Sunday, December 29, 2013

Review:Testing Shopping Online Di Nile.com.my


Salam satu Malaysia!
How are you today?
Siapa sini kaki shopping online?
Aku kalau shopping online pun bukan baju2 cuma barang2 makeup,barang kecantikan.Tupun shopping kat FB je.Ni first time aku try beli barang kat online shopping website.Aku try2 la shop di Nile.com.my .Aku dapat tau ni dari blogger femes Fatin Liyana,baca entri dia shopping sakan kat situ.Bila aku g website tu.....gila rambang mata aku..baju2 dia cantik,mmg ikut trend dan murahhhhh! ,kalau korang rajin usha2 instagram or fb shop..jauhh murahhhh harga baju2 kat Nile shop ni..

cantik kan baju2 dia..comel2,harga ada sampai belasan2 ringgit je

untuk lelaki pun murah..jacket biasanya aku jumpa rm60 keatas,ni kira murah.Baju bundle pun mahal skrg.:p

kasut ladies dia...huwaaaaaaaaaa...cantik2..tapi lum brani nak beli.takut xmuat.
ni boots lady..shemart btll ..harga pun murah.one day nak grab satu..
aku nak test beli satu brg dulu,tgk service dia..kalau xmengecewakan.next time blh shopping lebih skit.So aku tergoda dgn satu baju ni..Tadaa..
sila klik untuk tumbesaran!
baju kemeja lips2 ni salu aku usha kat instagramm..cantikk :3..tapi bila terjumpa yg jauh murah ni.terus aku grab,lagipun baju ni dlm best seller list kat web tu.Harga dia Rm28.80.Material chiffon.3 hari kemudian parcel sampai kat rumah..cepat service dia.....so lepas ni boleh la shopping selalu kat web Nile.com.my tu :3...wuuu.. (T_T)

xSabar nak pakai nanti..wee!




Friday, December 27, 2013

Review Entry: D'nars Skincare



Salam 1 Malaysia,
Aku beli set D'nars last month.Saje2 try lagipun D'nars asyik kuar Wanita Hari Ini je so ingin jgk nak cuba.Macam best kan.D'nars ni ada dua set ,satu set jerawat/kulit berminyak satu lagi set jeragat.Aku amek jeragat sbb muka aku jrg nak tumbuh jerawat(time tertentu je naik),cuma nak pudarkan parut jerawat yg lama2.Lagi satu umur thn dpn dah nak 24,so apa kata kita jaga kulit dari sekarang supaya xberkedut,xberjeragat sgt :p

ni dalam dia.Ada krim siang,krim malam,sabun dia lak ada dua(sabun beras dan sabun collagen).
Serius aku suka sabun beras dia sebab biasanya sabun beras yg aku selalu beli yg dari Thailand yg banyak dijual kat luasr sana tu agak mengeringkan kulit,tapi sabun beras D'nars ni xmengeringkan langsung.Sabun collagen dia plak wangii sesedap hidung menghidu,best dipakai.

yang kanan krim malam ,yang kiri krim siang dia.Aku sgt2 suka krim malam dia.Senang sapu,xkesat mcm sesetengah krim mlm sesetengah produk.Dan muka xberminyak langsung lepas pakai dia.Krim siang dia plak sapu2 sikit2 je,sbb muka macam pakai tepung kalau letak banyak2.Putih sgt.

ni harga sebekas krim.ni trial set actually,tu yg kecik skit :p.. dia tulis kat kotak tu pencerahan dalam masa 7 hari.Tapi tengok jugak pada org,kena banyak bersabar lagi satu.Setakat ni lepas sebulan pakai,parut jerawat makin pudar,muka lebih sekata kaler dia.Yg penting ada kelulusan KKM.Biar putih slow2,jgn putih cepat2..bahaya.Dia ada toner collagen,tapi aku x beli sekali pulak dulu,nak try nanti lah..:D

Take care!


Wednesday, December 25, 2013

Ikan dah naik di Lahad Datu,sekarang ketam pulak naik di Terengganu.


Entri Pendek.
Isu berthousand2 ikan naik di Lahad Datu semua dah tau kan.Gempar satu Malaysia,mcm2 andaian kt status Fb.Andaian2 yg ckp tsunami bakal melanda paling banyak.Seram pula aku.Dahla last time tsunami paling teruk berlaku 26 Disember 2004. :/


ni yg masa kat lahad datu..kenyangg makan lauk ikan..
then tgk2 kat Facebook harini orang share berita yg cakap ketam2,ikan2 dah naik kat Terengganu.Sampai pekerja2 yg dekat pelantar minyak Terengganu tu melaungkan azan.

ni pic yang dorang sebar di FB tadi
Aku xtau la setakat mana kebenaran cerita tersebut.Kita tunggu laporan berita di TV esok.Adoyai kecut perut dengar berita2 macamni..ade orang cakap rezeki,ada org ckp bala nak dtg..Ya Allah jauhkan segala bala dari Malaysia..:O ...

Goodnight.Jangan lupa berdoa bnyak2 kepada DIA sebelum tidor.


Monday, December 23, 2013

Biasa tgk wayang 3D je,ni 6D!

Salam 1 Malaysia kawan2 yg saya hormati sekalian(ecehceh)
Nak share pengalaman ni,biasala first time.Agak jakun.Kesian aku.
Aritu g AEON Mall Melaka.Sale gile2 kan,wajib serbu.
Then terjumpa satu kedai ni tingkat dua.

~6D MOTION RIDE~
wohhh..mcm best je..biasa dengar 3D je..ni 6D..mesti lagi syok..


Aku ajak bf aku tanya auntie yg jaga kaunter ,patu dia terangkan la ada 4 jenis movie (rollercoaster,ghost town,iceberg amende tah,yg satu lagi aku dah lupe),then dia terangkan la apa effect2 time kita tengok tu.Ada effect percikan air time scene movie tu ada membabitkan air,effect angin menyapu2 muka,efect hujan,efect cahaya(kira kita dpt rasa la mcm kt dlm movie tu btl2).

Aku gado kejap nak amek movie rollercoaster(yela sumur hidup xpnh naik,jakun sikit nak rasa),bf aku nak amek movie Ghost Town(aku penakut kang setengah jln cerita aku da lari keluar dari penggung)..lastly ROLLERCOASTER(i win yeahh)..sebelum masuk,auntie bagi spec 3D..dlm panggung tu xde la besar mana pun..duduk2..movie start..kerusi dah mula gerak2 ke depan ketepi ketengah(konon effect rollercoaster)muka aku masih biasa lg....makin lame makin laju,makin kuat badan aku terhentak kat seat tu..aku dah mula bengang..haha..dengan lightning dia lg konon2 kilat myambar...silau sekali mata..turun naik turun naik seat tu ikt rollercoaster nye style...then tiba2 ada burung helang besar dpn aku,dia halau kitaorg ,so seat pun mengundur balik.Angin nya efek menambahkan ke-real lan 6D tersebut...undur2  laju then jatuh bedegang...ke belakang..seat tu rs nak tercabut..hahaha...

Xlama pastu konon2 nye termasuk jatuh ke lubang labah2 gergasi..binatang paling aku benci..labah2 tu makin dekat cuba nak tngkap aku..time tu la aku dpt rasa ada mcm bulu2 kat kaki aku(hawau btl,aku rasa dia sapu2 bulu ayam agknya nak bagi efek tu nampak real)..aku angkat kaki aku tinggi2..kuat aku menjerit time tu..HAHAHA...last sekali jumpa naga..naga sembur api..then ada air ,time scene air tula ada percikan air jatuh..hbs bsh skit baju aku..10 minit je ok..untuk rm15 dewasa...kua2 je aku tgk ramai beratur beli tiket..tgk2 rupanya ada cctv dlm panggung tu,org luar yg lalu lalang tgk aksi hodoh aku td..hahahaha...MALU..cpt2 aku beredar..dahla baju bsh tompok2 air hujan(konon) ...sapa ada sakit tulang jgn try,kang lagi sakit..:D

P/S: movie the hobbit:the desolation of the smaug 3D best giler(kalah 6D).



Monday, December 16, 2013

Berita Terkejut!Lepas Tanah Arab,Vietnam Pula Turun Salji.


Korang mesti dah sedia maklum kan Tanah Arab(mesir,israel,palestin semua) dah dihujani salji baru2 ni selepas beratus tahun xturun.

ni pic kat mesir sana.
Yang terbaru sekali salji turun di kawasan utara Vietnam.Berlaku selepas ratusan tahun.Vietnam adalah sebuah negara lembap sepanjang thn(mcm malaysia) dan zon tropikal(musim kering dan musim hujan).
Salji yg turun tiba2 ni menyebabkan kesesakan lalulintas disebabkan ramai orang yg datang situ semata2 nak tengok kejadian tersebut.

pelancong2 luar dan dalam yg dtg

untung ler dpt main salji

pokok2 diliputi salji tebal
imagine kena kat Malaysia lak.Bangun pagi2 esok bukak pintu,dah memutih semua rumput2,pokok2,sejuk semua.Papepun Allah Maha Kuasa.Semua boleh jadi.So lepas ni agknye mana plk bersalji? :D



Thursday, December 5, 2013

Kebanjiran.

Entri pendek je.
Sekarang musim hujan.Seperti biasa.Banjir.
Kesian aku tgk penduduk belah pantai timur.Manusia lain cite,yang binatang ape cite eh..Kuceng2 yg comel tu cmne..:( (kucing yg aku sebok)..x berperikemanusiaan btl.hehe.
Melaka pun terima tempias banjir jgk.Tapi area aku x kena.Teruk musim banjir kali ni.


papapun kita doakan semoga banjir surut cepat2,kesihatan yg bgs(biasala banjir ni selalu kait dgn penularan penyakit cirit birit,demam semua)dan bantuan kepada mangsa banjir mencukupi.Yang penting tabah.Member2 aku yg dok area banjir post pic mcm2 pose dpn rumah dorg yg banjir.Kan main lg sempat berposing.haha.

kesiannya ank bulus ni :(


assalamualaikum..ada org x..
adk2 jangan main banjir tauuu..manatau pakcik kokodal(crocodile) tgh berenang2 ..bukan dia je ada..ular pun ada..stay alert.Semoga semua kembali normal secepat mungkin.Goodnight.Hujan2 ni sedap tido..ZZZZzzzzzz




Sunday, December 1, 2013

Tips Kecantikan : Baby Powder





Aku suka,suka,suka sgt kat bau baby lepas dia mandi n dibedakkan dengan powder baby..
Sebab wangi dia menenangkan...
Kembali ke tajuk atas..jom tgk apa tips kecantikan yg boleh kita try guna baby powder ni..

1)Bedak muka-kalau malas nak pakai face powder bukak tutup tu memang ni jela aku sapu kat muka,selalu simpan powder baby yg saiz kecik tu dalam handbag.Bila muka nmpak kusam or berminyak je,sapu powder ni.Smooth n ringan rasa kulit muka.

2)Kulit kepala berminyak - ni memang selalu jd masalah kepada aku.Kulit kepala aku selalu berminyak,hasilnye rambut jd melepek leper,x kembang..so aku selalu tuang baby powder then sapu2 kat akar rambut,area kulit2 kepala...ramas2 sikit kat rambut yg rasa2 berminyak tu...tadaaa,dah ok dah..baby powder ni fungsi dia serap minyak..kadang2 sebelum tido aku suka tabur powder baby kat bantal..yela pagi2 rambut berminyak kan,fedup jgk..tapi bila tido atas powder,rambut jd less berminyak...huuu.

3)Mencantikan/Menebalkan/Mendramatikkan bulu mata-yg ketiga ni aku lum pernah try,tapi aku nak share gak sebab macam menarik je..:D..aku jumpa time google2 je tips yg satu ni.Cara2 dia sebelum pakai maskara tu amek putik kapas ,colek2  powder baby then sapu2 kat bulu mata(tutup sikit mata tu,takut termasuk mata lak powder tu),pastu sapu maskara.Kalau nak tambah tebal lagi bulu mata tu,ulang step tadi then sapu maskara buat kali kedua.Then lentikan dgn pelentik.Nanti bila aku dah try, aku buat review tips yang ni ,nak tengok dramatik ke tidak jadik nye bulu mata aku yg secipot ni..hehe..







Thursday, November 28, 2013

Info : Kenapa orang takut dengan malam Jumaat?


Mentang2 malam ni malam Jumaat kan terus dapat idea entri ni..haha.Aku ada google pasal ni...kebanyakkan info dari Indonesia,so aku share sikit la.Malam Jumaat terkenal dengan julukan nama Jumaat Kliwon kat sana..kalau korang peminat cerita seram dari seberang mesti penah dgr movie mcm Jumaat Kliwon ke,pape movie yg ada perkataan Kliwonlah.Ni adalah kepercayaan/adat istiadat dari seberang yg msh diamalkan/msh dipercayai oleh sesetengah org Jawa kt sana.Kononnya malam Jumaat ni malam semua hantu bapak2 hantu,moyang hantu keluar merayau,malam yg mengerikan semua lah.Tapi makin lama tersebar pulak ke Malaysia pengaruh Malam Kliwon ni..tu yg asal benda pelik2 sikit..kawan2 kita cakap "shh malam ni malam Jumaat,jangan main2"..aku pun sama terpengaruh jgk dulu..haha..hantu ni lagi kita takut kt dia,lagi dia suka(sentiasa cuba berpegang pd ayt ni walaupun gigil jgk kdg2)..lagilah dia suka kalau kita anggap malam jumaat ni hari kita takut kat dia.mcm special day lak bg dia..

aku saja letak pic Casper,tkt korang takut kalau aku letak hantu real2..haha
tapi sekarang klu kita tengok asal malam Jumaat je,tv siar cita seram2 bagai..mcm nak menyokong Malam Kliwon tu pulak..budak2 lagilah cepat percaya dengan semua tu,sdgkan kita yg bsr pun boleh terpengaruh...anyway Malam Jumaat bg kita yg Islam adalah malam yg mengalakkn kita banyakkn beribadah,malam yg mulia...pasni kalau nak takut malam Jumaat xsalah,tapi bukan sebab hantu..tapi sebab Kiamat terjadi pd hari Jumaat right..sedangkan haiwan n serengga risau amat2 pada tiap Malam Jumaat sebab tkt dgn Kiamat.So lepasni ni jangan takut lg dengan "malam jumaat kliwon"..itu semua MITOS dari seberang.Tiap hari ada je hantu,kita je xnampak.Ni aku menaip ni dia tgh duk sebelah aku agaknya,baca apa yg aku taip..brrrr..aku lak yg seram...selamat malam.



Monday, November 18, 2013

Makeup : Natural/Soft untuk Tunang


oh..tidak la ..bukan aku yg bertunang..member baik aku.Dia suruh aku makeupkan dia.So disebabkan dia member baik aku so aku terima pelawaan dia untuk menconteng muka dia.hiiiiiiihii..Dia request aku makeup yg soft2,yg nampak natural..hobi aku mmg suka main makeup2..kazen aku,kwn aku,mak aku pn penah jd mangsa jd model makeup aku..tp yg kali ni xboleh main2 lagi..apa la rupa kwn aku nanti..Dia btunang bln depan.So aku start la belek2 gambar soft natural makeup ni..contoh macam kat bawah ni..xtau mana yg de besh.semua cantik2!

ni paling aku suka makeup ni..eyeshadow dia soft je

taylor swift nye makeup bnyak natural2..aku suka.

soft pink eyeshadow dgn pink lips

yg ni pun suka gak..blusher light je.lips pun light.

hayden ape tah nama dia..suka makeup ni jgk.eyeliner pnuh,nude lips..

siap tuto ,cam senang je yg ni

ni mcm ala2 mata aishwarya rai..cantik tapi aku tkt kwn aku x suka yg highlight putih setompok tu.haha

warghhh semua cantik,xtau nak buat yg mana..apapun yg penting majlis tu berjalan lancar..if makeup buruk ttp kai kipas tgn muka tu jap..hahaha


Friday, November 15, 2013

AWAS!Ciri2 Kosmetik Yang Ada Mercury!

 Assalamualaikum dan selamat sejahtera~

Entri kali ni tentang kecantikan,sapa yang xnak cantik kan.
Maybe ramai lagi d luar sana yg masih belum tau tentang kosmetik bermercury ni kan.Marila kita sama2 saling share untuk kebaikan.Xrugi pun.
Sebelum tu kita check dis out.Bahaya2 daripada penggunaan kosmetik yang ada mercuri:

-Kanser (Kanser kulit,kanser payudara,kanser payudara)
-Meningkatkan potensi untuk dapat penyakit hilang ingatan(nama sendiri pun xingat kang)
-Kegagalan buah pinggang untuk berfungsi(mercuri menyerap masuk ke dlm kulit then masuk ke dalam darah bawak ke buah pinggang ,berkumpul kat situ..habis rosak buah pinggang ).Lagi satu bau air kencing kuat cam bau logam adalah salah satu tanda wujudnya mercury dlm badan kite.
-Parkinson(penyakit saraf).Nampak x betapa bahaya nya mercury ni,fungsi2 penting dalam badan habis rosak.

Move on kepada ciri2 kosmetik yang ada penggunaan mercury ni plak.

1)Melekit-lekit.Sapu kat muka pun bkn main susah nak ratakan.

2)Tidak Homogen.Kalau kita biarkan krim tu,akan nampak lapisan minyak terpisah dari lapisan yg padat.

3)Kulit putih segera.Tagline kulit cerah dalam penggunaan seminggu,nampak beno nipunya.Pakai banyak merkuri memangla laju je kulit putih.Putih nye plak lain mcm,bukan putih natural.Biar lambat putih asalkan selamat.

4)Xda langsung jerawat nak tumbuh.Jangan cepat happy bila ni terjadi.Sebenarnya kulit epidermis(lapisan kulit yg paling ats sekali) dah rosak.Kulit dah ROSAK tu dah hilang protein dan melanin yg sgt la penting untuk melindungi kulit dari sinar uv.Dan kenapa jerawat dah xnak tumbuh adalah sebab kuman/bakteria pun xsudi nak duduk tempat yg dah rosak.Nyamuk pn buat derk je.

5)Bau logam.Merkuri ialah logam berat yg berbentuk cecair.So bau logam bau dia kuat menyengat,kalau wangi pun maybe dia dah dicampur dgn parfum(pewangi).

6)Warna kebiasaanya berwarna putih-kuning.Krim siang kuning,krim malam putih.Tapi xsemua lah produk nak ckp ada merkuri,tapi wajib diragui.So google sebelum nak try2 guna produk kosmetik.

7)Berkilau blink2.Tekstur kosmetik yg ada mercury ni berkilau2,kilat2 sikit.Cuba tengok kat kulit lepas pakai tu ada x kilat2.Ingat! mercury adalah logam sbbtu dia berkilat.

8)Bila stop pakai,bintik2 tumbuh kat muka,gatal2.Lama2 kulit jadi kehitaman dan kusam lebih teruk daripada sebelumnya.

9)Kulit sensitif dengan matahari.Kena matahari kejap je pun dah merah dan rasa terbakar.


mercury


Ujian Ringkas.( dari blog dr.zubaidi )

-Sapukan cincin emas(pastikan yg tulen yo) dengan krim yang kita nak test tu.Gosok2 ler cincin dengan krim tu.
-Kalau produk tu bermercury,krim tu akan bertukar warna kelabu.Semakin gelap kaler yg terhasil,semakin banyak mercury yg digunakan dlm produk tu.

okey.Take care.Weeee wooo weee.


Tuesday, November 5, 2013

Tips: 4 Tips Kecantikan Dengan Teh!


Salam Maal Hijrah peeps!
Semoga segala yg dirancang berjalan dgn lancar.
Back to the tajuk,aku seorang peminat tegar Teh Hijau.Teh hijau tanpa sebarang gula ye kawan2.Mula2 dulu memang aku xtahan tapi lama2 alahh rasa cam minum air kosong je.Teh hijau memang bagus untuk dalaman dan juga luaran badan sebab dia anti oxidan,dapat melegakan stress.Tapi biasa if kita dah habis minum teh kan,mesti teabag tu kita buang je kan.Sayanggg tuu..cuba recycle.



so sini antara amalam yg aku suka buat dengan beg teh tu.

1)Kurangkan lebam&bengkak mata.

Tannic acid dalam teh mmbantu mengurangkan bengkak kat area mata.Dah habis minum minum teh,ambik teabag .Baring dgn selesa,letakkan teabag td bawah mata korang yg lebam,bengkak(biasa disebabkan xcukup tido,nangis lama sangat sbb gado ngan pakwe,tido telalu lama sangat).Secara gentle tekan2 teabag tu,biarkan selama 15-20 minit.Lepas tu korang akan perasan yg kawasan tu jadi lebih cerah dan bengkak jadi kurang.

press gentle2 bg aliran darah jalan,then leave 15-20 minit
2)Scrub Muka
Scrub ni ramai yg malas.Scrub dapat menanggalkan segala kotoran,sel2 kulit mati yg degil kat muka tu,n minyak yg bertakung kat muka tu.Bila dah scrub kulit lebih licin,cerah,lembut n bersih.Xdelah berkerak n kusam sangat.Kalau malas nk beli scrub,ambik je teabag,gunting kuarkan segala isi dia then campurkan dengan cleanser.Patu sapu la di muka,urut2 perlahan 3 minit,then bilas.Jangan guna tapak tangan time scrub,guna hujung2 jari je.Kita nak buang sel mati je bukan nak ROSAKKAN kulit..:D


cleanser + teabag =kulit yg lebih muda

huwawawawah..pastikan jgn masuk lubang idung

3)Stimkan muka.
Yang ni aku salu buat sebulan sekali je.Hahaha.Sebab malas skit.
Ni senang je.Xpayah beli steamer muka yg mahal2 tu.Ambik mangkuk,isikan dengan air panas ,then bubuh teh.Tadah muka kat mangkuk yg berasap2 tu,pastu ambik pula towel besar,selubung lah kau.Berpeluh2 muka.hahaha..hasilnya kulit jadi kurang berminyak,pori2 kulit muka akan terbuka (senang nak dibersihkan),kulit pun jadi hydrated(anjal2 gitu) dan nampak lebih muda.Lagi satu stress hilang bila sedut wap dari teh hijau ni.

4)Toner muka.(kebanyakkan toner yg dijual mengandungi alkohol,yg ni 100% free dari alkohol,selamat untuk kulit).
Bila dah stimkan muka,dah scrub semua.Toner time!.
Biasa aku tinggalkan separuh dari teh hijau patu simpan dalam peti sejuk.
Ambik air teh hijau yg sejuk tu ,splash kat cotton,then sapu ke muka.Muka jd fresh,pori2 yg terbuka masa stimkan muka tadi akan tertutup,tadaaaaaaaa happy young skin!.Pastikan teh NO SUGAR added yap.

5)kalau korang ada tips lain berkaitan teh hijau ni,share lah :D


Thursday, October 31, 2013

Kena Penyakit Asma La Pulakkk..


Penyakit asma ni aku rasa memang semua tau kot.Memang common penyakit ni kat rakyat Malaysia.Kenapa aku buat entri tentang asma?sebabnya aku dapat penyakit ni..WARHHHHHH!.
Bermula lepas aku balik dari kampung aku kat Sarawak bln 6 yg lepas.Batuk xhenti2.Mula2 aku abaikan,tapi bila dah bebulan2 xbaik baru bwk g jumpa doc.

aku: doktor,sy dah lama batuk xbehenti2 ni 
doktor garang : hah..napa u jumpa saya??u patut pegi check kahak kat lab,mana tau u dapat TB ke...u xpatut jumpa i!!!

aku blum habis ckp lagi simptom2 aku,dia dah maki2 aku berdozen,cakap aku TB lg tuuu..dahla kuat suara dia..aku rasa pesakit2 yg menunggu giliran semua dgr suara soprano dia tu..nak menangis aku kena sergah macamtu,nsb baik aku kuat..then aku cerita la semua baru dia suh aku g sedut nebulizer...grrrrrr.....baru lega..then doktor confirmkan aku mengidap penyakit asma.Dulu last aku kena asma masa kecik2 dulu.

sekarang dah masuk bulan 10 ..maybe sebab alahan,persekitaran..mak aku tu memang xleh kalau xda kucing,so aku xleh la nak halang dia bela kucing....huhu..maybe orang lain tgk penghidap asma ni macam biasa2 ja penyakitnya,tapi just yg menghidap je tau betapa seksa nya nak bernafas bila saluran pernafasan ko jadi sempit dan penuh berair..setiap sedutan udara tu amat berharga bg penghidap asma..jangan xtau asma ni boleh bawak MAUT.

yg kiri tu bronkiol aku..sobs2 sempitnya..


buruknya lung tissue aku

anyway aku dah mulai redha jela.Lagipun sakit tu kan penghapus dosa2.Adalah hikmahnya.
Apabila seorang hamba Allah jatuh sakit, Allah akan mengutus 4 malaikat :

1. Malaikat Pertama akan mengambil SELERA MAKANNYA
2. Malaikat Kedua akan mengambil REZEKINYA
3. Malaikat Ketiga akan mengambil KECANTIKAN/KETAMPANAN WAJAH ( pucat )
4. Malaikat Keempat akan mengambil DOSANYA
"Apabila telah sampai waktu yang telah Allah tetapkan untuk hambaNya kembali sihat, Allah akan menyuruh Malaikat Pertama, Malaikat Kedua dan Malaikat Ketiga supaya memberi balik apa yang telah diambil oleh mereka itu kepada hambaNya.
Akan tetapi Allah tidak menyuruh Malaikat Keempat memberi balik dosa hambaNya tersebut. Subhanallah, betapa Maha Mulia dan Maha Penyanyangnya Allah terhadap kita. Janganlah bersangka buruk terhadap Allah ketika sakit, bersyukurlah dan ucaplah Alhamdulillah ke atasNya. Sesungguhnya setiap kesakitan itu adalah penghapus segala dosa."

lagipun time camni la nak manja2 kan.Semua org beri perhatian lebih.huhu.
take caree~

Monday, October 14, 2013

Vampire/Zombie Dulu Dengan Sekarang


Sapa puasa sunat hari ni?weee kita geng.
Xsabar nak makan rendang esok.wee.
Aku xda idea nak post tentang apa,so main tembak je entri ni.Asalkan xberdebu blog aku.
Siapa minat movie Twilight/Vampire Diaries/Warm Bodies.Aku tau sebab dorang hensem2 kan tu sebab korang minat tahap gaban.Pandai org yg buat movie ni tarik perhatian.

Dulu2 manada dorang hensem camtu.Hodoh2 semua,Busuk2.Dan makan manusia je keje.

VAMPIRE/PONTIANAK:

Dulu2-

Kuku panjang,rambut gugur,hidung tajam,gigi terkeluar2.Yg penting KEJAM.
Sekarang-

(Twilight)Edward Cullen-gel rambut banyak,rambut pacak2,foundation tebal,berkilau2 bila
terdedah dengan cahaya matahari.

(The Vampire's Diaries)Damon&Stephen Salvatore yg hensem-sorang badboy,sorang baik.

n yess.Bercinta dengan manusia.
ZOMBIE/MAYAT HIDUP

Dulu2-

mayat busuk yg berjalan slow,suka makan otak manusia,selebet serabai dan xpandai bercakap.
 Sekarang-
R (Warm Bodies)-cute,innocent face,pandai bercakap,masih slow bergerak.

 jatuh cinta dengan manusia jugak..zombie perempuan xbrapa cun katanya.
masuk ni dah 8 kali aku tengok movie Warm Bodies =_=.
terpengaruh.best drpd Twilight kot.Siapa2 yg minat horror/romantic/comedy movie bolehla try tgk Warm Bodies ni..huuuu~
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA~

Thursday, October 3, 2013

Predator vs Pak Polis


Wow.Tajuk aku nak gempak.haha.
Siapa yg tak kenal predator tu,boleh rujuk gambar bawah.Atau pegi tengok movie Predator atau movie Alien vs Predator.Gempak.

 merupakan SEEKOR ALIEN(seekor ke seorang?)

wajah d sebalik helmet tadi.rambut dreadlock wehhh..
Berbalik tajuk diatas predator tersebut dilihat berada di salah satu balai polis negara,ada yg cakap dia singgah bertanya arah jalan.HAHA.lawak.kriik krikk kriik.

abam polis mengambil laporan drpd predator

kau nampak laser merah dah menyala tu..lariiiiiiiii
sebenarnya insan di sebalik sut predator ni adalah seorang doktor.Doktor ni datang untuk membuat laporan mengenai penjualan sijil sakit palsu di facebook.Sut predator ni dibeli dengan harga 85 ribu.Minat punya pasal beriban habis kat sut ni.Motif dia pakai sut ni adalah supaya dia nampak lebih garang daripada abg polis misai lebat.hahaha(woi mana ada lah,aku gurau)

ok bye.krim salam alien2 lain.

gila sporting btl encik doktor ni.selalu yg aku jumpa doktor skema je.