Monday, February 15, 2016

Ayam Hutan Sesat

Assalamualaikum.haiss haiss hais~

Pemalas betul nak update blog baru2 ni..haha...
Ni random story aku nak share..
Di satu petang yang sunyi,aman damai,sambil melipat baju2 yang kering dalam bilik...

DUPPPPPP!
(effect bunyi tingkap bilik dilanggar something)
aku assume haaaaa ni mesti bola bebudak sepakk nii..mentang2 rumah aku berdekatan dengan padang!!!rumah aku pun dah jadi tiang gol gamaknya..

aku pun terus tinjau tingkap.
"EH xda papa pun"

Kelibat bola xda pun.
Aku pun bergegas keluar sebab masih x puas hati.

di satu sudut luar rumah berhampiran tingkap kelihatan....

oo gini rupanya ayam hutan(ade bebulu2 putih kat telinga n belakang dia)

natang ni terkebil2 tengok aku,maybe dia masih pening2 lalat setelah melanggar tingkap tadi sekuat ati.
"eh ayam sapa ni??sapa pulak baling ayam kena tingkap aku tadi!kejamnya"

aku belum tahu lagi yang tu sebenarnya ayam hutan(ayam hutan boleh terbangs ye u olls)
"kluk kluk kluk"bunyi dia-ntah apa la kau bagitau cik ayam.

sebabkan aku excited,so aku decide nak bagi dia makan,xtau apa nak bagi aku g amek beras(aku main agak je ayam makan beras haha).Lama gila xjumpa ayam depan2,super excited.

baru nak hulur beras kat depan dia,dia terbangg kluar dari laman rumah akuu laju gilaaaa mak aii,jauh gilaaaa dia terbang.Aku nampak dia hinggap kat satu pokok yg berhampiran satu rumah ni (rumah tu boleh tahan jauh la jugak dari rumah aku).Tergamam kejap aku sebab xpernah tengok ayam terbang.Hahaha.

Aku pun share la pic ayam ni kat media sosial.Kawan2 aku pun komen cakap tu ayam hutan.Rare betul.Aku ingatkan ayam kampung yang biasa tu..first timeee tengok ayam hutannn..woahhh!..memang cantik ayam tu bulu pelepah dia berkilat,warna dia pn cantik sangat.Muka dia pulak comel(haa jangan cakap aku ni pelik sebab cakap ayam comel).

pic google ayam hutan,sebijik sama macam yg masuk rumah aku.
aku selalu dengar ayam hutan ni berpenunggu eh?betul ke.
Selalu dengar orang yang pergi buru ayam ni kat hutan mesti jumpa pengalaman2 pelik.Ada tu sampai tertembak kawan sendiri sebab nampak macam ayam,tengok2 mengelupur kawan tu kena tembak.eeee seram.





4 comments:

  1. Replies
    1. haah mmg lawaa bersih je

      Delete
  2. lain kali jgn tngkap gambo jer., tngkap sembelih la., huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahahha..kang dibuatnya ayam orang bela rupanya,mau tuan dia sembelih kita plak

      Delete