Tuesday, June 30, 2015

Resepi Ketam Goreng Telur Masin.


Assalamualaikum dan selamat sejahtera~

Macam mana puasa?okay?..
Harini saja nak share apa yang aku masak untuk berbuka kemarin iaitu Ketam Goreng  Telur Masin.
Xdalah professional macam kakak2 luar sana sebab aku masih lagi belajar untuk perbaiki masakan aku.hehews~

ber spa lah kau dahulu encik-encik Crab.
Bahan2:
-3 ekor ketam(potong dua)
-3/4 biji telur masin(rebus lepas tu amek semua kuning dia dan sebijik putih dia)
-3 ulas bawang putih(potong kcik2,halus2)
-10cili padi(tambah ikut suka..nak pedas letak la banyak2 )
-setangkai daun kari
-3 sudu besar butter
-3 sudu besar tepung jagung
-minyak untuk mengoreng ketam tu
-3 sudu besar santan(option lain boleh guna susu cair)
-lada sulah

Cara2 :
1)Rebus telur masin (ambil bahagian kuning dari telur2 tadi,tambah satu je bahagian putih),hancurkan.
2)Bersihkan ketam,belah dua bahagian.Salut dengan tepung jagung lepas tu deep-fried kan sampai garing.
3)Kemudian di kuali lain,masukkan butter,tumis bawang putih,daun kari dan cili padi sampai wangi
4)Masukkan telur masin yang dah dihancurkan tadi.
5)Masukkan susu segar/santan ,gula dan lada sulah.
6)Kacau2,gaul2.Bila kuah dah ada bubbles2,masukkan ketam yang dah siap goreng tadi.Gaul2.
   DAH SIAP!!!

ni dia final result!!
Ada orang ckp aku amik ni dari google image..kecik ati gue tau..haha..





2 comments:

  1. Lamak dah sik makan ketam... Hurm.... Nampak sodap. Thanks share resepi :)

    ReplyDelete