Sunday, July 27, 2014

Salam Aidilfitri.


Wow.
Pejam celik,pejam celik esok dah raya !
Ni sekarang mesti tengah bz pasang langsir,masak rendang,isi kuih2 eh..
Aku sampai terkopek2 kuku,kulit jari mengemas rumah..adududuh..Penat gilo,rasa nak tido lama2,raya ketiga baru bangun..:D

Tahun ni raya kita sambut cara sederhana je..lebih2 lagi mengenangkan kawan2 kita kat Gaza yg beraya dalam serba kekurangan,xaman..tambah lagi lepas insiden MH17 tu.Kita volume down sikit meriah raya.Aku memang xda mood sangat beraya tahun ni,terkenang last year aku xberaya,tapi berdiri di tanah perkuburan,tengok orang kuburkan mendiang uncle aku.Sedihh jugak bila teringat.

Tema baju tahun ni royal blue dengan hijau emerald.Tu pun nak dekat 5 hari berturut2 turun g bazaar cari tiap malam berhimpit dengan orang ramai..haha..Ke hulu ke hilir semua x berkenan,aku rasa akak2 abang2 kedai smua bosan tengok muka aku..Last aku amik je mana yg dicapai tangan.

Aku beraya di kampung ayah aku je di Melaka.X pernah merasa beraya di Sarawak.Balik sana pun time Gawai/Krismas je.Camne ek beza raya sana dengan sini??.Kazen2 cakap kat sana paling best wajib ada daging masak hitam,kek lapis(paling aku teruja nak makan semua),kek lumut....


ketupat palas(google image)

Aku teringinnnnn sangat2 nak makan ketupat palas grrrr...ada orang cakap dalam dia inti rendanglah,kacanglah,kelapa parutlah..susah bebenau nak jumpa nya..ngidamm!..Apa2 pun aku nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada kawan blogger,silent reader yg kua masuk blog aku sesenyapp yeeee(haiii silent reader)  :p.Maaf kalau selama berblog ni entri aku ada menguris hati korang ke,penggunaan bahasa yang kasar ke..sowi sowi..kosong-kosong.



p/s: raya tahun ni kita single ,xda lagi baju raya sedondon2 ..sapa single jum beraya sama!!















Friday, July 18, 2014

MH17 selepas MH370.


Salam Jumaat dan Salam Sejahtera,

Tengah malam semalam memang terkejut gila lepas dapat tau pasal MH17 ni.Aku baru nak masuk tido ,kazen aku whatsapp2 cita sal ada kapal terbang MAS kena shot down!.Terus aku capai remote tv(mak aku yg tengah leka tengok cite hindustan membebel sekejap :p).Memang hearbreaking betul news tu.Semua penumpang termasuk crew T_T..xnak cerita lg lah..sebak,speechless lagi.Xlama lepas MH370 yang hilang ntah ke mana xjumpa2 xda khabar berita,terus dapat news macamni..dalam masa setahun dua kejadian besar melibatkan kapal terbang,yang paling menyayat hati kena shot down oleh entahla dua2 xnak mengaku..Ukraine or Russia..

aku dapat masukkan gambar ni ja..xsanggup tengok pic lain..sebak

Dugaan demi dugaan kita rakyat Malaysia hadapi tahun ni,hope kita semua berjaya tempuhi..

doa untuk MH370(masih berharap) dan MH17
dan xlupa jugak doa untuk saudara mara kita d Gaza.



P/S:Time macamni start la muncul ahli2  keyboard warrior,ahli2 sarcasm yang buat kematian sebagai bahan lawak,dan pkcik mkcik politik yg bwk masuk hal politik... =..=..sabo jelah..


Friday, July 11, 2014

Jenis2 Orang Di Facebook.


Assalamualaikum,Salam Sejahtera,Salam Ramadhan..

Ehem2~Entri kali ni tentang jenis2 orang yang akan kau jumpa di Facebook.
Xkira la kawan yang kau memang dah kenal ke atau orang xkenal langsung.
Mesti ada jumpa kawan fb  yg perangai macam kat bawah ni :

1)Jenis yang xpernah update/pos something atau mengomen kat pos kau,tapi baca semua yg kita pos(aku kadang2 macamni.haha)

2)Jenis yang xpernah komen ayat panjang2,yang selalu ditaip cuma LOL/LMFAO/WTF/HAHAHA ataupun komen smiley je.

3)Jenis yang mmg popular/hot stuff.Baru berapa saat dia pos gambar korek idung,dah beratus orang like dan komen.

4)Jenis yang gila copypaste.Kalu benda bagus dia copy xpe,ni status yang ntah betul tidak dia copypaste.

5)Jenis liker.Ni kaki like.Habis penuh notification orang dia hentam dengan like dia.Komen jarang sekali.

6)Jenis drama king/queen.Sikit2 dia post benda yang dia xpuas hati,komplen tu komplen ni kadang2 berjela panjang luahan hati dia.Kalau boleh dia nak satu dunia tau dia tengah bergaduh dengan bf dia,family dia.

7)Jenis obses bergambar.24jam dia pos picture dia,dalam satu hari tu 4,5 kali tukar gambar DP dia.

8)Jenis gamer.Kejap2 notification datang,bila bukak game request/game invitation!.Aku paling hangin dengan yg satu ni :3

9)Jenis lapar like.Ni kadang2 sampai pm terus semata2 suruh kita like picture,like page dia(feeling artis hollywood).Ada tu sampai tag berpuluh2 orang semata2 nak dapat banyak like..paling teruk guna AUTOLIKE .. =..=' .status bodo2 terus dapat beratus like dalam masa 1 minit..

10)Jenis gila update.Semua diupdate,yela kita selalu dengar kan "facebook aku,aku pos sukahati aku nak".Tapi sampai dah buat orang annoying gila,semua orang jadi fedup dengan kau."Baru habis lepak di Starbuck","Saya dah berambut pendek,gunting kat Saloon Kak Limah tadi","Tengah minum air teh cecah biskut tiger"..sambil tu siap tag tempat tu..terlalu banyak information kau share..

11)Jenis kuat gadoh.Ada je point dia nak gaduh kat status orang,kat picture orang.Ayat yang digunakan selalunya menyakitkan ati,mencarut2,suka menyindir2 orang kat status dia.

12)Jenis Pengomen setia.Tiap kali kau update status,update pic,dia wajib ada komen.

13)Jenis show off.Beli handphone baru terus update kat fb,lepak starbuck pos air starbuck(xmain aa sirap limau mamak),pergi gym fefeeling ada six pack pun update sekali gambar angkat dumbell..yela dia sorang aje mampu bayar masuk gym.haha..

gigih menaip status best2








Tuesday, July 8, 2014

Review Pendek:Asus Zenfone 4 dan 5.

.
Halu2,
Amacam puasa?
Meh sini,aku nak share sikit psl gadjet yg baru aku pakai.



Aku kenal brand Asus ni pun sebab kawan2 aku ramai pakai laptop dia.Tapi sekarang dia dah keluarkan smartphone yang omagawd so sexy macam kat picture atas ni.Kebetulan handphone Sony aku buat hal,aku tengah usha2 smartphone..mula2 ingat nak try Lenovo.Lenovo tgh hot sekarang ni..tapi terjumpa iklan Zenfone ni kat Facebook..terus jatuh cinta..google2..mula2 macam x caya harga semua bawah 1k.Masa tu lom publish g kat Malaysia,kecewa aku.Tapi disebabkan nak jugak..aku tunggu jela.Terus sambar zenfone 4(merah) dengan Zenfone 5(putih).Zenfone 4 bagi kat mama aku,sebab dia nak selfie2 katanya.haha..



sekarang dah masuk seminggu aku pakai.Bagi aku not bad lah,aku suka camera ,dia best.Yang zenfone 5 ada low-light mode.Dalam gelap pun boleh terang gambar TANPA flash.Jangan risau dia ada flash.Selfie camera depan pun boleh tahan, 2 megapixel(perempuan kan suka berselpie2).

ni antara efek2 camera dia(zenfone 5 punya)

sesetengah pic yang aku snap guna Zenfone 5-pic aku yg tgh selfie dgn mata bereyebag channel tu hasil camera depan dia :3

yang ni pulak hasil dari zenfone 4..5 megapixel je tapi cantik kan kualiti pic dia.. :)..(tahik mata kucing aku pun nampak gempak)
aku nak grab zenfone 6 sebenarnya tapi lambat sgt masuk Malaysia..terus amek Zenfone 5 je,tupun nasib baik ada stok,cepat habis.Tapi Zenfone 5 pun puas hati dah.Main game pun boleh tahan,belum lag lagi takat ni.Cuma...sound dia kureng,aku jrg nak layan music guna dia..=_=..Sound Sony aku still de winner..Bateri biasalah,smartphone..cpt habis..apa lg eh.siapa2 yang nak try beli Zenfone..yang suka berinstagram,berselfie,acah2 photographer..aku suggest  Zenfone,murah lepastu berbaloi.Best camera dia :3..wiwi~