Tuesday, June 23, 2015

Tips Sahur

Assalammualaikum~

Pejam celik dah masuk hari ke 6 kita berpuasa.Kejap je masa berlalu.
Anyway harini aku nak share sikit tips bersahur.

Tips pertama yang aku amalkan adalah makan oat atau sebarang cereal yang korang suka.Bagi aku ,aku suka makan oat je.Bubuh dalam cawan,letak air,lepastu letak dalam mikrowave..tinkkk! dah siap.Oat ni mempunyai serat yang tinggi sebabtu memang tahan lapar betul sampai petang.Selain tahan lapar,dia membantu bagi sesiapa yang nak mengurangkan berat badan sekali,yang nak selim masa raya nanti boleh rajinkan makan ni.Boleh try baca entri yang pernah aku pos dulu : boleh kurus ke makan oat?

letak buah2 camni lagi bagus,lebih tahan lapar sebab buah-buahan pun berserat
Kedua mestilah kurma.Biasa sebelum makan apa2 time bersahur atau berbuka aku mesti kurma dulu.Kurma ni penuh nutrisi bagus dan glucose,sebabtu tu dia membantu meningkatkan tenaga kita time berpuasa.Selain kurma boleh jugak makan buah-buahan kering lain macam buah tin ke,kismis.


Roti Wholewheat.
Aku xberapa suka roti ni,aku suka roti putih sebab lagi sedap.Tapi disebabkan kebaikan roti wholemeal ni aku telan jelah.Kalau tekak aku xnak makan oat,aku makan roti ni je sahur.Sama je dia dgn oats,penuh serat.Dia lambat dicernakan,jadi kita rasa kenyangggg lebih lama.Biasa aku makan roti ni sapu dengan peanut butter atau garlic spread.

naaaah ni fevret aku.Garlic spread,dia ada campuran olive oil,herba2 dan rempah ratus jadi xmual makan dia dengan roti wholewheat .Rasa macam makan garlic bread yang cecah dgn mushroom soup tu.nyam3.
Air suam.Kalau sahur aku lebih suka minum air suam je berbanding air manis2.Time berbuka je minum manis2 untuk topup gula dlm badan.


Aku jarang nak makan benda bergoreng pagi2 ,mesti sakit perut lepastu cepat lapar sebab berminyak kan.Nasi pun aku jarang,lagipun memang cepat lapar la kalau aku makan nasi utk sahur.Kalau x bulan puasa boleh la jugak,ni untuk bulan puasa jadi baguslah makan benda yang mengenyangkan yang buat kita tahan lapar lama walaupun xsedap sangat makanan tu.hee..Lepastu berbuka telanlah semua makanan yang kita nak :D

ohya biasa ada orang dia lebih suka sahur sebelum masuk tidur malam kan sebab takut terlajak masa sahur atau malas bangun awal sangat.Semasa kita tidur malam badan kita akan terdehidrasi.Jadi keesokkan paginya kita rasa lebih cepat lesu,haus sangat sebab badan kekurangan cecair,jadi sebaiknyalah  sahur 15-30 minit sebelum waktu Subuh tu,time tu minumlah air dan apa semua yang patut.

Lagi satu kalau boleh elakkan lah tidur lepas sahur tu,kalau ngantuk sangat bulu mata selai rasa macam berat 10kg, tunggu sejam dua lepas solat subuh ke sebab nanti badan xsihat,pencernaan xlancar,jadinya  memang letih je badan sehari2 puasa tu,yelah mana xnya kan lepas makan terus tidue.Kalau ada apa2 tips lagi share lah dengan kite yee..:)

masa kecik2 belajar puasa dulu bangun sahur macam ni la perangai..xrela bangun awal makan.haha


Selamat bersahur.
dan Berpuasa.







3 comments:

  1. makan sahur mata ttutup.. hehe

    Nak kad raya? Jom join ni "Saya Nak Kad Raya Dari EJULZ!!!" Tq..

    Nak Gopro 4? Jom join ni "GIVEAWAY EFG MEGA RAYA 2015 RM3100"

    ReplyDelete
  2. setuju ! makan roti wholewheat tu memang berkesan bagi Fatin. Fatin pernah sahur makan roti tu je, tapi boleh tahan lapar sampai ke waktu buka puasa. Fatin ni jenis cepat lapar, bila puasa , sekejap je dah lapar balik. hehe. so boleh cari alternatif lain lah kalau tak nak makan nasi, boleh makan roti. hehe

    ReplyDelete
  3. momoy bangun jer telan supplement dulu. kul empat bangun untuk masak nasi and lauk simple2.
    momoy kena juga mam nasi yag panas2. mam nasi 2 3 sudu cukup dah. then sementara tggu azan subuh, minum air masak banyak2 even perut rasa kembung je nak telan air banyak2 . huhu

    ReplyDelete