Monday, November 30, 2015

Minum Cuka Epal Untuk Kuruskan Badan.




You ols perempuan memang pantang kalau dengar ada cara nak kurus kan badan kan.Mesti nk
cuba.hehe.Cuka epal/Apple Cider Vinegar ni banyak benefit dia untuk dalaman dan luaran badan.Antara nya dalam mengawal gula dalam darah,sakit tekak,sakit gout,rawat sunburn,kulit berjerawat.Tapi entry ni fokus kat cuka epal dalam membantu untuk kuruskan badan.

ni dua cuka epal yg aku amalkan.
Aku amek cuka epal jenama Bragg,dia unfiltered with the mother(pati) dia sekali.Yang sebelah tu pulak cuka epal daripada Turki.Aku xtau kenapa warna dia berbeza dengan yg jenama Bragg,maybe sebab dia dah filter kot tp ada pulak pati dia bawah botol tu.

Cuka epal ni baik untuk  sistem pencernaan,sangat sesuai bagi sesiapa yang nak detox badan ,mengawal gula dalam badan,dapat meningkatkan metabolism sejurusnya membakar lemak dengan lebih cepat,mengurangkan selera makan so xdalah asyik nak sumbat makanan je mulut tu.

Cara Pengambilan :
Bagi yg beginner yg baru nak try2 cuba satu sudu besar,campurkan dengan segelas air suam.
Kemudian bila rasa perut ok je,baru up kn la dua sudu camtu.

Boleh amek 2 kali sehari(awal pagi sebelum breakfast) dan sebelum tidur ataupun 3 kali sehari awal pagi,tengahari dan sebelum tidur.

Cara aku,aku tambah kan air perahan lemon dalam bancuhan air cuka epal tu.Lepastu minum.

Kalau korang nak try macam cara aku pun boleh,kalau xda lemon,nak letak madu pun boleh.

So far yang aku nampak kesan dia kat aku, kerap membuang dengan lancarnya setiap hari setiap pagi.Sesiapa yg ada sembelit boleh la try2 ni.Lagi satu kurang bernafsu nak melantak makanan.Hahaha.Aku baru lagi amalkan so xda banyak lagi perubahan nampak,tunggu aku update dalam entri masa akan datang okayhh.Ohye kalau nak lagi cepat berkesan kena jaga diet dan exercise sekali...xboleh harap ni je,ni bukan air magic minum lepastu berharap esok lusa badan macam supermodel Victoria Secrets..haha..xpe selow2..yang pentinggg semangatt tu untuk mendapatkan bentuk badan ideal.Chaiyok2 you guys..

amboiii awk ni pun kena amek cuka epal ni.















Sunday, November 29, 2015

Yeay,Liebster Award!

Terkejut jugak bila di nominated kan untuk Liebster Award ni daripada blogger Sofie Adie .
Thanks so much Sofie!
Anyway sesiapa yang masih xtau,binggung apa itu Liebster Award klik link ni untuk mengetahui lebih lanjut--- LIEBSTER AWARD .

jadi Sofie bagi beberapa soalan yang aku perlu jawab.


Mari menjawab!
1-Movie.Sekarang dah malas nak membaca.
2-Borongg tuuuuuuuuuudungggg/shawlll!!!
3-Pernah sekali je.Naik dengan kawan pastu langgar bontot kereta besar,nasib baik xlaju time tu.Syukur masih hidup T.T
4-Megi cukup rasa!
5-Sains!!Fevret subjek.Paling selalu high score.hehe
6-X pernah tengok T.T

OK.Ni pulak soalan kepada calon-calon pemegang liebster award.


calon-calon nya adalah......*drums roll* JENG JENG.


harap korang sudi menjawab soalan2 tersebut.:D 



Friday, November 27, 2015

Anak tunggal.






Asyik tengok orang dok share,tag ciri2 anak kedua la,anak pertama la,anak bongsu la,anak tekak la,di manakah kedudukan anak tunggal pulak,hei mana persatuan anak2 tunggal malaysia,aku nak report atas ketidakseimbangan layanan yg diberikan.hehe..ok kembali ke pangkal jalan.Aku anak tunggal,kadang2 orang gelar "anak emas" haha.Satu-satunya anak kepada ibu bapa aku.Ini terjadi selepas kepemergian abang aku sebelum aku lahir.I love u abang,hope u berbahagia di atas sana.wink*

DIMANJAKAN SANGAT.(SELALU ORANG KAITKAN DENGAN ANAK TUNGGAL)
Betul.Sebab nya attention, kasih sayang semua kat kita sorang.Dah anak sorang je mestilah sayang sangat2 kan.Macam2 parents belikan ,kadang2 kita tak mintak pun.Dah tua kerepot pun mak bapak masih layan macam budak kecik.Tapi xdalah melampau sangat manjanya sampai ibu bapa xpernah marah,tegur langsung.Jangan percaya cakap orang.haha

KESUNYIAN.
eh x.Tapi kadang2 lah sunyi jugak bila terpikir xda orang bawak bergurau,xda orang nak dibawak bergusti,xda orang nak ditanya pendapat.Kau cuma ada parents.Xkan nak ajak parents bergusti.Tapi bila aku rapat dengan kawan especially dgn bestfriend,aku betul2 anggap dia mcm siblings aku,memang aku saaaaaayang btl2 lah....xdelah sunyi sangat sebenarnya.

FEELING AWKWARD BILA DIKELILINGI KANAK2 ATAU BAYI.
hahaha.ni perangai yg entah sampai bila nak hilang.Tunggu aku jadi mak orang baru hilang.Bayi aku boleh terima lagi sebab kecomelan dia tu aku hlg takut sikit,tapi bila tgh2 pegang dia menangis mula la aku rasa nak menangis sekali.Tapi kanak2 ni aku x pandai layan.Jeles tengok orang yang rileks je layan kanak2.

kanak-kanak 5 tahun : hai kakak..buat apa tu(muka mesra rakyat sambil buat muka manja)
anak tunggal : err hai..ni er..tengah buat2 membaca majalah ni(sambil buat muka paling garang dengan harapan kanak2 tersebut takut lari lintang pukang,xberani dekat lagi)

oh-no..
PERTANYAAN ANNOYING.
Masa aku kecik2 muda2 dulu selalu orang dewasa/rakan sebaya tanya aku soalan ni.
"parents kau xnak anak ramai2 ke?","kenapa xmintak adik lagi kat mak?"..ehh please awkward benau soalan tu."Xpe aku xnak adik ,nanti parents aku lupakan aku,dia sayang adik baru".Tu je jawapan aku
masa tu,sebab aku tak matang lagi time tu xtau nak pk jawapan lain haha.Lagi satu soalan femes untuk anak tunggal "anak tunggal ni semua benda dia nak,dapat kan?"..the answer is no.Kadang2 kena marah jugak kalau mintak bukan2.


SUKA SPEND TIME BERSENDIRIAN/DI DUNIA SENDIRI.
Oleh sebab dah terbiasa sejak lahir berseorangan.Jadi terbawak2 sampai besar selesa berseorangan..haha.Aku kurang berminat join keramaian sangat,reunion atau lepak2 dengan kawan kalau pergi pun kejap lepastu balik.Memang jenis aku x berapa suka attention dari orang ramai.Tapi aku bukan anti-sosial.
yep i love to dance agressively in my room sometimes
SENSITIVE.
Bahasa lainnya cepat sentap.Yekot.Tapi aku bukan jenis maki orang kalau orang tu buat aku sentap,aku diamkan je.Lepastu malas nak bertegur dengan orang tu,lepastu bawak diri jauh2.haha.
Lagi satu kadang2 susah nak terima kritikan,sebabnya cepat sentap. T_T. I really need to control that one.

BERKONGSI DENGAN ORANG LAIN?
Ada kajian mengatakan anak tunggal ni ada masalah berkongsinya sebabnya dari kecik dia sorang je conquer semua.Terutama makanan katanya.haha..maybe untuk sesetengah anak tunggal lain,tapi bagi aku ,aku okay jer..kecuali berkongsi barang peribadi macam pakaian kecik dan seangkatan dengannya..cannott la weh..
amboi tamakkkk
Hanya anak tunggal je boleh faham perasaan anak tunggal lain?
Maybe ye maybe tak..Kekadang tak sama sikap anak2 tunggal ni.
Contoh macam part suka spend time bersendirian tu,ada je kawan aku anak tunggal  tiap hari keluar menghiburkan hati jumpa kawan2 berkumpul sebab dia bosan bersendirian.

okay.take care.
































  




Wednesday, November 25, 2015

Awak cemburu eh?



Cemburu tanda sayang.Yeke ni?
cemburu ni kalau berlebihan banyak memenatkan kepala otak,buat orang stress,marah2,curiga setiap masa,hati x tenang,kepala sakit =_=.Dulu2 perangai cemburu aku pun teruk jugak buta dia,sikit2 menyindir bf kat status FB,bergaduh dgn kawan perempuan dia,lepastu buat bf cemburu balik.haha teruk zaman hingusan aku.Cemburu ni banyak cabang dia...

Cemburu kawan - contoh:
tgk kawan baik update gambar keluar makan dgn kwn lain,kau pun jeles.
Cemburu tengok hidup org- contoh: 
ada jiran ni asyik bertukar kereta baru,ada kawan Instagram ni asyik update hidup dia yg mewah.
Cemburu kat  pasangan-contoh:
 bf dia ada kwn baik dengan sorang perempuan,suami dia balik kerja lewat dia syak suami dia berfoya. 
Cemburu kat adik beradik - contoh:
maybe  adik dia sesalu kena manja dengan parents,tapi dia pula kena marah je.
Cemburu kat ex-contoh :
ex upload pic keluar dengan gf baru,kau pun terus meroyan tumbuk2 skrin handphone.

nipu lerr xpernah cemburu kan.Kecuali la kau sejenis robot abad ke 30 yg xda perasaan langsung.

sapa tgk power rangers kenal robot ni
bagi aku kalau x kawal bahaya jugak penyakit cemburu ni.Kan ada kes sampai bunuh2,dera2 la apa la,silaturahim terputuslah,cerai,kawan jadi musuh.Nak kawal cemburu adalah beberapa cara yg kita boleh cuba(walaupun agk memeritkan),tapi aku dh cuba,kuranglah sikit cemburu aku skrg haha.

Jangan balas.(ni susah sikit)
contoh partner kau upload pic dia keluar dgn kwn baik perempuan dia,kau pun sakit ati lalu kau panggil mana2 mamat yg tgh potong rumput,amek gambar mesra dgn dia lepastu upload dengan hastag #kawanbaikduniaakhirat #bbf #wewereborntobebestfriend .Then kau dgn partner kau berperang,saling tuduh menuduh.Perangai ini macham akan menerukkan keadaan je,lepastu at the end kita sendiri tenggelam dalam tindakan sendiri.

bf : tu siapa?kenapa rapat sangat,ai dont like it.
gf: ai ingatkan ai boleh je kawan dengan lelaki lain ,u boleh jee kawan perempuan lain.xkan ai xboleh??

Jangan membanding2 diri dengan orang lain.
Kau scroll2 instagram tengok instafamous ni tiap hari upload pic dia lawa2,ramai org like,ramai org puji2 dia.Muka cantik,kaya pulak tuh.Kau pun jeles,rasa rendah diri sambil tengok kat cermin.Berhenti membandingkan diri,terima diri sendiri.Xpayah sibuk tengok hidup orang lain,fokus kat hidup sendiri.Bila kau dh terima diri sendiri,kau dh rasa xheran dah tengok tu semua.You can duit.

Kawal imaginasi.
example : partner kau cakap dia nak keluar sekejap dengan kawan2.

gf : i nak keluar dgn kawan i kejaps.
bf : ok.nanti kita skype i nak tengok kawan u tu .

si bf call,si gf x jawab(dia terflush hp dia masa kt tandas awm).Dia pun mengamuk gigit bantal lepastu imagine yang si gf  duduk dgn seorang lelaki handsome kat restoran mamak,bersuap2 makan mee goreng mamak.Jangan imagine yg bukan sangat2,bila dah keluar bayangan bukan2 tu yg buat rasa mendidih je.Cuba buat something yg boleh tarik fikiran kau ke tempat lain tengok movie ke,main games ke,masak ke.

jeles dengan ex?kadang2 kita dah move on kan,tapi secebis broken heart tu mesti terasa sakit sikit bila tengok dia dgn orang baru.Bagi aku normal la tu kot.Mula2 memang susah.Memang.Tapi lama2 kau dah xheran dah ,dah boleh flip tudung,bawak muka sombong lalu sebelah dia dgn makwe baru dia.haha..
eh panjang pulak entri,harap xda yg tertido baca ni.





























Sunday, November 22, 2015

Tips Muka Nampak Berseri.



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Siapa yang xnak kulit glowing berseri2 kan.Sini nak share beberapa tips/petua yg aku dah cuba dan tanpa ragu2 lagi memang berkesan.

1- Cuka epal/apple cider vinegar.
Yg ni aku tengah amalkan sekarang dan bagi aku sangat berkesan.Mula2 cadangnya aku beli apple cider vinegar untuk minum(kunun2 minum nak lose weight),tapi x konsisten aku minum.Last2 aku jadikan toner muka.Oleh sebab cuka epal berasid sikit,jadi kita campurkan dengan air putih sikit.Lepastu,tuang sikit kat kapas sapu2 kat muka sebelum tidor ataupun bila2 je lepas basuh muka.Hasil dia lepas seminggu amalkan kau boleh notice muka kau clear dari jerawat,krg berminyak dan berseri.

Pastikan apple cider vinegar yang diguna tu yg organikk,yang ada mendapan serbuk2 bawah botol dia tu.Orang panggil "ibu".

2-Rajin2 kan buang sel kulit mati.
Dalam 2 atau 3 kali dalam seminggu boleh lah try scrub/exfoliate kulit mati kt muka.Xkisah lah nak pakai scrub2 muka yang dibeli dari kedai ke atau yang homemade punya(sugar scrub ke,coffee scrub ke)..tapi aku cadangkan try amek oatmeal sikit  cmpur dengan madu,pastu sapu kat muka,urut2,bilas bersih.Lepastu memang nampak la perubahan dia kulit jadi lembut lepastu glowing2.

3-Urut muka
Aku suka sangat urut muka sejak terbaca urut muka ni boleh kurangkan 'ketembaman' muka kat youtube dulu.haha..tapi ada juga terbaca yg urut muka ni boleh glowingkan muka,merawat tisu2 otot2 muka,menghilangkan stress.Aku biasa urut awal pagi sebelum basuh muka.Lepas urut tu boleh rasa muka mcm panas2 gitu.Biasa aku urut guna moisterizer je.

kalau ni xjelas,kat youtube ada cara2 yg lebih jelas

4)Detox.
Detox yg paling senang minum segelas air suam + hirisan lemon(boleh tambah sesudu madu kalau nak).Minum sebelum masuk tidur dan selepas bangun tidur pagi2 tu.
.

5)Vitamin C.
Vitamin C ni memang dah ramai kot tahu dia mencerahkan kulit,menyihatkan kulit ,bila kulit sihat kulit pun berseri2 lah.Rajin2 amek supplemen Vitamin C atau makan buah-buahan yg  mengandungi Vitamin C ni.Sesiapa yg nak baca entry aku berkaitan Vitamin C ,klik link ni - Vitamin C Mencerahkan Kulit

6)SENYUM.
Rajin2 senyum..senyum tu pun dah buat muka nampak berseri2.Tapi jangan senyum 24 jam plak,kena angkut pergi hospital gila karang.haha


Take care.









Thursday, November 12, 2015

Mimpi bekas kekasih?


haiiii~
ni entry pendek je.
boleh skip kalau rasa topik ni membosankan.haha

pernah x korang mimpi EX boyfriend/girlfriend korang ?.Bukan sekali tapi berulang kali pulak tu =_=''.
Tu yg aku sedang hadapi sekarang.

untunglah ex Dean Winchester kan
selalunya aku mimpi bergaduh dengan dia..bertekak betengkar bertampar pastu smackdown2.Xpernah lagi mimpi baik2.Lepas bangun tidur mesti mencuka muka sebab rasa marah tu lekat lagi.Then kau pun mula teringat2 dia balik..ciss...
Walaupun  dah move on,xfikir dia lagi dah,tapi asyik muncul dalam mimpi je ,apa maksud dia eh?

maksudnya..

kau lupa baca ayat Qursi sebelum tidur,tu yg setan bg ko mimpi pelik2..haha..

p/s: Terima kasih pada yg rajin blogwalking,mengomen2,klik2 tabung blog aku.Jasamu dikenang.

Wednesday, November 4, 2015

Kuih Keria Salut Gula Melaka



 Assalamualaikum and Salam sejahtera!

Dah lama aku x pos resepi2 kat blog aku ni.hehe..
So hari ni aku nak share satu resepi kuihhhh......KERIA!!.siapa suka makan kuih ni ?kita kawan.
Inspirasi daripada kuih keria Melaka yg femess tu,sesiapa yg datang jalan2 kat Melaka wajib try Kuih Keria Haji Jalil Limbongan.

Kuih keria ni senang sangat nak buat,mula2 ingat susah sangat.
Bahan utama dia keledek.Korang nak pakai keledek oren ke keledek putih terpulang.

Bahan2 yg diperlukan:

-keledeks
-tepung gandum  secawan/kalau keledek oren kena tepung lebih sebab dia lagi lembut
-1sudu besar tepung ubi
-minyak utk mengoreng
-gula melaka seketuls + gula pasir biasa 3 sudu
-Air 3 sudu besar.

Mula2 rebus keledek tu sampai empuk.Kemudian lenyek masa panas.Biarkan sejuk sekejap ,panas wooo xkan nak uli panas2.
Kemudian,masukkan tepung ubi,tepung gandum.
Gaul uli sebati,pastikan dia xmelekat kat tangan.Kalau melekat tambah je tepung sikit.
Lepastu amek sikit doh bulatkan kemudian leperkan.Bentukkan lubang tengah2 dia macam kuih donut tuu.
Panaskan minyak secara sederhana,goreng sampai color keemasan.Angkat.
Buat sira dia pulak,amek seketul gula melaka tadi,hiris2 masukkan dalam kualis.
Kacau sampai likat.
Masukkan kuih keria tadi,gaul2 pastikan gula Melaka tadi menyaluti semua kuih keria.Berkilat2.
Siap!
Step seterusnya makan la apa lagi.

mine!!!.kejap je habis ni.
Bagi aku kuih keria salut dengan gula  Melaka ni lagi sedappppp daripada kuih keria biasa.Pastu wangi..hmmph..

Take care~