Thursday, January 30, 2014

Tips:3 Senaman Favourite Paling Ringkas.


Lama aku x workout,baru2 ni baru nak start balik.
Yela bila org dah tegur "nape ko mcm da bulat ni"...grrrrrrrr
Semangat membara nak workout habis habisan.
Makan pun dah start kawal balik.Aku sangatla xsuka berjogging.Macam membosankan bagi aku.

1)SQUAT.

Paling berkesan la untk nak buang lemak peha,mantapkn bahagian bawah

nak lebih kuat lg jumping squat ni
2)CRUNCHES.(selalu buat lepas bangun dari tido,time dah baring sebelum tidor ke)

Berkesan untk bahagian abdomen dan tepi pinggang
 3)JUMPING JACK(LOMPAT BINTANG)
ni fevret time tengah malas sgt,buat lompat bintang je sampai 30-50 kali dah start berpeluh.

kadang2 aku Zumba je.Lebih seronok kan.Kunci bilik patu pasang video zumba yang berlambak kat YOUTUBE,patu menarilah ikut Instructor.Lantakla buruk ke tak rupa kita menari tu,menari tunggang langgang terlanggar almari ke,janji berpeluh dan enjoy haha.





Friday, January 24, 2014

Review:Lotion Vaseline Instant Fair(CERAH SERTA MERTA)


Produk lastest dari Vaseline iaitu Lotion Vaseline Instant Fair.
Kalau tengok iklan dia kat TV or Youtube sapu2 je terus putih cerah gebu kulit.
Eh eh cam magic je.
Fara xda terpengaruh sangat masa tengok iklan tu.
Saja2 nak try.Experiment.Jadi belilah.Lagipun memang suka sangat lotion Vaseline jugak sebelum ni sebab dia senang serap dan x melekit.


tengok la iklan dia..ngancam betul gelap camtu boleh bertukar cerah sekelip mata

botol lotion kaler pink

lotion dia pun kaler pinkk..mentang suka pink kan


sebelum dan selepas diblend lotion tu,sampai ke kuku aku sapu..haha..
xdalah pakai lotion ni terus jadi segebu Adira AF tu,cuma lebih cerah sedikit la dari kulit asal..boleh notice perubahan dia.Maybe dengan penggunaan yang konsisten kulit jadi lebih cerah lagi.Yang best lagi lotion ni cepat betul menyerap dan tidak melekit langsung.Bau dia xda wangi sangat sampai pening kepala.Tapi losyen ni xmemberi kelembapan yg lama.Kulit dahla asyik kering baru2 ni..grrrr..







Tuesday, January 21, 2014

YAKULT : Ubat cirit-birit.


Salam kawan2,
Cerita sal Yakult pulak.

Fara memang amalkan minum Yakult tiap kali chair-rat-bear-rat.
Tiap kali kena serangan,mesti borong Yakult.Lepas 1 -2 botol,alhamdulillah baik.Xmeragam dah.
Sebenarnya doktor yg suggestkan ambik Yakult ni sebab dia sama je macam ubt probiotik.




Didalam minuman Yakult, terdapat bakteria probiotik yang dipanggil “Lactobacillus casei Shirota“.Bakteria ini mampu menentang bakteria-bakteria penyebab cirit birit dengan berkesan.Bakteria baik ni menekan bakteria jahat yg buat kita sakit perut/cirit birit.
tadaa..sambil menaip entry sambil beryakult

tapi kalau xda yakult,boleh try Vitagen jgk.Tapi Yakult lebih terbaik la.Pernah sekali tu minum sebotol dah elok perut.
k.Goodnight.Nak rest.wuuu..
Fara tgh chair-rat-bear-rat sebenarnya sekarang ni,nasib Yakult dah minum,dah ok sikit perut ni rasanya daripada sebelum ni.


Sunday, January 19, 2014

Quokka:Haiwan Yang Paling Happy Di Dunia.


Salam sejahtera peeps.

Quokka.Siapa2 yg belum tau apa binatang Quokka ni, jom kita berkenalan dgn dia.First time jugak Fara tgk binatang ni.Quokka ataupun diberi gelaran Tikus Kangaroo ni berasal dari satu area kecil di Australia.Sebab dia digelar haiwan yang paling happy kat dunia ni maybe disebabkan sifat "peramah" dengan manusia/haiwan lain dan mimik muka dia yg seakan2 senyum/ketawa 24 jam.YEKE dia kuat senyum??..mengarut si Fara ni..Jom kita layan beberapa photo Quokka ni..

pipi dia,pipi dia!

dia boleh selfie muka happy gila dgn mamat tu T_T

smile for the camera :)

Hai nama saya Quokka,jom main msk2

nsb xda lesung pipit..comel gila dia senyum

tido pun boleh senyum..tido dlm iman(crita p.ramlee alibaba bujang lapok)

konon2 candid smile

sudahla senyum tu...hidung ada pasir,lap dulu
comel kan binatang ni..kalau mmg boleh bela,dh lama bela..bila kita sedih,tgk muka dia kita pun rasa happy..:D..




Friday, January 17, 2014

DIY: Mari Buat Aiskrim


Salam bloggers :D..
Dalam mood yang happy gini fara nak share cara2 nak buat homemade aiskrim.Dah lama dah buat tapi baru rini nak post entry..heh heh..Fara ikut resepi dari blog cikepal yg femes tu.Xsangka menjadi pulakkkk..dahh simplee gila bahan dia...fara just tambah biskut oreo sebab nak konon2 sama macam MCD Oreo Mcflurry tuuu..


Bahan dia just :
~ovallete (pastikan yg halal)
~1biji telur
~1tin susu cair
~1/2 susu pekat.
~1 sudu kecil esen vanilla
~biskut oreo
(kalau buat aiskrim perisa lain korang just tambahlah ikt yg korang nak contoh cam milo ke,nescafe ke,strawberry ke,durian ke)

Cara2:
1)Mix semua bahan2 tadi(kecuali oreo)guna stand mixer sampai tekstur dia pekat dan likat.Fara guna blender je..cepat sikit dia pekat dan sebati.
2)Patahkan biskut Oreo(terpulang korang nak buang krim dia ke x),dah patah tu campurkan ke dlm aiskrim tadi..gaul2 rata..
3)Masukkan ke dalam bekas (pakai je bekas aiskrim yang lama)
4)Tabur2 lebihan oreo patah tadi ats aiskrim(nak letak choc rice,m&m ke,terpulang)
5)Masukkn kat bagian atas peti sejuk.Fara buat ritu kira berjam2 jugak baru dia keras.

ni first ice cream yg fara buat..siap efek cahaya matahari biar nampak dramatik..haha

second time buat..besar sikit..haha..boleh share2 ngan family..senang

rasa dia?sebijik cam aiskrim Mcflurrry Oreo MCD tula...kalau x caya cuba buat.Jimatt wooo...




Thursday, January 16, 2014

Wordless Thursday: Berangan sekejap :D


My dear future husband,
whoever u are out there..sama ada kita dah kenal ataupun akan kenal di kemudian hari..
nak macam ni nanti..kbye


Monday, January 13, 2014

Lengang2 Kangkung.


Selamat malam.
Fara bukak FB arini kepelikan sebab semua org post pasal KANGKUNG.
Kangkung here,kangkung there.
Terkangkung-kangkung.
Ada pesta KANGKUNG ke apa.
Fara selalu ketinggalan sangat topik hot baru2 ni.
Tanya member "ehhh kau ni! kangkung nya harga da turun la".
Terus gelak goleng2 pastu.
Sampai sekarang cramp perut.



KHASIAT KANGKUNG :

1. Membantu melawaskan pembuangan air besar.

2. Membantu mengatasi masalah sukar tidur atau insomnia kerana ia mempunyai kuasa sedatif iaitu sebagai agen penenang semulajadi.

3. Membantu mengatasi lemah badan dan keputihan.

4. Membantu meredakan pembengkakan, terseliuh, bisul dan jangkitan kulit.

5. Membantu melancarkan haid dan merawat hidung berdarah.

6. Membantu meredakan sakit kepala, sakit gigi dan mengatasi masalah kelemumur serta melembutkan rambut.

7. Kangkung juga mempunyai kuasa diuretik iaitu membantu melancarkan dan melawas kencing.

8. Kebaikkan mineral dan manfaat semulajadinya ini juga membuatkan kangkung mempunyai pelbagai khasiat lain seperti membantu mengurangi haid berlebihan dan membantu meredakan cirit birit akibat keracunan makanan.

K.Goodnight.
Salam Maulidur Rasul :)

Thursday, January 9, 2014

Header Baru Lagi.


Selamat Malam Rakyat Malaysia..
Tengok header Fara..bertukar lagi.miahaha..
Asyik bertukar je.
Tapi kalau dulu asyik gambar kartun comel2(bajet kanak2 lagi),
Sekarang Fara da tukar nak jadi dewasa.
Gambar awan kaler pink2.
PINK wajib ada di header,walaupun cenonet pink nya..=..=
Jom nengok header2 wa yang dulu2:
shine bright like a diamond..what de heck..haha..tp aku bkn peminat Rihanna 

ni first header transparent yg berjaya aku buat..lol.kanak2 ribena

ni pakai kejap je

aku suka sangat header transparent awan ni,tp kejap je bosan

berbunga2 siap frame gambar..

header tadika..:D
yang lastest sebelum ditukar ..panda tu comel :D

banyak kartun2 kan..kelakar pulak bila tgk balik..haha..selebihnya lagi dah masuk recycle bin..
sekarang  ni tengok macam cantik je tgk header2 pemandangan yg cantik2..terus amek pic awan kaler pink tu..napa pilih awan warna pink tu sdgkan banyak pic awan putih yg lagi gebu,sebab Fara seorang yg berimaginasi tinggi (imaginasi yg baik je =..=),memang suka benda2 yg pelik camtu.Memang aku seorang yg pelik lalala~...Tengok berapa lama header baru ni boleh bertahan :3


Thursday, January 2, 2014

Selamat Tahun Baru 2014!AZAM BARU?


First entri di 2014.hehehe..
Xkuar sambut semalam,duk rumah tgk org main bunga api depan rumah..xyah g jejauh.
Korang sambut kat mana?
Anyway sempena tahun baru ni..
Aku nak :

-Berhijab sepenuhnya.
-Nak menambah ilmu lebihhh2 banyak
-Nak kahwin(berangan tiap tahun ;p)
-Berjimat-cermat(harga barang2 dah naik )
-Tambah rakan2 baru kat blog :D
-Nak try berbisnes ,carik extra money :D
-Seterusnya sama macam azam lepas2.Banyak lagi xtercapai.Sobs.

korang camna?

nah bunga api untuk kalian tatap :D

HAPPY NEW YEAR 2014 !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!