Tuesday, June 30, 2015

Resepi Ketam Goreng Telur Masin.


Assalamualaikum dan selamat sejahtera~

Macam mana puasa?okay?..
Harini saja nak share apa yang aku masak untuk berbuka kemarin iaitu Ketam Goreng  Telur Masin.
Xdalah professional macam kakak2 luar sana sebab aku masih lagi belajar untuk perbaiki masakan aku.hehews~

ber spa lah kau dahulu encik-encik Crab.
Bahan2:
-3 ekor ketam(potong dua)
-3/4 biji telur masin(rebus lepas tu amek semua kuning dia dan sebijik putih dia)
-3 ulas bawang putih(potong kcik2,halus2)
-10cili padi(tambah ikut suka..nak pedas letak la banyak2 )
-setangkai daun kari
-3 sudu besar butter
-3 sudu besar tepung jagung
-minyak untuk mengoreng ketam tu
-3 sudu besar santan(option lain boleh guna susu cair)
-lada sulah

Cara2 :
1)Rebus telur masin (ambil bahagian kuning dari telur2 tadi,tambah satu je bahagian putih),hancurkan.
2)Bersihkan ketam,belah dua bahagian.Salut dengan tepung jagung lepas tu deep-fried kan sampai garing.
3)Kemudian di kuali lain,masukkan butter,tumis bawang putih,daun kari dan cili padi sampai wangi
4)Masukkan telur masin yang dah dihancurkan tadi.
5)Masukkan susu segar/santan ,gula dan lada sulah.
6)Kacau2,gaul2.Bila kuah dah ada bubbles2,masukkan ketam yang dah siap goreng tadi.Gaul2.
   DAH SIAP!!!

ni dia final result!!
Ada orang ckp aku amik ni dari google image..kecik ati gue tau..haha..





Friday, June 26, 2015

Blue Tick Kat Whatsapp.


Assalammualaikum~

Entri ringkas.
Sekarang orang selalu gaduh pasal blue tick kat Whatsapp ni kan,kalau dulu gaduh pasal last seen.Hehe..Makin canggih sistem dia,makin ramai pulak gaduh sebab Whatsapp ni.


bila dah double tick,lepas tu kaler blue plak tu..dibalas xpe.Tapi kalau di ignore je?

-dia malas nak layan kau.
-dia busy sangat2,xsempat balas,mungkin dia balas kemudian je.
-dia x suka kau,lepasni mesti dia blok kau..muahehehe.
-dia xtahu nak balas apa.
-dia tgh badmood


saya bz lah min ho oppa,nantilah reply whatsapp awk ya..lulz


Tuesday, June 23, 2015

Tips Sahur

Assalammualaikum~

Pejam celik dah masuk hari ke 6 kita berpuasa.Kejap je masa berlalu.
Anyway harini aku nak share sikit tips bersahur.

Tips pertama yang aku amalkan adalah makan oat atau sebarang cereal yang korang suka.Bagi aku ,aku suka makan oat je.Bubuh dalam cawan,letak air,lepastu letak dalam mikrowave..tinkkk! dah siap.Oat ni mempunyai serat yang tinggi sebabtu memang tahan lapar betul sampai petang.Selain tahan lapar,dia membantu bagi sesiapa yang nak mengurangkan berat badan sekali,yang nak selim masa raya nanti boleh rajinkan makan ni.Boleh try baca entri yang pernah aku pos dulu : boleh kurus ke makan oat?

letak buah2 camni lagi bagus,lebih tahan lapar sebab buah-buahan pun berserat
Kedua mestilah kurma.Biasa sebelum makan apa2 time bersahur atau berbuka aku mesti kurma dulu.Kurma ni penuh nutrisi bagus dan glucose,sebabtu tu dia membantu meningkatkan tenaga kita time berpuasa.Selain kurma boleh jugak makan buah-buahan kering lain macam buah tin ke,kismis.


Roti Wholewheat.
Aku xberapa suka roti ni,aku suka roti putih sebab lagi sedap.Tapi disebabkan kebaikan roti wholemeal ni aku telan jelah.Kalau tekak aku xnak makan oat,aku makan roti ni je sahur.Sama je dia dgn oats,penuh serat.Dia lambat dicernakan,jadi kita rasa kenyangggg lebih lama.Biasa aku makan roti ni sapu dengan peanut butter atau garlic spread.

naaaah ni fevret aku.Garlic spread,dia ada campuran olive oil,herba2 dan rempah ratus jadi xmual makan dia dengan roti wholewheat .Rasa macam makan garlic bread yang cecah dgn mushroom soup tu.nyam3.
Air suam.Kalau sahur aku lebih suka minum air suam je berbanding air manis2.Time berbuka je minum manis2 untuk topup gula dlm badan.


Aku jarang nak makan benda bergoreng pagi2 ,mesti sakit perut lepastu cepat lapar sebab berminyak kan.Nasi pun aku jarang,lagipun memang cepat lapar la kalau aku makan nasi utk sahur.Kalau x bulan puasa boleh la jugak,ni untuk bulan puasa jadi baguslah makan benda yang mengenyangkan yang buat kita tahan lapar lama walaupun xsedap sangat makanan tu.hee..Lepastu berbuka telanlah semua makanan yang kita nak :D

ohya biasa ada orang dia lebih suka sahur sebelum masuk tidur malam kan sebab takut terlajak masa sahur atau malas bangun awal sangat.Semasa kita tidur malam badan kita akan terdehidrasi.Jadi keesokkan paginya kita rasa lebih cepat lesu,haus sangat sebab badan kekurangan cecair,jadi sebaiknyalah  sahur 15-30 minit sebelum waktu Subuh tu,time tu minumlah air dan apa semua yang patut.

Lagi satu kalau boleh elakkan lah tidur lepas sahur tu,kalau ngantuk sangat bulu mata selai rasa macam berat 10kg, tunggu sejam dua lepas solat subuh ke sebab nanti badan xsihat,pencernaan xlancar,jadinya  memang letih je badan sehari2 puasa tu,yelah mana xnya kan lepas makan terus tidue.Kalau ada apa2 tips lagi share lah dengan kite yee..:)

masa kecik2 belajar puasa dulu bangun sahur macam ni la perangai..xrela bangun awal makan.haha


Selamat bersahur.
dan Berpuasa.







Sunday, June 21, 2015

Review : Moleq Beauty Soap dan Moleq Super Foundation(100% Homemade dan Selamat Untuk Kulit)


Assalamualaikum dan selamat sejahteraaa~

Harini aku nak review  dua produk kecantikan keluaran usahawan bumiputera.
Yang penting dia halal,selamat untuk kulit, bebas daripada sebarang kimia merbahaya sebab dia diperbuat daripada bahan2 semulajadi.

MOLEQ beauty soap dan super foundation 
Moleq Beauty Soap
First,sabun dia.Dahla comel bentuk love.Sabun ni diperbuat daripada buah tomato+collagen+liquorice.Hehe.Sabun ni langsung xda bau,ada bau tomato sikit2,natural sangat bau dia.Then bila digosok dgn air,buih dia xbanyak sebab menggunakan bahan2 natural yang boleh jumpa kat dapur rumah.Yang bestnya lepas pakai kulit xkering lansung macam sesetengah sabun dan pencuci muka,lepastu rasa lembut sangat kulit muka.Selain muka,boleh guna kat badan jugak.Antara kebaikan sabun ni :

-Menghilangkan jerawat dan jeragat dan bintik2 hitam
-Mengurangkan parut jerawat
-Melembapkan kulit 
-Mencerahkan kulit/tona kulit lebih sekata
-Menjadikan kulit lebih licin halus dan lembut.
-Menghilangkan sunburn


buih sabun dia xbanyak.
Moleq Super Foundation
Kita paling takut bab memilih foundation kan.Takut salah beli kod warna terlampau putih macam opera cina,lepastu takut muka nampak kelabu.Tapi bila aku try foundation yang ni dia sekata ikut warna kulit.Lepastu senang nak blend kat kulit.Cuma dot2 je kt muka,lepastu ratakan pakai sponge atau jari.Warna dia natural,xputih dan xgelap.Jadi xdalah nampak macam pakai topeng.hehe.Yang best lagi muka nampak glowing2.


dot2 kan kat kulit foundation,lepastu blend2...tadaaaa...:p


sesiapa yang nak try produk best ni,atau ada apa2 pertanyaan boleh contact ke :

NorFathiah 
No.tel/Whatsapp : 019-900 5563


Friday, June 19, 2015

Salam Ramadhan dan Selamat Berpuasa.

Assalammualaikum~

Dah masuk hari kedua puasa baru nak wish.hehe..

Selamat menyambut kedatangan Ramadhan dan Selamat Berpuasa kepada semua rakan2 blog dan sesiapa pun yang singgah membaca.

Ni first puasa aku tanpa ayah,kalau x dia la yang paling bising time sahur dan berbuka.Semoga aku dapat menempuhi bulan ni lebih baik daripada Ramadhan sebelum2 ni.


Take care!



Wednesday, June 17, 2015

Lupa Pin ATM CIMB


Assalammualaikum~

sumber Google
Aku saja je nak cerita balik pengalaman malang ketika balik kampung Sarawak ritu.Masa tu 31 May,sehari lagi orang nak sambut Gawai.Aku rasa nak shopping sikit last before Gawai,sale everwhere xkan nak tengok je hehe.Jadi pergilah ke ATM.Oleh kerana excited sangat,tekan keypad tu pun xbetul laju sangat.Wrong pin keluar dari skrin.Aku tiba2 blur,sampai aku xingat berapa kali aku masukkan pinkode.Tengok2 je dah melebihi had untuk masukkan pin code tu.Kenapa asyik salah je pin code aku masukkan padahal dah yakin betul ke aku tiba2 hilang ingatan .

Aku balik rumah dengan hampa sebab xdapat duit gi shopping..haha baru nak berangan beli baju pakai Gawai.Padan muka tu tandanya peringatan untuk tidak membazir ,membazir itu amalan syaitoooon.Keesokkannya,kazen aku suruh try lagi skali manatahu boleh,dia cakap x block ..aku try la lagi skali.Sama jugak sebab lebih had.Pastu aku terbaca kat internet yang cakap kalau asyik salah pin code,kad kena telan dengan mesin ATM ..huwaaaa takut pulak..

sedeyyyy
Selang beberapa hari lepastu, aku pergi kaunter CIMB area Kuching.Pegawai tu tanya aku dia boleh tolong aktifkan kalau nak,tapi dia suruh aku ingat balik pin code ,mustahil boleh lupa.Aku duduk sekejap kat tempat menunggu cuba utk ingat balik betul2.Kang kalau aku xyakin pin code tu betul,lepastu aku suruh dia aktifkan balik,kluar wrong code jugak kat skrin ,jadi masalah lagi.Oleh sebab tu aku bagitau lah dia nak tukar pin code baru jelah senang.

Tapi malangnya xboleh tukar kat CIMB situ.Sebab kad tu buat dekat Melaka.Jadi cuma boleh tukar kat CIMB cawangan tempat aku buat kad tu dulu.Terpaksa la tunggu balik Melaka mcmtu.

Balik2 Melaka aku godek2 buku nota aku ,cari pin code.Salah 1 nombor rupanya =_=''
Jadi aku cuma suruh CIMB aktifkan akaun aku balik je..
Tapi bagus jugak,aku salah pin code ritu,xdalah aku boros,jimat duit.haha
Ada hikmah disebalik kejadian.



Saturday, June 13, 2015

Gawai 2015


Assalammualaikum.

Baru ada can update pasal balik Gawai minggu lepas.hehe.
Aku balik seminggu.Xbanyak la berkaitan sambutan Gawai dalam seminggu tu,yg banyaknye berjalan makan2,beli ole2 je keje.

First stop sampai Kuching terus g makan,tangki dah kosong so wajiblah diiisi.Tempat fevret aku Raja Ayam Penyet,sebab ayam  penyet bakar dia sedappsssssss sangat,ayam penyet biasa dia sedapss jugak,lepastu tambah dengan pisang goreng cheesee dia memang fevret aku.

kedai ni memang selalu full sampai ke luar.
Then aku balik kampung kat Serian pada 1 JUNE.First day Gawai ni xdalah meriah sangat ,1 JUNE sambutan Gawai biasa2 je kat kampung aku,orang cuma "ngabang2" je.Ngabang tu melawat rumah ke rumah,xkiralah sedara ke kawan ke.Kampung aku start meriah 2 JUNE.Sampai2 je kat kampung petang tu, datuk aku pergi cari buluh,sebab member dari Semenanjung yang ikut aku request nak merasa "manok pansuh"-ayam dimasak dalam buluh.Bahan2 masak dia senang je-daun ubi yang halus2 tu,serai,halia,bawang,garam sikit,daging ayam.Then sumbat la kedalam buluh(pilih kayu buluh yang besar).

manok pansuh versi modenn(masak atas wheelbarrow jak haha)
gambar selepas masak tiada,sebab berebut2 nak makan,dorang mengetepikan suara kecil aku yang terhegeh2 setting camera hp.Ni kalau makan panas2 dengan nasi memang bombastic.Takpe ,nah aku bagi contoh gambar dia bila dah siap.Terima kasih encik google.

diketuk2 untuk bagi isi dia keluar,ada orang dia belah dua buluh tu,terus jadi mangkuk buluh tu
(gambar GOOGLE)
Aktiviti malam 1 JUNE-mengisi perut sampai meletup sambil menyaksikan bunga api dan mercun.Kitaorang sekeluarga BBQ segunung chicken wings,hotdogs sampai xtermakan lagi.Lepastu datang kawan2 kazen dan saudara mara,sambung lagi makan lagi dan makan lagi.Dah kenyang perut membulat tido merata tempat.

2 JUNE~
Masa untuk "ngabang" ke rumah saudara mara.Aku sampai sakit perut sebab minum air gas banyak sangat,asyik pinjam toilet rumah orang je.Ada jugak disediakan lemang,bihun2 dan makanan lain dan yang first time aku tengok "bubur tupai".Aku xberani nak makan,aku tengok je kazen aku makan.Dia kata sedap macam rasa ayam,ye ye je kau haha.Kek xpayah nak cakaplah memang mana2 rumah time perayaan kat Sarawak wajib ada kek Lapis dia yang femes tu.Sekarang ni lagilah dah macam2 perisa,lebih lagi orang Malaysia sekarang sibuk ber"cheese".Kek lapis cheese banyak aku jumpa.Chocolate cheeselah,blueberry cheese,strawberry cheese semua ada.

Apa yg best bagi aku "ngabang" Gawai tahun ni pergi lawat rumah buluh salah seorang Aunty aku.Rumah dia nun jauh dalam hutan ,jauh dari rumah orang lain sikit.Rumah dia shape moden cuma diperbuat daripada buluh dan batu bata.

ni baru separuh dari bahagian rumah.Cantik sangat.
Malam 2 JUNE tu pergi rumah panjang kejap je.Tengok perasmian.Oleh sebab acara meriah lepas pukul 12 malam,aku malas nak tunggu sebab mesti sesak nafas ramai orang,jadi aku dan kazens lari awal.Aku xtau la ada pertandingan ratu cantik dia sekali atau x tahun ni.Anyway,bawah ni je pic2 yang aku sempat ambil.Ni upacara pembukaan semuanya.

Suasana dalam longhouse.Ni belum penuh lagi,dorang start penuhkan jam 12 tgh malam.

disuruh ngirup(minum) smpai pening pakcik2 ni

tarian Bilangi(tarian tradisional kaum Bidayuh daripada wanita2 ibuk2)
tarian dia lebih kurang tarian Sumazau Sabah,ala2 burung nak terbang bukak kepak gitu..hehe


FASTFORWARD~
sebelum entry ni jadi panjang berjela.Aku malas nak buat entry part2,sebab aktiviti Gawai kali ni biasa2 je,nanti korang boring baca haha.

Sebelum balik wajibla borong ole2 ye.Kalau nak beli/borong keychain ke,kuih muih tradisional,batik atau kain songket Sarawak yang cantik-cantik tu,t-shirt ke apa je sila lah pergi ke Waterfront,area situ ada sederet kedai2 souvenirs,survey elok2 sampai dapat harga yang paling murah ye.Kek lapis wajibsss dibeli.Kengkawan sedara mara jejiran dah pesan awal2.Kek lapis aku beli kat Asma Cake House je.Rambang mata.Kat kedai tu jugak ada jual pes laksa sarawak,ikan masin terubuk dan kuih muih tradisional Sarawak.

kedai kek ni xsilap aku pernah masuk TV
Ni sebahagian kek yang dia jual(screenshot dari instagram dia je hehe)
pape pun aku rindu dengan Laksa Sarawak n Mee Jawa dia ni sampai termimpi2.Slurpsss..

laksa sarawak dan mee jawas 
Hope Gawai tahun depan lebih meriah.
Take care.



hi encik beluncas,tgh baca entry ye!!