Showing posts with label cerahkan kulit. Show all posts
Showing posts with label cerahkan kulit. Show all posts

Wednesday, January 20, 2016

REVIEW : Kesan Selepas Sebulan Consume Kcolly Sweet 17


So setelah bertahun2 pendam dan tengok je,akhirnya aku grab jugak Kcolly yang famous ni.Orang lain dah lama try,aku baru nk try.hehe.Bila tengok testimoni kawan2 sendiri" eh makin lawa,makin putih,makin cantik kulit" pulak dorang ni.Dorang dah consume lama,bertahun patutlah result macamtu.

So aku pun beli online kat satu instagram shop ni.Dia buat promo satu jar rm80,dua jar 165 free postage,aku beli dua jar.Sebelum tu aku baca jugak kan testimoni sekali,mula2 ragu2 sebab murah sangat berbanding ig shop lain.


cute sangat bunga belakang tu :3
selepas discan bar code nya ternyata ianya original.Phew lega.

selepas scan bar code keluar la ni menandakan dia ori

isi dia memuaskan sebab penuh
so selepas sebulan percubaan~

Kita mula dengan kesan dia yang ketara dulu.
Kulit lembab.Tak kering.Dan lebih penting lembut.Rasa nak sentuh je tanpa henti.

Penghadaman
Lawas.memang lawas,tiap pagi lancar je,xda pun satu hari tanpa hari pembuangan.Bagi aku bagus untuk orang yang ingin menguruskan badan.Bila pembuangan lawas,badan pun jadi ringan dan xlesu.

Kecerahan kulit.
Katanya kat label jar, kulit akan cerah merah pinkish ye.Buat masa ni tak nampak sangat cerah pinkishnye,tapi macam cerah lah sikit satu tona kot.Yelah baru satu jar kan.Kawan aku yg dah consume bertahun dah berpuluh2 jar tu putih kemerahan kulit dia.Cantik.Dulu dia xda la putih macamtu.So kena konsisten tengok pulak 3-4 jar nanti.

oHya pada awal aku consume ritu,jerawat naik kejap.Tapi aku minum air bnyak2 gila,dah xda dah jerawat naik minggu kedua aku consume.Kuncinya air kena cukups.Pastikan anda bawak kehulu kehilir botol air yang sangat besar gedabak,minum secukupnya.Pantang dia pun ikut jugak,jangan amek caffein semua tu kan.Nasib aku memang bukan peminat benda2 bercaffein.

#aku review untuk part 2 pulak nanti selepas 3 bulan penggunaan Kcolly ni :D.Tungguuuu~


Saturday, August 22, 2015

Rawat Kulit Dengan Masker Yogurt!

Assalamualaikum dan selamat sejatera~



Kembali semula ke segmen skincare hehe.Kali ni nak share tentang Masker Yogurt.
Biasa Yogurt kita makan je kan.Yogurt sebenarnya mengandungi banyak nutrisi2 yang bagus untuk luaran dan dalaman kita.Antaranya:

-zinc yang baik untuk merawat kulit berjerawat/menjadikan kulit licin.
-lactic acid mengurangkan kedutan kulit dan melembabkan kulit 
-calcium yang membantu dalam penghasilan kulit baru yang lebih sihat.
-vitamin B yang bagus untuk men"glowing"kan kulit,melindungi kulit dari radikal bebas,memulihkan kulit sunburn.

Jum buat masker yogurt!

First kita perlukan yogurt.Plain yogurt.Yogurt yang original,xda perisa xda pewarna.Yang masam gilos tu.Aku pakai all natural yogurt brand Sunglo.

Kalau nak rawat kulit sunburn,kulit kering boleh try gabungan yogurt + oat macam kat bawah ni.


atau yogurt + lemon untuk cerahkan parut jerawat,sekatakan warna kulit,cerahkan kulit muka.



aku buat yang yogurt+lemon.sikit je jus lemon,xnak cair sangat takut meleleh2 jatuh kena baju.

kacau2 sebati

tempek!!!!
seeloknya baring la sekejap semasa pakai masker ni takut dia jatuh2.Tunggu dia kering(sekejap je),lepastu basuh bersih2.Mesti korang suka sangat hasil dia.Kulit rasa lembutttt sangat,anjal dan 
cerah.

korang jugak boleh try masker yogurt+beras(beras yg dikisar halus) untuk hilangkan blackhead/whitehead,sebelum basuh masker gosok perlahan kat area banyak blackhead tu,lepastu baru basuh.

yogurt bagus untukkk sistem percernaan.nyum nyum nyum
take care~









Monday, August 3, 2015

Boleh ke cerahkan kulit dengan Vitamin C?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera~

lama xupdate blog..heehe.
Cerita pasal vitamin c ni,memang xasinglah bagi kita perempuan.Xlain x bukan dikaitkan dengan mencerahkan kulit.Sampai berlambak orang jual vitamin c kat Instagram,FB.Aku pun ambil vitamin C jugak untuk kesihatan dalaman(untuk antibodi dan gusi sering bdarah dulu) dan luaran(sebab jerawat dan kulit kusam,gelap).



Aku ambik jenama Now Foods.Vitamin C dia ditambah Rose Hips -1000mg ,diperbuat daripada sumber tumbuh-tumbuhan.Bagi aku vitamin C bagus untuk sesiapa yang nak cuba cerahkan kulit,hilang jerawat,glowingkan kulit.Dulu kulit aku lagi gelap dan tona xsekata.Tipulah kalau xpernah try produk memutih,tapi aku selalu pakai yang krim sapu2 jek.Xpernah try supplement2 macam ni.Bila dah cuba,aku cuba maintainkan walaupun kadang2 malas nak telan sehari dua.haha.

Kalau korang nak tahu dengan pengambilan Vitamin C ni dia bertindak meningkatkan penghasilan 2 anti-oxidant penting dalam tubuh kita iaitu- Glutathione(anti-oxidant yg utama) dan Vitamin E.
Korang mesti dah selalu dengar kan pasal Glutathione ni memang famous untuk putihkan kulit.Mana produk memutih selalu ada Glutathione ni.

So berbalik kepada soalan boleh ke cerahkan kulit dengan Vitamin C?
Ye.Memang boleh cerahkan kulit.
Korang boleh makan Vitamin C sama ada dari buah-buahan(kiwi,oranges,) ke atau supplement macam aku ambik atas ni.Kalau supplement pastikan pengambilan air tu cukup ye.Dan pastikan hati2 dengan vitamin C yang berlambak,rebrand, yg murah2 tu yang xtau apa isi kandungan,diperbuat dari apa.

Side effect berlebihan ambil Vitamin C ni cirit birit.

Aku ambik Vitamin C ni bersama dengan Glutathione.Kombinasi Vitamin C dengan Glutathione ni lebih mempercepatkan pencerahan kulit,kulit lebih segar dan parut lebih pudar.


Yang penting konsisten ,bukannya dua tiga minggu dah nampak cerah gebus ,kadang2 berbulan jugak baru nampak kesan dia.Jadi kenalah sabar.Lagi satu pengambilan air kena cukup.

p/s:even kawan laki aku pun amek vitamin c ni untuk putihkan kulit,nak sangat nampak jambu macam mat kpop.haha

take care :D