Wednesday, February 25, 2015

Tips :Rawat kulit muka berminyak.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera~

Kulit berminyak ni memang buat kita xselesa,muka nampak berkilat2,makeup senang rosak,jerawat pulak senang hinggap,blackhead lagi..lebih-lebih lagi bila bawah panas haaa dah boleh buat minyak untuk goreng sambal tumis dah minyak yang keluar.Takkan nak bergantung kat oil blotting sheets je kan untuk serap minyak tu.


Kulit aku jenis normal.Adala tu minyak sikit kadang2,kering kadang2,biasanya lembab biasa2 je.Tapi walaupun kulit sedia ada dah normal skin, apabila terjadi ketidakstabilan hormon ataupun guna skincare yang salah kulit normal boleh berubah jadi kulit berminyak,kulit kering ataupun oily combination(bila kering tlampau kering-bila berminyak pulak berminyak sangat).Pernah berlaku dulu aku punya hormon xstabil sebab stress memang berminyak habis muka,bangun pagi berminyak muka,pegang sikit startlah berjerawat.Jadi aku pun try-try la beberapa method ni.


Tomato
Biasanya aku just potong buah tomato lepas tu tenyeh terus kat muka,biarkan kering lepastu basuh.Asid dalam buah tomato ni bertindak mengawal pengeluaran minyak terutama area T-ZONE(dahi dengan hidung)

Baking Soda
Baking soda ni bagus untuk merawat kulit berminyak dan kulit berjerawat.Aku just ambil satu sudu besar,campur sikit air lepastu gosok2 kat area berminyak,biarkan kejap lepastu basuh muka.Aku guna sekali/dua kali dalam seminggu sebab baking soda ni mengeringkan kulit,kalau terlebih kang terus jadi dry skin pulak.hehe

Cleansing oil

Sebelum tu aku baca info/review2 positif daripada orang2 yang dah guna minyak tumbuhan2 yang telah disaring dengan baik,yang masih dara lagi gituw(bukan minyak angin,minyak masak,minyak petrol ye jangan kawan2 haha).Aku terus beli Extra Virgin Coconut Oil ni kat COSWAY,aku stop pakai mana2 cleanser time tu,aku cuma guna minyak ni je untuk cuci muka.Ambil sikit je lepastu urut2 kat muka,lepastu bilas 2,3kali sampai betul2 bersih.Aku cuma cuci muka guna minyak ni waktu malam sebelum tidor,pagi cuma bilas dengan air je.Ada orang cakap eh muka dah berminyak lepastu nak tambah minyak lagi makin teruk lah muka?Minyak yang kita guna kat muka  ni akan melarutkan,memecahkan minyak2 semulajadi kotor yang sudah mula mengeras kat kulit muka kita.Hasil dia kulit jadi xberapa berminyak,jerawat2 pun xsempat nak tumbuh.Serius kulit muka aku lebih elok daripada sebelum tu,bangun pagi xberminyak pun muka tapi kulit masih glowing.Selain EVCO,Argan oil,Castor oil dan Olive oil sesuai jugak untuk jadikan cleansing oil.

Ais.
jerawat cenenot kat hidung pun nak masuk selfie sekali
yang ni aku dapat tips daripada kawan aku.Tuam muka dengan ais,supaya pori2 yang besar tu
mengecik.Aku selalu urut2 muka dengan popsickle kat atas ni lepas cuci muka(bila cuci muka,pori2 kita terbuka,jadi kita tutuplah dengan ais ni).Kalau xda ais,basuh je dengan air sejuk yang daripada peti sejuk tu.

Kacang.

eh bukan makan kacang muka lagi berminyak muka lepastu jerawat tumbuh macam cendawan ke?
kekacang macam almond,hazelnut ni mengandungi minyak sayuran yang berfungsi untuk menstabilkan penghasilan minyak kat muka.Kacang hazelnut ni berfungsi untuk mengecilkan pori2 yang terbuka.Segenggam sehari dah cukup.


tu jela method2 yang aku dah try,yang berkesan bagi aku.Maybe ada sapa2 nak tambah lagi tips untuk atasi muka berminyak..silalah share2.kbai~

2 comments:

  1. terimaa kasih atas perkongsian yang menarik ini :-) saya dah follow blog ini,kalau sudi singgah dan follow balik

    ReplyDelete
  2. berminyak bikin makin banyak jerawat bertebaran heem

    ReplyDelete