Wednesday, January 20, 2016

REVIEW : Kesan Selepas Sebulan Consume Kcolly Sweet 17


So setelah bertahun2 pendam dan tengok je,akhirnya aku grab jugak Kcolly yang famous ni.Orang lain dah lama try,aku baru nk try.hehe.Bila tengok testimoni kawan2 sendiri" eh makin lawa,makin putih,makin cantik kulit" pulak dorang ni.Dorang dah consume lama,bertahun patutlah result macamtu.

So aku pun beli online kat satu instagram shop ni.Dia buat promo satu jar rm80,dua jar 165 free postage,aku beli dua jar.Sebelum tu aku baca jugak kan testimoni sekali,mula2 ragu2 sebab murah sangat berbanding ig shop lain.


cute sangat bunga belakang tu :3
selepas discan bar code nya ternyata ianya original.Phew lega.

selepas scan bar code keluar la ni menandakan dia ori

isi dia memuaskan sebab penuh
so selepas sebulan percubaan~

Kita mula dengan kesan dia yang ketara dulu.
Kulit lembab.Tak kering.Dan lebih penting lembut.Rasa nak sentuh je tanpa henti.

Penghadaman
Lawas.memang lawas,tiap pagi lancar je,xda pun satu hari tanpa hari pembuangan.Bagi aku bagus untuk orang yang ingin menguruskan badan.Bila pembuangan lawas,badan pun jadi ringan dan xlesu.

Kecerahan kulit.
Katanya kat label jar, kulit akan cerah merah pinkish ye.Buat masa ni tak nampak sangat cerah pinkishnye,tapi macam cerah lah sikit satu tona kot.Yelah baru satu jar kan.Kawan aku yg dah consume bertahun dah berpuluh2 jar tu putih kemerahan kulit dia.Cantik.Dulu dia xda la putih macamtu.So kena konsisten tengok pulak 3-4 jar nanti.

oHya pada awal aku consume ritu,jerawat naik kejap.Tapi aku minum air bnyak2 gila,dah xda dah jerawat naik minggu kedua aku consume.Kuncinya air kena cukups.Pastikan anda bawak kehulu kehilir botol air yang sangat besar gedabak,minum secukupnya.Pantang dia pun ikut jugak,jangan amek caffein semua tu kan.Nasib aku memang bukan peminat benda2 bercaffein.

#aku review untuk part 2 pulak nanti selepas 3 bulan penggunaan Kcolly ni :D.Tungguuuu~


Monday, January 18, 2016

Support sikit.....

ehem..Assalamualaikum para pembaca,rakan taulan,tuan puan yg dihormati sekalian.
Isnin okay x tadi?

Aku baru start bisnes kecilan online.Weh skrg ni wajib kena ada kerja lebih dari satu k..haha..Khas untuk hijaber2 luar sana yang suka bergaya dengan shawl aku bawakann tadaaaa------ GALAXY GLAMS.

harga mampu milikkkkk dont worry



haa ni trend skrg kan...shawl monochrome..


ni wideshawl chiffon dgn aksesori hjg dia

x banyak lagi,sebab baru lagi kan.Sesiapa gegurl/makgurl yg ada Instagram boleh la tengok2 dan follow Ig shop aku ni....Lagi satu aku  akan buat First Giveawayyy(dari dulu nak buat tapi takut2 haha)..dan antara hadiah dia merupakan wideshawl dari ig shop Galaxy Glams ni :3...soon ya sooon..

ok goodnight..ZZZZZzzzzzz

Friday, January 15, 2016

Acah-acah hipster,biar papa asalkan bergaya.

Assalamualaikum kawan2..

Tengah trending style Hipster ,ngamla dengan pos ni kan hehe..
Tadi aku scroll2 Facebook terjumpa la satu post ni.


Sangat menyedihkan..dengan ekonomi xberapa elok ni,mak ayah bertungkus lumus penat lelah cari duit nak bagi makan,pelajaran kita pulak ,kita request iphone dan benda2 kemahuan yang diluar kemampuan. Boleh imagine tak hati orang tua tu?

Kau nak hipster ke hijabster,friendster,monster ke dengan benda murah pun boleh je nampak bergaya asalkan x menyusahkan orang lain kan.Ish3.Memang xsalah la nak ikt trend sukahati kau lah.

Aku pun dulu ikut trend gak.Eh masa zaman aku dulu,tengah trending style emo tu(ala2 band my chemical romance gitu),pakai hitam dari atas ke bawah,kuku bercat hitam(padahal marker je haha),eyeliner hitam pekat dah macam pandabear(beli kat kedai rm2 luls) tapi xda nak menyusahkan orang sekeliling terutama mak ayah. Harap adik2 ni sedarlah sebelum merapu makin jauh...

"eh sukahati lah bukan guna duit kau"-ayat dia menjawab
duit makpak kau bukan duit kau.

#dah tukar header blog baru,lawa x?haha




Tuesday, January 12, 2016

Tips cepat mengantuk: Susu dan Kayu Manis


Jumpa lagi!Rajin aku update blog lately.hehe
Dah lama x amalkan minum air ni.
Kalau susah nak tidur bagus try minum ni susu dengan kayu manis.
Susu mengandungi tryptophan yang mengalakkan kita untuk tidur.

atas tu serbuk kayu manis(saje2 letak,kalau xnak letak pun xpe)
Cara2 buat dia :

-Panaskan susu sekejap dalam mikrowave.
-Ambil kayu manis,rendam dalam susu selama 3-4 minit .
-Siap!minumlah.
-Kalau nak guna jenis serbuk pn boleh jugak.

okay dah ngantuk..goodnight.krohhhhh ZZZZZzzzz




Sunday, January 10, 2016

Tabiat suka hidu bau petrol.



Aku ada satu tabiat aneh ke x aneh xtau lah.Aku suka bau petrol.Macam "sedap" bagi aku..haha
Ada sesiapa yang sama tabiat dengan aku ke?
Kalau pergi topup minyak kereta,startlah penyakit ni dtg..kalau orang lain x suka bau petrol cakap busukla peninglah,aku ok je..bagi aku wangi.haha.

Memang x elok untuk kesihatan sebab dia sangat2 bertoxic,tapi xboleh elak kadang2.Aku xjumpa lagi penjelasan sebenar,kajian2 kenapa boleh suka bau petrol ni.Aku pernah terbaca ada orang sampai high/khayal hidu petrol ni,jadi addicted..



nak kena buang jauh2 tabiat ni nanti.
goodnight.

Wednesday, January 6, 2016

Terlajak BusyBody



Busybody atau dalam bahasa melayu nya sibuk badan penyibukk!
Busybody merupakan seseorang yang terlalu berminat dalam sesuatu yang tiada kaitan dengan dia,terutamanya hal peribadi/masalah orang lain.Kebanyakan masa dia hanyalah diluang dengan menjengkelkan orang,stalk orang xhabis2,menyiasat rahsia orang mengalahkan detective conan lepastu jaja tentang kita kat orang lain.

Kebanyakan orang jenis ni orang yang bajet betul,hipokrit yang senang cari kesalahan orang lain tapi bila orang cakap kesalahan dia ,dia terus jadi singa.

contoh busybody yg wujud tepi2 aku:

bila tengok hp aku ada gambar pakwe baru-napa kau break/sapa tinggalkan sapa/wah cepat dapat penganti(some of us benci nk ceritakan kisah lama kan)

bila tengok aku beli kereta atau perabot baru - eh kereta lama mana,dah jual ke?/nape kau amek kaler ni xlawa/wah banyak duit lahh/asyik beli perabot je kau..

bila tengok aku belum kahwin-eh bila nak kahwin dah 25/muda-muda bergetah ni la bagus kahwin senang beranak bla2(yela awokk,memang awk la yg tentukan jodoh dan anak)

bila tengok aku duduk rumah-x keluar jalan2 ke cuti2/xkan duk rumah terperap je

bila tengok aku keluar jalan2-pergi mana tuuu/panas2 ni duduk rumah jelahhh hitam karang xda sapa nak/banyak duitt asyik shopping

sekarang bukan perempuan je yang busybody,lelaki pun sama jugak.
Hati-hati,kawan baik pun boleh jadi busybody tanpa kita sedar,kalau busybody cara baik xpe,tapi kalau sampai tikam belakang cerita kat orang tentang kita..habis...



Sunday, January 3, 2016

7 tips pertahankan diri untuk wanita.


Sekarang ni pergi mana2 pun rasa macam xselamat je,sebab jenayah makin senang berlaku,penjenayah pulak macam xtakut je buat jenayah terang2.

1-Ubah fikiran.
Jangan pikir "sapalah nak rompak/rogol/ragut aku ni,aku ni apa je ada".Salah! penjenayah sekarang xberkira k.Dorang semakin berani dan nekad.Jadi kau kena bersedia dengan sebarang kemungkinan.Lagi satu jangan pikir kau berteman ramai kwn,pakwe kau teman,kau x jalan sorang2 boleh halang semua tu terjadi kat kau.Kawan kau xtentu lagi kuat dapat melawan(kecuali dia sebenarnya batman/spiderman/superwoman).Sekarang ni ada je kes perempuan kena rogol/rompak depan pakwe kan.

2-Serang bahagian tekak.
Tumbuk,tekan,cucuk guna jari korang area tekak tu.Tindakan tu akan menyebabkan rasa susah bernafas,dan akan  menyebabkan penjenayah terbatuk2,amek kesempatan itu untuk melarikan diri.



3-Guna kunci sebagai senjata
Kunci kereta ke kunci rumah ke,xkisah.Jadikan senjata.Jangan pandang kecik dengan kunci tu,kalau kena sakit jugak.Contoh kat bawah ni,yang belah kiri tu xdigalakkan sangat cara dia walaupun berkesan sebab dia akan menyebabkan tangan kau terluka,penjenayah pun terluka(nanti manatau kan darah dia kena luka kau,lebih2 lgi penjenayah tu ada hiv/hepatititis,STD ke habis kau),so cara memegang yg belah kanan tu lebih digalakkan.



4-Kunci kereta.
Kunci lagi?kan aku cakap jangan pandang rendah kat kunci walaupun dia kecik.
Situasi pertama:kalau kat rumah.Pastikan kunci kereta terletak berhampiran kau,so bila tengah2 malam kau terdengar ada bunyi orang nak pecah rumah ke apa,kau terus tekan button alarm.Memekak la kereta kau..biarkan.Jiran2 kau mesti keluar tengok sebab bising.Penjenayah pulak mesti terkejut dan takut lepastu lari.

Situasi kedua: Kau on the way ke kereta lepas habis shopping.Lepastu ada orang mencurigakan merenung kau.Tekan je button alarm..biarkan keta kau memekak sampai pak guard parking lot datang check ke..or kereta lain datang.Orang yang nak amik kesempatan tadi pun tukar fikiran nanti.. 

5-Serang bahagian yang menyakitkan.
Selalunya yang kita selalu diberitahu area tutttt tu kan.Haha.Kau nak sepak ke,nak pukul situ guna payung ke,sukati kaula.Bila dia dah berguling or bergerak kau cepat2 lari.Selain area tu ialah area mata(tekan mata,cakar),tekak(mcm no 1 tadi,ataupun tolak kuat hidung dengan telapak tangan ke arah ats(contoh macam kat bwh)

haa camni.ignorekan kalau ada tahi idung dia melekat.Janji kau selamat k.
6-Download safety apps.
Xkisahla iphone ke android ke.Mesti ada punya kat apps store dan playstore.Apps ni biasanya ada locater,SOS systems ke,nombor2 Helpline dan macam2.



7-Amalkan baca ayat Qursi sebelum keluar rumah.
The most importante of all..Please2 jangan sesekali lupa ayat Qursi sebelum melangkah keluar.Rajin2 kan nanti terbiasa lah jadi habit.Ayat Qursi ni korang pun tahu kan banyak benefit dia,kalau dibaca ketika keluar rumah Allah S.W.T akan hantar malaikat2 jaga kita.Rasa takut pun jadi kurang.

ohya sebelum lupa,hati2 jugak jangan sampai penjenayah terbunuh..ehem..kena paham2 la kita ni duduk Malaysia..ehem2(tekak gatal sgt)

ok jumpa next entry.





Friday, January 1, 2016

Tahun 2016.



Selamat menyambut tahun baru 2016 u guys !!!
Semoga dengan tahun baru ni kita dapat manfaatkan 365 peluang baru untuk perbaiki diri :)
Wishlist?Harapan?

sikit je.

1-Mulakan kehidupan baru dengan semangat baru(2015 banyak meninggalkan kesan negatif kpd aku)

2-Mengembirakan orang sekeliling.

3-Harapan-Malaysia aman dan rakyat bahagia dan tidak tertindas ...ehem...

4-Kurangkan melekat dengan gadget sebab aku leka sgt kadang2(susahhhh btll yg niii =_=)

5-Kurangkan membeli benda2 yang xpenting,rajinkan menyimpan wang.(kita tak tahu apa jadi akan datang kan,tahun 2015 pun dahh xstabil ekonomi kita,harap tahun 2016 ni ok lah)

6-kahwin kalau ada jodoh

sini hujan lebat,bunga api pn xberapa hidup..haha.tengok kat tv jelah.Happy new year!!!!

psstt: aku tau korang mesti ada yg wajib selitkan azam nak kurus tahun baru kan..haha..goodluck on that..