Monday, February 29, 2016

Borong Roti Gardenia.


Assalamualaikum dan selamat sejahtera~


mesti korang terpikir2 apsal aku beli roti banyak2 ni.haha
sebenarnya cousin aku yang teringin,jadi memandangkan kat Sarawak memang xda ataupun susah nak jumpa roti ni,kalau ada pun bermusim limited sangat dan jauh mahal harga dia ,aku pun belikan la untuk dia banyak2.Balut2 pos kat dia.

dia teringin roti Gardenia Butterscotch ni je,tu yg aku borong semua perisa ni.Habis kedai2 area aku borong roti ni,tinggal roti biasa je kedai dorang haha.

Sempat akak kedai tu tanya
"waa,banyakk beli ni,nak buat pe?"

aku sengihh je.
mesti dia pk aku bela antu raya makan banyak2.:p

Roti yang sedia ada kat Sarawak kebanyakkn roti yg dibuat sendiri kat kedai kek.Roti jenama sendiri.Mana ada Massimo,Gardenia ni semua.Aku pun xpasti reason dia xda kat sana.

Anyway kalau korang nak kenal orang Sarawak kat airport KLIA.
Senang je.

Dorang bawak beg penuh berisi roti Gardenia.Xkira la roti yg berinti tu ke atau yg jenis loaf kat atas ni.haha.

Itu antara benda wajib dorang borong untuk bawak balik,bagi2 kat family sana.hehehe..

Take care~








Saturday, February 27, 2016

Kenapa lelaki senang kurus daripada perempuan?




Pernah x...
Situasi 1: bf kau contoh nya..bulan lepas jumpa gemok berisi,lepastu bulan ni jumpa lagi sekali dah kurus dan kau pulakk bila dh tengok bf dah kurus,sibuk jugak nak kurus so berdiet bagai berjogging siang malam,seinci lemak je hilang..sakit hati hahaha

Situasi 2: kau dengan husband pakat berdiet sama sebab nak kurus,dah clean eating workout sama2 last bila tengok hasil dia.Si husband pulak yang lebih banyak kurang berat badan dan lebih slim daripada kau.Jadi kau pun makan ati..haha

Selalunya lelaki lebih senang dan cepat kurus daripada perempuan sebab beberapa perkara :

-Lelaki lebih banyak otot berbanding perempuan.Otot membakar lemak,so makin bnyak otot makin mudah lemaks terbakar.So time tengah rehat pun lemakss still dibakar.

-Kadar metabolisma lelaki lebih tinggi daripada perempuan.Makan banyakk mcm bela hantu raya pun kurus je,xbuat aktiviti apa pun still maintain je.

-Lelaki jarang craving makanan.Cuba tengok perempuan..sikit2 teringin nk makan coklat,cake,makanan2 ringan,dessert whatsoever...lebih2 lagi time tengah stress,hormon xstabil semua nak telan :p hahaha macam aku lah

ye kalian nak makan pe?biar ai sediakan :p





Wednesday, February 24, 2016

Bungkusan daripada Sarawak.


23-2-2016

balik rumah tengok2 ada satu kotak air kotak(brapa bnyak kotak da) penuh dengan selotape atas meja.
siapakah gerangan yang bagi aku sekotak besar air kotak teh bunga ini
actually kazen aku daripada Miri,Sarawak yang pos hahaha..aku sesaja je ritu cakap teringin nak makan terung dayak.Tup2 dia cakap dia boleh poskan..Terus dia pos.

betapa ganas aku bukak kotak tersebut..terkulai layu kotak tu..


Tada!Atas ni lah terung dayak/terung asam/terung iban.Dia banyak nama.Memang senang nk jumpa sana.Dan sangat2 sedap di masukkan ke dalam sup ikan.Bijik dia memang aku nak tanam lepasni.Senang nanti2 bila teringin.

buah dabai.
buah dabai ni sekali pandang macam buah kurma kan.haha..aku xpernah makan buah ni,nama je asal sana.hahaha..ni pun kazen aku beriya2 suruh cuba makan.Dia cadangkan aku makan dengan kicap ataupun buat nasi goreng dabai.Nanti aku try.

selain dari tu dia sent aku banyak ikan masin.Yang aku xpernah jumpa pulak kat sini.

aku ingat ni kerepek mulanya,rupanya ikan masin hahaha

udang geragauu freshh from Miri ocean!!

ikan salai pari
ikan salai ni sesuaii sangat2 dimasak berkuah dengan terung dayak tadi.Xkisah la salai apa2 pun bukan ikan salai pari je.Sedap sangat.



lagi beberapa bekas ikan masin.
yang atas sekali tu ikan masin yu.My fevret!

tepung sagu
ni pulak tepung sagu.Kazen aku suruh aku cuba buat ambuyat,aku xpernah try buat ambuyat.Risau pulak xjadi kang.haha..Dia cakap ada beberapa pantang time nak buat ambuyat ni.Masa mengacau2 ambuyat ni xboleh bercakap atau ketawa.Kalau langgar,ambuyat xberapa menjadi.X sabar nak try buat :p

aku ada balas hantaran kazen aku ni.Nanti aku story in next entry!

take care~

Wednesday, February 17, 2016

Kegunaan2 Serbuk Baking Soda.



Ni memang benda wajib ada dalam rumah aku.Baking soda ni memang sangat2 banyak kegunaan dia yang boleh membantu kita.Jimat duit beli macam2 dahla murah pulak tu.antaranya:

Sinki tersumbat?
Mula2 tuang air panas mendidih,kemudian tuang serbuk baking soda.Biarkan kejap.Then amek cuka makan tu masukkan ke dalam air panas mendidih,kemudian tuang ke lubang singki tadi.Biarkan dia berbuih,jangan risau itu bukan petanda singki nak meletup..:p


Nak baju lebih bersih dan putih berseri?
Sebelum on mesin basuh tu,tuang sikit baking soda ni ke dalam mesin basuh sekali dengan liquid/serbuk pencuci baju.Hasilnya pakaian lebih bersih dan berseri.


Cuci bilik air/toilet.
Ni memang fevret aku.Menyental2 bilik air sampai berkilat dengan baking soda.haha.Hasil dia sangat memuaskan hati.Lumut2 yang celah2 jubin tu pakai je berus gigi yang dh xguna tu,letak serbuk baking soda..memang putih bersihh berkilat jadi dia,macam baru.Cara dia,campurkan baking soda dengan cuka.Jadikan dia paste.Lepastu sentall laa..


Kelemumur banyak?
Kelemumur ni memangg menyakitkan ati kadang2,rambut nampak kotor.Kadang2 pakai shampoo kelemumur pun x berkesan.So guna baking soda ni,just campurkan baking soda ni ke dalam shampoo,kemudian gosok2 ke rambut.Lepastu bilas bersih...kulit kepala jadi lebih bersih,xberminyak.

Putihkan gigi dan ketiak.
Gigi : just tambah baking soda atas ubat gigi sebelum gosok gigi.Lepastu gosok2 la.Gigi rasa lebih bersih daripada biasa.
Ketiak : amek lemon/limau nipis lepastu perah gaul2 dengan serbuk baking soda.Then tonyohh la ketiak tu bagi hilang segala dakis2 yang menghitamkan itu.Kena selalu buat ,baru la cerah masa depan ketiak itu..

boleh g google testimoni2 dia 
Deodoront natural.
Ketiaks kau akan stay free from "bau lori sampah" sepanjang hari.:p haha



Penjagaan kulit wajah.
Scrub: baking soda ni xterlalu kasar so dia sesuai untuk dijadikan scrub muka.Boleh campur dengan air je lepastu sapu kat muka atau campurkan sekali ke dalam cleanser.Scrub ni bagus untuk orang2 yang banyak blackhead.

Mengecilkan liang roma yg besar:biasa kalau pakai powder mesti xlawa kan kalau liang roma nampak.Ambil sikit baking soda campurkan dengan air,sapu ka area2 yang liang roma besar,biarkan sekejap lepastu bilas.Buat 2-3 kali seminggu.

Mencerahkan kulit.Buat mask.Campurkan dengan lemon.



Pedih ulu hati?
Ambil segelas air,letak beberapa sudu baking soda.Jadikan anti-acid.Lepastu minum.Air tu akan melegakan sakit tu.Minum beberapa kali dalam sehari..Ayah aku memang salu minum dulu kalau dia sakit ulu hati.


take care~






Monday, February 15, 2016

Ayam Hutan Sesat

Assalamualaikum.haiss haiss hais~

Pemalas betul nak update blog baru2 ni..haha...
Ni random story aku nak share..
Di satu petang yang sunyi,aman damai,sambil melipat baju2 yang kering dalam bilik...

DUPPPPPP!
(effect bunyi tingkap bilik dilanggar something)
aku assume haaaaa ni mesti bola bebudak sepakk nii..mentang2 rumah aku berdekatan dengan padang!!!rumah aku pun dah jadi tiang gol gamaknya..

aku pun terus tinjau tingkap.
"EH xda papa pun"

Kelibat bola xda pun.
Aku pun bergegas keluar sebab masih x puas hati.

di satu sudut luar rumah berhampiran tingkap kelihatan....

oo gini rupanya ayam hutan(ade bebulu2 putih kat telinga n belakang dia)

natang ni terkebil2 tengok aku,maybe dia masih pening2 lalat setelah melanggar tingkap tadi sekuat ati.
"eh ayam sapa ni??sapa pulak baling ayam kena tingkap aku tadi!kejamnya"

aku belum tahu lagi yang tu sebenarnya ayam hutan(ayam hutan boleh terbangs ye u olls)
"kluk kluk kluk"bunyi dia-ntah apa la kau bagitau cik ayam.

sebabkan aku excited,so aku decide nak bagi dia makan,xtau apa nak bagi aku g amek beras(aku main agak je ayam makan beras haha).Lama gila xjumpa ayam depan2,super excited.

baru nak hulur beras kat depan dia,dia terbangg kluar dari laman rumah akuu laju gilaaaa mak aii,jauh gilaaaa dia terbang.Aku nampak dia hinggap kat satu pokok yg berhampiran satu rumah ni (rumah tu boleh tahan jauh la jugak dari rumah aku).Tergamam kejap aku sebab xpernah tengok ayam terbang.Hahaha.

Aku pun share la pic ayam ni kat media sosial.Kawan2 aku pun komen cakap tu ayam hutan.Rare betul.Aku ingatkan ayam kampung yang biasa tu..first timeee tengok ayam hutannn..woahhh!..memang cantik ayam tu bulu pelepah dia berkilat,warna dia pn cantik sangat.Muka dia pulak comel(haa jangan cakap aku ni pelik sebab cakap ayam comel).

pic google ayam hutan,sebijik sama macam yg masuk rumah aku.
aku selalu dengar ayam hutan ni berpenunggu eh?betul ke.
Selalu dengar orang yang pergi buru ayam ni kat hutan mesti jumpa pengalaman2 pelik.Ada tu sampai tertembak kawan sendiri sebab nampak macam ayam,tengok2 mengelupur kawan tu kena tembak.eeee seram.





Saturday, February 6, 2016

Review: Asus Zenfone Selfie

kaler dia yanggggg comel2

Assalamualaikum haisss guys,lama menyepi blog ni.hehe.Kali nak borak pasal gadjet sikit iaitu smartphone Zenfone Selfie keluaran Asus.Tengok atas tu meleleh tengok kaler dia comel2,selain warna atas ni,terdapat jugak warna hitam,merah,silver..saje dia utamakan kaler atas tu nak pikat kaum gegirls yang suka selfie.hehee.Aku xnak review mendalam sangat sebab aku bukan pakar sangat,lagipun baru lagi guna hp ni.So sesiap yang nak tau specs dia boleh rujuk pic bawah ni :D


memula lama aku pikir panjang,nak pink ke biru ..pink ke biru.last2 aku ambik biru sebab asyik pink je ,tukar selera pulak.Biru cantik jugak.Xrugi.

love it!
of cos la aku fokus kat camera lebih lagi nama pun Zenfone Selfie haha.Camera belakang dia 13 megapixel dengan laser auto focus,memang laju je focus dia.


camera depan!!!penting untuk selfie.13 MEGAPIXEL makcik oi!Berselfie la kau sampai muntah.haha.

ni effect2 yg terdapat dalam apps camera dia.

Ini hasil daripada camera belakang dia,memang cantik la bagi aku,xpecah kalau zoom(aku xtau nak amek apa,sukati aku je haha)


bagi yang nak berselfie dengan camera depan boleh guna effect "Beautification".Dia lebih kurang macam apps 360 la hhaa..cuma dia dh sedia ada kat camera ni,xyah gi Play Store install apps effect2 nmpak lawa lagi gituu..

contoh:
dia ada effect runcing dagu(xnampak tembam),flawlesskan kulit,besarkan mata(nak buat mata bsr macam mata alien pun boleh haha),effect blusher(boleh pilih kaler blusher),dan cerahkan kulit(boleh pilih skala kecerahan yg kita nak)

ni contoh cerahkan kulit nampak glowing2 haha(boleh pilih skala)


hasil selfie guna Zenfone Selfie :p.Puas hati.
aku malas letak pic selfie bnyak2,kang ada muntah kat entry ni kang :p
okay sekian review pendek aku tentang Zenfone Selfie ni haha..
so far memang best hp ni..aku baru lagi pakai tu jela aku boleh komen skrg ..
jumpa next entry..selamat bercuti dan Gong xii fatt chai!!