Tuesday, May 21, 2013

Balik Gawai~


jessica alba dlm pakaian tradisional iban

Pesta Gawai is coming soon!!.so gua mau balik gawai.Flight aku petang ni tp sempat lg nak update blog kejap.Ngee.Tapi something yg merunsingkan aku adalah kenapa hati aku asyik berdebar2 dan berat hati nak meninggalkan rumah Melaka n my dad (ayh aku x ekut,kemalasan).Apakah petanda nya?(ish banyak sgt pikir bkn2 kot).

Xlama lg cuti sekolah pulak kan.Mesti meriah gila2 kampung.Tatau mcm mana gawai tahun ni,last year memang mendukacitakan(nenek passed away time gawai)..Hopefully ada sinar baru gawai tahun ni.

well,selamat hari Gawai dan holidayss my friends.Enjoy your holidays.
Break dari berblogging kejap~Sebelum tu nah cuci mata tengok kek lapis sarawak.hehe.






ok,take care :)










Saturday, May 18, 2013

Ketagih Biskut Baby


weeewit,
Masih sempat lg nak update blog sebelum balik kg kt Sarawak.Yela musim gawai semua berlumba nak balik kampung kan.Tadi pergi jalan2 beli barang2,souvenir untk kazen2 sekali,then singgah market beli something yg xsepatutnya org tua mcm aku beli.


untuk bayi 6 bulan ke ats..
aku yg dah boleh jadi mak bayi(doakan saya kawen cepat2) sangat gemarkan biskut tersebut.haha.Bagi sesiapa yg pernah makan/curik2 makan biskut ank buah taulah kesedapan biskut bayi itu.Dahla rangup,wangi,gebu macam bayi,sedap dan cair dengan senangnya dalam mulut.

biskut gebu ku sayang
dia ada 4 perasa : original(fevret aku),orange,mixed fruit,dan banana.Fevret aku setakat ni just perasa original :D.ni kalau dah ada anak pada suatu hari nanti,beli banyak2 ,n then biskut anak aku je aku hentam.

:3..selamat malam..





Wednesday, May 15, 2013

DIY: Masker Tepung Beras



Orang Asia dengan beras memang xdapat dipisahkan.Tiap hari menatap beras(kecuali yg berdiet xmkn nasi tu yek =_=).Petua kecantikan dengan beras ni pun femes dari org Asia.Oleh kerana cuaca agak panas baru2 ni menyebabkan kulit rasa xbest ,kulit burn sikit jadi timbul lah kerajinan untuk memakai masker beras ni.Simple aje bahan2 dia.

Kebaikan beras:Menjadikan kulit nampak lebih muda,licin,berseri,halus dan cerah.

Bahan Utama:Tepung Beras(ada dijual kt mana2 kedai,dun wori)
Bahan extra: kau nak tambah madu pn boleh,tambah olive oil pun boleh,tambah yogurt pun boleh,aku just tambah seaweed jelly aku :D
Then gaul2 kacau2 sampai sebati macam kat bwh ni.

the bau also so yummy..
aku guna time sebelum mandi,aku buat masker n lulur badan sekali.xkan muka je dapat layanan special kan..satu badan la besh.sapu rata satu badan dan muka..sejukk btl mask ni..then tunggu 10-15 minit ke..sampai badan&muka ko keras xdpt gerak..basuhlah muka&badan lepas tu.


Gambar ats tgh pakai masker dia dulu.Bkn main selekeh lg sampai masuk dlm hidung.
Lepas basuh semua jangan lupa sapu moisterizer ok..sebab mask ni keringkan kulit sikit lepas pakai,sebab tu aku campurkan seaweed.Seaweed jelly lembabkan kulit :3..
Selamat menyambut hari guru..kepada ayh aku dan guru2 diluar sana..love yaa!!!!






Sunday, May 12, 2013

Temuduga MasAirlines Cabin Crew



Pon2~
12MEI-Selamat Menyambut Hari Ibu dan Hari Jururawat!Love u mum,love u jururawat!!
Apa yg korang beli untuk mak korang :D..
anyway balik ke tajuk asal.Temuduga Kakitangan Kabin MasAirlines.Ada sesiapa yg berminat nk jadi pramugari/pramugara boleh la juin ye.Xsalah mencuba.




Kelayakan:

  • Wanita,Warganegara Malaysia berumur antara 18 hingga 35 tahun semasa tarikh temuduga.
  • Minimum SPM atau kelulusan yang setaraf dengannya yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia serta lulus dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, matematik dan 3 subjek lain yang diambil dalam satu peperiksaan.
  • Fasih bertutur dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Penguasaan bahasa lain adalah satu kelebihan.
  • Sihat tubuh badan dengan penglihatan baik dan tidak rabun warna.
  • Ketinggian minimum 165sm (lelaki) dan 157sm (wanita) dengan berat badan yang seimbang.
  • Memiliki personality dan penampilan yang menarik dan bermotivasi tingging ke arah kecemerlangan di dalam khidmat pelanggan.
and aku dengar ada syarat extra yg mengatakan xboleh ada parut kat badan. =_=
(tangan aku penuh parut cakar kucing wey,ngeri)

Pendaftaran: 8.30 pagi-12tengah hari
Sila bawa bersama My Kad,sijil asal dan sijil SPM atau sebarang kelayakan akedemik yang lebih tinggi,biodata dan gambar bersaiz passport terkini, dan mengisi dengan lengkap Borang Permohonan Kerja Malaysia Airlines.

Untuk melancarkan pendaftaran,sila hantar borang permohonan yang lengkap ke recruitment@malaysiaairlines.com

Pakaian: 
kemas,menarik dalam berkebaya(dia nak tengok ada gaya seorang seorang future cabin crew dlm diri kita atau x) atau pakaian formal(seluar/ skirt paras lutut).Kasut?kasut tutup lah,jangan pakai slipa jepang k.

Tempat Temuduga:

Kota Kinabalu-18 Mei- di Le Meridian(Jalan Tun Fuad Stephens)
Melaka-18Mei-di Ramada Plaza(Jalan Bendara)
Kuching-25 Mei-di Hilton Kuching(Jalan Tunku Abdul Rahman)
Pulau Pinang-25 Mei-di Hotel Royal(Jalan Larut)
Kuala Lumpur-8Jun-di Malaysia Airlines Akedemi(Jalana SS7/13 Kelana Jaya)

Untuk keterangan lanjut dan muat turun borang permohonan sila layari malaysiaairlines.com

Gudluckkkk!!! sapa yg pergi temuduga nanti..aku maybe kot..jauh menyimpang.Dari nurse bertukar karier ke pramugari..haha..


aku selalu pikir,siapa yg selalu amik pic kpl terbang tgh terbang..superman??


Saturday, May 11, 2013

Mari Berkenalan Dengan Saya



selamat PAGI u guys~tercetusnya entri kali ini adalah disebabkan ada awek cute nama Isabel Diaz nak berkenalan rapat dengan aku,so dia tag aku satu game berantai yg seronok.aku memang suka jawab soalan2.jadi lets get started.


Few rules need to be followed/Peraturan games ni!
1. Post this rules.
2. Write 11 things about yourself.
3. Answers the questions the tagger set for you.
4. Create 11 new questions for those you want to tag.
5. Choose 11 bloggers to be tagged and link them to the post.
6. You are not allowed to tag back


11 Things About Myself!



1~seorang yg manjakani manja mengada2 sebab ank tunggal
2~pendiam sangat
3~sangat sukakan binatang..pernah nak bela ular tapi kena marah
4~jenis xkesah dengan kawan
5~selalu berada di dunia sendiri( xpedulikan orang sekeliling)
6~obses dengan kurus(cermin itu kawan rapat aku,menilik badan tiap masa)
7~kuat jeles..ngan boyfriend,dengan kawan sendiri pun jeloss
8~suka diy(do it yourself) barangan,pakaian,skincare(yess aku ngaku aku kreatif:p)
9~seorang yg suka berkawan tapi malu nak usha dulu
10~boros.suka beli benda yg xberfaedah lepas tu menyesal
11~kuat mengamuk(belum thp pukul org lg) tapi cepat cool down


Question by Tagger!


01. Siapa nama penuh awak? Saya nak kenal awak (^_^)
=Farah Nadiah binti Abu Raihan.
02. Dari negeri mana? Kalau owg Sarawak, dari daerah mana?
 =dari Negeri Sarawak bumi kenyalang.Serian tanah tumpahnya darahku.
03. Kalau ditakdirkan kita bertemu, awak tegur saya tak nanti?
=yup.semestinya tegur.kita kan satu malaysia.
04. Cheezy wedges KFC dan Sugarbun. Yang mana lebih sedap?
=cheezywedgess!tetapi sy pilih sugarbun.mana nak cari kat semenanjung ni,unikk!
05. Pernah makan seaweed tak? Sedap ke tak sedap? Apa rasanya?
=pernah.rasanya kenyal2 sikit macam jeli tapi xda rasa langsung.jeli yg xberperisa.
06. Penah nampak abam askar tak? Hensem tak pada pendapat awak?
=iluvthisquestion!!da bosan dah tiap hari tengok muka dia.hhahhaha
07. Awak ada Incik Boss tak? Kalau ada, kenapa awak sayangkan dye?
=ada.sebab dia sorang je yg tahan dengan dgn peel buruk sy selama 6thn.thx luv!
08. Selalu ke pergi blog saya? Bila pergi ke blog saya apa yang awak fikir?
 =selalu jugak.ehmm(pikir jp)..anda sorg yg periang,peramah and blog plg aktif
09. Awak suka tak blog saya? Kalau suka, kenapa? Kalau tak suka, kenapa?
=suka sebab awk blogger yg berani,aktif,peramah and blog pun simple n kemas
10. Awak suka melancong tak? Tempat mana yang paling best awak pernah pergi?
suka sangatt.tempat paling best is Sarawak tanah tumpah darahku 
11. Kalau ditakdirkan awak melancong kat luar negara, awak nak melancong kat mana?
=wuiiiieee sy nak p France!!!!!!mendaki eiffiel tower!

11 New Questions !



1)Nama siapa?nak panggil apa?
2)suka tengok movie x?movie apa?
3)dalam banyak crita katun,cerita katun apa fevret anda?
4)kalau anda ada banyak duit,anda nak buat apa?
5)kalau anda superhero,apakah kuasa anda?
6)kalau saya jadi kawan rapat anda,apa nama gelaran anda nak bagi? :p
7)apa pendapat anda tentang blog saya,adakah terlalu gedik or lain2?
8)sebutkan satu perkataan yg mengambarkan perasaan anda sekarang.
9)banyak2 pose bgambar pose apa fevret anda?
10)tujuan anda bina blog?boleh saya tau?
11)siapakah idola anda selama ini?



11 blogger to be tagged!




1) Little Momo
2) Nahwal Imtiyaz
3)niesasukasuk
4)a Story Teller
5)Meyra John
6)Emildza Jayy
7)Puteri Ichigo
8)Book Of Journey
9)Girl Dream
10)Dalam Otakku
11)Kampung Kameq
                
random tagged je ni,sorry kwn2 blogger..hehe..games ni bkn saja fun tapi dapat mengeratkan hubungan di alam maya ni..stuju x..zzzzzzzzzzzzzZZZ

Thursday, May 9, 2013

DIY : renovate Jeans dan Tshirt



Selamat Malam~

Entri kali ni nak  share something aku buat tadi..saje try..aku sangat3 suka DIY(do it yourself) benda..xkiralah makanan ke,pakaian ke,perhiasan ke...memang seronok buat..bila tgk kat video tutorial kat youtube rasa bersemangat nak try buat jugak..yang penting jimat..guna bahan sedia ada.Tadi aku kemas2 almari jumpa satu baju tshirt lama,tshirt kosong je...then aku capai gunting..zrapppp zrapppp zrapppp...

TADAAA~


before:tshirt kosong yg boring
tukar kepada ala2 geometri(kununnya)
kepada tshirt yg ala2 rock ataupun

tadi tshirtt,now kepada sua jeans pula..sua jean aku pilih adalah sua jeans yg paling membosankan,dan lama la juga..straight cut jean je..so bawah ni hasilnya pula..

JENG-JENG~


before:suar jeans straight cut yg bosann

after:tambah renda..cute sikit..hehe
peaceeeee..



atas ni jugak salah satu video tutorial diy tshirt makeover...cutee..nak cuba nanti..
nite2~

Monday, May 6, 2013

Jari Jemari dan Blackout


Tamat dahh PRU13..
ramai yg sorak sakan,ramai yg menangiss sedu sedan..ramai yg dapat "panda eyes" semata2 tunggu result penuh sampai lewat malam(gila lambat weh result kali ni,pegi kedai beli lampu suluh dulu kot,maklumlah blackout tiba2).
Apa yg pasti trending ..pagi2 PRU semalam bukak aje instagram,fb mula lah trending gambau jari jemari berdakwat etam dengan caption "saya dah undi,anda bagaimana?"..ada member2 aku yg x p mengundi pun pos gambar jari dorang...n isu dakwat kekal boleh hilang pun sama..siap pos jari yg dah basuh bersih ..


baru lepas mengundi,korek hidung sbb xtahan gatal sangat,kan dah biruu hidungg tuuu!
(ni bukan hidung aku,aku jumpa kt fb:'D)
Then bila dah selesai mengundi,tunggu result malamnya pulak,aku bukak tutup bukak tutup tv..serius mengantuk dengar wartawan tu bercakap,xbersemangat langsung..aku tutup,layan info dari fb..kira pukul 12 lebih kot result dapat..sebab blackout eh..xlama tuu pooppppsss kuasa magic digunakan lampu pun menyala,dapatlah resulttt ..PM Kekal,BN menang bla3.. lepas tu aku bukak wall home..penuh orang changed profile picture dengan kaler hitam gara2 kecewa..*facepalm*

aku paling suka main lilin time blackout..besh
anywayy no,no,no..aku bukan macai mana2 parti..aku just rakyat biasa yg nak kan keadilan,kejujuran,keamanan dan kemudahan dari pihak pentadbiran je..pada kawan2 PKR jangan sedihh woo,tukar DP tu,kasi semangat naik,letak pic kaler2..Pada kawan2 BN dah menang tu jangan kutuk2 kawan lain parti,babab kangg....peacee
lastly~happy birthdayy to me..dah 23 tahun umur aku tahun ni..kerepot..have a nice day !