Thursday, April 7, 2016

Bunyi Orang Mencangkul Pukul 3 Pagi

(Sapa2 yang lemah semangat please tutup sebelah mata masa baca entry ni)
Nak cerita sikit la dua minggu lepas~

Di kala malam yang sunyi sepi,tatkala cengkerik2 mengalunkan muzika indah mendodoikan sang manusia.

tet-tet-tet(bunyi jam tangan digital aku menandakan jam tepat pukul 3 pagi)

aku terbangun.
bukan kerna diganggu bunyi jam tersebut tetapi bunyi yang datangnya dari luar,bunyi orang mencangkul.Entah mengapa aku rasa sangat2 berdebar2.Aku cuba abaikan.Mengiring ke kanan.

3minit berlalu~bunyi mencangkul itu masih belum berhenti.Malah semakin rancak.Aku mula resah,berpeluh.Aku bangun,bergerak menghampiri tingkap.Aku menyelak langsir sedikit.

jantung aku semakin berdebar,mata aku mencari2 sesuatu setiap segenap sudut depan halaman rumah aku.Mencari kelibat sang pencangkul.Tiada.

sambil fikiran aku ligat memutar cerita2 mistik seperti "sihir" yang kononnya ditanam di rumah orang yang dikehendaki,

10 minit berlalu~
kedengaran suara garau.Lelaki.

"haa aku dah tolong tanamkan serai kau,pergi buatkan kopi timah oi..penat ni"
kemudian kedengaran suara sang perempuan menjawab.

"aie,baru cangkul sikit dah penat ke bang"

sang lelaki berbalah.
"eh kau le,malam2 buta suruh aku tanam serai,nk hisap rokok pun x senang"

aku duduk termangu memikirkan mengapa pakcik n makcik jiran sebelah ni xreti tido pagi2 buta ni,aku terus bersangka baik(tengok bola kot).

aku pun terus menyambung tidur yang terganggu tadi.krohhhh.




4 comments:

  1. nasib baik orang, kalau benda lain....
    jarang dengar org mencangkul pagi2 buta. adui pakcik makcik ni punn

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha mazni saspen x baca mula2 :p

      Delete
  2. dah check ke betul ada serai tu... heheheh

    ReplyDelete