Monday, February 9, 2015

Jenis-jenis Ex.



Assalammualaikum.Hai.
merujuk perkara atas tu kan,jum kita survey sikit jenis2  EX boyfriend/girlfriend ataupun kata BM nya bekas tupperware kekasih.Manatahu ada ciri2 macam ex korang ataupun korang sendiri yg mewakili prangai ex kat bawah ni...

Jenis 1-Ex yang sudah ada hubungan dengan orang baru tapi still contact,text2 cakap ' i miss you'.
Semua orang move on lepas breakup,cuma beza cepat atau lambat je.Tapi bila sorang dah move on dulu,mesti rasa sakit hati kan.Tapi its okayy,kita diamkan je.Bila bukak FB,Instagram tengok dia pos2 status berbunga2,pos pic dia dengan bf/gf baru then tiba2 time kau tengah ready2  nak tidur dia send whatsapp kat kau cakap "i miss you"..eh tetiba je kena sampuk ke.


Jenis 2- Ex yang xpaham bahasa/kuat merayu.
Ibarat dah ludah jilat balik la dalam erti lainnya.Dah teruk2 dia buat kita,tiba2 merayu2 nak kita balik bersama semudah ABC.Dia sebenarnya confuse dengan ayat "kita break" dengan "lepas ni xda apa2 lagi antara kita".Dia ingat break tu mcm berhenti buat kerja kejap,break dengan kitkat,lepastu sambung balik.Sesukahati dia je.


Jenis 3- Ex yang jadi bestfriend/kawan
 x dinafikan memang ada kan ex yang betul2 dapat berkawan baik.Boleh kongsi2 masalah,nasihat ke apa,kalau dalam kesusahan dia still tolong kau,pegi melancong dia xkan lupa belikan ole2 untuk kau.

Jenis 4-Ex jenis pengungkit
Dah breakup pun masih nak cari point bergaduh.Mula2 elok mesej tanya khabar,lama2 lepastu mengungkit kisah lama,ungkit kesalahan kita.Kalau yang macamtu baik buang jauh2,jangan layan lagi mesej 'hai apa khabar' dia.

Jenis 5-Ex jenis stalker/spy/psycho
Ex macamni dia selalu stalk fb,instagram,wechat..kalau diblock/remove dia akan cari jalan lain pulak,stalk fb family or kawan baik pulak semata2 nak tahu perkembangan kita.Kadang dia saja jalan2 tempat kau selalu lepak ke tengok2 kau dari jauh.Scary.


Jenis 6-Ex yang memaksa kita untuk jadi kawan.
Memang ada jenis macam ni.Dah breakup tiba2 paksa berkawan,xnak lost contact apa semua.Macam aku dulu la,dah puas sakitkan hati,tiba2 cakap "kita still boleh kawan macam biasa kan?kita jadi bestfriend boleh jugak kan?".Kawan?ok layan kan kejap,beberapa bln lepas tu lingkup,terus jadi strangers xbertegur lagi.haha.

Jenis 7-Ex yang cepat move on lepas breakup .
Biasa ex macamni jenis terima ja,redha walaupun sakit pecah jantung limpa hati semua.Lepas kau putus dgn dia,dia ghaib entah kemana,xmuncul2 lagi.


Jenis 8-Ex yang setia/kuat berharap.
Dia bagitahu kau dia kan setia menunggu kau sampai bila2,kalau kau dh ada bf baru dia sanggup tunggu kau single balik sebab dia percaya xda penganti yang lebih baik daripada kau.Tiaphari dia bagi mesej"kalau la jodoh xkemana,adinda pujaan hati"..eh tu ustaz kazim elias..


Jenis 9-Ex yang ego kuat.
Dah tau diri bersalah,bukan nak mintak maaf.Hilang terus xda berita.Buat macam xkisah,bila kita mintak penjelasan,dia tetap nak salahkan kita.


Jenis 10- Ex yang xkan kita lupakan aka the one who got away.
Ex jenis ni biasanya kita breakup dengan dia bukan atas sebab curang,benda2 teruk ke apa.Biasa ex macamni break pun atas persetujuan sama2 untuk kebaikan diri masing2.Ex macam ni biasanya kita akan sentiasa anggap dia orang yang baik2,yang dulunya buat macam2 untuk happykan kita tapi still hubungan x berjaya.Kadang2 kita yang rasa bersalah kat dia sampai fikir kitalah yang menyebabkan hubungan x menjadi.Ex jenis ni susah kita nak lupakan,kita selalu teringat2.



kbai~










5 comments:

  1. Hmmm..ex sy jnis yg no brp?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ex awak jenis yang suka exercise..

      Delete
  2. Hmm.sy lbh bermnt kpd kitkat tu sbnrnye.

    ReplyDelete
  3. malas nak pk pasal ex.. biar la nya dgn pilihannya.. doa jak kebahagiaannya..

    ReplyDelete