Showing posts with label diy. Show all posts
Showing posts with label diy. Show all posts

Friday, August 28, 2015

Hiasan Kreatif(Do it Yourself)


Assalamualaikum dan selamat sejahtera~

Aku suka sangat2 dengan benda2 DIY ni.Selalu tengok gambar kat Pinterest dengan Tumblr,macam2 dorang buat.Kadang2 benda2 lama yang kita rasa nak buang tu sebenarnya banyak yang boleh diubahsuai jadi baru jadi cantik  ikut kretiviti diri sendiri.Jimat duit.Bawah ni antara hiasan diy yang aku suka tengok. haha..

bola pingpong dengan lampu LED.Cantik effect dia.

..sudu2 plastik diubah jadi tempat letak barang/hiasan.cantikk nya!

botol2 kaca lama tu dicat lepastu ltk bunga... *_*

bekas letak telur pun boleh.haha

tisu punya roll.gunting2 lepastu jadi hiasan..

cd2 lama yang dah rosak(tersekat2 tu)boleh la try..haha
daripada botol plastik bertukar jadi pasu bunga kucinggg..cuteeeee kan

p/s: thanks singgah2 jenguk blog aku,yang baru follow,yang klik2 tabung.Terima kasihh!!
take care~




Thursday, October 16, 2014

Hilangkan Selulit Dengan Coffee Scrub



Haritu borak2 dengan kawan,dia bukak cerita pasal skincare,aku tanya2 lah dia cara dia jaga kulit.Dia cakap dia selalu scrub kulit dia guna coffee scrub.Pastu dia cakap lagi yang coffee scrub ni boleh hilangkan selulit.Aku memang dah dengar lama dah coffee scrub ni kononnya boleh hilangkan selulit tapi belum nak try je..dulu kan aku bulat besar bila dah mengurus wajibla ada la strectch mark or selulit(ke sama je maksud dua2 tu?)..but orang kurus pun ada jugak selulit2 ni,artis hollywood yg kurus2 ramai ja ada selulit,rileks je berbikini tayang selulit..seni kot..

disebabkan aku suka projek diy2,natural2 macamni
so mulalah projek aku.simple sangat.

Bahan2 dia:
1)Serbuk kopi (banyak jual kat kedai,jangan risau)
2)Minyak kelapa dara or minyak zaitun.
aku tambah gula sikit.saja-saja.

Gaul2,try sapu sikit kat kulit,kalau agak kering sampai kulit sakit tambah kan lagi sikit minyak.Siap.Then pakai la masa mandi.Kat area selulit tu urut2 perlahan secara membulat.Kalau nak pakai satu badan pun boleh lagi bagus.

wee dah siap


Kebaikan:
Kopi-kaya dengan antioxidant.Dia mengandungi kafein yang dapat menyerap lembapan yang berlebihan daripada kulit,kesannya kulit nampak dan rasa lebih tegang,lembut dan anjal.
Minyak kelapa dara-fevret aku ni!!..ni bertindak sebagai pelembab dan macam2 vitamin dan mineral la dalam minyak ni yang baik untuk kulit.
Kena rajinkan diri scrub barulah nampak hasilnya,kalau nak harap sekali je scrub esok dah xda selulit dalam mimpi jelah,pakai kertas pasir pun belum tentu hilang cepat :D..
.


Saturday, August 16, 2014

DIY Beauty: Treatment Rambut Kat Rumah Je.


EEE..rambut bercabang,kering,kusam x bermaya ibarat rumput2 di musim kemarau?Jom try buat treatment rambut sendiri.

Sesiapa yg suka bab2 DIY (do it yourself),atau xda masa nak berkejar ke saloon,atau nak jimatkan wang ringgit,atau tiba2 kena sampuk dek saka rajin boleh try cara ni.Siapa pernah dengar rawatan rambut dengan protein daripada telur?kalau kau rajin mencari petua2,rajin beryoutube mesti jumpa punya..hasil penyerapan protein telur tu rambut jadi lembut,bersinar dan lebih hidup.Tapi bagi sesape yg x suka rambut dia bau "ke-teluran" boleh try cara yg satu ni.

Bahan2:

air panas+gelatin+conditioner rambut


air pns+gelatin + madu+extra virgin coconut oil(olive oil/castor oil terpulang korang nk minyak ape)

aku guna gelatin halagel(abaikan typo ejaan protein tersebut)
Cara2:
Mix je semua bahan tadi sampai sebati,then biar dia sejuk sedikit.Gambar bawah ni tekstur dia lepas dah sebati semua.Bau gelatin mmg agak hanyirr,tapi bila dah mix dengan conditioner/minyak kelapa dia jd kurang hanyir dh.

ulala~
Basuh rambut sebersih2 nya supaya segala daki maki,minyak,habuk ilang dari rambut anda.Kemudian sapu bahan treatment kita td ke ats rambut.Jangan kena sampai kulit kepala.Sapu la sampai habis.Then gulung2 buat sanggul,patu amek plastik ke/shower cap ke.Tutup kepala.Tunggu sampai 30-45 minit.

Basuh dengan shampoo,basuh bersih2 bagi ilang segala gelatin(jangan risau gelatin senang hilang),nak conditioner sekali pun boleh..then keringkan rambut...walah~mcm iklan Pantene.Memang lembut gila,senang sikat,shiny2..tapi kalau rambut bercabang bukan skali kau buat dah x bercabang lagi..kena rajin buatlah kan.


wuwuwu~
fuhh~enjoy reading~


Friday, May 23, 2014

Tutorial: Border Sekeliling Blog Melengkung(Simple Template)


Salam Jumaat,Salam Sejahtera my fellow friends!!
Tiba2 nak share tutorial blog.Aku xpernah share tuto blog,sebab aku rasa aku noob tentang edit2 blog ni..Nipun saja share,sebab senang kot.Yela bkn senang nak dapat yang betul2 menjadik,lebih2 lagi blog sekarang nak edit dia x macam dulu..berpinar mata terus pitam tengok banyak sgt huruf/simbol..kalau google kebanyakan tutorial tahun 2012,2011,2010 so lain sikit daripada yang sekarang punya...ohya,ni tuto untuk SIMPLE TEMPLATE..

melengkung gini


1) Pergi ke dashboard - ke template-pilih edit html

2)klik kat <b:skin> 

3)Scroll ke bawah cari ayat bawah ni dulu:
 /* Content
----------------------------------------------- */

4)Then cari bawah content tu ayat ni  .content-inner {

5)Dah jumpa?Apa lagi copy ayat bawah ni:
-moz-border-radius: 15px;
-webkit-border-radius: 15px;

lepas tu paste la bawah  .content-inner{ tadi.
preview dulu,dah jadi baru save.

jadilah macamni..


Wednesday, March 19, 2014

DIY:Jom Buat Sendiri Lips Scrub Bewarna ♥


Hey hey heyyyyyy kawan2 sekalian 
Bukan muka je perlu di scrub ,bibir pun mesti discrub..kalau x camne nak dapat lips sexayy macam
 Angelina Jolie tu.


lawa bini dak Pitt ni kan..warhhhhh
so untuk menghilangkan bibir mengerutus kita mestilah rajin scrub untuk buang segala sel2 mati yang menghodohkan bibir kita tu..lip scrub ni kalau korang rajin boleh je buat sendiri..jimat sikit kan.Senang je nak buatnya,bahan2 pun bukan senang nak dapat.

Bahan-bahan 
-Gula(gula kasar/gula kastor/gula perang)
-Minyak zaitun
-Madu
-Setitis pewarna makanan(xkesah la nak warna apa)
-Bekas kecik(kalau ade bekas krim,moisterizer yg kosong recycle je)

Gaul semua bahan2 tadi hingga sebati,then letak dlm bekas,simpan la lam peti sejuk(bg thn lama sikit)

aku letak pewarna pink..

kalau nak tekstur lebih halus,gunala gula halus

 lagi close up :D
scrub2 lain yang pernah aku try antaranya:

jangan lupa #prayformh370 ...take care :D

Monday, February 24, 2014

DIY Project: Butterfly 3D Hiasan Dinding.



Sebelum ni aku teruja tengok butterfly wall art ni kat instagram2 Diy(do it yourself) project.Cantik dan kretif sangat kot terutama yang Butterfly 3D ni.

aku suka sangat butterfly kaler hitam yang ni..mysterius kot..:D 

Ni untuk bilik adik2 sesuai sangat

contoh art dia
kretif gila kan..butterfly diperbuat daripada butterfly

so aku pun startla projek diy aku.Bahan-bahan pun simple pulak tu.Just 
-kertas A4(pelbagai warna,aku guna hitam dan putih je)
-pensil
-gunting 
-template butterfly(download kt bawah ni) 
-pelekat(aku pkai micropore,xrosak cat dinding pun sbb lekat xkuat),jangan pkai selotape yg kuat lekat dia,selotape yg mcm kertas tekstur dia tu xpe sbb dia xlekat kuat.
Template dia aku download dari blogger ni heyitskitcat .

nak download template ni klik sini
kertas A4 tadi lipat la dua ke,3 ke..then tekap dan lukis ikut template atas ni.Then gunting.

siap gunting,lipatkan biar sayap dia keatas sikit,then letak pelekat

dinding bilik aku..corak pape tah aku buat ni..haha..janji domo suka.

close up..cam butterfly real2 yang hinggap kan..tu yg nama dia butterfly 3D..
till meet again ..xoxoxo.. :)
jangan lupa minum air putih bnyak2 !