Sunday, March 31, 2013

Hantu ajak bergurau~

 


Aku baru je habis berkursus di satu institut area Bangi .Macam2 pengalaman aku dapat kt sana termasuklah yg meremangkan bulu romah.Benda ni terjadi kat bilik penginapan dia.Time tu hari Khamis,u oll know la..malam jumaat kan.Kira2 pukul 11 malam.Aku keluar dari bilik nak iron tudung and baju time tu.Tempat mengiron terletak kat satu sudut kat koridor,boleh je nak iron dalam bilik,tapi xselesa sebab ironboard tade..suasana kat luar agak sunyi sepi.Xda langsung kelibat kawan2 lain yg biasanya kluar masuk dri bilik dorang sebab dorang ramai kluar dinner kat restoran ramai2 time tu,aku n bdk bilik aku je malas nak juin.


On iron,bentangkan tudung.
Start iron,yg kedengaran just bunyi air dari kolam ikan kat tingkat bawah.
Tengah2 syok mengiron teinga aku tangkap bunyi something..

HUUUUUUUUUUUUUuuuuu~~ (jelas sekali dan panjang)

Aku masih keadaan rileks.Tersentak sikit je.Aku pandang sekeliling semua.Aku positifkan fikiran "ahhh ni mesti abang2 kaunter penginapan nak takutkan aku..huh".Aku jeling kt kaunter,gelap je ..ah..Aku buat bodoh,dan start iron baju aku pulak.Then tiba2 semua lampu area penginapan tu terpadam semua,kira gelap gila la semua koridor.Aku x menjerit ,aku siap tunggu nk tengok ada org on balik lampu sambil ketawa tak..lepas 2 minit xon lampu,aku lari ank ke blik,meninggalkan baju2 tgh diiron,aku suh junior aku bukk kan pintu bilik supaya chaya dr bilik kuar terang skit..then aku p tempat iron td..amik smua bju,tudung aku bawak masuk bilik..otw balik bilik tu,aku sempat cakap kuat2 "ingat bagus ke bergurau macam ni???!!"..sebab rasa geram campur takut..

Dalam bilik aku ceritakan sgalanya kpd kawan aku.Dia dahla penakut,pucat muka dia aku tgk.Lepas tu aku intai2 dari celah lubang kcik kat pintu bilik2,tgk2 lampu da on balik ke x.time intai tu mcm2 aku pikirkan,yela mana tau tgh syok intai skali terjojol muka dia depan lubang pintu tu...kira 15 minit camtu baru on balik.kebetulan plak mmber sorng lg baru balik dating time tu,dia bgtau aku yg kaunter gelap,xda orang dan da dah berkunci...lol..otw tido,bru aku tringat malam jumaat rupanya..tapi hawauu btl 'hantu' tu..rs nak iron2 je muka dia..main2kan aku =_=..


teeheee~







Sunday, March 24, 2013

Review: Foundation Cosmoderm



Selamat Berhujung Minggu U ols,

Aku bukanlah pengemar foundation sebelum ni..aku lebih suka pakai krim BB  biasa je..but lepas kazen aku perkenalkan satu produk ni aku teruja pula.yela kulit dia pun cantik,flawless,glowing serta merta lepas pakai foundation tu..so aku pun pergi farmasi Guardian and grab one...tadaaaaaaa!!


Perfect Sunscreen + Flawless Foundation Cosmoderm!!!!!! SPF 35 PA+++
First reason untuk suka benda ni is: dia guna bahan2 natural,xda bahan kimia yg merosakkan kulit.
Second reason is : dia light,pakai dari pagi sampai malam pun kulit masih segar,kalau berpeluh pun x capuk nampak,pakai sikit je pun dah glowing2 kulit.
Third reason is : dia ada Vitamin E,vitamin E sangat2 bagus untuk kulit ya kawan2..
Forth reason is : AFFORDABLE!!!..harga barangan Cosmoderm ni semua harga mampu milik..jangan risau.
Sebab akhir sekali : HALAL. :)

klik untuk tumbesaran



Dia datang dengan 5 kod warna tone kulit..

Yang nude tu sesuai bagi sesiapa yg nak muka nampak natural and sesuai sangat untuk lelaki sebab dia kosong xda warna..kulit jangan lupa protect bila kuar rumah biarpun kamu jenis xsuka bermakeup ..aku pakai kod 03(natural beige) ..sangat jatuh cinta dengan dia..:3















Friday, March 22, 2013

Kerana setitik nila,rosak susu sebelanga.





tralalalalala~
xda idea nk buat entry,then terpikir isu2 semasa,ni yg naik entry ni.
haritu aku ada terbaca page kt fb ... isu pasal polis malaysia bergaduh kot..polis tu sepak sorang pemuda..i guess tu polis bantuan kot..then aku alih pndangan kat ruang komen..habis berlambak komen kutuk polis malaysia ni gangster la,kaki saman lah,kaki rasuahla..

then aku teringat jugak isu sebelum ni..if korang kaki Facebook,korang akn perasaan satu pic newborn baby kaki dia berdarah kerana kecuaian dan kebiadapan nurse..memang kecoh kaw2 kat kotak komen tu kutuk,and ada lah juga yg backup nurse..nurse tu seorang je,tp dorang samakn nurse satu malaysia..

makcik rock : memang nurse kerajaan terutamanya x mesra langsung..garang2...
makcik klasik : patut diberhentikan kerja..kenapa dia boleh jadi nurse..
makcik baik : nurse tu penat sangat kot...kadang2 nurse ni bz..bukan semua dia dapat layan

and terbaru sekali kan..isu guru mengutuk perjuangan perwira kita kat Lahad Datu Sabah.
Dengar cerita dia sakit mental..ta tau btl ke tak..kerana dia seorang,guru2 lain pun kena tempias jugak..sampai dicap guru sekarang ramai x bertamadun,xboleh jadi contoh,datang sekolah makan gaji buta..kalau rasa guru semua xbertamadun kenapa kau hantar anak kau p skolah jugak,langsuir..:p..bapak aku guru,so aku agak terasa..

macam Lelaki jugak kan..kita perempuan putus dengan bf..lepas tu nangis2,sedu2 jerit "semua laki sama je!!!"sambil hentak2 kaki..disebabkan sekor kumbang tahik,dia samakan semua jenis kumbang...aku dulu sebelum baligh pun macamtu..tapi bila kita berfikiran open minded n positif jarang terjadi benda2 cmni kan,kan,kan...

phewww~




Saturday, March 16, 2013

Pakar Tukar Wajah Dengan Makeup



hello jiggly-wiggly~
nak borak pasal makeup dalam entry kali ni..
personaliti jemputan minggu ni..ehem2..  Promise Tamang Phan .Dia ni sorang Makeup Artist yg terkenal kat youtube.Dia lebih mengetengahkan makeup yg membolehkan wajah dia ni berubah hampir 98% sama dengan celebriti2 terkenal,watak anime,watak disney dan orang2 kenamaan.Jum tengok beberapa keping gambar dia mirip celebriti,watak2 filem..


wajah asli dia


sebagai Micheal Jackson

sebagai Anglina Jolie

sebagai Beyonce

jack sparrow

monalisa !

harry styles dari group one direction!

best kan kalu terer makeup macam ni,lepas tu kluar kat public,orang datang serbu mintak sign(nampak sgt aku gila nk glemer :D)...Teehee~

#pray4sabah#







Thursday, March 14, 2013

Ayat Maut Perempuan






tweet2 bubblegums~
hari Khamis,bersamaan 14 Mac 2013,petang ini diiringi bayu dari laut..aku nak share beberapa ayat yang boleh dikategorikan sebahagian daripada kamus perempuan..yang dorang tmasuklah aku selalu guna,tapi lelaki xpaham..last2 bgado hbisan,off nset...kesian pula kaum lelaki,terngiang2 otak dia pk "whyy?apa salah aku?why"..haha..
pandangan aku,perempuan ni suka guna ayat berkias sebab dia expect laki akan paham apa yg dia sampaikan..so mari tengok...

1) x ada apa2,lupakan (paling famous)
=bila perempuan cakap mcm ni,dia expect kau untuk cari apa kesalahan yg kau dah lakukan pada dia.

2)ok,fine! (ayt bahaya)
=selalu digunakan bila nak stopkan 'war',bila dia dah cakap macamni,dia merasakan dia di pihak yg benar ,yg lelaki perlu diam,xpyh menjawab..:p

3)buatlah apa yang patut
="lepas tu siap kau aku bebelkan puas2"

4)xkisah pegi mana pun,ikut awak je 
="kalau kau xtau tempat yang aku nak pegi siap kau".(salu terjadi,ritu msg ajk tgk wayang,bila da sampai hari, boleh plk tanya " kita nak pegi mana ni?")

5)buatlah!
=itu ayat cabaran,bukan ayat beri kebenaran ye tuan2.Jangan buat bila dia cakap mcmtu.

6)thanks a lot/thanks 4 everything
=ayat sindiran menunjukkan kau betul2 sakitkan hati dia.

7)leave me alone
=maksudnya "jangan tggalkan aku,plz pujuk aku".

8)benci!!
=dia xbenci kau pun sebenarnya,dia cuma benci apa yg kau buat pada dia.Jangan nangis bila dia cakap macamtu,masih sayang tu ;D

9)we need to talk
="i nak complain"..biasanya nk luahkan apa yg dia xpuas hati.

10)i nak tanye ni
=biasa kalau perempuan nak tanya something,kdg2 jawapan tu dorang memang dah tau tapi saja tanya kau nak tengok kau jujur dengan dia ke x....wink!

rasanya ada banyak lagi kot..selain di atas ni..nanti kongsi2 la ^_^
take care...








Wednesday, March 13, 2013

Keyboard Warrior di FACEBOOK.



inilah barisan kita~yang ikhlas pegang keyboard~

Siapa itu keyboard warrior?
Seseorang yg xdpt meluahkan rasa geram dia dgn tindakan fizikal jadi dia expreskan kemarahan/kebengongan/kegeraman dia melalui internet .Mereka ini hanya nak orang mengalah dan anggap kenyataan dorang je boleh diterima.

Paling senang dijumpai kat Facebook.Bersepah.
Baru2 ni,isu Lahad Datu,Warrior negara sibuk berjuang kat Lahad Datu ,para keyboard warrior pun sibuk berjuang kat Facebook merepek2 memperlekehkan tugas ATM&PDRM.Biasa ayat2 keyboard warrior macam orang yang xberfikir dengan waras,main hentam ja komen guna ayat2 yang menyakitkan hati orang yang membaca....ada tu panjang berjela2 dengan huruf besar dia buat karangan spm kat tempat komen.. dorang cakap je lebih,nak buat tu jauh sekali..ajak jumpa depan2 takut..kadang2 kalau aku geram,aku balas juga komen dorang..tapi guna ayat yang waraslah siap tambah smiley..saya berperikemanusiaan(muka innocent kejap)..

Keyboard warrior ni senang nak nampak kat topik2 agama,topik2 politik(no satu ni) or apa2 jelah yang membuatkan dorang xpuas hati..kadang2 kat gambar orang pun ada keyboard warrior ni,mengutuk gambar orang..itu x kena,ini xkena..tahi lalat kat muka pun dorang boleh jadikan isu kadang,jerawat batu orang tu pun dia risaukan bukan main(bkn nya nak belikan orang tu ubat jerawat ke apa)..=_=...annoying zzzzzZZZ....

contoh:

ISU LAHAD DATU

orang normal : al-fatihah kepada mereka yg terkorban.aamiin.
keyboard warrior : kenapa suruh polis,suruh atm lah senang kerja..memangla cepat m**pus macamtu..

ISU GAMBAR ORANG (letak pic tengah minum)

orang normal:nak sikit air..cute..
keyboard warrior : nak minum pun nak post ka,minum jelah..hebohhnya..
tuan punya gambar : woi ni fb aku kan,sukahati aku lah(cuba melawan)
keyboard warrior :semak wall home aku lah(nak menang jugak)

buat rugi masa je layan keyboard warrior ni..
=_=....









Monday, March 11, 2013

Si Baju Hijau





2008~
Time baru2 masuk belajar di kolej dulu,pensyarah aku salu nasihatkan kitaorang supaya jangan rapat,and buat contact dengan "mat tiarap" time praktikal.Aku tertanya2 sapa mat tiarap tu..maybe cleaner kot(aku begitu lurus time tu)..then masuk musim praktikal.aku dengar daripada kawan2 aku yg dapat penempatan praktikal di Hospital Kem Terendak Melaka..tentang "mat tiarap" jugak..then aku tanya la kawan aku sapa mat tiarap..

kawan: mat tiarap tu askar la..dorang kan kuat niarap time blatih..xkan cleaner kot..ko penah tengok ke cleaner mop lantai sambil meniarap ... =_=

okeh..oH~..askar.eeee...aku tatau la tapi aku memang anti-askar dulu.menyampah xhenti kat dorang..sebab dorang miang..kuat mainkan prasan perempuan(dgr dari pengalaman kwn2 perempuan)..kaki ayt manis(mulut bersemut)..gila seks(dgr dari member crita jugak)..hitam plak tu...LOL..aku mmg tipikal small minded girl time tu..semua tentang dorang aku x suka..
lebih lagi kawan2 aku memang ramai sangkut ngan askar time tu(dak2 nurse mmg suka sangkut ngan army) mula lah dorang bercerita tentang mat2 hijau masing2..aku mencebik..then ada sorang kawan aku tegur..

kawan : fara,kau xsuka xsuka nanti kau pun sangkut baru tau..tengoklah.
kawan lagi sorang : nurse ni xjauh punya..x polis ,mesti last2 kawen dengan askar..
aku :....(duckface)

then tup tup.masin la semua mulut kawan aku.bf aku masuk askar..padan muka aku T_T...ohh whyyy whyyyy dear~





now 2013~still with the same man.
tu masa dulu,now aku suda  terima dan paham dan menghargai tugas ATM,dan berasa bangga kerana ATM dapat mengawal keamanan negara kita..lebih2 lagi insiden di Lahad Datu tu,lagilahh aku menghargai dorang..salute...

pray for sabah..pray for our PDRM&ATM..




p/s:weyyy cantikla suar skinny ala2 army atas ni..mana mau beli online hoo..dah jadi trend skrang ni ..gerammmm..

Friday, March 8, 2013

DIY Beauty : Carrot Scrub







heloo honeybees,

hari ni aku buat jus carrot.kunun minuman diet lahh.aku try lepas baca artikel ni Diet Jus Carrot .
Lepas habis blender hancur2,tapis lebihan hampas carrot tu sampai kuar habis semua2 jus carrot tu...aku tibe2 sayang nak buang macamtu hampas dia.So aku terpikir carrot ni memang  sangat,sangat,sangat,sangat bagus untuk kesihatan,so y not kita tgk dari kecantikan pulak..so tada...CARROT SCRUB Bugs Bunny!!!


ni lebihan jus carrot tersebut.

aku just campur sikit madu dlm scrub tu,then gaul rata.aku scrub muka time nak mandi so no piccc tgh scrubing2..heeehooo....extra,if korang nak tambah olive oil ke,lemon juice ke terserah kan..stiap tu ada benefit masing2..lemon jus bagus untuk kulit berminyak,olive oil bagus untuk glowing skin..lepas scrub muka,aku bantai guna scrub kat badan pula..rasa fresh dan licin sangat,sangat,sangat,sangat kulit woo..terhakis segala daki2,kutu2,bakteria,virus,habuk2,ulat beluncas..jangan membazir kann...:D..have a nice day ~






Sunday, March 3, 2013

Semoga Mereka Kembali Aman-Lahad Datu





siap tunjuk peta  Sabah lagi ni..haha



Rasanya rakyat Malaysia semua dah tahu apa yg terjadi d Lahad Datu skrang kan.Pencerobohan kat sana..Atas rasa perikemanusiaan aku nak pos pasal ni.Bagi sesiapa yg msh xtau di mana Lahad Datu sila rujuk gambar diatas atau openlah buku teks Geografi yer..:3..

Aku ni bukanla jenis suka tgk berita sangat,ni tahu pun lepas pensyarah aku(Kursus time tu) dia cita pasal ni.Lepas tu,aku ikt sgala perkembangan kt berita..Bertambah geram lagi lepas ada orang kita terkorban skali..2 orang..then makin bertambah lagi.smua PDRM..sedih kot..macam xda tindakan tegas ja diambil,dh nyawa melayang pun masih berlembut lagi dengan orang Sulu..ada orang kata ada sejarah tentang orang Sulu di sabah tu..tapi oleh kerana aku mmg xsuka sejarah dari skolah dulu..xminat sangat nak baca..haha..

Tentang kenapa ATM(angkatan tentera malaysia) xbuat papa sgt..aku ada tanya aku punya cucubie boyfie,since dia ATM.dia ckp dia pun tamau komen papa .then dia just cakap bla bla bla bla bla ..aku malas nak terangkan.sebab isu sensitif kan..

BTW,just keep pray for their safety dan juga negeri Sabah juga..
Semoga negara kita aman sentosa...
Takziah dan al-Fatihah kepada yg terkorban.