kedai kek ni xsilap aku pernah masuk TV
Ni sebahagian kek yang dia jual(screenshot dari instagram dia je hehe)
pape pun aku rindu dengan Laksa Sarawak n Mee Jawa dia ni sampai termimpi2.Slurpsss..

laksa sarawak dan mee jawas 
Hope Gawai tahun depan lebih meriah.
Take care.



hi encik beluncas,tgh baca entry ye!!








2 comments:

  1. Kamek tahun lepas jak ada ngabang gawai. Taun tok sikda huhu Lamak dah sik makan manok pansuh Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..kmk mmg wajib mlh manok pansuh tiap gawai,lauk tradisi..

      Delete