Friday, October 28, 2016

Resepi pizza paling senang.


Aku suka makan pizza.Pernah la berapa kali plan nak buat,tp rasa malas nak menguli doh semua tu.Cam leceh.So aku cari alternative lain yg lebih senang.So terjadilah entry ni.

Resepi pizza mudah dan cepat.

Bahan2:
-Roti kosong segi 4 tu(xkisah la jenama Gardenia ke apa ke)
-Cheesedale yg segi 4 tu
-Parmesan cheese(kalau nak letak cheese lain terpulang la)
-Lada merah/kuning/hijau hiris2
-Bawang besar hiris2
-Buah nenas hiris2(optional,xnak pun xpe)
-Cendawan butang hiris2
-Sosej hiris2/daging kisar
-Sos pasta(yg aku punya mix cendawan)

Aku guna sos pasta jenama ni
Firstly,sapu sos pasta atas roti.
Then bila dah sapu sos pasta,taburlah segala bahan2 lain tadi cheese,sosej,cili,bawang semua tu.Akhir sekali tabur parmesan cheese tadi atas sekali.

Kemudian,bakar dalam oven suhu 150 °c dalam masa 10-15minit camtu.Cheese dah meleleh tu siaplah.

Before bakar dalam oven
After pic.Bau pizza semerbak time ni.
Rasa dia?sebijik cam pizza kat luar tu.Sedappp.Yang penting senang dan cepat.

Take care.

Sunday, October 9, 2016

Review: Honey Bee Venom Multi Solution Cream

Haii~
Hari ni kita review produk yang tgh hott di pasaran : Honey Bee Venom Multisolution Cream.Siapa yg rajin berinstagram ke berfb ke akan perasaan ramai Makeup Artist pakaikan krim ni kat muka klien dia as makeup base.

Mengandungi 5% racun lebah,ekstrak propolis yang melambatkan proses penuaan kulit muka(segala mak nenek kedut tuu,tona xsekata dan seangkatan dgnnya).

Kandungan lain dia,royal jelly dgn ekstrak madu untuk nutrisikan kulit yg lebih sihat,vitamin c utk mencerahkan kulit,collagen utk menganjalkan kulit dan hyaluronic acid utk melembapkan kulit.

Nama venom mesti terlintas kat fikiran ehh venom tu racun,bukan bahaya ke.Jangan risau just 5% je honeybee venom dlm krim ni.

Klik utk tumbesaran
Klik utk tumbesaran
Tekstur krim senang sapu.Guna sikit je pun,xpayah bnyak.
Yang best krim ni boleh dijadikan night mask,moisterizer biasa dan sebagai makeup base.Sebelum tido sapu sikit kat muka dan leher gerenti glowing2 n lembuttt sgt kuliy muka bangun pagi.As for makeup base aku just sapu2 before apply foundation/bb cream/face powder.Sure makeup lebih tahan lama dan flawless xcapuks.

Dann lagi satu aku ni jenis pores besar kat certain area (kat area kecik pipi).Sejak pemakaian lebih dari 2 bulan ni aku notice pores aku makin mengeciks.Kalau x,nampak susah nak cover kai makeup.

Overall cream ni aku bg 4 bintang.
Best.

Take care~

Thursday, September 15, 2016

Hujan Batu.

Assalammualaikum&Selamat sejahtera..

Kemarin aku tengoklah pos dari kawan aku kat moment wechat.Dia pos gambar beberapa ketul ais dengan caption "hujan batu di melaka".

Aku pun 'eh yeye je mamat ni,kau kaup ais dalam freezer pastu caption hujan batu'.X percaya la kunun.

Sumber dri kawan

Sumber dari kawan

Sumber dari kawan
Pastu aku terdengar berita sepintas lalu kat tv.Beberapa kawasan d Melaka khususnya area Sungai Udang kena hujan batu n ribut.Kesian tengok keadaan rumah dorang,habis tercabut2 atap.Hujan batu biasanya datang dengan ribut petir.

Malam tu memang ada terdengar bunyi
hujan turun,aku terjaga jap.Pastu macam biasalah kalau dah hujan,tarik selimut teruss tido xsedar2 lagi.hehe.Tapi area aku xdalah kena hujan batu tu..

Bila nak salji pulek..:p
Jgn mintak pelik2 kau..haha

Tuesday, September 6, 2016

Review BBiA Lipstick Velvet Matte Dari Korea

Pergh bersawang blog,sebulan lebih x update.Haha.Terima kasih kepada pengunjung blog yang masih xputus2 sudi melawat blog yg xseberapa ni.

Straight to the point.
Hari ni nak review lipstick matte best dan murah dari Korea-- BBiA Last Lipstick Velvet Matte.Aku beli dua warna,semestinya warna yg hot2.


Packaging kotak dia
Ni kod warna yg dikatakan hot #06 dan #04


Aku suka rekabentuk luar lipstik ni.Segi empat gitu.


Okay atas ni swatches dia.Cantik kan kaler dia.No kod 6 tu nude dia cantik,bibir nampak soft natural je bila pakai.Yang kod 4 pun cantik,sweet2 xketerlaluan warna dia.

Yang best :
-xmengeringkan bibir
-color sangat pigmented,cantik
-packaging menarik
-tahan lama selagi xmakan xminum
-banyak warna cantik2
-harga mampu milik

Yang kurang best:
-tanggal kalau makan n minum(kalau jenis orang yg xkisah nak reapply lepas mkn minum xpe)

Aku bagi 4/5 bintang!
Sesiapa yang nak try2 or baru nak berjinak2 dengan makeup boleh try lipstick ni.


Tuesday, July 26, 2016

Buat Sendiri Kek Birthday Kat Rumah!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera~
so entry kali ni just nak share apa aktiviti aku minggu lepas..iaitu membaking kek birthday utk someone..hehe..memang dh lama cadang nak buat sendiri je,kunun lebih bermakna la..:p

Dan oleh sebab cake yang tengah trending sekarang adalah drip cake(ala2 topping meleleh gitu).Sila lihat rajah dibawah:

Weeeeee~
Nampakkk x lelehan yg mengoda tu.hehe

So aku pun buat la Moist Chocolate Drip cake.Amek resepi coklat moist dari youtube.Semua bahan buat kek aku dapatkn kat bakery je,nasib dekat dengan rumah aku.

Then aku beli la beberapa jenis coklat bars snicker,kitkat,cadbury,biskut oreo apa2 je yg berkaitan coklat.Tu semua untuk bubuh kat atas kek.

Aku buat 3 lapis,diselang selikan dengan krim coklat.

Jadi hasilnya~~~~

Tadaaaa...patutnya drip tu gelap,bahagian bawah dia pulak cerah skit baru nampak kontra dia kan.haha.Bantai jela.Yang kat bawah kek tu aku tempek kacang almond yg dah hancur2..plate kek dengan banner kecik happy birthday tu pun aku beli kat kedai bakery.

Gambar dri atas pulak :p.Banyak sebenarnya aku nak bubuh atas tu.Tapi takut kek serabut sangat pulak.Aku lupa pulak nak beli lilin letak atas tu.

K zoom pulak kat lelehan2 chocolate ganache...

Ni first time aku buat kek birthday.Haha.Nasib baik orang tu suka kek tu..:p

See u next entry pulak.
Take care~

Sunday, July 17, 2016

Review : Silkygirl Matte Junkie Lip Cream

Assalamualaikum dan selamat sejahtera!
Amacam raya?
Perut buncit sebab bnyak pg openhouse ke.haha..

Entri kali ni nak review Silkygirl Matte Junkie Lip Cream yg tengah hot,asyik sold out kat je ...aku beli masa tgh harga promo ritu,awal pengeluaran dia..Rm18.90 each.Sekarang ni 20lebih xsilap..

Masa tu akak pnjual tu tengah unpack box tengah nak susun2 matte junkie tu,trus aku grab.Panas2 lagi klua oven.haha..so aku grab dua kaler yang aku rasa paling lawa.





Retro dan Vintage.Sekarang kan tengah trend kaler2 matte lip cream camni.Ala2 Kylie Jenner camtuuu..




Atas ni haa swatches dia.Memang cantik sangat kaler dia,lebih kurang Nyx lip cream yang femes tu cuma beza harga je.Harga rendah tapi kualiti mahal.

Yang bestnya dia cepat kering kt bibir,sapu je dh kering,xpayah tunggu lama nak bersiap keluar jalan.Dia X mengeringkan bibir,so bbir xsakit.Ada sesetengah lip cream tu sakit bibir sebab dia mengeringkan.

Dia xmelekat/hilang kalau kau minum air ke makan ke menyelam ke.Jadi pergila brapa bnyak openhouse makan la lemang rendang sesukahati anda.Dont worry,dia akan stay.:p.Nak remove dia pakai makeup remover ataupun olive oil(aku selalu guna ni)




Atas ni aku pakai time first raya ritu.Yang aku pakai ni colour Vintage.

Aku bagi 5.5 bintang.Sangat recommended Matte Junkie ni,dua colour paling hot dia retro n vintage asyik sold out je.Kena borong lepas ni T_T.

Okay see u next entry.
Take care.


Thursday, June 30, 2016

Biskut raya : Resepi Biskut Red Velvet

siap bebunge2 nk bg nampak lawa kt entri haha

Assalamualaikum n salam sejahtera.
Tahun ni aku aku buang tebiat,rajin aku mengentel buat kuih raya.Actually,sebelum2 ni cuma beli/tempah je kuih raya.

Ni aku nk share resepi salah satu kuih yg aku buat.Kalau rasa xda idea nk buat kuih apa tahun ni boleh try buat ni.hee

BISKUT RED VELVET.

Bahan2(100 BIJI)
BAHAN KERING
-2 setengah cawan tepung serbaguna(aku gna tepung red rose)
-2 setengah sudu besar serbuk koko
-1 setengah sudu teh tepung jagung
-3 suku sudu teh baking soda
-secubit garam
Gaul bahan2 kering atas ni dalam bekas berasingan.
-9 sudu besar butter
-7 sudu besar vege shortening
-1 setengah cawan gula castor
-1 biji telur
-1 biji telur kuning
-1 setengah sudu teh cuka makan(boleh guna jugak air perahan lemon)
-1 setengah sudu teh esen vanilla
-1 sudu besar pewarna merah(yg ni ikt kaler merah yg korang nak,nk pekat lg bubuh la lebih)
-kacang badan cincang,coklat chips(kalau korang nak letak lah,xnak xpe)

CARA2.
1-Pukul sebati butter,vege shortening,dan gula castor smpai kmbang.
2-Masukkan telur sebiji demi sebiji.Diikuti bahan kering(sikit demi sikit).Gaul sebati.
3-Masukkan kacang badam n coklat cips.Gaul2.
4-Guna sudu kecik ambil sikit adunan pastu letak atas loyang,tekan sikit.Pastu kalu nk letak choc chip sbgai hiasan letaklah.
5-Sebelum bakar,panaskan dulu oven dalam 10minit.Then bakar dalam suhu 180 celcius dlm 15 minit(depend jnis oven korang).
6-Tunggu sejuk skit baru letak dalam bekas kedap udara.


haaa ni la rupa dia bila da siap
tunggu turn nak masuk bekas

fuh x sangka menjadik padahal first time
buat.haha

c ya next entry.

Take care :-*


Thursday, June 23, 2016

Trend baju raya 2016.

Saja letak pic bunga api(simbolik raya hehe)
Assalamualaikum dan selamat sejahtera..
Wow lama gila xupdate blog ni...dah nak raya dah.Puasa okay?.Baju raya dah beli ke?

Aku x beli lagi.Baru nak plan buat/tempah je tapi macam dah terlewat.Tailor smua dah tutup pintu.huuuuu..ni baru balik dari kg aku kat Sarawak,beli bnyak kain batik songket Sarawak.Nampaknye carry on raya tahun depan.huks.

Ni ha dia kain batik Sarawak aku grab sikit ritu.Geram tgk.
Aku tengok kebanyakan physical shop/online shop..designer2 bnyak keluarkan baju raya style kebarung dan kurung dokoh untuk raya tahun ni.

Lawa giler kaler ni.
Kebarung.
Kebaya+kurung= kebarung(eh betul ke xni,main entam aku mix kan).Aku berkenan pulak tengok kebarung,mula2 tengok ritu "erh old fashion nye style",tapi bila tengok berkali2 ayu pulak,simple je n sopan.Macam berkenan dah.Tapi kalau korang rajin usha online shop mmg banyak dah sold out dah style kebarung2 ni...ramai kot tema kebarung.

Kurung dokoh.
Basically just plain baju kurung yg ditampal dgn dokoh patch.Simple je tapi nmpak exclusive je bila da pakai.

Aku rasa makin lama makin minimal je style baju raya.Minimal tapi cantik.Tapi ada juga orang yg masih suka style lace2,rambu2,blink2 kan.Lain orang lain citarasa.

Yang baju raya lelaki pulak banyak trend jubah or kurta.Macam2 design,yang smart ada,yang pelik pun ada haha.Ada tu berikat kat pinggang la,berenda la.Dah macam style baju perempuan pun ada.

Berkenan yg polka dot tu,nak suruh bf pakai time raya.Cute lahai corak dia.pffttt
K.Salam Ramadhan.
Take care.

Sunday, May 8, 2016

Dah 26.

6 mei ritu aku masuk umur 26.Siapa sebaya?
Yup,feeling old kejap.
Kedut2 mula melakar kat wajah aku(xdala saja je bg gempak,belum lg kedut ok).


Ni kalau dapat kek cmni haaaa..

Tua2 ni kurang mood nak celebrate,paling2 g secret recipe balun kek je.haha.


Tapi,petang tu aku dapat surprise gift dr kawan aku.Agaknya dah lama dia plan.Ada laki bg salam,pastu aku jenguk.

Lelaki xdikenali tanya,
'Hai awk farah nadia eh?'

Aku jwbla ye.
'Eish sapa dia ni,mcm banglas je' ujar aku dlm hati.

'Haa ni ada something utk awk'
Dia pun pergi amek something dr dlm kereta dia.N hulur kat aku bouquet chocholate pelbagai jenis dan belon happy birthday sekali.ooo dia ni surprise planner kot.

Aku pun blur2.Terkejut sampai xtau nak cakap apa.Pastu dia ckp nak amek gambar bt testimoni.Haaa yela dgn muka aku selebet serabai ni dia pun amek la pic muka aku..Sengih jela aku.Patu baca2 rupanya dari kawan baiks.

Patutla dia mintak alamat penuh aku sebelum2 ni.Berahsia2 lagi bila aku tanya utk apa.Punah diet aku habiskan coklat tu.haha..

K take care.


Saturday, April 16, 2016

Review : Samyang Spicy Ramen Halal

Assalamualaikum salam sejahtera~
Ramai dah sedia maklum kot sekarang ni satu dunia tengah viral Spicy Ramen yg konon2 nya paling pedas sekali.Eh aku pun pikir jugak ye ye je pedas korang ni.Sorang2 pos video spicy ramen challenge mcm2 gaya tahan pedas.Ada yg nangis la ,ada yg xhabis la,nak muntah la,terkinja2 tahan pedas ahahaha...

Aku beli online je ahahaha..mall sold out.Agknya seller dah borong habis haha.

yup ada perisa ayam je 

kalau xnampak,amek kanta pembesar tgk cap halal tu :p

2 paket dalam dia.satu sos seasoning satu lg berisi biji bijan dan cebisan2 seaweed

gini rupa dia,pastu gaul2.MAKAN.

mengapa muka monyok selepas makan??
actually pic atas tu aku tgh menahan bibir terbakar bengkak...haha.Pedass gila gak la.Masa mula2 makan sedap je xda rasa pedas pun.Sekali bila stop kejap,mula la rasa pedas sampai ke otak oblongata.Hujung2 nak hbs tu lagi lah pedasssss keluar hingus segala mak nenek peluh.Air mata setitik dua adalah sikit.Kesimpulan dia,aku rasa xda lah pedas nak mampus,ada lg lauk malaysia lg pedas dari ni ..haha.tapi sedap lah,rasa nak makan selalu je.


in case ada orang yang masih curious ttg ramen ni boleh terjah Instagram budak korea mualaf ni.Ni aku screenshot je.

k take care you all.Terima kasih baca.




Monday, April 11, 2016

Senaman Mata Untuk Kurangkan Rabun

Assalamualaikum dan selamat sejahtera~


Aku seorang yg "bermata empat",sejak dari umur sekolah menengah lagi.Tula tengok TV dekat2 lagi,mak ayah larang xnak dengar.Aku krg gemar pakai spec,so aku pakai contact lens.Then aku kurangkan lepas check power makin naik.Sekarang ni lebih pakai spec,tapi macam makin teruk pulak rabun jauh aku ni T_T.So google2 la natural way untuk improve penglihatan.Antaranya melalui senaman mata.

Senaman 1-Fokus jauh-dekat
Ambil satu pensel,satu lagi object letak jauh dari anda.Pensel tadi pegang letak dekat paras mata (20-30cm).Mula2 fokus kat object jauh tadi,lepastu tengok pensel yg dekat dgn and tadi.Ulang 5 kali,buat 3 kali dalam sehari.

Senaman 2-Pengerakan mata sisi ke sisi
Duduk tegak.Pandang ke depan.Tanpa mengerakkan kepala,lihat ke sisi kanan kemudian ke sisi kiri(lebih kurang mejeling la).Ulang beberapa kali

Senaman 3-Aku panggil senaman juling ;p
Basically kau just amek satu object contoh pensel ke,or jari ko sendiri.Jauh kan dari mata object tu,mata kena fokus betul2 kat objek tu,kemudian perlahan2 dekat kan objek smpai hidung,pastikan mata ikut pergerakan objek tu.Then repeat balik beberapa kali.

Senaman 4-Rolling Eyes.
Just pusing2kan biji mata ikut arah lawan jam.

rolling eyes
ok aku nak start amalkan sambil tu nak rajin makan carrot hehe.Kita tengok hasil dia nanti,ad kurang xpower mata aku ni.

Take care ~



Thursday, April 7, 2016

Bunyi Orang Mencangkul Pukul 3 Pagi

(Sapa2 yang lemah semangat please tutup sebelah mata masa baca entry ni)
Nak cerita sikit la dua minggu lepas~

Di kala malam yang sunyi sepi,tatkala cengkerik2 mengalunkan muzika indah mendodoikan sang manusia.

tet-tet-tet(bunyi jam tangan digital aku menandakan jam tepat pukul 3 pagi)

aku terbangun.
bukan kerna diganggu bunyi jam tersebut tetapi bunyi yang datangnya dari luar,bunyi orang mencangkul.Entah mengapa aku rasa sangat2 berdebar2.Aku cuba abaikan.Mengiring ke kanan.

3minit berlalu~bunyi mencangkul itu masih belum berhenti.Malah semakin rancak.Aku mula resah,berpeluh.Aku bangun,bergerak menghampiri tingkap.Aku menyelak langsir sedikit.

jantung aku semakin berdebar,mata aku mencari2 sesuatu setiap segenap sudut depan halaman rumah aku.Mencari kelibat sang pencangkul.Tiada.

sambil fikiran aku ligat memutar cerita2 mistik seperti "sihir" yang kononnya ditanam di rumah orang yang dikehendaki,

10 minit berlalu~
kedengaran suara garau.Lelaki.

"haa aku dah tolong tanamkan serai kau,pergi buatkan kopi timah oi..penat ni"
kemudian kedengaran suara sang perempuan menjawab.

"aie,baru cangkul sikit dah penat ke bang"

sang lelaki berbalah.
"eh kau le,malam2 buta suruh aku tanam serai,nk hisap rokok pun x senang"

aku duduk termangu memikirkan mengapa pakcik n makcik jiran sebelah ni xreti tido pagi2 buta ni,aku terus bersangka baik(tengok bola kot).

aku pun terus menyambung tidur yang terganggu tadi.krohhhh.




Thursday, March 24, 2016

Masker Anti-Jerawat:Madu & Kayu Manis


Assalamualaikum dan salam sejahtera you ols~

Musim panass kering macamni jerawat makin senang tumbuh.Gerammmm je tengok,tangan pulak xboleh diam asyik nak picit je.

Jom try buat masker anti jerawat ni.Senang je.Dua bahan.

Madu dan serbuk kayu manis.


Madu-Melembabkan kulit secara semulajadi.Dia melembabkan kulit dari dalam dan juga ada mengandungi anti-bacteria.Selain tu,madu jugak anti-oxidant,so dia melindungi kulit daripada sinar matahari yg merosakkan kulit(sunburn)

Kayu manis-mengurangkan pembengkakan dan kemerahan pada kulit.Selain tu kayu manis jugak antiseptic yang mengurangkan jangkitan bakteria penyebab jerawat.

Gabungan dua bahan ni dapatlah kulit yang clear tanpa jerawat.

campurkan dua bahan,kacau2 sampai jadi macam atas.

sapu campuran dua bahan tadi ke muka,or area jerawat.Biarkan 5-10 minit.Bilas bersih.Pakai pelembab.

k,take care.



Thursday, March 17, 2016

Tarikh Luput Untuk Produk Kecantikan.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ~

ehem2.
Bila cakap pasal produk kecantikan,kita bukan fokus kat barang makeup je tetapi juga pada cleanser,krim pelembab,ubat jerawat n shampoo jugak ye.

Produk kecantikan ni umpama makanan untuk kulit.Kita sapu, kat kulit muka/badan kita then dia akan meresap masuk ke dalam kulit kemudian menjalankan manfaat2 dia kepada kulit.Jadi sangatlah penting untuk kita tahu tempoh tarikh luput sesuatu produk ni,kalau produk dah 2,3 tahun pun masih sapu kat kulit ni dah macam kita makan benda yang dah expired(imagine roti yg dah berkulat tu) :p
Sesetengah produk boleh menjadi racun jika terlalu lama di gunakan,sesetengah pulak hilang fungsi dia.

Nah jum tgk,

Aku jumpa kat app Pinterest pic atas ni.Wuuu,tengok tu mascara tiga bulan dah expired,aku sebulan baru 3-4 kali je pakai xkan nak buang..haha..sayang jugak ekk..T_T..

Sunday, March 6, 2016

Jenis2 Orang Kat Kenduri Kahwin.


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hujung2 minggu gini wajib la kan attend kenduri kahwin kawan ke,saudara ke.
Pernah x kau jumpa jenis2 orang kat bawah ni kat kenduri kahwin ataupun kau jenis salam tuan rumah,lepastu makan2 xpandang kiri kanan lepastu balik.haha..

Makcik2 kaki kondem makanan.
Makcik2 ni dia akan mengadu2 kt kawan sebelah dia cakap lauk x sedap/lauk xcukup/daging keras/nasi lembik.

Ex-Boyfriend/Ex-girlfriend
kalau kau attend schoolmate/collegemate kau punya wedding,ada high chance kau akan terjumpa ex kau..Aku baru je jumpa semalam time pegi wedding schoolmate,bukan main bising lagi kawan aku suruh tengok dia"wey,wey ex kau zaman sekolah!".Terus dak laki tu pandang,aku pun g buat2 busy menceduk lauk pauk.Malu btl.

Kaki Selfie/Bergambar
Yang ni normal kot,nak post kat instagram ootd pergi kenduri.Baju,makeup dah lawa2 xkan xambik gambr kan.haha..selfie2 sekali termasuk muka makcik sebelah yang tengah duk mencungkil cebisan daging celah gigi ..haha

Fashion/makeup police
Ni perempuan ni haha.Tengok ada perempuan  lain lalu,berbisik2 lah "wehh tengok handbag dia lawa siot""weh tengok jubah dia cantik sangat""camna dia lilit shawl tu lawa la style dia".Honestly aku dgn kawan2 aku macam ni selalu.hahah...sambil makan sambil tgk orang yg datang.Selain tu makeup pengantin.."tebal la,xsesuai dengan muka,bedak capuklah,kening nampak garanglah"..semua orang jadi makeup artist time ni..

Kena paksa pergi
Pernah x tengok ada satu family datang,then ada lah anak2 dia muncung mencuka garang semacam macam pembunuh upahan.Makan pun macam nak xnak.Mesti kena paksa ikut haha..Aku xnafikan aku dulu camtu,ayah aku selalu sangat paksa aku dulu,sampai memangg ketatt gila la xsenyum langsung kat orang2 kat wedding tu.

Laju datang,laju balik.
Datang salam,terus pegi kat lauk pauk,makan senyap2 lepastu ghaib bila tah dia balik.Xpasan pulak.haha.

Datang nak borak2 je 
Pakcik2 makcik2 lah selalunya.Datang kadang dia borak2 dulu dgn kawan lama dia,pastu makan kejap je..lepas makan sambung borak2 lagi.Anak2 dia plak yang penat nak tunggu dia habis borak.haha









Wednesday, March 2, 2016

5 Things I Hate Most!

Assalamualaikum dan haii!

Firstly,thanks kepada blogger Fatin Liyana sebab sudi tag blog ni :3


1)BusyBody
Busy body dengan caring berlainan.Busy body ni lebih kepada hal remeh temeh pun dia nak amek tahu.Rasa xselesa.Orang busy body ni dia x reti duduk diam walaupun dah kena marah,sindir.Siap pasang mata2 semata2 nak tahu pasal kita kadang2.

2)Nak beli barang yang aku betul2 minat,tiba2 duit xcukup/xda.
Maulah seminggu terbayang2 kat benda yang aku nak tu.Kena lah bersabarr dah dapat duit baru beli.Grr..

3)Dah pinjam duit,tapi x pandai bayar hutang.
Aku rasa semua orang xsuka kot yang ni.Hahahah.Bertabahlah.Ni orang yang bagi pinjam segan nak mintak bayar hutang tiap bulan.

4)Bila ada orang cakap badan kau dah naik/berisi/gemuk.
Ini mau stresss gila jadinya kan terutama perempuan.Hahaha.Perempuan mana yang suka orang cakap dia dah gemuk, u tell me :p 

5)Masalah tudung/shawl.
Ni boleh buat aku bad mood masam mencuka.Daripada excited nak keluar dating terus cancel.haha..Dah iron2 tudung bawal,pastu flat pulak muncung dia.Shawl lagi lah tengokk orang buat tutorial shawl kat youtube senang je dia lilit2 lawa je,skali try tengok dah macam ular sawa melilit kat kepala pulak.Geram!..haha

aku nak tag~