Wednesday, August 27, 2014

Tengok movie seram boleh bakar kalori??

Take note!!!
Please skip this blog/entry kalau anda seorang lemah semangat.



Aku terjumpa pic ats ni kat instagram Kevin Zahri.. o.O..Eh..
200 kalori bersamaan dengan kalori dibakar 30 minit berjalan kaki.wow!Yela kot sebab masa scene2 mcm atas ni memang andrenalin menaik ,jantung degup laju dah ibarat berlumba lari dengan Usain Bolt,xtambah lagi dengan menjerit2 sebab hantu tiba2 tunjuk muka  dalam scene gelap gelita.haha..bakar kalori jugak tu.haha..

Horror movie yg aku btl2 layan baru2 ni The possesion of the Micheal King.Aku minat sangat2 tengok movie gini tapi penakut nak mampuh.
Micheal ni sorang laki yg takda kepercayaan terhadap kewujudan Tuhan dan syaitan.Selepas isteri dia mati,dia buat satu filem dengan menjadikan diri dia sendiri sebagai bahan ujikaji semata-mata nak buktikan yang kekonon memang x wujudlah Tuhan dan Syaitan tu sebenarnya.Akhirnya dia betul2 dirasuk syaitan.Syaitan tu rasuk dia sampai teruk.Sampai dia gila.Lebih kurang cerita Paranormal Activity jugaklah movie ni tapi xlah lembab sangat jalan cerita dia macam PA tu.Aku rasa dah 150 kalori terbakar tengok movie ni.Banyak scene yang sentap jantung ..sesiapa yg tengah bosan2 and malas nak exercise boleh try tengok cita ni :P..tengok movie sambil bakar kalori..haha

adegan menoreh getah dada ni fevret aku


Saturday, August 16, 2014

DIY Beauty: Treatment Rambut Kat Rumah Je.


EEE..rambut bercabang,kering,kusam x bermaya ibarat rumput2 di musim kemarau?Jom try buat treatment rambut sendiri.

Sesiapa yg suka bab2 DIY (do it yourself),atau xda masa nak berkejar ke saloon,atau nak jimatkan wang ringgit,atau tiba2 kena sampuk dek saka rajin boleh try cara ni.Siapa pernah dengar rawatan rambut dengan protein daripada telur?kalau kau rajin mencari petua2,rajin beryoutube mesti jumpa punya..hasil penyerapan protein telur tu rambut jadi lembut,bersinar dan lebih hidup.Tapi bagi sesape yg x suka rambut dia bau "ke-teluran" boleh try cara yg satu ni.

Bahan2:

air panas+gelatin+conditioner rambut


air pns+gelatin + madu+extra virgin coconut oil(olive oil/castor oil terpulang korang nk minyak ape)

aku guna gelatin halagel(abaikan typo ejaan protein tersebut)
Cara2:
Mix je semua bahan tadi sampai sebati,then biar dia sejuk sedikit.Gambar bawah ni tekstur dia lepas dah sebati semua.Bau gelatin mmg agak hanyirr,tapi bila dah mix dengan conditioner/minyak kelapa dia jd kurang hanyir dh.

ulala~
Basuh rambut sebersih2 nya supaya segala daki maki,minyak,habuk ilang dari rambut anda.Kemudian sapu bahan treatment kita td ke ats rambut.Jangan kena sampai kulit kepala.Sapu la sampai habis.Then gulung2 buat sanggul,patu amek plastik ke/shower cap ke.Tutup kepala.Tunggu sampai 30-45 minit.

Basuh dengan shampoo,basuh bersih2 bagi ilang segala gelatin(jangan risau gelatin senang hilang),nak conditioner sekali pun boleh..then keringkan rambut...walah~mcm iklan Pantene.Memang lembut gila,senang sikat,shiny2..tapi kalau rambut bercabang bukan skali kau buat dah x bercabang lagi..kena rajin buatlah kan.


wuwuwu~
fuhh~enjoy reading~


Saturday, August 9, 2014

Memboikot lebih mudah dengan aplikasi Buycott.


Baru2 ni isu boikot paling hangat kat negara kita.
Boikot MCD yg paling hot gila,sampai berkempen depan MCD bagai.Selain daripada MCD camne pulak kita nak tau barang lain dari mana,xkan nak belek list barang2 boikot setiap kali shopping..

So aku ternampak satu gambar promote app ni kat instagram..aku dah lupe ig apa nama tah..dia suggestkan app BUYCOTT.Aku cari la kat playstore,terus install.Ohya menggunakan app ni  kita bukan je boleh boikot brg Israel,ada campaign boikot barang2 yg GMO(GENETICALLY MODIFIED ORGANISM)kalau x paham tentang GMO try Google dan apa2 barang yang berkontroversi lah..

ni dia app tu..

home app tu
cara nak guna: just tap icon barcode kat hujung bawah kanan sekali tu,then tuju ke barcode barangan yang korang nak check..
haa camni contoh,aku test yogurt aku

ni result dia.No personal conflict..means dia bukan barangan yg kita boikot.

ni result aku dapat lepas scan barcode clean&clear..:D
slow2 kita boikot,jangan boikot terus semua.Patu hangat2 tahi ayam jadinya..
Yang penting MCD memang antara makanan x menyihatkan..tepuk dada tanya selera..
Nak boikot ,xnak boikot hak masing2..xleh paksa jugak..kang Malaysia pulak yang berperang..Perang mulut,perang FB.. =..=..Boikotlah secara aman.Peace,sayoonara.




Monday, August 4, 2014

Apa kuih raya favourite korangggg??


Dah seminggu beraya,
dah puas melantak kuih muih kek ketupat  rendang daging,perut dah 4 tingkat dah ni..kena workout habis habisan lepas ni haha..
Hampa raya tahun ni xjumpa ketupat palas je..sob3..
Aku kalau g rumah orang cari kuih favourite ja..kuih lain aku pandang serong..aku bukan jenis yg suka buat experimen tasting semua kuih ,tp kalau dia menarik aku try jugak sebijik..kuih fevret aku dari dulu ada 3 jenis je..
Kuih almond london is wajibul ghunnah..dulu2 aku suka makan almond dalam dia je,lain bg mak aku habiskan.Sekarang aku habiskan semua,licin.

ohhhh dis one Samperit.Memang boleh habis sebalang kalau tuan rumah bz xpandang,sangat sedap..


kuihhhhh suji.Aku memang terpikat dengan kegebuan,keenakan,kelembutan dan kecairan dia dalam mulut.



new kuih fevret.Kuih lidah kucing.haha..ritu siap beli 2 bekas untuk kudapan peribadi,xnak share dengan orang
HAHA :p

So korang fevret kuih apa plak??..:3


Tayang satu je selfie raya,kalau upload banyak2 loya kang.ahaha.xD
.(SAPA SAMA TEMA BIRU KITA GENG)