Saturday, February 28, 2015

Cabut bulu ketiak guna sellotape?????

Haii-hai selamat berhujung minggu kawan-kawan~

Aku saja2 korek blog tadi lepastu terjumpa satu carian ni kat keywords.Aku tergelak kejap,comelnyeeee siapa yg buat carian ni.Terima kasih sudi singgah blog saya eh :)


xpernah try pun cabut bulu ketiak guna selotape.Ade ke sesiapa yang pernah try?Maybe maksud dia guna wax strip tu,nampak macam selotape jugak yang tu kan.Apa2 pun sesiapa yang baru nak try2 waxing/buang bulu badan boleh try tengok entry Tips : Waxing/Buang Bulu .




Shopping di Zalora dengan Voucher RM50.


Assalamualaikum dan salam sejahtera~

Sebelum ni aku tengok blogger2 lain asyik update entry tentang voucher RM50 daripada Zalora.Seronok je baca entry dorang ,aku bila tah nak dapat.Minggu lepas,tengah scroll2 email,ternampak satu email.Eh daripada Zalora.Xsangka aku dapatttt voucher rm50...xsangka pulak blog macamni terpilih,ke dia random je xtaulah.hehew rezeki2.

Aku xpernah lagi shopping kat Zalora ,jadi ni first time lah.Sebelum ni rajin menyopping online kat Instagram je.Jadi bila dapat voucher terus pergi web dia,rambang mata,berpinar2 mata nak pilih yang mana satu.Aku selam dalam2 semua categori ,godek2 kat area bawah rm50,last2 sangkut kat baju bawah ni.haha..

aku pilih baju ni sebab senang kluar santai2,dahlah labuh pulak tu,kaler plain senang nk match papa..hitam sebab nampak lebih slim.hahaha..selang beberapa hari lepastu dah sampai.

thank you pakcik GDEX


Dalam dia ada diselitkan sekali dengan beberapa discount coupon yg boleh kita pakai untuk shopping lepas ni..weee.Aku dah try baju tu,selesa xpanas pun kain dia, lepastu labuh tutup punggung.Thank you Zalora !!Lepas ni boleh sambung shop online kat situ lagi.




Wednesday, February 25, 2015

Tips :Rawat kulit muka berminyak.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera~

Kulit berminyak ni memang buat kita xselesa,muka nampak berkilat2,makeup senang rosak,jerawat pulak senang hinggap,blackhead lagi..lebih-lebih lagi bila bawah panas haaa dah boleh buat minyak untuk goreng sambal tumis dah minyak yang keluar.Takkan nak bergantung kat oil blotting sheets je kan untuk serap minyak tu.


Kulit aku jenis normal.Adala tu minyak sikit kadang2,kering kadang2,biasanya lembab biasa2 je.Tapi walaupun kulit sedia ada dah normal skin, apabila terjadi ketidakstabilan hormon ataupun guna skincare yang salah kulit normal boleh berubah jadi kulit berminyak,kulit kering ataupun oily combination(bila kering tlampau kering-bila berminyak pulak berminyak sangat).Pernah berlaku dulu aku punya hormon xstabil sebab stress memang berminyak habis muka,bangun pagi berminyak muka,pegang sikit startlah berjerawat.Jadi aku pun try-try la beberapa method ni.


Tomato
Biasanya aku just potong buah tomato lepas tu tenyeh terus kat muka,biarkan kering lepastu basuh.Asid dalam buah tomato ni bertindak mengawal pengeluaran minyak terutama area T-ZONE(dahi dengan hidung)

Baking Soda
Baking soda ni bagus untuk merawat kulit berminyak dan kulit berjerawat.Aku just ambil satu sudu besar,campur sikit air lepastu gosok2 kat area berminyak,biarkan kejap lepastu basuh muka.Aku guna sekali/dua kali dalam seminggu sebab baking soda ni mengeringkan kulit,kalau terlebih kang terus jadi dry skin pulak.hehe

Cleansing oil

Sebelum tu aku baca info/review2 positif daripada orang2 yang dah guna minyak tumbuhan2 yang telah disaring dengan baik,yang masih dara lagi gituw(bukan minyak angin,minyak masak,minyak petrol ye jangan kawan2 haha).Aku terus beli Extra Virgin Coconut Oil ni kat COSWAY,aku stop pakai mana2 cleanser time tu,aku cuma guna minyak ni je untuk cuci muka.Ambil sikit je lepastu urut2 kat muka,lepastu bilas 2,3kali sampai betul2 bersih.Aku cuma cuci muka guna minyak ni waktu malam sebelum tidor,pagi cuma bilas dengan air je.Ada orang cakap eh muka dah berminyak lepastu nak tambah minyak lagi makin teruk lah muka?Minyak yang kita guna kat muka  ni akan melarutkan,memecahkan minyak2 semulajadi kotor yang sudah mula mengeras kat kulit muka kita.Hasil dia kulit jadi xberapa berminyak,jerawat2 pun xsempat nak tumbuh.Serius kulit muka aku lebih elok daripada sebelum tu,bangun pagi xberminyak pun muka tapi kulit masih glowing.Selain EVCO,Argan oil,Castor oil dan Olive oil sesuai jugak untuk jadikan cleansing oil.

Ais.
jerawat cenenot kat hidung pun nak masuk selfie sekali
yang ni aku dapat tips daripada kawan aku.Tuam muka dengan ais,supaya pori2 yang besar tu
mengecik.Aku selalu urut2 muka dengan popsickle kat atas ni lepas cuci muka(bila cuci muka,pori2 kita terbuka,jadi kita tutuplah dengan ais ni).Kalau xda ais,basuh je dengan air sejuk yang daripada peti sejuk tu.

Kacang.

eh bukan makan kacang muka lagi berminyak muka lepastu jerawat tumbuh macam cendawan ke?
kekacang macam almond,hazelnut ni mengandungi minyak sayuran yang berfungsi untuk menstabilkan penghasilan minyak kat muka.Kacang hazelnut ni berfungsi untuk mengecilkan pori2 yang terbuka.Segenggam sehari dah cukup.


tu jela method2 yang aku dah try,yang berkesan bagi aku.Maybe ada sapa2 nak tambah lagi tips untuk atasi muka berminyak..silalah share2.kbai~

Tips:Senaman berkesan untuk cantikkan bentuk punggung.

Assalammualaikum dan salam sejahtera u olls~

Malam semalam saja2 bukak Nuffnang aku,lepastu terjumpa ada keyword "senaman squat".Senaman squat ni antara senaman paling trending baru2 ni.Semua orang nak dapatkan punggung yang terletak,tegang,anjal,bulat dan bebas selulit dengan melakukan senaman ni.Aku pun terpengaruh juga.haha.Tapi untuk dapatkan punggung bulat,anjal,tegang,bebas selulit tu kita just kena buat senaman squat tu je ke?memang x lah.

Otot utama punggung terbahagi kepada 3 bahagian : gluteus maximus(area paling besar),gluteus medius(sederhana) dan gluteus minimus(paling kecik)


kalau nak dapatkan bentuk punggung yang cantik kena pelbagaikan senaman punggung.Jom tengok senaman-senaman yang sesuai untuk membina ketiga2 otot tadi.


Senaman squat-senaman ni fokus kat otot gluteal maximus.Kalau nak lebih berkesan peganglah dumbell/apa2 pemberat  sambil squat ataupun squat.jump.





Senaman Lunges- senaman yang ni dia fokus kepada 3 otot sekaligus.Kalau nak lebih mencabar buatlah laju2 :3

lunges-pastikan lutut tu xmelebihi tapak kaki

Glute bridge/hip thrust-fokus kepada otot gluteus maximus.Paling senang,tengah baring2 nak tidur pun boleh buat.
glute bridge
glute kickback- ni pun senang,cuma tendang kaki kebelakang.Imagine ada org yang kau xsuka ada kat belakang,tendang dia berkali2..haha

tendang kaki ke atas (donkey kick orang panggil haha)
ni pulak kickback berdiri,pegang apa2 je untuk stabilkan badan so xdalah jatuh2
apa yang penting rajin,barulah menjadi.Xboleh lah harini buat,bangun pagi esok expect punggung dah jadi mcm punggung JLO kan..hahaha..

hai makcik JLO :-*










Monday, February 23, 2015

Tampil bergaya dengan selendang moden.

Assalammualaikum dan salam sejahtera.Siapa para hijabis luar sana??kita kawan.Hijabis dengan fashion memang xboleh dipisahkan zaman sekarang.Memang fitrah perempuan kan memang suka bercantik-cantik.

Lebih-lebih lagi zaman sekarang kan trend pakaian Muslimah.Sekarang ni macam-macam style pakaian Muslimah muncul,kalau dulu orang cakap Muslimah ni xpandai berfesyen,pakaian old-fashioned semua.Tetapi tengok sekarang,macam2 style ada sampai berjaya menarik perhatian ramai pengkritik fesyen luar negara yang kagum dengan koleksi pakaian Muslimah terkini yang menampilkan pelbagai rekaan yang cukup menarik dan moden mengikut peredaran zaman.

Kemunculan golongan hijabista yang begitu menggilai gaya fesyen Muslimah telah menjadi faktor bagaimana populariti fashion trend ini naik dengan cukup pantas sekali.Tidak kiralah berfashion untuk ke majlis keramaian sehinggalah ke aktiviti santai dengan kawan-kawan.



 Antara fashion item yang sentiasa menjadi pilihan hijabis zaman sekarang ialah fesyen tudung terkini yang sangat popular iaitu shawl ataupun selendang.Cuba tengok artis-artis popular dalam kalangan wanita yang memakai hijab di Malaysia terutama seperti Siti Nurhaliza, Nurul Syuhada, Wardina dan Yuna yang sering dilihat menggayakan shawl sampai peminat-peminat mereka pun terikut gaya pemakaian selendang mereka.




Sebab itu,x hairanlah dengan pengaruh mereka berjaya membuatkan trend selendang menjadi lebih popular dalam industri fesyen Muslimah Malaysia.Tutorial-tutorial cara memakai selendang online ini yang boleh didapati sama ada melalui majalah,Youtube,atau mana-mana saluran media yang memberikan ruang untuk kita semua mempelajari cara menggayakan shawl dengan gaya baru.Kita dah boleh style tiru Siti Nurhaliza pakai selendang dengan mudah,best kan?


Takda idea nak gayakan shawl korang dengan pakaian kegemaran? Jangan pening,jom kita tengok tiga gaya di bawah ini yang mungkin dapat berikan anda sedikit inspirasi untuk menggayakan shawl.








cantik kan?lepas ni xda alasan lagi untuk bergaya walaupun berhijab di zaman moden ni.










Thursday, February 19, 2015

Review : Putihkan gigi dengan PlusWhite

Hai,hai,hai.

Entri kali ni nak review produk pemutih gigi jenama PLUS WHITE-5MINUTE BLEACH WHITENING GEL.Aku kenal produk ni melalui instagram supermodels_secrets(macam2 produk kecantikan dijual kat situ,sila checkout).Sebelum aku kenal produk ni aku bercadang nak try Crest 3D strips tu tapi harga dia agak mahal jugak untuk beberapa strips.Bila terjumpa plus white ni harga pun murah lepas tu banyak feedbacks positif,kat youtube pun ada review jugak daripada vlogger yang famous aku pun teruja nak try jugak.Jadi aku pergi ke web Supermodels Secrets dan beli terus.


tadaaa~aku beli rm59.Dia siap sekali dengan bekas acuan gigi tu.Kotak kemek sikit,biasala barang pos terhimpit2.


boleh digunakan dengan cotton bud(just oles2 kat gigi),acuan yang disediakan ataupun dengan memberus gigi macam biasa.

bawah ni pula rupa tiub dia.
Cara pakai:
aku guna bekas acuan gigi tu,just picitkan gel tu mengikut bentuk acuan,rata-ratakan lah guna cotton bud macam kat bawah ni.


lepastu pakailah kat gigi,biasanya aku pakai satu2,xserentak atas bawah.Selesa sikit.Kemudian tunggulah dalam 15-20 minit.Kat kotak tu tulis, gel tu akan mula bertindak memutihkan hanya selepas 5 minit.Sementara menunggu tu buat jela apa2 aktiviti baca buku ke,sapu sampah ke,aerobik ke.Lepas cukup masa ,keluarkan bekas acuan tu,berus gigi kemudian kumur2 sampai bersih.

pakaikan bekas acuan gigi
Keputusannya:
Tadaa!Tengok pic bawah ni.
Gambar 1-Sebelum pakai.Gigi agak ke-yellow-an.Aku xsuka minum kopi,tapi dulu suka makan bukan2.


Gambar 2-selepas 3 minggu lebih penggunaan.Gigi lebih putihlah juga beberapa tona daripada sebelum ni,gigi rasa licin sangat2.

dia xdalah terus putih macam kapur kasut tu haha,cuma dia lebih cerah sikit daripada warna gigi sebelum ni

kat kotak tulis untuk penggunaan kali pertama,gunakan 2 kali sehari selama 2 minggu berturut2,kemudian barulah guna sekali/2kali dalam seminggu tetapi aku just gunakan sekali je dalam sehari.Kesan dia boleh dilihat lepas penggunaan pertama,tetapi ada gak orang kesan dia lambat sikit nak nampak.Bagi aku produk ni kira berkesanlah,walaupun harga dia boleh dikatakan murah.

Tips sikit:
orang cakap nak gigi nampak berseri2,pakailah lipstik merah makngah.Hasil dia, gigi nampak putih berseri.




Wednesday, February 18, 2015

Info : Bahayakah Paraben?

Assalammualaikum dan selamat sejahtera ~



Bila aku tengok statistik blog ritu..paling ramai komen hal kosmetik yang aku pos sebelum ni yang bertajuk ciri-ciri kosmetik ada merkuri,so entry kali ni pun tentang bahan kimia yang selalu digunakan dalam kosmetik,skincare,penjagaan tubuh badan dan sebagainya lah.Perempuan sekarang xmacam dulu,sekarang dah teliti nak pilih produk skincare.

PARABEN
Paraben ni sebenarnya sejenis pengawet.Ia digunakan secara meluas sebab paraben ni murah lepastu berkesan pulak tu untuk kosmetik/skincare tahan lama.Biasanya digunakan dalam dos kecil untuk menghalang pembiakan kulat,bakteria dan makhluk cenenot halus dalam skincare ataupun kosmetik korang.

Adik-beradik paraben pulak:methylparaben,ethylparaben,propylparaben,butylparabe,isobutylparaben dan isoprophylparaben.Antara semua paraben ni,methylparaben dikatakan paling merbahaya.Sebab methylparaben ni

ni contoh daripada masker aku bapak aku belikan.smpai skrg aku xpakai lg.
PARABEN TERDAPAT DIMANA?
Paraben ni boleh didapati dalam makanan,shampoo,krim moisterizer,produk2 anti-penuaan,foundation,lipstik,deodoront,pewarna rambut,ataupun eyeshadow.

APA YANG KONTROVERSI DENGAN PARABEN NI?
Yang paling kontroversi dikaitkan dengan paraben ni adalah meningkatkan risiko kanser payudara.Kanser payudara ni pulak dikaitkan dengan penggunaan deodoront.Sebab bila kita sapu deodoront kat tiak kita,area tu adalah area yang paling hampir dengan nodus limfa kita.Nodus limfa ni akan bengkak kalau ada mcm jangkitan,or benda asing dlm badan kita.Tapi ada pihak pengkaji yang cakap maklumat yang mengaitkan paraben dengan kanser payudara tu xberapa sahih,kajian xtepatlah apa lah.Tapi bagi aku ..bahan2 pengawet memang xbagus untuk kesihatan.

Selain daripada tu,paraben juga boleh menyebabkan iritasi pada kulit,kulit jadi alergik.Bagi lelaki pula,paraben mengurangkan tahap kesuburan.

Jadi time shopping topup skincare ke,barang mandian ke apa2 lah cuba luangkan masa tu kejap baca bahan2 kat dia,kalau ada "paraben2/ben2" hujung dia tu tinggalkan lah.Cari lain,sekarang banyak je produk paraben free.Memang susah nak elak produk paraben ni,tgk produk2 ada je jumpa paraben tu.Tapi kalau sayang kesihatan kenalah cari jugak kan yang xda paraben.

maskara pun ada paraben yek..check2



















                   





Monday, February 9, 2015

Jenis-jenis Ex.



Assalammualaikum.Hai.
merujuk perkara atas tu kan,jum kita survey sikit jenis2  EX boyfriend/girlfriend ataupun kata BM nya bekas tupperware kekasih.Manatahu ada ciri2 macam ex korang ataupun korang sendiri yg mewakili prangai ex kat bawah ni...

Jenis 1-Ex yang sudah ada hubungan dengan orang baru tapi still contact,text2 cakap ' i miss you'.
Semua orang move on lepas breakup,cuma beza cepat atau lambat je.Tapi bila sorang dah move on dulu,mesti rasa sakit hati kan.Tapi its okayy,kita diamkan je.Bila bukak FB,Instagram tengok dia pos2 status berbunga2,pos pic dia dengan bf/gf baru then tiba2 time kau tengah ready2  nak tidur dia send whatsapp kat kau cakap "i miss you"..eh tetiba je kena sampuk ke.


Jenis 2- Ex yang xpaham bahasa/kuat merayu.
Ibarat dah ludah jilat balik la dalam erti lainnya.Dah teruk2 dia buat kita,tiba2 merayu2 nak kita balik bersama semudah ABC.Dia sebenarnya confuse dengan ayat "kita break" dengan "lepas ni xda apa2 lagi antara kita".Dia ingat break tu mcm berhenti buat kerja kejap,break dengan kitkat,lepastu sambung balik.Sesukahati dia je.


Jenis 3- Ex yang jadi bestfriend/kawan
 x dinafikan memang ada kan ex yang betul2 dapat berkawan baik.Boleh kongsi2 masalah,nasihat ke apa,kalau dalam kesusahan dia still tolong kau,pegi melancong dia xkan lupa belikan ole2 untuk kau.

Jenis 4-Ex jenis pengungkit
Dah breakup pun masih nak cari point bergaduh.Mula2 elok mesej tanya khabar,lama2 lepastu mengungkit kisah lama,ungkit kesalahan kita.Kalau yang macamtu baik buang jauh2,jangan layan lagi mesej 'hai apa khabar' dia.

Jenis 5-Ex jenis stalker/spy/psycho
Ex macamni dia selalu stalk fb,instagram,wechat..kalau diblock/remove dia akan cari jalan lain pulak,stalk fb family or kawan baik pulak semata2 nak tahu perkembangan kita.Kadang dia saja jalan2 tempat kau selalu lepak ke tengok2 kau dari jauh.Scary.


Jenis 6-Ex yang memaksa kita untuk jadi kawan.
Memang ada jenis macam ni.Dah breakup tiba2 paksa berkawan,xnak lost contact apa semua.Macam aku dulu la,dah puas sakitkan hati,tiba2 cakap "kita still boleh kawan macam biasa kan?kita jadi bestfriend boleh jugak kan?".Kawan?ok layan kan kejap,beberapa bln lepas tu lingkup,terus jadi strangers xbertegur lagi.haha.

Jenis 7-Ex yang cepat move on lepas breakup .
Biasa ex macamni jenis terima ja,redha walaupun sakit pecah jantung limpa hati semua.Lepas kau putus dgn dia,dia ghaib entah kemana,xmuncul2 lagi.


Jenis 8-Ex yang setia/kuat berharap.
Dia bagitahu kau dia kan setia menunggu kau sampai bila2,kalau kau dh ada bf baru dia sanggup tunggu kau single balik sebab dia percaya xda penganti yang lebih baik daripada kau.Tiaphari dia bagi mesej"kalau la jodoh xkemana,adinda pujaan hati"..eh tu ustaz kazim elias..


Jenis 9-Ex yang ego kuat.
Dah tau diri bersalah,bukan nak mintak maaf.Hilang terus xda berita.Buat macam xkisah,bila kita mintak penjelasan,dia tetap nak salahkan kita.


Jenis 10- Ex yang xkan kita lupakan aka the one who got away.
Ex jenis ni biasanya kita breakup dengan dia bukan atas sebab curang,benda2 teruk ke apa.Biasa ex macamni break pun atas persetujuan sama2 untuk kebaikan diri masing2.Ex macam ni biasanya kita akan sentiasa anggap dia orang yang baik2,yang dulunya buat macam2 untuk happykan kita tapi still hubungan x berjaya.Kadang2 kita yang rasa bersalah kat dia sampai fikir kitalah yang menyebabkan hubungan x menjadi.Ex jenis ni susah kita nak lupakan,kita selalu teringat2.



kbai~