Thursday, October 22, 2015

Pengalaman Ambil Pil Kurus.


Assalamualaikum dannnnnnn selamat sejahtera!


Kurus.
eh perempuan mana yg xnak kurus kan.
pantang ada cara,produk,diet yang orang cakap boleh menguruskan badan laju je nak try.

Macamtu jugak aku.Sesiapa yang pernah baca entry lama aku tahula aku dulu pernah debab haha.Cari sendiri entry tu..;p

Berbalik kepada tajuk besar atas.Aku nak cerita pasal pil kurus yang aku pernah try dulu.Time tu aku dh lepas "zaman kedebaban",tapi oleh sebab aku stress gila bila berat aku naik sedikit demi sedikit semula,nafsu makan pun meluaps jadi aku decide untuk pilih jalan mudah.Aku pun try pil Adipex Retard.

inilah rupa beliau
Adipex Retard ni kalau korang yang masih xtau,pil ni salah satu pil diet/pil kurus yang boleh mengurangkan selera makan.Pil ni biasanya diguna untuk merawat kegemukan berlebihan /obesiti.Tapi aku yg x obes pun sibuk nak try.haha.Pil ni jugak boleh menyebabkan ketagihan kalau diambil tidak mengikut arahan yg dibenarkan doktor sebab dia Phentermine.Ia berkait rapat dengan Amphetamine(Estacy).Memang banyak feedbacks cakap boleh kurus dengan pil ni tapi dengan pemantauan diet/exercise dan doktor bertauliah ye(aku xikut,jangan tiru aku)

Antara kesan sampingan mengambil pil ni:
-Mulut kering
-Insomnia
-Degupan jantung meningkat/nadi laju
-Resah x tentu hala
-Agresif

Hari pertama dan kedua memang aku rasa teruja jugak sebab xrasa lapar langsung.Jadi pil ni bagi aku memang sangat berkesan untuk menahan nafsu makan.Ada tu hampir seharian aku xmakan langsung.Xda rasa lapar langsung.Cuma minum air je sebab mulut aku sangat2 kering.Hari demi hari aku xdapat tahan lagi sebab xdapat tidor ,memang kadang2 sampai pagi aku berjaga,jantung asyik berdebar2,kencang bukan main padahal tengah rileks je pun bukan exercise ke apa...mulut manjang kering buat aku xselesa.Mak aku dah bising2 tanya apa kena dengan aku lain macam je perangai..

Then aku pun stop.

Bila dah stop makan apa2 pil kurus ni,biasanya badan akan naik mendadak,berat bertambah2..macamtu jugak aku...naik la jugak.Last2 aku pun start cara natural..jaga pemakanan dgn exercise je.Serik dah cuba ubat2.

Sesiapa yang nak amek pil2 kurus ni,aku xhalang pun tapi better la dapatkan penjelasan dari doktor yg bertauliah dulu.Jangan beli sebarangan xkira la farmasi ke ,online shop ke(yg ni memang melambak aku tgk).Jangan main2 wo...badan kita ada satu je.Kalau rosak xda ganti.Tepuk dada tanya selera.

Take care.





Monday, October 19, 2015

Cinta Monyet.



Assalamualaikum dan selamat sejahtera!!

Time aku mengemas2 ritu,terjumpa diary lama,zaman sekolah menengah dulu punya..simpan weh.Boleh jadi penghilang stress.Tergelak2 baca,geli geleman pun ada.Eww tak sangka aku begitu jiwangs sebegitu.Banyak cerita cinta monyet dalam diary tu.

Cinta monyet ni terjadi biasanya masa remaja,nak naik camtu,selalunya berlaku secara spontan,asalkan sama2 nak je dah boleh bercinta"saya suka awk,saya nak kapel dengan awak?-ok jom" lepastu manjang dating dalam kelas pantang cikgu xda(eh bukan aku orang lain lah).Aku mana pernah dating dalam sekolah,mau kena sebat dengan ayah aku,ayah aku dahla salah sorang cikgu displin kat sekolah tu.Hahaha.Kalau nak jumpa pun kat gate sekolah time balik(k bye awk-k jumpa esk bye).

Lepastu main mesej 24jam,tangan macam ada gam kat hp.Habis kredit mintak topap(menghabiskan duit parents).Pernah kena bebel dengan parents,sampai nangis2 bila dorang nak buang handphone.Kunun cinta dihalang keluarga.ew..padahal cinta monyet je.Lepastu suka berangan je kerja padahal masih sekolah lagi.Gatal!haha..

Tapi kes aku xlah teruk mana banding ada kawan2 aku dulu berkepit je keja dalam kelas,ke kantin pun berkepit,sampai kerja sekolah boyfriend pun tolong buatkan,sanggup siapkan nota si boyfriend xnak boyfriend kena rotan.Aku tegur, dia cakap "kesiannnnn i love him so muchhhhhhh kau xkan xpaham"..muntah jap.

Asal berkumpul je bercerita tentang pakwe masing2.Pastu gaduh break.Frusttttttt sampai mata bengkak,tulis kat diary"i hate u!!i hate u so much".Pastu bulan depan kapel dengan orang lain pulak.

Pernah satu time tu,aku dah nak SPM.Ayah aku nasihatkan aku fokus belajar betul2 sekarang,kat Universiti/Kolej nanti jumpa ramai lelaki yg lebih baik.Terkesan sekejap aku dengan nasihat ayah aku tu.

Masuk U.Ramai lelaki yg dah berpunya..Last2 yang luar Universiti jugak dapat.

Aku nak buang diary tu sebelum sesiapa baca dengan khusyuknya.haha.

Take care~




Monday, October 5, 2015

Laman Web Nuffnang X Dapat Bukak!


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua!

Setelah lama menyembunyikan diri akhirnya aku muncul kembali.hee..Baru-baru ni aku try bukak laman web Nuffnang,berapa kali dah try xdapat jugak asyik keluar yang bawah ni.

bad request,bad request,bad request,bad request!
Time tu ingat masalah line ke,Nuffnang buat penyelenggaraan sekejap ke apa.Aku biarkan jelah.
Hari ni aku try bukak pun keluar benda yang sama,gerammmmm.So aku pun google terus.Rupanya kena clearkan cookies je.Lepas clearkan cookies terus bukak laman web Nuffnang,dah ok semula.

Godek2 tengok ada jugak CPUV lekat,ingatkan bersawang penuh habuk dah T_T

terima kasih Nuffnang
terima kasih pada yg sudi blogwalking kt blog ni :D