Wednesday, May 28, 2014

Balik Kampung Bergawai!


Maybe ada kawan2 yang xtau aku ni bukan la melayu tulen,walaupun kadang2 bahasa blog bukan main nau pekat loghat Melaka .Mak aku iban+bidayuh.Bila gawai,macam raya la jugak.Berkumpul berkenalan dengan saudara mara yg xpernah aku kenal,merapatkan silaturahim.Aku terer jugak wei cakap Iban.Haha...
So,tahun ni nak balik kejap..sian atok aku sorang kat kampung..Gawai makin lama makin xmeriah macam dulu,sama je la macam raya..makin kita besar makin kurang meriah......

tiap kali gawai mesti ada pertandingan Kumang Gawai(lebih kurang mcm Ratu Cantik) :D
fuh2...kuatkan semangat walaupun berdebar2 ni nak naik flight..fobia sikit sejak.......
KLIA2 yang baru bukak tu ok x ,sapa yang dah pernah pakai..aku dengar boleh bershopping sakan sekali..harap2 xda masalah  ....see ya when i come back.. :D..

kepada kawan2 yang menyambut


Monday, May 26, 2014

Mengapa kau Cadbury??

Semua dah tau kan isu coklat Cadbury yang ada kehadiran  'kekhinziran" tu..
Tapi x semua coklat dialah.Yang hazelnut ngan almond tu je.Adoi yg dua tu jugaklah febret aku!!..dari aku kecik sampai 24 tahun sekarang ni tiba2 pula dibanned n disahkan ada "kekhinziran"..lambat bebeno haa....dulu tiap kali beli aku mesti beli yang paling besar gedabak....but..now..redha jela..

i dont like black forest..macam manis sangat..bleahh..

anyway how about chocolate DOVE eh.
Yang Hanis Zalikha suka makan tu.
Aku pun gila coklat tu,tapi yang versi Dark Chocolate dia.Serius 100 kali sedap dari Cadbury.
Anyway ada cakap Dove yang kat Malaysia halal.

:3





Friday, May 23, 2014

Tutorial: Border Sekeliling Blog Melengkung(Simple Template)


Salam Jumaat,Salam Sejahtera my fellow friends!!
Tiba2 nak share tutorial blog.Aku xpernah share tuto blog,sebab aku rasa aku noob tentang edit2 blog ni..Nipun saja share,sebab senang kot.Yela bkn senang nak dapat yang betul2 menjadik,lebih2 lagi blog sekarang nak edit dia x macam dulu..berpinar mata terus pitam tengok banyak sgt huruf/simbol..kalau google kebanyakan tutorial tahun 2012,2011,2010 so lain sikit daripada yang sekarang punya...ohya,ni tuto untuk SIMPLE TEMPLATE..

melengkung gini


1) Pergi ke dashboard - ke template-pilih edit html

2)klik kat <b:skin> 

3)Scroll ke bawah cari ayat bawah ni dulu:
 /* Content
----------------------------------------------- */

4)Then cari bawah content tu ayat ni  .content-inner {

5)Dah jumpa?Apa lagi copy ayat bawah ni:
-moz-border-radius: 15px;
-webkit-border-radius: 15px;

lepas tu paste la bawah  .content-inner{ tadi.
preview dulu,dah jadi baru save.

jadilah macamni..


Thursday, May 22, 2014

Aktiviti Zaman Kanak-Kanak Dulu.


Time petang2 duduk lepak sambil minum petang, selalu flashback balik aktiviti masa kanak-kanak dulu.Nape ntah selalu fefeeling time ptg.Dulu-dulu tiap kali masuk petang je mula la merayap dgn kawan2 sebaya,sepupu sepapat..

Sebelum kluar,nenek/mama mesti memekik pesan "jangan main jauh2/jangan main tanah/jangan balik lambat".
Antara aktiviti2 yang aku selalu buat masa kekanak riang dulu :

1)Tangkap rama2 dan belalang.
Bawak jaring tangkap ikan datuk punya,yg xda jaring ikat plastik dgn ranting kayu.Patu bwk satu bekas kaca.Nampak je rama2 kejar sepenuh hati,kalau belalang kibas2 rumput dgn kayu..time dia melompat tu terus tangkap kai tangan..bila dah puas lepaskan balik menatang  tu semua.

image google..lbh krg cmni la kitaorg

2)Main masak2/main mak2/main kerja2
Paling legend.Semua org mesti xleh lari drpd main ni semua.Haha.Time main masak2,semua pokok bunga nenek dicabut,patu ditumbuk2/dipotong2 konon nak dibuat lauk.Yang kwn lelaki jadi hubby/ayah.Kalau ada kazen/kawan plg muda disuruh jadi anak,anak paling bongsu pulak anak patung(letak dlm buaian rekaan sendiri).Main kerja2 pulak kekonon berangan nak jadi doktor selalunya..yang lain jd pesakit.Xleh blah..

3)Main sorok2.
Wajib.Dalam longkang,atas pokok,dalam reban itik,dalam jamban..aku dh pernah menyorok situ semua..

4)Berbasikal.
Aku dulu lambat nak pass naik basikal.Lama jgk aku naik basikal yg ada dua roda kecik kat belakang =..=.
Dlu2 kalau ada kawan beli basikal baru mesti nak test naik,patu naik bukit,turun bukit ..g jln2 kat kampung ramai2 dengan kawan..tunjuk skill basikal..blh dikatakan kitaorg anggap basikal mcm motosikal time tu..buat bunyi "vroom2"..

5)Tangkap ikan/ketam/udang kecik2 
Rumah nenek aku kt kampung di Sarawak ada air terjun kat belakang.Tapi xdalah besar sgt..sedang2..time hujan je la dia membesar..aku dengan sepupu2 suka tangkap ikan/ketam batu dan udang2 kecik kat situ..kadang2 pkai joran,kadang2 kai besen nenek aku je..bila dah dpt semua,kitaorg panggang bagi kucing2 makan..yela bkn besa mana pun ikan situ..plg bsr ,bsr tapak tgn je..sedekah kat kucing..

6)Duduk ramai2 dalam bulatan,bercerita.
Ni bila dah tatau nak buat apa ataupun dah penat sangat buat nak begerak.Duduk2 la bercerita cerita hantu ke,family,cita2,game favourite,kartun favourite..aku punya semestinya power rangers,baju2 semua power rangers,basikal pun ada kartun power rangers beb..lol..

7)Aku suka ajak kawan2/sepupu2 berlakon macam dalam movie.
For example..cite Harry Potter.Masa tu aku 11 tahun kot(adakah itu dikategorikan kanak2 lagi?hahaha)
The best lakonan la time tu.Masing2 ada magic wand/tongkat sakti,penyapu(pinjam penyapu nenek,penyapu longkang pun sebat jugak)..others movie is power rangers.haha..yg selalu jadi raksasa biasanya diberi kepada kawan2/kazen2 yang berbadan besar..motif raksasa kurus xmenakutkan..

8)Layang2!
Datuk aku dulu2 selalu ajar kitaorg buat layang2 sendiri.Pakai plastik,lidi,lilin,benang,tin kosong..senang je.Ah rindunya nak buat balik.Bila dah siap,kitaorg g ramai ke ats bukit,sebab angin kuat kat situ..seronok tengok layang2 makin tinggi,ada tu tsangkut kat pokok,xdpt diselamatkan..sobs2..

9)Main teng2/London Bridge/Nenek2 siBongkok 3/Serigala/Tok Harimau/Enjit2 semut
Ni semua normal.Wajib ada time kanak2.Kalau xda rasa xlengkap.Lol.Haru-biru kalau main serigala/tok harimau tu,sampai jatuh2 nak selamatkan diri.

10)Origami.
Ni time hujan ptg je la.Xdapat buat aktiviti luar,so duduk rumah.Amek kertas suratkhabar ke apa ke.Buat kapal terbang,ikan,kapal.Biasa kalau kapal,kitaorg letak kat sungai..ikt jela dia dibawak arus sungai mengalir..time hujan lagila laju sungai mengalir..seronok tengok..


gahhh..mmg best aktiviti2 masa kecik dulu.Freedom and adventurous!Sekarang dah kurang dpt tengok budak2 buat aktiviti camtu.Kalau ada mesin masa,nak ulang je balik.








Wednesday, May 14, 2014

Mei : Kurang Bernasib Baik


Wah lama aku menyepi kat blog ni..fuh2 banyak debu,sarang labah2..
Dah masuk bulan Mei dah (dah 14 Mei Fara oiiii!)..
Patutnya aku happy ye la bulan birthday aku kan..tapi end up macam2 jadi start awal bulan ni...

Ritu 30 ribulan April- aku kena tahan wad..haha..gara2 penyakit Asma aku tiba2 menyerang dan lebih teruk dari sebelum ni,dah jadi biru..dapatla merasa jadi pesakit kat hospital..sebelum ni kita je rawat pesakit,rasa janggal pulak..aku keluar wad 3 Mei..

6 Mei-birthday aku biasa2 jer.Dah tua,nafsu sambut kurang.
Esokknya pulak datuk aku pulak masuk wad.Kencing manis dia dah teruk :-/.

Pastu 11 Mei-Break up...Selalu kalau break2 ni kejap je dah baik kan..break2 hangat tahi ayam..Maybe kali ni tiada harapan lagi..but only God know..

14 Mei -Masih x bertegur,so aku rasa kena move on jugak to my new chapter.
Ntahla.Kureng bersemangat betul aku bulan ni.. =_=...entri ni pun aku taip dengan mata terbuka separuh je..

Anyway thanks pada kawan2 yang sudi singgah and klik2 tabung..nanti aku klik2 balik n lawat blog korang !