Thursday, October 31, 2013

Kena Penyakit Asma La Pulakkk..


Penyakit asma ni aku rasa memang semua tau kot.Memang common penyakit ni kat rakyat Malaysia.Kenapa aku buat entri tentang asma?sebabnya aku dapat penyakit ni..WARHHHHHH!.
Bermula lepas aku balik dari kampung aku kat Sarawak bln 6 yg lepas.Batuk xhenti2.Mula2 aku abaikan,tapi bila dah bebulan2 xbaik baru bwk g jumpa doc.

aku: doktor,sy dah lama batuk xbehenti2 ni 
doktor garang : hah..napa u jumpa saya??u patut pegi check kahak kat lab,mana tau u dapat TB ke...u xpatut jumpa i!!!

aku blum habis ckp lagi simptom2 aku,dia dah maki2 aku berdozen,cakap aku TB lg tuuu..dahla kuat suara dia..aku rasa pesakit2 yg menunggu giliran semua dgr suara soprano dia tu..nak menangis aku kena sergah macamtu,nsb baik aku kuat..then aku cerita la semua baru dia suh aku g sedut nebulizer...grrrrrr.....baru lega..then doktor confirmkan aku mengidap penyakit asma.Dulu last aku kena asma masa kecik2 dulu.

sekarang dah masuk bulan 10 ..maybe sebab alahan,persekitaran..mak aku tu memang xleh kalau xda kucing,so aku xleh la nak halang dia bela kucing....huhu..maybe orang lain tgk penghidap asma ni macam biasa2 ja penyakitnya,tapi just yg menghidap je tau betapa seksa nya nak bernafas bila saluran pernafasan ko jadi sempit dan penuh berair..setiap sedutan udara tu amat berharga bg penghidap asma..jangan xtau asma ni boleh bawak MAUT.

yg kiri tu bronkiol aku..sobs2 sempitnya..


buruknya lung tissue aku

anyway aku dah mulai redha jela.Lagipun sakit tu kan penghapus dosa2.Adalah hikmahnya.
Apabila seorang hamba Allah jatuh sakit, Allah akan mengutus 4 malaikat :

1. Malaikat Pertama akan mengambil SELERA MAKANNYA
2. Malaikat Kedua akan mengambil REZEKINYA
3. Malaikat Ketiga akan mengambil KECANTIKAN/KETAMPANAN WAJAH ( pucat )
4. Malaikat Keempat akan mengambil DOSANYA
"Apabila telah sampai waktu yang telah Allah tetapkan untuk hambaNya kembali sihat, Allah akan menyuruh Malaikat Pertama, Malaikat Kedua dan Malaikat Ketiga supaya memberi balik apa yang telah diambil oleh mereka itu kepada hambaNya.
Akan tetapi Allah tidak menyuruh Malaikat Keempat memberi balik dosa hambaNya tersebut. Subhanallah, betapa Maha Mulia dan Maha Penyanyangnya Allah terhadap kita. Janganlah bersangka buruk terhadap Allah ketika sakit, bersyukurlah dan ucaplah Alhamdulillah ke atasNya. Sesungguhnya setiap kesakitan itu adalah penghapus segala dosa."

lagipun time camni la nak manja2 kan.Semua org beri perhatian lebih.huhu.
take caree~

Monday, October 14, 2013

Vampire/Zombie Dulu Dengan Sekarang


Sapa puasa sunat hari ni?weee kita geng.
Xsabar nak makan rendang esok.wee.
Aku xda idea nak post tentang apa,so main tembak je entri ni.Asalkan xberdebu blog aku.
Siapa minat movie Twilight/Vampire Diaries/Warm Bodies.Aku tau sebab dorang hensem2 kan tu sebab korang minat tahap gaban.Pandai org yg buat movie ni tarik perhatian.

Dulu2 manada dorang hensem camtu.Hodoh2 semua,Busuk2.Dan makan manusia je keje.

VAMPIRE/PONTIANAK:

Dulu2-

Kuku panjang,rambut gugur,hidung tajam,gigi terkeluar2.Yg penting KEJAM.
Sekarang-

(Twilight)Edward Cullen-gel rambut banyak,rambut pacak2,foundation tebal,berkilau2 bila
terdedah dengan cahaya matahari.

(The Vampire's Diaries)Damon&Stephen Salvatore yg hensem-sorang badboy,sorang baik.

n yess.Bercinta dengan manusia.
ZOMBIE/MAYAT HIDUP

Dulu2-

mayat busuk yg berjalan slow,suka makan otak manusia,selebet serabai dan xpandai bercakap.
 Sekarang-
R (Warm Bodies)-cute,innocent face,pandai bercakap,masih slow bergerak.

 jatuh cinta dengan manusia jugak..zombie perempuan xbrapa cun katanya.
masuk ni dah 8 kali aku tengok movie Warm Bodies =_=.
terpengaruh.best drpd Twilight kot.Siapa2 yg minat horror/romantic/comedy movie bolehla try tgk Warm Bodies ni..huuuu~
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA~

Thursday, October 3, 2013

Predator vs Pak Polis


Wow.Tajuk aku nak gempak.haha.
Siapa yg tak kenal predator tu,boleh rujuk gambar bawah.Atau pegi tengok movie Predator atau movie Alien vs Predator.Gempak.

 merupakan SEEKOR ALIEN(seekor ke seorang?)

wajah d sebalik helmet tadi.rambut dreadlock wehhh..
Berbalik tajuk diatas predator tersebut dilihat berada di salah satu balai polis negara,ada yg cakap dia singgah bertanya arah jalan.HAHA.lawak.kriik krikk kriik.

abam polis mengambil laporan drpd predator

kau nampak laser merah dah menyala tu..lariiiiiiiii
sebenarnya insan di sebalik sut predator ni adalah seorang doktor.Doktor ni datang untuk membuat laporan mengenai penjualan sijil sakit palsu di facebook.Sut predator ni dibeli dengan harga 85 ribu.Minat punya pasal beriban habis kat sut ni.Motif dia pakai sut ni adalah supaya dia nampak lebih garang daripada abg polis misai lebat.hahaha(woi mana ada lah,aku gurau)

ok bye.krim salam alien2 lain.

gila sporting btl encik doktor ni.selalu yg aku jumpa doktor skema je.



Wednesday, October 2, 2013

Si Arnab.


Bello,
How are you?
Aku ada pet baru.
Arnab.Baby lagi baru 2bulan.Nama Bruno,mula2 letak nama Katy Perry.Mak aku cakap Bruno lagi comel,so aku ambiklah nama Bruno.Aku tatau dia betina atau jantan.Org yg jual dia lak ckp dia xdpt tgk lagi jantina dia sbb baby lg.Dulu2 pernah bela arnab,kira berbelas tahun dlu la,tapi mati kena gigit anjing :(.


hidung dia putih..bila dia twitch idong dia waaaa.. comel sgt


aku beli sekor je dulu.bila da ready btl2 ,baru beli lagi sekor..woo yg sekor ni pun aktif sangat,patu manja sgt,kejap2 dia lompat atas peha..dahla taik melekat kat ekor...nasib ko comel sgt,aku xkesah kena taik ko..haha

santai ala diva


sebabkan Bruno ni masih baby lagi,aku xbagi dia makan sebarang sayur  or buah.Aku bagi dia makan pellet dia n rumput kering.Penghadaman dia xkuat lagi.

kawan baru.Yang belakang tu guinea pig aku,LeeJoon.
LeeJoon ,guinea pig aku dah lama dah jadi pet.Dah one year.Sama besar dgn Bruno.Tapi berat lg dia daripada Bruno,dua tgn baru dapat pegang.Bruno harap bulu je gebu.Dorang xbergaduh pun.Guinea pig ni xmengigit,n sangat peramah.Lain la hamster,suka mengigit.Perangai lebih kurang sama je duaorang ni.Aktif dan suka posing santai ala diva.



hoi ni gula kapas ke arnab..rasa nak buat bantal je


sesiapa yg ada bela rabbit or pernah ada pengalaman bela rabbit sila share ngan aku.Kongsi info ke or apa2 je.
peace,peace..take care.