Friday, April 17, 2015

Tips Shopping Online /Elakkan Kena Tipu.



Assalamualaikum dan selamat sejahtera penduduk bumi~

Siapa sini lebih suka shopping online berbanding ke luar g tempat2 shopping?
Aku salah sorangnyee..hehe. excited dia lain macam masa menunggu abam posmen datang antar barang,rasa macam ada org bagi present padahal beli pakai duit sendiri.Aku biasa shopping kat Instagram dengan Facebook..Website jarang.Shopping di alam maya ni walaupun orang cakap senang sebab semua dihujung jari,banyak pilihan,jimat masa,jimat tenaga apa semua..tetapi risiko dia besar jugek..sebab benda yang kita beli tu kita xnampak depan mata,xdapat belek2(kalau kat mall,mau sejam membelek2 barang tengok cacat cela dia).Ni antara tips yang aku selalu amalkan tiap kali kalau ada benda yang berkenan di hati nak dibeli..

gmbr Google


1) Tengok dulu feedback2.Kalau kebanyakan feedback2 positif maknanya servisnya bagus.Tapi hati2 dengan testimoni2 fake yang di ambil dari online shop lain,yang diedit2 jadikan watermark sendiri pun ada sekarang.

2)Kalau boleh elakkan membeli barang yang berharga sampai beribu2,beratus2 secara online.Duit hilang 10ringgit pun kita sayang,nikan yang beribu2.Kalau dah kena tipu,mau menangis setahun.

3)Simpan/screenshot segala whatsapp/wechat atau apa2 je perbualan dengan peniaga tu.Jangan delete selagi barang belum sampai ke tangan.Apa2 tjadi boleh dijadikan bukti/pengajaran orang lain.

4)Kalau dah buat pembayaran barang,simpan bukti pembayaran xkirala resit ke,screenshot kalau transfer online.Simpan baik2 selagi barang x sampai ke tgn.

5)Barang preorder.Aku kurang dengan barang preorder sebenarnya.Sebab nak tunggu dorang pos barang tu smpai dari tempat jauh lama,xmasuk lg macam2 proses daripada kastam lagi.Kalau apa2 berlaku time preorder tu..susah jugak melainkan penjual tu cakap dia akan bertanggungjawab tanggung ganti rugi.Tepuk dada tanya selera.Kalau xberani cari jela sampai dapat yang readystock.

6)Jangan malu bertanya kat penjual tu.Kau tanya je apa2 kau nak tahu yang berkaitan dengan barang kau berkenan nak beli tu(jangan menyimpang tanya dah ada bf belum,dah makan belum..xberbalas terus kau kang).Jangan gelojoh sangat nak beli sampai benda2 penting kau x tanya,lepastu bila barang dah sampai baru pertikaikan kat penjual tu.

7)C.O.D(CASH ON DELIVERY)-jumpa baru bayar,jangan sesekali bankin sebelum jumpa.Ada kes terjadi,percuma je kena tipu sebab dia kali pertama C.O.D/lurus sangat,senang ati penjual tu dapat tipu orang macamtu.Tunggu punya tunggu batang hidung penjual x muncul.Selain tu,bawak la teman kalau C.O.D..terutama yang perempuan ye.Sekarang ni macam2 boleh jadi.

8)Kalau rajin,buatlah reseach kt internet tentang penjual tu.Google nama dia,nama shop instagram/facebook dia ke.Kalau keluar nama n details dia sebagai penipu kat kat forum,blog,website jadi elakkan shop tu,block terus.

9)Join group2 anti-scammer/anti penipuan online shop.Kat instagram,facebook,forum ke mesti ada.Situ biasanya dorang share2 maklumat shop penipu,kes2 tipu yang pernah terjadi.

10)Barang terlalu murah.Xdalah nak cakap semua barang yang terlalu murah tu xbagus,tapi kena jugak hati2 sebab kadang2 display nampak cantik,harga dia letak terlampau murah lepastu nanti sampai lain rupa dia.Nak beli teddybear gebu,bila dapat teddybear yang bulu dah keguguran,telinga senget sebelah.Menangis kau.

shopping online ni memang boleh buat ketagih,tapi kena hati2 jangan sampai kena tipu.Tapi kalau dah memang tertulis,xboleh elaklah hehe..

kalau ada tips lain sila tlg tambah,share2 :D
k..krooooohhhh..goodnight~



Saturday, April 11, 2015

Peragut di traffic light.


Assalammualaikum dan selamat petang!!!


Ni cerita petang kemarin.Aku pergi keluar dengan aunty aku.Dah memang habit aku suka letak handbag atas paha.Sambil tu main handphone tetetetetet menekan handphone..leka je.X pandang kiri kanan.

Bila berhenti kat traffic light baru aunty aku bukak cerita.

aunty-"handbag lain kali letak bawah"
aku -"kenapa plak"

Aunty aku pun cerita lah pengalaman dia pernah kena ragut tgh2 berhenti kat traffic light.Orang peragut tu dua org naik moto time tu.Masa tu dia baru balik kerja, dia leka dengan main handphone,handbag pulak atas peha.Kalau dah mesej dengan pakwe mana nak pandang kiri kanan kan.Apa lagi sorang peragut pecahkan cermin dengan tukul,sorang lagi tarik handbag,handphone xsempat amek sebab terjatuh..terus tergamam dia,x terpikir nak buat apa.Nasib baik aunty aku tu tak cedera apa2,scratch muka sikit je,nasib baik jugak kebetulan beg duit dia x diletak dalam handbag time tu..penattt je peraguttt tu mecah cermin smua.hahaha...

Lepas ni xda lagi lah aku nak letak handbag atas peha lg,kena biasakan letak bawah..entry pendek ni saja je share nak jadikan pengajaran bg kita semua supaya peka dengan keadaan sekeliling,zaman ni jenayah berleluasa :D..

Take care.selamat berhujung minggu.

Saturday, April 4, 2015

Makan ulat sagu/ulat mulong.



Assalammualaikum~
Entri ni kalau mual,sila skip.hehe

Aku ,kalau aku beritau aku asal dari Sarawak,mesti orang tanya 

insan ingin tahu : you pernah makan ulat apa tu...yang dalam pokok tu
aku : ulat sago,kitaorg panggil ulat mulong jugak
insan ingin tahu : haa ulat sago..rasa apa..sedap ke?

Ulat sago ataupun ulat mulong(kalangan org sarawak) adalah sejenis ulat yang boleh didapati dalam pokok sago..biasa pokok yg tua ditebang,dikopek2 untuk cari ulat ni.Ulat ni dijadikan makanan oleh kaum pribumi sana,kalau kat pasar2 tani sana memang ada dijual(macam jual sayur2 gitu)

ni mulong obes nama dia,malas exercise

camni la kalau pergi pasar tani sana jangan terkejut kalau jumpa ada org jual ulat gini.

 dh mcm kuih siput  telletubies ..haha

dulu2 masa kecik aku pernah ikut atuk aku pergi kutip natang ni kat pokok sago yang lama,pastu berebut la kutip dengan kazen2.Sapa yg dapat ulat paling gemok la paling seronok.Excited masa tu,xtau pulak untuk buat makan,ingat untuk bagi ayam makan.haha..Ulat ni bila dewasa dia jadi kumbang hitam yang besar.

Rasa dia?lebih kurang macam udang je,tp aku rasa lagi sedap dari udang kot.Aku try makan lepas kutip dengan atuk aku tulah,nenek aku goreng garing2,campur cili, bawang semua tu..tu lah last aku makan.Ulat ni memang penuh protein.Sapa2 yang bina badan bole try ni,xpayah susah2 bancuh protein shake.hehe..Dah dewasa ni rasa seram pulak nak makan atau pegang...lagipun dah ada keluar fatwa diharamkan makan kan.

Take care.




Wednesday, April 1, 2015

7 Jenis Kawan.



 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


1 April sudah.Cepat betul masa berjalan.Sebut April biasa sibuk dengn April's Fool,tapi kali ni heboh dengan GST.hehehe..
Hari ni nak share tentang kawan/sahabat.Jum tengok kawan jenis mana yg kita ada sekarang atau kita ni jenis kawan yang mana satu weeee~

1-Ta'aruffan
Persahabatan yang terjalin secara kebetulan.Contoh dia pernah bertemu dekat pejabat pos ke(beratur2 nak pos barang sempat le beborak dgn org belakang gitu),stesen bas ke,pasar ikan ke dan lain-lain.

2-Taariihan
Persahabatan yang terjalin kerana faktor sejarah,contoh dia kawan sekampung,satu sekolah,satu kolej dan sebagainya la

3-Ahammiyyatan
Persahabatan yang terjalin kerana faktor kepentingan tertentu macam kawan perniagaan ke,politik ke..
bisnes partner contohnya

4-Amalan
Persahabatan yang terjalin kerana kerjaya contohnya sama-sama kerja sebagai guru,doktor,jurutera ke.
Dr.Sahak : berapa orang patient ko rini Dr.Bidin?
Dr.Bidin : adalah dalam 30 orang,sahak oi.
5-Faarihan
Persahabatan yang terjalin kerana faktor hobi contoh dia main COC(haha),teman futsal ke,memancing ke,memasak ke..

amboi miow ni mancing

6-Aduwwan
Sahabat tapi musuh dalam selimut.Paling Bahaya.Segala rahsia kita dia tau,dia gunakan untuk musnahkan kita dalam diam-diam..ibarat "kalau kita tengah senang dia sakit hati,bila kita tengah susah,dia senang hati".Berjaga-berjaga dengan kawan yang ni.

musuh dalam selimut


7-Hubban Limaanan
Persahabatan yang lahir ikhlas dari hati kerana Allah S.W.T ,cinta dan saling sayang - menyayangi.Saling tolong- menolong,menasihati(kalau ada problem atau sesuatu yang xkena dia rajin beri nasihat/teguran),yang sama2 mengingatkan kita untuk buat kebaikan,menutup aib kita ,memberi hadiah,yg dalam diam-diam mendoakan kesejahteraan sahabatnya.


Daripada 7 jenis tu,1 hingga 6 jenis sahabat akan lenyap di akhirat,even sahabat karib pun akan menjadi musuh time tu nanti kecuali yang nombor 7 tu-Persahabatan yg terjalin kerana Allah S.W.T.

Take care.