Showing posts with label tips kecantikan. Show all posts
Showing posts with label tips kecantikan. Show all posts

Thursday, March 17, 2016

Tarikh Luput Untuk Produk Kecantikan.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ~

ehem2.
Bila cakap pasal produk kecantikan,kita bukan fokus kat barang makeup je tetapi juga pada cleanser,krim pelembab,ubat jerawat n shampoo jugak ye.

Produk kecantikan ni umpama makanan untuk kulit.Kita sapu, kat kulit muka/badan kita then dia akan meresap masuk ke dalam kulit kemudian menjalankan manfaat2 dia kepada kulit.Jadi sangatlah penting untuk kita tahu tempoh tarikh luput sesuatu produk ni,kalau produk dah 2,3 tahun pun masih sapu kat kulit ni dah macam kita makan benda yang dah expired(imagine roti yg dah berkulat tu) :p
Sesetengah produk boleh menjadi racun jika terlalu lama di gunakan,sesetengah pulak hilang fungsi dia.

Nah jum tgk,

Aku jumpa kat app Pinterest pic atas ni.Wuuu,tengok tu mascara tiga bulan dah expired,aku sebulan baru 3-4 kali je pakai xkan nak buang..haha..sayang jugak ekk..T_T..

Sunday, November 22, 2015

Tips Muka Nampak Berseri.



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Siapa yang xnak kulit glowing berseri2 kan.Sini nak share beberapa tips/petua yg aku dah cuba dan tanpa ragu2 lagi memang berkesan.

1- Cuka epal/apple cider vinegar.
Yg ni aku tengah amalkan sekarang dan bagi aku sangat berkesan.Mula2 cadangnya aku beli apple cider vinegar untuk minum(kunun2 minum nak lose weight),tapi x konsisten aku minum.Last2 aku jadikan toner muka.Oleh sebab cuka epal berasid sikit,jadi kita campurkan dengan air putih sikit.Lepastu,tuang sikit kat kapas sapu2 kat muka sebelum tidor ataupun bila2 je lepas basuh muka.Hasil dia lepas seminggu amalkan kau boleh notice muka kau clear dari jerawat,krg berminyak dan berseri.

Pastikan apple cider vinegar yang diguna tu yg organikk,yang ada mendapan serbuk2 bawah botol dia tu.Orang panggil "ibu".

2-Rajin2 kan buang sel kulit mati.
Dalam 2 atau 3 kali dalam seminggu boleh lah try scrub/exfoliate kulit mati kt muka.Xkisah lah nak pakai scrub2 muka yang dibeli dari kedai ke atau yang homemade punya(sugar scrub ke,coffee scrub ke)..tapi aku cadangkan try amek oatmeal sikit  cmpur dengan madu,pastu sapu kat muka,urut2,bilas bersih.Lepastu memang nampak la perubahan dia kulit jadi lembut lepastu glowing2.

3-Urut muka
Aku suka sangat urut muka sejak terbaca urut muka ni boleh kurangkan 'ketembaman' muka kat youtube dulu.haha..tapi ada juga terbaca yg urut muka ni boleh glowingkan muka,merawat tisu2 otot2 muka,menghilangkan stress.Aku biasa urut awal pagi sebelum basuh muka.Lepas urut tu boleh rasa muka mcm panas2 gitu.Biasa aku urut guna moisterizer je.

kalau ni xjelas,kat youtube ada cara2 yg lebih jelas

4)Detox.
Detox yg paling senang minum segelas air suam + hirisan lemon(boleh tambah sesudu madu kalau nak).Minum sebelum masuk tidur dan selepas bangun tidur pagi2 tu.
.

5)Vitamin C.
Vitamin C ni memang dah ramai kot tahu dia mencerahkan kulit,menyihatkan kulit ,bila kulit sihat kulit pun berseri2 lah.Rajin2 amek supplemen Vitamin C atau makan buah-buahan yg  mengandungi Vitamin C ni.Sesiapa yg nak baca entry aku berkaitan Vitamin C ,klik link ni - Vitamin C Mencerahkan Kulit

6)SENYUM.
Rajin2 senyum..senyum tu pun dah buat muka nampak berseri2.Tapi jangan senyum 24 jam plak,kena angkut pergi hospital gila karang.haha


Take care.









Saturday, March 28, 2015

Scrub Beras : Menghalus dan mencerahkan kulit


Toink-toink.
Dah lama x post homemade penjagaan kulit.Harini share tentang scrub beras.Scrub ni scrub fevret kedua aku selepas Skrub Kopi

Antara kesan penggunaan scrub beras ni:
-Mencerahkan kulit (muka&badan)
-Kulit lebih glowing/xkusam.
-Kulit lebih licin.
-kulit lebih lembut/halus mulus


Beras(gunala apa2 jenis beras pon xpa)

kisar beras sampai hancur,xpayah halus sangat(kisar guna blender/tumbuk lesung)

 dah siap,simpanla dalam bekas buat stok,senang nak berscrub nanti xpayah susah2.

Cara guna:

boleh dicampurkan dengan madu

atau gunakan dengan lemon
lepastu scrubla kulit,xkisah la kulit mana2 area yang rasa macam kasar ke yang gelap tu gosokla situ,untuk muka pulak jangan gosok kuat2.Try amalkan scrub 2,3 kali dalam seminggu.Lepastu tengoklah hasilnya..wink3.have a nice day!

Antara skrub2 lain yang korang boleh try:





Tuesday, November 5, 2013

Tips: 4 Tips Kecantikan Dengan Teh!


Salam Maal Hijrah peeps!
Semoga segala yg dirancang berjalan dgn lancar.
Back to the tajuk,aku seorang peminat tegar Teh Hijau.Teh hijau tanpa sebarang gula ye kawan2.Mula2 dulu memang aku xtahan tapi lama2 alahh rasa cam minum air kosong je.Teh hijau memang bagus untuk dalaman dan juga luaran badan sebab dia anti oxidan,dapat melegakan stress.Tapi biasa if kita dah habis minum teh kan,mesti teabag tu kita buang je kan.Sayanggg tuu..cuba recycle.



so sini antara amalam yg aku suka buat dengan beg teh tu.

1)Kurangkan lebam&bengkak mata.

Tannic acid dalam teh mmbantu mengurangkan bengkak kat area mata.Dah habis minum minum teh,ambik teabag .Baring dgn selesa,letakkan teabag td bawah mata korang yg lebam,bengkak(biasa disebabkan xcukup tido,nangis lama sangat sbb gado ngan pakwe,tido telalu lama sangat).Secara gentle tekan2 teabag tu,biarkan selama 15-20 minit.Lepas tu korang akan perasan yg kawasan tu jadi lebih cerah dan bengkak jadi kurang.

press gentle2 bg aliran darah jalan,then leave 15-20 minit
2)Scrub Muka
Scrub ni ramai yg malas.Scrub dapat menanggalkan segala kotoran,sel2 kulit mati yg degil kat muka tu,n minyak yg bertakung kat muka tu.Bila dah scrub kulit lebih licin,cerah,lembut n bersih.Xdelah berkerak n kusam sangat.Kalau malas nk beli scrub,ambik je teabag,gunting kuarkan segala isi dia then campurkan dengan cleanser.Patu sapu la di muka,urut2 perlahan 3 minit,then bilas.Jangan guna tapak tangan time scrub,guna hujung2 jari je.Kita nak buang sel mati je bukan nak ROSAKKAN kulit..:D


cleanser + teabag =kulit yg lebih muda

huwawawawah..pastikan jgn masuk lubang idung

3)Stimkan muka.
Yang ni aku salu buat sebulan sekali je.Hahaha.Sebab malas skit.
Ni senang je.Xpayah beli steamer muka yg mahal2 tu.Ambik mangkuk,isikan dengan air panas ,then bubuh teh.Tadah muka kat mangkuk yg berasap2 tu,pastu ambik pula towel besar,selubung lah kau.Berpeluh2 muka.hahaha..hasilnya kulit jadi kurang berminyak,pori2 kulit muka akan terbuka (senang nak dibersihkan),kulit pun jadi hydrated(anjal2 gitu) dan nampak lebih muda.Lagi satu stress hilang bila sedut wap dari teh hijau ni.

4)Toner muka.(kebanyakkan toner yg dijual mengandungi alkohol,yg ni 100% free dari alkohol,selamat untuk kulit).
Bila dah stimkan muka,dah scrub semua.Toner time!.
Biasa aku tinggalkan separuh dari teh hijau patu simpan dalam peti sejuk.
Ambik air teh hijau yg sejuk tu ,splash kat cotton,then sapu ke muka.Muka jd fresh,pori2 yg terbuka masa stimkan muka tadi akan tertutup,tadaaaaaaaa happy young skin!.Pastikan teh NO SUGAR added yap.

5)kalau korang ada tips lain berkaitan teh hijau ni,share lah :D


Friday, October 19, 2012

Tips: kecantikan dengan Vaseline Petroleum Jelly




well~we all know Vaseline ni mmg produk berjenama popular yg baik untuk penjagaan kulit.today,kita nak berbicara mengenai slh satu produk Vaseline iaitu Petroleum Jelly(mgapa ayat aku begitu skema skali??)

dulu aku just tau kegunaan dia(rujuk gambar rajah diatas) hanya untuk bibir kering,siku kering je..mostly i apply at chapped lips sahaja.bau agak loya sikit,maklumla bau petroleum.but it works wonder!so here aku nak listkan beberapa kegunaan Vaseline yg jarang aku dengar.

Ohh BARU TAU :
1)Dapat mengalakkan pertumbuhan eyelashes/bulu mata agr lbh lebat dan panjang(just apply tiap kali sbelum tidur)

2)Dapat membaiki split ends hair..gosok skit pada hujung rmbut tu(
jgn terlebih,nanti melekit2,grossssss)

3)MAKEUP BENEFIT: sapu with eyeshadow supaya eyeshadow thn lama/campur with blusher so nampak glowing je area blusher tersebut/mengantikan lipgloss(sapukan sedikit lepas sapu lipstik)/just add kat naked cheek,untuk dewy look(ala2 natural glowing bha)

4)DYING HAIR:untuk elak dye rambut terkena kulit dahi,kita boleh sapu Vaseline Petroleum Jelly kat dahi dahulu sebelum dye process.

5)MANICURE/PEDICURE: gosokkan kat cuticles/kuku2 setiap hari untuk kuku yang sihat,dan lebih soft .

6)BODY SCRUB: mix dengan sea salt ,then scrub semasa mandi untuk dapatkan supersmooth skin.

7)mengilatkan aksesori/kasut!..sapu sikit,rub here,rub there..tadaa..brand new shoe!

8)Makeup remover!!

9)AfTER-SHAVING.Sapukan lepas shaving bulus.Kulit nampak  sihat,sexy n glowing.

10)MengekalKAN bau minyak wangi agar tahan lebih lama!Pakai sebelum sembur minyak wangi OK

p/s: skrg tengah try letak pada lashes tiap malam,nak panjangkan macam bulu mata aktress bollywood :p


huuuuuuuuu~mesti maok bha~