Sunday, December 29, 2013

Review:Testing Shopping Online Di Nile.com.my


Salam satu Malaysia!
How are you today?
Siapa sini kaki shopping online?
Aku kalau shopping online pun bukan baju2 cuma barang2 makeup,barang kecantikan.Tupun shopping kat FB je.Ni first time aku try beli barang kat online shopping website.Aku try2 la shop di Nile.com.my .Aku dapat tau ni dari blogger femes Fatin Liyana,baca entri dia shopping sakan kat situ.Bila aku g website tu.....gila rambang mata aku..baju2 dia cantik,mmg ikut trend dan murahhhhh! ,kalau korang rajin usha2 instagram or fb shop..jauhh murahhhh harga baju2 kat Nile shop ni..

cantik kan baju2 dia..comel2,harga ada sampai belasan2 ringgit je

untuk lelaki pun murah..jacket biasanya aku jumpa rm60 keatas,ni kira murah.Baju bundle pun mahal skrg.:p

kasut ladies dia...huwaaaaaaaaaa...cantik2..tapi lum brani nak beli.takut xmuat.
ni boots lady..shemart btll ..harga pun murah.one day nak grab satu..
aku nak test beli satu brg dulu,tgk service dia..kalau xmengecewakan.next time blh shopping lebih skit.So aku tergoda dgn satu baju ni..Tadaa..
sila klik untuk tumbesaran!
baju kemeja lips2 ni salu aku usha kat instagramm..cantikk :3..tapi bila terjumpa yg jauh murah ni.terus aku grab,lagipun baju ni dlm best seller list kat web tu.Harga dia Rm28.80.Material chiffon.3 hari kemudian parcel sampai kat rumah..cepat service dia.....so lepas ni boleh la shopping selalu kat web Nile.com.my tu :3...wuuu.. (T_T)

xSabar nak pakai nanti..wee!




Friday, December 27, 2013

Review Entry: D'nars Skincare



Salam 1 Malaysia,
Aku beli set D'nars last month.Saje2 try lagipun D'nars asyik kuar Wanita Hari Ini je so ingin jgk nak cuba.Macam best kan.D'nars ni ada dua set ,satu set jerawat/kulit berminyak satu lagi set jeragat.Aku amek jeragat sbb muka aku jrg nak tumbuh jerawat(time tertentu je naik),cuma nak pudarkan parut jerawat yg lama2.Lagi satu umur thn dpn dah nak 24,so apa kata kita jaga kulit dari sekarang supaya xberkedut,xberjeragat sgt :p

ni dalam dia.Ada krim siang,krim malam,sabun dia lak ada dua(sabun beras dan sabun collagen).
Serius aku suka sabun beras dia sebab biasanya sabun beras yg aku selalu beli yg dari Thailand yg banyak dijual kat luasr sana tu agak mengeringkan kulit,tapi sabun beras D'nars ni xmengeringkan langsung.Sabun collagen dia plak wangii sesedap hidung menghidu,best dipakai.

yang kanan krim malam ,yang kiri krim siang dia.Aku sgt2 suka krim malam dia.Senang sapu,xkesat mcm sesetengah krim mlm sesetengah produk.Dan muka xberminyak langsung lepas pakai dia.Krim siang dia plak sapu2 sikit2 je,sbb muka macam pakai tepung kalau letak banyak2.Putih sgt.

ni harga sebekas krim.ni trial set actually,tu yg kecik skit :p.. dia tulis kat kotak tu pencerahan dalam masa 7 hari.Tapi tengok jugak pada org,kena banyak bersabar lagi satu.Setakat ni lepas sebulan pakai,parut jerawat makin pudar,muka lebih sekata kaler dia.Yg penting ada kelulusan KKM.Biar putih slow2,jgn putih cepat2..bahaya.Dia ada toner collagen,tapi aku x beli sekali pulak dulu,nak try nanti lah..:D

Take care!


Wednesday, December 25, 2013

Ikan dah naik di Lahad Datu,sekarang ketam pulak naik di Terengganu.


Entri Pendek.
Isu berthousand2 ikan naik di Lahad Datu semua dah tau kan.Gempar satu Malaysia,mcm2 andaian kt status Fb.Andaian2 yg ckp tsunami bakal melanda paling banyak.Seram pula aku.Dahla last time tsunami paling teruk berlaku 26 Disember 2004. :/


ni yg masa kat lahad datu..kenyangg makan lauk ikan..
then tgk2 kat Facebook harini orang share berita yg cakap ketam2,ikan2 dah naik kat Terengganu.Sampai pekerja2 yg dekat pelantar minyak Terengganu tu melaungkan azan.

ni pic yang dorang sebar di FB tadi
Aku xtau la setakat mana kebenaran cerita tersebut.Kita tunggu laporan berita di TV esok.Adoyai kecut perut dengar berita2 macamni..ade orang cakap rezeki,ada org ckp bala nak dtg..Ya Allah jauhkan segala bala dari Malaysia..:O ...

Goodnight.Jangan lupa berdoa bnyak2 kepada DIA sebelum tidor.


Monday, December 23, 2013

Biasa tgk wayang 3D je,ni 6D!

Salam 1 Malaysia kawan2 yg saya hormati sekalian(ecehceh)
Nak share pengalaman ni,biasala first time.Agak jakun.Kesian aku.
Aritu g AEON Mall Melaka.Sale gile2 kan,wajib serbu.
Then terjumpa satu kedai ni tingkat dua.

~6D MOTION RIDE~
wohhh..mcm best je..biasa dengar 3D je..ni 6D..mesti lagi syok..


Aku ajak bf aku tanya auntie yg jaga kaunter ,patu dia terangkan la ada 4 jenis movie (rollercoaster,ghost town,iceberg amende tah,yg satu lagi aku dah lupe),then dia terangkan la apa effect2 time kita tengok tu.Ada effect percikan air time scene movie tu ada membabitkan air,effect angin menyapu2 muka,efect hujan,efect cahaya(kira kita dpt rasa la mcm kt dlm movie tu btl2).

Aku gado kejap nak amek movie rollercoaster(yela sumur hidup xpnh naik,jakun sikit nak rasa),bf aku nak amek movie Ghost Town(aku penakut kang setengah jln cerita aku da lari keluar dari penggung)..lastly ROLLERCOASTER(i win yeahh)..sebelum masuk,auntie bagi spec 3D..dlm panggung tu xde la besar mana pun..duduk2..movie start..kerusi dah mula gerak2 ke depan ketepi ketengah(konon effect rollercoaster)muka aku masih biasa lg....makin lame makin laju,makin kuat badan aku terhentak kat seat tu..aku dah mula bengang..haha..dengan lightning dia lg konon2 kilat myambar...silau sekali mata..turun naik turun naik seat tu ikt rollercoaster nye style...then tiba2 ada burung helang besar dpn aku,dia halau kitaorg ,so seat pun mengundur balik.Angin nya efek menambahkan ke-real lan 6D tersebut...undur2  laju then jatuh bedegang...ke belakang..seat tu rs nak tercabut..hahaha...

Xlama pastu konon2 nye termasuk jatuh ke lubang labah2 gergasi..binatang paling aku benci..labah2 tu makin dekat cuba nak tngkap aku..time tu la aku dpt rasa ada mcm bulu2 kat kaki aku(hawau btl,aku rasa dia sapu2 bulu ayam agknya nak bagi efek tu nampak real)..aku angkat kaki aku tinggi2..kuat aku menjerit time tu..HAHAHA...last sekali jumpa naga..naga sembur api..then ada air ,time scene air tula ada percikan air jatuh..hbs bsh skit baju aku..10 minit je ok..untuk rm15 dewasa...kua2 je aku tgk ramai beratur beli tiket..tgk2 rupanya ada cctv dlm panggung tu,org luar yg lalu lalang tgk aksi hodoh aku td..hahahaha...MALU..cpt2 aku beredar..dahla baju bsh tompok2 air hujan(konon) ...sapa ada sakit tulang jgn try,kang lagi sakit..:D

P/S: movie the hobbit:the desolation of the smaug 3D best giler(kalah 6D).



Monday, December 16, 2013

Berita Terkejut!Lepas Tanah Arab,Vietnam Pula Turun Salji.


Korang mesti dah sedia maklum kan Tanah Arab(mesir,israel,palestin semua) dah dihujani salji baru2 ni selepas beratus tahun xturun.

ni pic kat mesir sana.
Yang terbaru sekali salji turun di kawasan utara Vietnam.Berlaku selepas ratusan tahun.Vietnam adalah sebuah negara lembap sepanjang thn(mcm malaysia) dan zon tropikal(musim kering dan musim hujan).
Salji yg turun tiba2 ni menyebabkan kesesakan lalulintas disebabkan ramai orang yg datang situ semata2 nak tengok kejadian tersebut.

pelancong2 luar dan dalam yg dtg

untung ler dpt main salji

pokok2 diliputi salji tebal
imagine kena kat Malaysia lak.Bangun pagi2 esok bukak pintu,dah memutih semua rumput2,pokok2,sejuk semua.Papepun Allah Maha Kuasa.Semua boleh jadi.So lepas ni agknye mana plk bersalji? :D



Thursday, December 5, 2013

Kebanjiran.

Entri pendek je.
Sekarang musim hujan.Seperti biasa.Banjir.
Kesian aku tgk penduduk belah pantai timur.Manusia lain cite,yang binatang ape cite eh..Kuceng2 yg comel tu cmne..:( (kucing yg aku sebok)..x berperikemanusiaan btl.hehe.
Melaka pun terima tempias banjir jgk.Tapi area aku x kena.Teruk musim banjir kali ni.


papapun kita doakan semoga banjir surut cepat2,kesihatan yg bgs(biasala banjir ni selalu kait dgn penularan penyakit cirit birit,demam semua)dan bantuan kepada mangsa banjir mencukupi.Yang penting tabah.Member2 aku yg dok area banjir post pic mcm2 pose dpn rumah dorg yg banjir.Kan main lg sempat berposing.haha.

kesiannya ank bulus ni :(


assalamualaikum..ada org x..
adk2 jangan main banjir tauuu..manatau pakcik kokodal(crocodile) tgh berenang2 ..bukan dia je ada..ular pun ada..stay alert.Semoga semua kembali normal secepat mungkin.Goodnight.Hujan2 ni sedap tido..ZZZZzzzzzz




Sunday, December 1, 2013

Tips Kecantikan : Baby Powder





Aku suka,suka,suka sgt kat bau baby lepas dia mandi n dibedakkan dengan powder baby..
Sebab wangi dia menenangkan...
Kembali ke tajuk atas..jom tgk apa tips kecantikan yg boleh kita try guna baby powder ni..

1)Bedak muka-kalau malas nak pakai face powder bukak tutup tu memang ni jela aku sapu kat muka,selalu simpan powder baby yg saiz kecik tu dalam handbag.Bila muka nmpak kusam or berminyak je,sapu powder ni.Smooth n ringan rasa kulit muka.

2)Kulit kepala berminyak - ni memang selalu jd masalah kepada aku.Kulit kepala aku selalu berminyak,hasilnye rambut jd melepek leper,x kembang..so aku selalu tuang baby powder then sapu2 kat akar rambut,area kulit2 kepala...ramas2 sikit kat rambut yg rasa2 berminyak tu...tadaaa,dah ok dah..baby powder ni fungsi dia serap minyak..kadang2 sebelum tido aku suka tabur powder baby kat bantal..yela pagi2 rambut berminyak kan,fedup jgk..tapi bila tido atas powder,rambut jd less berminyak...huuu.

3)Mencantikan/Menebalkan/Mendramatikkan bulu mata-yg ketiga ni aku lum pernah try,tapi aku nak share gak sebab macam menarik je..:D..aku jumpa time google2 je tips yg satu ni.Cara2 dia sebelum pakai maskara tu amek putik kapas ,colek2  powder baby then sapu2 kat bulu mata(tutup sikit mata tu,takut termasuk mata lak powder tu),pastu sapu maskara.Kalau nak tambah tebal lagi bulu mata tu,ulang step tadi then sapu maskara buat kali kedua.Then lentikan dgn pelentik.Nanti bila aku dah try, aku buat review tips yang ni ,nak tengok dramatik ke tidak jadik nye bulu mata aku yg secipot ni..hehe..