Saturday, April 26, 2014

Last Seen Di WhatsApp

Mula2 aku confuse jugak 'Last Seen' ni nak menunjukkan dia last dia guna whatsapp ke atau last dia online..
Aku google2 baru aku tau yang :

'LAST SEEN' =maksudnya kali terakhir dia menggunakan whatsapp sebelum dia offline dan kebarangkalian dia dah baca mesej kau antar
'ONLINE' = maksudnya orang tu tengah on whatsapp dan berhubung dengan internet tapi x semestinya dia dah baca mesej yang ko hantar

Berbalik kepada "last seen"..disebabkan aku selalu sakit hati dengan last seen,sampai aku bold n merahkan perkataan tu.haha...antara masalah hawau yang sering aku encounter dengan last seen ni adalah:

-kita dah anta mesej kat orang tu beriya2 panjang lebar,dia senyap...contohlah aku bagi mesej kul 2,last seen dia pukul 2.30..then pukul 3 baru dia balas..berbalik kepada last seen dia tu..dia dah baca kot,tapi mendiamkan diri...saja nak balas lambat2..(ni kalau bab mintak tolong kt kwn yang susa nk menolong,saja bls lambat2)

-kata nak offline tido,wish goodnight all,pastu check2 esok pagi last seen at 3pagi..mengundang kerasukan betul.haha

baru2 ni last seen dah boleh hide kan..kuang asam btl..haha. makin maju teknologi,makin merenggangkan hubungan..xkira la family ke,kawan2 ke,bf ke..sapa2 jela kan..ada kebaikan ada keburukan.. :S

goodnight~

Tuesday, April 22, 2014

Pengalaman Kena Gigit Kucing



Siapa ada baca surat khabar metro tau kot pasal atas ni.Akak tu kena cakar kucing dia sampai kena tahan wad akibat jangkitan kuman.Kesian betul..

Aku pernah kena jadi aku memang paham sangat la sakitnya kena gigit and cakar teruk2 oleh kucing kesayangan..Sampai sekarang parut masih ada,kenangan tragis betul.haha.
Hal ni terjadi tahun lepas,salah aku.Aku cuba nak leraikan kucing bergaduh...=_=..
Sebelum2 ni okay je dia bila aku angkat bawak lari,tapi malang xberbau..agaknye dia betul2 hangin berasap tahap goku hari tu,tu yang dengan tangan aku lunyai dia kerjakan..xdapat kucing yang dia kejar,tangan aku dia gigit..Memancut2 darah keluar dari tangan kiri aku..aku yang panik menjerit satu rumah..habis mak bapak aku panik sekali.hahahaha...oleh sebab ni first time ,aku kelam kabut..aku amek kain tekapppp bagi darah berhenti..then halakan kat air mengalir..darah masih xberhenti2 keluar..dalam sangat kot sampai kena salur darah ..

Lama aku tekap baru berhenti,then tangan aku terus membukit..bengkak sebengkak2nya dah nak besar telur ayam.

bengkak time ni dah surut sikit

yg 3 lubang tu la paling banyak darah memancut2,aku just tuang2 ubat gamat je,kurang rasa sakit..

ni the next day bangun tidor,darah masih mengalir keluar rupanya..ni darah kering

(skip kalau loya)
yang ni seminggu lepas tu..bernanah,kemerahan,tegang,sakit bila kena tekan tanda2 jangkitan kuman
 aku g klinik..doktor bagi ubat antibiotik,aku habiskan je..then nanah tu dengan beraninya aku keluarkan sendiri..tanpa painkiller..haha..akhirnya surut..banyak woo nanah tu berkumpul..Untuk pulih sepenuhnya ambik masa,2-3 bulan tangan kiri aku kebas woo..aku banyak gerak2 kan tangan kiri(fisioterapi sendiri)..hasilnya tangan aku hodoh berparut timbul,pastu xjaga makan jadi kehitaman...aku start2 sapu bio-oil  dan lemon baru makin pudar.Bila kwn2 tanya parut apa,aku cakap kena gigit&cakar kucing..dorang gelakkan..xpe tunggu korang kena gigit pulak..miahaha

ni tangan aku sekarang.Parut masih kelihatan tapi dah makin pudar


ni la kuceng jantan gangster tu..montenegro..haha
moral of the story = jangan masuk campur hal peribadi kuceng..haha..kalau dia bergaduh spray je air..walaupun kucing ni jenis manja,dia tetap ada perangai pemangsa dia..ceh3..
                                                  


Sunday, April 20, 2014

Testing Tudung Bawal Yunabella

Baru2 ni trend tudung bawal dari Yunabella makin jadi trend kan..kalau tengok kat tagged di instagram berderet org pos gambar kai tudung bawal style tu..aku dulu dapat tau pun dari kazen aku.Dia post pic dari blog Yunabella sendiri.Then aku baca entri dia yang bertajuk Tudung Bawal Yunabella .Aku jadi teruja nak try sebab memang comel sangat style tu,then kemas n menutup dada.

Then tadi nak keluar jejalan,aku saja try pakai style bawal yunabella ni.First try tau.Menjadi pulak. XD.
Walaupun agak terkial2 masa nak lipat2 tudung tu,pastu nak kemas2 bagi nampak cantik lekuk2 dia..Aku post la pic kat member aku,dia tanye " beli mana tudung pesyen tu??nak jugak"..kebanyakan member ingat tudung tu readymade jual kat kedai..HAHA..padahal buat sendiri je..jimat sangat dan berbaloi..

3 kerongsang besar ni  aku beli rm10..

percubaan pertama xkemas sgt,tapi berjaya..penat aku atur pin untuk kemaskan bawah tu..

edit lebih ni muka bercahaya2..haha
nak beli bawal banyak2 pasni,aku pengumpul shawl je sebelum ni..tapi sekarang macam dah jatuh cinta kat bawal pulak..hehe..gipun murah je bawal..rm 5 sehelai,boleh dapat macam2 kaler kau nak..wuuuu~
till meet again :3

Saturday, April 19, 2014

Tips : Boleh Kurus Ke Makan Oat?

 Mula2 malu gak rasa nak pos entri ni,haha~
Aku dulu2 agak debab orang nye,lebih2 lagi time di bangku sekolah sebab hormon x menentu,makan xjaga,emosi x menentu kan.Stress belajar semua..macam2 lah..Tapi serius bila ingat balik start form 2 kot badan macam kena pam2..mana x nya..makan makanan fast food,processing food,berminyak2 semua..air bergas semua..kat dalam peti ais mesti penuh dengan stok fast food ayah aku belikan khas untuk aku.Nugget,kentang goreng,hotdog,ayam goreng..air coke botol bsr(aku sorang je boleh minum,org lain xboleh sentuh k),air putihh ewwww..xpernah nak minum,geli konon xleh telan.

Aku start berdiet masa umur 18~
Sebab konon dah habis sekolah,nak jadi "the new me"..konon2..Masa tu bukan diet seimbang pun,sebab lack of knowledge lagi tentang diet sihat ni.Masih bodo2..Tau tentang quaker oat utk kuruskan badan ni pun dari member.Apa yang aku buat..makan "quaker oat sahaja".Oat tanpa gula,kadang2 je aku campur dengan milo.Pagi,petang ,malam aku amek quaker oat.Nasi x makan.Masuk je belajar kat kolej,masih gak berdiet sama..bila pegi cafe kolej,aku amek lauk sayur je,lauk lain aku xamek.Kawan2 kolej semua geleng kepala tengok aku xmakan nasi,kadang2 makan biskut oat je untuk seharian.Time puasa lagi galak aku makan quaker oat,sebab btl2 mengenyangkan..

Hasilnya~
Memang aku kurus keretong(perkataan baru yg aku cipta) lepas tu.So memang berkesanlah.Tapi sebab kan diet x seimbang,badan senang sakit..dan lemah sikit..sebab nutrien2 penting xde semua untuk keperluan tubuh.Dengan exercise xda,just diet bodo2 camtu aku dapatlah merasa jadi kurus..Tapi suka jugak hati aku bila balik kampung,family belah sana cakap aku dah kurus,dah lain..haha..kalau sebelum ni asyik dipanggil gemok kan,stress jugak..

kiri(masa skolah dulu,bambam n kegelapan kulit)-kanan(masa kolej,kulit keputihan sikit dan badan dah susut)
bila aku tengok balik pic lame....erkkkkkkkkkkk...xsangka tu aku dulu.hahahaha..Bila aku show pada kawan baik aku dorang pun terkejut..xcaya tu aku..hahahahah..

The kesimpulan is~
Boleh je kurus makan oat ni.Korang try la sebulan ke,then tengok hasil dia..
Aku sekarang jaga pemakanan je,clean eating bak kata omputih..
Kurangkan carbo,air bergas semua xminum lagi,lebihkan buah-buahan&sayuran,kekacang,rajinkan minum detox water selalu,banyakkan minum air putih..lagi satu rajinkan berpeluh..hehe..buat masa ni aku suka Zumba n Pilates je(kat Youtube banyak video)..jogging paling aku xminat..bwekk...:p

Wohh xsangka aku berani tempek muka huduh aku zaman sekolah dulu kan.Ada sesapa xnak kawan aku ke lepas tgk pic tu?haha..aku xnak jadi macam tu lagi..sobs2...







Tuesday, April 15, 2014

Posisi Selamat Ketika Tidur



aku kalau time tidur kalau boleh tangan atau kaki atau kepala mesti tak terjuntai dari area katil.Sebabnya selalu terimagine something mengaru2 tapak tangan or kaki aku =_=..tak pasti la halusinasi ke,imaginasi ke..kita xnampak kan..so selalu nya aku pilih posisi sebelah kiri gmbar kat ats ni...hahah

Kadang2 terlampau rasa paranormal sgt,sorok kaki tgn dalam selimut,kepala tutup dengan bantal,hidung je xtutup..hahaha...konon paling selamat la kan..tapi kadang2 terlebih lasak tidor..lintang pukang gak tido..habis terjuntai cecah lantai kaki...siapa sama macam gmbr atas ni time tidor? :p

jangan lupa doa..goodnight!!!




Friday, April 11, 2014

Resepi :Kek Jagung Manis Simple


Aku bukanla terer baking2 ni.Tapi sebab teringin sangat nak makan buat jela..cantik x cantik belakang cite.Yang penting sedapppppppppppppppppppppppppppppppppppp~
Hari tu ada try baking kek jagung manis.Dapp sgt..kejap je habis~

Bahan2 dia :
~2 cawan tepung gandum
~3/4 cawan gula kastor
~1 cawan minyak
~3biji telur
~1 sudu kecil ovelet
~1 sudu kecil esen vanilla
~Setengah tin jagung manis

Cara2:
1)Ayak tepung + baking powder
2)Pukul telur + gula
3)Masukkan minyak +esen vanila +ovelet
4)Pukul lagi
5)Masukkan bancuhan tepung sikit demi sikit
6)Setelah sebati,masukkan jagung tin tadi..
7)Bakar~
tadaaa...can u see the jagung2 timbul.wangi gila kek ni..maafkan rupa paras dia yg x berapa nak hensem..

the inside..aku nye kek lembut sikit..dunno y but sedapppppp for sure..x terlalu manis..

skill baking aku masih teruk..hope second try untuk kek ni lebih better rupa dia..haha~

Monday, April 7, 2014

Fenomena Musim Bunga Di Malaysia




ala2 cherry blossom!!
Baru-baru ni kalau balik kerja mesti berbunga2 hati tengok pokok yang mengeluarkan bunga ala2 macam kat Jepun..patu kat jalan raya penuh dengan hamparan bunga yang bewarna putih dan yang warna pink..gila xsuka..cantikkkk sangat2...tenang je..hilang stress kerja..jarang sangat aku tengok fenomena gini..
xpayah g obersea kat negara sendiri pun dah ada.

 
lawaaa gila kan..kat melaka..klu balik lalu sini berbunga2 hati

tengok budak ni sempat pose atas hamparan bunga
                                               
kalau photoshoot situ mesti cantik
balik kerja aku lepak2 sini jap..ilang stress


  musim sejuk,musim panas,musim bunga...so lepas ni agak2 ape plak jadi kat Malaysia..adakah salji?woahhhhhh~~~~~

Jom Rembat Hadiah Comel2 Dari Momoy

Firstly..haha..ni FIRST time aku join giveaway contest..(tepuk tangan sikit bagi sokongan)..
Ni nak mencuba nasib la ni..
Giveaway yang ni adalah dari blogger Momoy ..okay lets begin~



2 perkara yang aku suka tentang blog dia  :
♥Blogger blog ni friendly sangat,boleh tengok part dia mengomen kat blog aku,aku rasa macam kawan lama dia pulak..hehe
♥Blog dia banyak entri mengenai review produk kecantikan so disebabkan aku suka benda2 berkaitan kecantikan,aku selalu  rujuk blog dia.

2 perkara yang aku x suka pulak tentang blog dia :
-blog archive tu kat bawah sekali,kalau boleh letak atas sikit senang nak godek2 baca entry lame,xyah kena scroll2 sangat :p
-entri baru lambat sikit..maybe sebab dia bz sgt..aku paham..kalau boleh bila da free post banyak2 eh sis Momoy,walaupun entri pendek :3..

Tag:
ALS
Niesa

Okay...sesiapa nak join giveaway ni boleh join di second giveaway by momoy :)