Friday, December 26, 2014

Bekam Muka Untuk Hilangkan Jerawat.



Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

eh..aku google bekam,kuar pic david beckham..hahhaahha


Ni cerita lama dah sebenarnya,awal bulan 11 ritu ,asyik peram peram sekarang baru nak keluarkan.
Time tu aku kena serangan asma,daripada tu aku jadi stress sangat sampai habis jerawat2,bintik2 kecik tumbuh macam cendawan lepas hujan.Sebelum tu aku memang teringin nak berbekam lama dah,sebab kawan aku suggestkan bagus untuk penyakit asma.Aku google2 sekali terjumpa bekam wajah,aku ni baru keluar dari gua sebab baru dapat tahu..dia cakap situ bekam wajah untuk hilangkan jerawat,jeragat2,naikkan seri muka(muka aku memang pucat macam zombi time tu).

Tapi lama jugak aku nak buat keputusan tu,sebab toreh kat badan okay lagi,ni kat muka..last2 aku beranikan diri jugak pergi.Bila sampai kat tempat tu,masuk bilik khas dia..yang buat bekam kat aku ni perempuan muda lagi,dia cakap memang family dia semua belajar bekam orang.

Dia suruh aku pakai kain batik berkemban dulu,kemudian meniarap sebab nak buat belakang badan dulu.Mula2 dia sapu minyak,aku taktahu minyak apa tapi macam wangi je berangin.Dia kemudian sedut dengan cup,okay xsakit jadi aku relaks lagi.Lepas dia tanggalkan cup,bahagian yang kena sedut dah bengkak,lepastu dia ambil needle yg org guna untuk check glucose dlm darah tu..phewww nasib x kena toreh dengan pisau kecik tu..macam kena gigit semut je kena cucuk tu.Lepas cucuk dia pump balik,lepastu dia bukak dia cucuk lagi sampaila berapa kali tah dia cucuk tempat yg sama,time tu baru sakit ,aku kelip2 mata tahan bisa.

Lepastu aku buat kat muka pulak.Dia cakap 4hari dah hilang,ada yang seminggu baru hilang bekas bekam ni.Sebabkan first time buat,deria nak try sangat tu sangat kuat,aku buat jelah.Kat dahi xda rasa pedih ,yang pedih kat pipi,sebab lembut kot..Lepastu aku buat kat kaki sekali.Lepas habis dia bagi aku minum air lemon campur madu suam.Dah siap semua,balik rumah tengok cermin kat rumah.. o.O...teruk gila lebam yang kat dahi,nampak macam ilumminati.haha..

Dua minggu baru bekas bekam aku tu betul2 hilang =_=
Selama dua minggu tulah pakai foundation,concealer,bedak tebal2 kat muka sebab orang pandang macam aku ni mangsa dera,muka lebam2...tapi yang best nya,badan aku ringan,asma aku makin sembuh..jerawat kecut,bintik2 kat muka hilang..

ni seminggu lebih,yang kat pipi dah mula hilang,dahi x hilang2 T_T
Rasa macam nak buat lagilah.haha..sebab memang susah jerawat nak lekat lepas buat bekam tu,ada pun 1 ketul,dua ketul time period je..

bye~ ❤


Monday, December 22, 2014

Review : The Hobbit : The Battle of Five Armies


Assalammualaikum dan selamat sejahtera~


Siapa sini dah pergi tengok cerita The hobbit terbaru tu??
Tiap tahun aku tunggu finally sampai juga penghabisan dia.
18 Disember haritu keluar,terus aku ajak kawan aku pergi tengok.Mana boleh tunggu,aku peminat sejak daripada movie The Lord Of the Rings lagi..haha..bagi aku 5 bintang lah movie yg last ni.

poster dia jk dah wow,apa lagi movie dia kan
               
 
King Thranduil & Bart 
Tauriel dengan Legolas(friendzoned ;p)

Tepat2 aku sampai dalam panggung wayang,movie baru nak start,sampai tertumpah popcorn sebab kelam kabut cari tempat duduk dalam gelap.haha..mula2 start movie ni pun dah gempak,Smaug mengamuk sembur2 api, Smaug kemudiannya kena bunuh dengan Bart.Lepastu Thorin jadi gila kuasa,tamak xnak share harta benda dorang dengan rakyat lain dan pentingkan diri.

Ohya 5 armies tu adalah terdiri daripada "dwarves,elves,eagle,orcs,dan manusia".Boleh tahan epic battle dorang,kawan sebelah aku bising tengok scene tu dah macam orang tengok WWE Smackdown.Dan first time aku tengok Legolas kehabisan anak panah,dia terpaksa berlawan guna pisau je,sebab masa dia dalam The Lord Of The Rings,sampai kesudah anak panah dia x pandai habis,magic betul.Hahaha.Dalam yang last ni banyak unsur2 love ditonjolkan macam kasih sayang antara ank-bapak,Bart dengan anak2 dia,Kili si Dwarf yang bercinta dengan Tauriel si Elf(yang ni sedih gila,Kili kena bunuh depan Tauriel),dan kasih syg antara kawan baik Thorin mati di pangkuan Bilbo.

Movie ni best sangat even kawan aku yg first time tengok yg xpernah layan mana2 past movie The Hobbit pun nak ajak aku tengok movie ni lagi sekali,memang fokus je tengok,xmengantuk sebab jalan cerita x lambat cumaa satu je aku x berkenan..banyak sangat CGI dia guna kat watak jahat,Orcs dan Goblin..nampak sangat kerja komputer dia lebih.Dulu-dulu masa dalam The Lord Of the Rings,watak2 jahat yang hodoh tu macam Urukhai/Orcs  semua pakai orang betul cuma dimakeup buat topeng je jadi hodoh.Nampak macam real,aku pun seram tengok lama2.

orcs yang kiri nampak lebih real kan
Yang ketiga ni xdalah lama sangat nak habis berbanding yang kedua : Desolation of the Smaug dulu,punya lama naik keras kematu punggung aku nak habiskan scene last dia yang main nyorok2 dengan naga tu.Xnak cerita lebih2 nanti spoil mood tengok kan,pergilah tengok sendiri :p..Aku pun nak tengok sekali lagi tapi kali ni nak try yang 3D dia.Mesti lagi gempak..


bai.




Thursday, December 11, 2014

Mee Kolok Sarawak



Hellos~

Bunyi rigtone notification whatsapp-
Kazen bagi picture,download...ceshh..gambar mee kolok.Saja je nak buat aku jadi hulk,mana nak cari mee kolok di Melaka ni.Aku pun mengamuk baling handphone sampai pecah.

Kalau geng Semenanjung nak tahu,x lengkap kalau pergi jalan2 Sarawak x cuba mee kolok ni..Mee kolok ni ada yang halal dan yang tak halal.Yang halal biasanya mee kolok daging lembu/sapi,ayam pun ada..tapi aku suka yang daging sapi lebih terasa sedap dia.Kejap2,aku confuse sikit,kawan2 yg dari Sarawak tau x apa beza sapi dengan lembu?..ke sama je dua2 tu..hehe

ni gambar mee kolok last yang aku makan bulan 6 ritu..huwaaa..
cakap je "mee kolok sigek(mee kolok satu)"..nanti orang kat kedai tu akan rebuskan mee,letak isi daging yang telah direbus dihiris2 atas mee,then letak daun sup/taugeh kemudian ada kicap khas dia..kalau nak pedas boleh request letak cilipadi bnyk2 .Mee kolok dihidangkan dengan sup sapi/ayam dan jugak sos cili.

gambar disend kazen aku
nampak macam mee goreng sedap yang segera tu je kan..haha.. =.='..tapi percayalah dia lagi sedap daripada tu.Buat sendiri mee kolok ni lebih senang sikit daripada buat laksa sarawak,laksa sarawak leceh sikit nak sediakan dia..Kazen aku ada bagi aku 3 perencah laksa sarawak .tapi sampai sekarang aku belum try2 buat,dah expired agaknya perencah tu..haha..

bai.

Saturday, December 6, 2014

Jus Tomato


Assalamualaikum dan selamat sejahtera friends~

Siapa nak cantik,slimkan badan,awet muda,sihat luar dan dalam???Makanlah tomato,minumlah jus tomato tiap hari.Badan aku ritu ada masalah macam gatal2..maybe sbb supplemen yg aku baru ambik.So aku stop lepastu aku ambik alternatif nak detox bdn aku.Macam2 aku buat termasuk minum jus tomato ni.

hai saya sebijik tomato yg hensem
ambik sebiji or dua biji,potong2 masukkan ke dlm blender or juicer,tambah air sikit je,xpayah banyak sebab tomato ada air dia sendiri.(kalau korang jenis macam susah nak telan tomato tambah secubit garam/or secubit gula).

aku xbuang hampas2 dia,aku telan habis je,jangan bazirkan benda berkhasiat.haha
apa yang best tentang jus tomato?

~kulit cantik/awet muda
Buah tomato ada vitamin C dan A pastu tinggi antioxidant.Dia mencerahkan kulit,menghapuskan warna kulit yg xsekata tu,dan kulit jd mcm pakai blush gitu(kemerah-merahan).Haa g satu sapa2 yang muka berjerawat/berminyak amat digalakkan minum jus tomato ni.Dia bagus untuk rawat acne.

~bagus untuk slimkan badan/turunkan berat badan
Sesiapa yang tengah dalam proses slimkan badan rajin2 la juicing termasuk buah tomato ni.Tomato ni berfiber dan full dengan air,memang kau akan rasa kenyang gila,xda rasa lapar lepas minum dia.Aku boleh tahan sampai petang xmakan sebab minum jus ni pagi2.Dan paling best dia bagus sangat untuk sistem pembuangan,lancar je.Selain tu dia mengawal kadar kolesterol dalam badan kita.

~anti-cancer
Dalam tomato ada lycopene.Lycopene ni dah dibuktikan oleh saintis2 dapat mencegah beberapa jenis cancer macam cancer payudara,cancer prostat,cancer paru-paru.

~detox 
ni tujuan aku sebenarnya,tapi aku dah ketagih sekarang.Tiap ari  godek peti sejuk cari tomato nak buat jus,xjumpa tomato hentak kaki.Jus tomato ni sangat bagus untuk detox segala toxin2 racun2 kuar dari badan.

Warning:sesiapa ada masalah uric acid tinggi dalam badan x digalakkan minum jus ni.Nanti kang 
jadi lain.

So,jummmm borong tomato.

catatan.extra : thanks sesiapa yg follow/yang rajin jerit2 kat shoutbox aku tu,nanti kita blogwalking balik ya kwn2.Dan thanks nuffnang atas CPUV Disember :)





Tuesday, November 25, 2014

Tips: Lukis kening ikut bentuk muka.

                                                           السلام عليكم و رحمة الله و بركاته 

Blog dah berkulat,lama x update..haha
Idea ada,tapi peram,lepastu lupa nak update tentang apa.
Anyway kali ni nak share tentang makeup.Siapa suka makeup angkat siku..:p..
Entry makeup kali ni aku nak ketengahkan style kening yang sesuai mengikut bentuk muka.
Sebelumtu nah shape2 muka untuk pengetahuan korang dulu.

ikat rambut kemas2,xyah bermakeup,sambil tengok cermin..tula bentuk muka sebenar..so yang mana satu bentuk muka korang?
dah tau shape,so kita move on kepada style kening yang sesuai..




muka aku shape oval..sebelum ni aku suka2 try style straight ala2 eyebrow korea tu..hehe...
dah tau bentuk yang sesuai so jum lukis :D..

Aku lukis guna stensil ni,senang.Kalu beli online mau nak dkt rm10,ni beli kedai biasa je baru rm2.50.haha
dan hasilnya..yang kiri aku ikut macam yang disarankan kat gambar ats tu untuk muka oval(kening lukis naik sikit je,xpayah tajam sangat naik dia,halus sikit)..yang kanan pulak just straight korean eyebrow,lurus dan tebal sikit,natural2)..aku x cukur/cabut kening pun,cuma guna concealer,pensel eyebrow lepastu kemas2kan..

terus jadi lain muka aku bila tukar2 kening..haha
see ya next entry.thanks yang sudi singgah/follow,tegur dishoutbox eh..nanti ada masa aku blogwalking/follow balik blog korang..lots of love..xoxoxo




Sunday, November 9, 2014

Tips : Waxing/Buang Bulu


image google
Assalammualaikum n selamat menikmati hujung mingggu-gu-gu..

Aku sebenarnya dah lama nak pos entry ni,asyik tangguh2..entri ni tentang buang bulu2 yg xpatut atau nama omputihnya waxing.Dulu2 tgk orang buat proses ni sampai menjerit2 gitu..aku pikir "aishh mesti sakit gila..=.=..shaving jela".Shaving memangla xsakit langsung tapi bulu yg tumbuh lepas tu jadi makin kasar,lepas tu kadang2 jadi macam jerawat sebab bulu tumbuh bawah kulit,dan paling aku malas kena kerap shaving sebab bulu cepat sangat panjang...

Tiba2 rasa nekad nak try waxing pulak.Berani mati.Tapi kebanyakkan waxing selalu buat kat spa2.Then aku google2 tejumpa waxing at home guna sugarwax.Eh baik aku try.Pastu aku beli kit waxing tu online kat instagram (ezysugarwax).Time tu akak tu promotion rm30 termasuk pos dapat spatula,sugarwax dengan strips 15keping..


yang bestnya sugarwax yang ni dia xmengeras,xpayah dipanaskan macam sesetengah sugarwax yang lain..
nahh rupa sugarwax tu
sebelum waxing,pastikan dah scrub2 kulit bagi lenyap segala saki baki kulit2 mati tu.dan kalau boleh pastikan kulit kita kering,letak lah powder or tepung jagung sikit ke untuk bagi dia lebih lekat...Sapu nipis2,kemudian letak strip,tekan2 sikit2,kemudian tarik cepat2 ikut arah berlawanan bulu tumbuh..yang bestnya xsakit mana pun!macam kena gigit semut..tadaaaaa tengok pic bawah..aku buat kat kaki..

kasar2 bulu sebelum ni sebab shaving,tapi yang penting dah licin dan sampai akar sekali tercabut..puas ati aku..
ni aku buat 3 minggu lepas.Sekarang ni anak2 bulus yg ketot dh tumbuh tapi lebih halus dan lembut.xmacam sebelum ni.Sugarwax ni boleh buat dekat muka,tangan,ketiak(siapa2 ketiak gelap boleh tukar ke waxing ye,shaving menghitamkan kulit ketiak,waxing ni lebih bersih),kaki.Ada orang buat dekat bahagian intim sekali ..kalau korang jenis tahan sakit tahap maharaja trylah buat,sebab situ kulit agak sensitif.haha..lepas waxing,rajin2 la scrub kulit supaya xda bulu tumbuh bawah kulit..so sesiapa yang baru2 nak berjinak membuang bulus dengan lebih berkesan trylah sugarwaxing..:3




Wednesday, October 29, 2014

Random:Lala si penguin yang bijak.

Assalammualaikum & selamat malam!
Baru2 ni agak lembab nk update blog =..=..
Harini nak share benda random je..pasal seekor penguin yang cerdik kat Jepun.

LALA(nama penguin tu).
Lala ni seekor penguin belaan satu keluarga di Jepun.
Tiap hari penguin ni akan keluar pergi ke pasar ikan untuk dapatkan ikan(Makanan favourite dia).
Keluar sendiri tau,xda sapa2 teman or tengok2 kan dia.
Sebelum keluar,tuan dia akan pakaikan dia beg sandang(katun penguin pulak tu >..< )

Tengok2 beg sandang dia

Lala berjalan terkedek2 menuju kedai ikan fevret dia XD

Aunty kedai ni akan beri beberapa ikan kepada Lala,dan letakkan ke dalam beg Lala,lepastu Lala pulang ke rumah semula.
penduduk2 berdekatan situ pun dah biasa tengok Lala ni pergi balik tiaphari...ni kalau aku yang jumpa penguin terkedek2 berjalan sambil pakai beg pingu,memang aku kejar nak pelukk dia..comel sangat2..hahaha..kalau korang nak tengok perjalanan dia pegi kedai, video dia ada kat youtube....geramm je tgk
>..<

Thursday, October 16, 2014

Hilangkan Selulit Dengan Coffee Scrub



Haritu borak2 dengan kawan,dia bukak cerita pasal skincare,aku tanya2 lah dia cara dia jaga kulit.Dia cakap dia selalu scrub kulit dia guna coffee scrub.Pastu dia cakap lagi yang coffee scrub ni boleh hilangkan selulit.Aku memang dah dengar lama dah coffee scrub ni kononnya boleh hilangkan selulit tapi belum nak try je..dulu kan aku bulat besar bila dah mengurus wajibla ada la strectch mark or selulit(ke sama je maksud dua2 tu?)..but orang kurus pun ada jugak selulit2 ni,artis hollywood yg kurus2 ramai ja ada selulit,rileks je berbikini tayang selulit..seni kot..

disebabkan aku suka projek diy2,natural2 macamni
so mulalah projek aku.simple sangat.

Bahan2 dia:
1)Serbuk kopi (banyak jual kat kedai,jangan risau)
2)Minyak kelapa dara or minyak zaitun.
aku tambah gula sikit.saja-saja.

Gaul2,try sapu sikit kat kulit,kalau agak kering sampai kulit sakit tambah kan lagi sikit minyak.Siap.Then pakai la masa mandi.Kat area selulit tu urut2 perlahan secara membulat.Kalau nak pakai satu badan pun boleh lagi bagus.

wee dah siap


Kebaikan:
Kopi-kaya dengan antioxidant.Dia mengandungi kafein yang dapat menyerap lembapan yang berlebihan daripada kulit,kesannya kulit nampak dan rasa lebih tegang,lembut dan anjal.
Minyak kelapa dara-fevret aku ni!!..ni bertindak sebagai pelembab dan macam2 vitamin dan mineral la dalam minyak ni yang baik untuk kulit.
Kena rajinkan diri scrub barulah nampak hasilnya,kalau nak harap sekali je scrub esok dah xda selulit dalam mimpi jelah,pakai kertas pasir pun belum tentu hilang cepat :D..
.


Thursday, October 9, 2014

CPUV Dari Nuffnang.


Assalammualaikum dan selamat malam penghuni bumi~

Tengok2 ramai update entry tentang dapat CPUV daripada Nuffnang ,aku pun saja2 lah check nuffnang aku sekali.Yeay!!aku pun dapat jugak.Sebenarnya aku baru lagi letak iklan Nuffnang di kat blog aku,awal tahun ni kot x silap.Saja2 je letak time tu sebab tengok ramai blogger letak..haha erm =..=

 ;D
xpa2,mari menabung sikit2 lama2 jadi bukit.Terima kasih Nuffnang dan kawan2 or sesiapa saja yg sudi singgah ke blog aku yg biasa2 ni ^_^..



Thursday, October 2, 2014

Review:Jamu Jelita Pearl White


Assalamualaikum dan selamat sejahteraaaaa sugacandy ~

Kali ni aku nak review sikit produk minuman jamu jelita pearl white ni,ni first time aku beli produk ala2 bancuh minum untuk kulit cantik menawan gebu gebas,banyak kali aku survey produk2 yang nk dekat sama macam ni..k-colly,qu putih,ibu putih,aurawhite,ferwhite semua tu..tapi disebabkan aku ni first time nak try2 aku cuba yang ni dulu..harga pun boleh tahan murah rm36.90 je,sederhana besar..

free shaker
Kandungan dia kat situ tulis :Hydrolyzed collagen,multivitamin,glutawhite,vitamin c,3x stem-cell,pinebark,tomato,astaxanthin,argan,rose alps.Fungsi dia pulak mencerahkan kulit seluruh badan,menganjalkan kulit,menegangkan kulit,menghaluskan dan melembutkan kulit.

Cara buat dia just ambil satu scoop(dalam dia mmg dah tersedia scooper,puas jugak nak godek2 sebab scoop dia tenggelam jauh ritu heheh) lepastu masuk kan ke dalam shaker,isi air sampai 120,shake shake shake sampai sebati ...minum lahhh..rasa sedap macam air blackcurrent..aku ambil sebelum tido dan awal pagi sebelum makan apa2.


masuk ni dah 5 hari aku minum.Nak kata terus putih gebus macam micheal jackson belum nak nampak sangat sebab baru berapa hari kan cuma aku nak cakap aku punya kulitttttt punya lembutttttttttt aku asyik picit2 kulit sendiri hahaha..kulit x kering,rambut pun makin kurang gugur(aku xtau la memang dari supplemen ni ke,sebab shampoo)..maybe untuk kesan lebih maksimum kena konsisten ..sambil tu aku makan vitamin c +rosehip sebagai sokongan ..dan yang paling penting kalau ambil supplemen2 macamni kena banyak minum AIR.Jangan lupa itu.Pastikan air jadi BESTFRIENDFOREVER korang.

Tuesday, September 30, 2014

Tanda-tanda kita dah move on daripada break up!


Salam 1 Malaysia.
Wah berhabuk baru tinggal kejap.
Arr.tengok tajuk atas ni,bantai jela tajuk camtu asalkan korang paham kan..heeee~



Ni daripada pengalaman aku sendiri.Aku alami awal tahun haritu.Mula-mula memang rasa macam mustahil je sebab dah lama dengan someone mesti susah nak lupakan dia semua tu,terbayang2 pagi malam,makan mandi semua x kena.So ko pikir ''ahhh aku nak dia balik,aku kena berusaha" tapi pada masa yang sama kau xnak nampak terhegeh2 nak kan dia balik,jadi berdiam jela menangis tiap malam sambil dengar lagu2 sedih.

By the way aku masih contact2 lagi dengan ex aku sejak daripada putus,tiap hari pula tu.Dia nak stay kawan.Mula-mula rasa macam immposible ex jadi kawan erkkk..berbulan2 lepas tu aku perasan yang aku mula :

1)Dah kurang fikir tentang dia-awal breakup biasa kan sebelum tidur,mula la fikir tentang dia lepastu mula la bantal basah,mata bengkak.Sekarang walaupun kadang2 teringat terfikir tu memang ada sekali sekala tapi xda rasa nak marah,nangis,sakit hati.

2)Music-Bila dengar lagu-lagu sedih tentang putus cinta kau dah xda nak emotional lagi macam dulu2.

3)Gambar-Aku masih simpan gambar ex aku(lol ,apa jadah aku simpan pun aku xtau),tapi aku notice tiap kali scroll2 aku tengok pic dia dah macam tengok pic kwn2 aku yang lain.Tapi kadang2 sentimental jugaklah takdalah sampai menangis  ..

4)X ada rasa nak berdendam-aku ni memang kadang2 kebudakan,pernah terfikir sekali nak balas dendam jugak,nak pos pic dengan kwn laki pastu cakap bf baru(macamlah dia heran kan)..tapi lama2 jadi positif fikiran aku..dah malas nak buat apa2,lantak dia lah dia lah kan,kita xpayah peningkan kepala..entah2 dia okay je,kita yang lebih2 kan dah nampak sangat kita terhegeh2.

5)Pertandingan tamat-Pertandingan?Apa lagi, pertandingan siapa cepat dapat penganti lah,nak show off bf/gf baru.Kononnya kita boleh dapat penganti yang lebih baik daripada dia.Tapi sekarang aku dah x pikir lagi nak cari penganti,bagi aku kalau sekadar nak menunjuk,nak elak sunyi ataupun bosan xpayahlah..

6)Xda nak stalk2 lagi- xda rasa nak stalk FB,wechat,last seen whatsapp dia lagi nak tengok perkembangan dia.Buatlah apa kau nak.Nak mesej or xmesej satu dua hari pun rasa macam biasa je,xda kejap2 tengok hp macam dulu =..=

7)Redha sudah- dah dapat terima yg kau dan ex kau xkan kembali semula.Kau dah stop doakan supaya kau dan dia kembali.Kau terima takdir dan plan si DIA di atas.

8)Happy!- of course la..kau rasa lebih ringan,happy lebih senang tidur..lebih senang senyum.

yeap!.Memang kau sudah move on.tapi jangan terkejar-kejar nak cari penganti.Biarkan hati dan otak kau berehat dulu.Kawan aku selalu advice aku "love when you are ready,not when you feel lonely".Tula guna besfriendforever kan,boyfriend boleh ganti,bestfriend susah nk ganti.Kepada sesiapa yang baru breakdance breakup tu stay positive ya,u just need support n dekatkan diri dengan DIA yg diatas.


Friday, September 5, 2014

Tips : Kurangkan sakit senggugut!!



Semua perempuan memang dah sedia maklum tiap bulan mesti angkat bendera Jepun kan,selain bad mood menggila,emosi x menentu kejap suka kejap rasa nak tumbuk muka orang,selera makan pun mendadak kadang2 xda selera langsung, senggugut pun satu hal.Nak buat bergerak pun xdapat,kalau boleh nak duk ats wheelchair suruh orang tolakkan je (melampau) :D.

Bagi yg xda senggugut teruk tu untunglah,tapi bagi aku rasa macam ada mahkluk kecik tengah gergaji2 uterus aku aje T_T.So untuk kurangkan sakit senggugut tu aku try beberapa cara yg berjaya mengurangkan sakit senggugut.Antaranyalah..

~Air halia+madu.Air panas.Jangan sesekali bubuh ais.Berketul2 keluar kang.wuuuu.Kalau xda madu just letak je hirisan halia,letak gula.

~Exercise.Dulu2 aku salu pk jugak,"Nak bergerak sikit pun sakit,ni kan exercise,mesti makin banyak keluar nanti".Belum cuba belum tau.Boleh try yoga ke,jalan kaki ke.Aku ritu sekali sebab sakit terlampau sangat ,aku geram.Aku terus buat lompat bintang 50 kali,.Nak tau lepas tu apa jadi lepas tu,hilang terus sakit.Memang berkesan.

~Hot bottle.Amek satu botol kosong,isi air panas/air suam.Tuam kat area bawah perut.Lega sikit.

~Warning:..disebabkan time period kadang2 nafsu makan tu agak gajah,kena kawal.Jangan minum air berkafein,stop sekejap simpan jauh2 nescafe 3 in 1,LA coffee,termasuk teh sebab nanti perut rasa kembung gila dan bertambah teruk sakit senggugut tu.Sama juga produk tenusu macam susu,chocolate..

~Makanan pedas2,aku suka makan pedas2 time period.Tambah2 lada hitam ke sup ayam,cayenne pepper kat lauk lepastu ngap.Pengaliran darah lebih lancar.Badan pun rasa hangat,lega je rasa.

~ohya aku ada jugakla mengamalkan makan jamu ratu dara,dia melancarkan darah haid dan menggurangkan sakit senggugut.Tapi time period stop makan,just makan sepanjang time x period tu.Memang xda rs sakit sejak amalkan,tengok2 je dah kluar..

sumber google


~Last choice sekali,aku just ambik panadol/Paracetamol je sebagai ubat tahan sakit.Tapi x bergantung sangat.



Wednesday, August 27, 2014

Tengok movie seram boleh bakar kalori??

Take note!!!
Please skip this blog/entry kalau anda seorang lemah semangat.



Aku terjumpa pic ats ni kat instagram Kevin Zahri.. o.O..Eh..
200 kalori bersamaan dengan kalori dibakar 30 minit berjalan kaki.wow!Yela kot sebab masa scene2 mcm atas ni memang andrenalin menaik ,jantung degup laju dah ibarat berlumba lari dengan Usain Bolt,xtambah lagi dengan menjerit2 sebab hantu tiba2 tunjuk muka  dalam scene gelap gelita.haha..bakar kalori jugak tu.haha..

Horror movie yg aku btl2 layan baru2 ni The possesion of the Micheal King.Aku minat sangat2 tengok movie gini tapi penakut nak mampuh.
Micheal ni sorang laki yg takda kepercayaan terhadap kewujudan Tuhan dan syaitan.Selepas isteri dia mati,dia buat satu filem dengan menjadikan diri dia sendiri sebagai bahan ujikaji semata-mata nak buktikan yang kekonon memang x wujudlah Tuhan dan Syaitan tu sebenarnya.Akhirnya dia betul2 dirasuk syaitan.Syaitan tu rasuk dia sampai teruk.Sampai dia gila.Lebih kurang cerita Paranormal Activity jugaklah movie ni tapi xlah lembab sangat jalan cerita dia macam PA tu.Aku rasa dah 150 kalori terbakar tengok movie ni.Banyak scene yang sentap jantung ..sesiapa yg tengah bosan2 and malas nak exercise boleh try tengok cita ni :P..tengok movie sambil bakar kalori..haha

adegan menoreh getah dada ni fevret aku


Saturday, August 16, 2014

DIY Beauty: Treatment Rambut Kat Rumah Je.


EEE..rambut bercabang,kering,kusam x bermaya ibarat rumput2 di musim kemarau?Jom try buat treatment rambut sendiri.

Sesiapa yg suka bab2 DIY (do it yourself),atau xda masa nak berkejar ke saloon,atau nak jimatkan wang ringgit,atau tiba2 kena sampuk dek saka rajin boleh try cara ni.Siapa pernah dengar rawatan rambut dengan protein daripada telur?kalau kau rajin mencari petua2,rajin beryoutube mesti jumpa punya..hasil penyerapan protein telur tu rambut jadi lembut,bersinar dan lebih hidup.Tapi bagi sesape yg x suka rambut dia bau "ke-teluran" boleh try cara yg satu ni.

Bahan2:

air panas+gelatin+conditioner rambut


air pns+gelatin + madu+extra virgin coconut oil(olive oil/castor oil terpulang korang nk minyak ape)

aku guna gelatin halagel(abaikan typo ejaan protein tersebut)
Cara2:
Mix je semua bahan tadi sampai sebati,then biar dia sejuk sedikit.Gambar bawah ni tekstur dia lepas dah sebati semua.Bau gelatin mmg agak hanyirr,tapi bila dah mix dengan conditioner/minyak kelapa dia jd kurang hanyir dh.

ulala~
Basuh rambut sebersih2 nya supaya segala daki maki,minyak,habuk ilang dari rambut anda.Kemudian sapu bahan treatment kita td ke ats rambut.Jangan kena sampai kulit kepala.Sapu la sampai habis.Then gulung2 buat sanggul,patu amek plastik ke/shower cap ke.Tutup kepala.Tunggu sampai 30-45 minit.

Basuh dengan shampoo,basuh bersih2 bagi ilang segala gelatin(jangan risau gelatin senang hilang),nak conditioner sekali pun boleh..then keringkan rambut...walah~mcm iklan Pantene.Memang lembut gila,senang sikat,shiny2..tapi kalau rambut bercabang bukan skali kau buat dah x bercabang lagi..kena rajin buatlah kan.


wuwuwu~
fuhh~enjoy reading~


Saturday, August 9, 2014

Memboikot lebih mudah dengan aplikasi Buycott.


Baru2 ni isu boikot paling hangat kat negara kita.
Boikot MCD yg paling hot gila,sampai berkempen depan MCD bagai.Selain daripada MCD camne pulak kita nak tau barang lain dari mana,xkan nak belek list barang2 boikot setiap kali shopping..

So aku ternampak satu gambar promote app ni kat instagram..aku dah lupe ig apa nama tah..dia suggestkan app BUYCOTT.Aku cari la kat playstore,terus install.Ohya menggunakan app ni  kita bukan je boleh boikot brg Israel,ada campaign boikot barang2 yg GMO(GENETICALLY MODIFIED ORGANISM)kalau x paham tentang GMO try Google dan apa2 barang yang berkontroversi lah..

ni dia app tu..

home app tu
cara nak guna: just tap icon barcode kat hujung bawah kanan sekali tu,then tuju ke barcode barangan yang korang nak check..
haa camni contoh,aku test yogurt aku

ni result dia.No personal conflict..means dia bukan barangan yg kita boikot.

ni result aku dapat lepas scan barcode clean&clear..:D
slow2 kita boikot,jangan boikot terus semua.Patu hangat2 tahi ayam jadinya..
Yang penting MCD memang antara makanan x menyihatkan..tepuk dada tanya selera..
Nak boikot ,xnak boikot hak masing2..xleh paksa jugak..kang Malaysia pulak yang berperang..Perang mulut,perang FB.. =..=..Boikotlah secara aman.Peace,sayoonara.