Monday, July 31, 2017

Tips Hilangkan Jerawat Di Muka

Assalammualaikum dan salam sejahtera..lama x menaip untuk blog,janggal sekejap haha..hari ni aku nak share cara2 aku rawat muka berjerawat.

Muka aku ok je sebelum ni.Pastu maybe sebab aku xjaga pemakanan,penggunaan skincare yg xsesuai jadi jerawat tumbuh nonstop terutama bahagian pipi.Jerawat ni jenis yg kecik2 tu tau,pastu bernanah2.Pastu tangan lak gatal nak kopek2 picit sampai berdarah2..bila dah picit dia makin menjadilah nak tumbuh.

Jerawat pastu berminyak
Atas ni muka aku hari demi hari naikk je jerawat,gatal2 lak tu.Macam2 petua tradisional aku follow.Nak keluar pun low confident sebab sorok dengan makeup pn still nampak timbul2 lagi .Last2 aku decide nak consume balik vitamin c plus rosehip yg dah lama aku tinggalkan.

Penyelamat ni 😍
Aku ada pos sebelum2 ni tentang vitamin c ni.Bagi aku vitamin c jenama ni fevret aku ,lebih2 lagi dia ada rosehip.Jangan xtau rosehip ni berganda2 vitamin c dalam dia.So sangat bagus untuk kulit dan dalaman.Then macam biasalah bila dah ambil supplemen minum air banyak2,untuk bagi lebih berkesan.

Untuk skincare luaran pulak,aku guna produk Cosmoderm je.Aku tengok ramai guna Cetaphil kan,tapi aku decide just try Cosmoderm.Luckily,produk ni sangat berkesan untuk kulit muka aku.Harga pun mampu milik la.So aku guna satu set dia daripada pencuci,toner,krim pelembab,serum dia dan ubat jerawat dia.

Tadaaaa...me love Cosmoderm.
Best mask ni!
Dan untuk mask.Aku gunakan dalam 2 kali dalam seminggu.Aku pilih mask brand Himalaya kat bawah ni.Neem Mask.Dia macam detox la kulit kita.Buang segala benda mak nenek yg tersangkut kat liang roma kita tu.So kulit rasa lebih ringan dan bersih.

Sesiapa muka berminyak pun sesuai pakai mask ni.Muka jadi kurang berminyak lepas pakai mask ni.

Sebulan lebih selepas tu,ni pic terbaru kulit muka aku.


Abaikan jerawat seketul kt dagu tu,biasalah tgh bulan

Selain daripada tu,bila kita rajin pakai makeup so kena rajin cuci muka bersih2 sebelum tidur.Sekarang ni kan ada span/brush untuk cuci muka tu,beli la satu.Aku beli kat daiso je.Scrub pulak aku just guna lemon+gula je.Pastu gosok perlahan2 kat muka.

So bila kulit dah makin ok,baru confident sikit.hehe
Sekian.

Take care.
See u next entry.