Friday, April 17, 2015

Tips Shopping Online /Elakkan Kena Tipu.



Assalamualaikum dan selamat sejahtera penduduk bumi~

Siapa sini lebih suka shopping online berbanding ke luar g tempat2 shopping?
Aku salah sorangnyee..hehe. excited dia lain macam masa menunggu abam posmen datang antar barang,rasa macam ada org bagi present padahal beli pakai duit sendiri.Aku biasa shopping kat Instagram dengan Facebook..Website jarang.Shopping di alam maya ni walaupun orang cakap senang sebab semua dihujung jari,banyak pilihan,jimat masa,jimat tenaga apa semua..tetapi risiko dia besar jugek..sebab benda yang kita beli tu kita xnampak depan mata,xdapat belek2(kalau kat mall,mau sejam membelek2 barang tengok cacat cela dia).Ni antara tips yang aku selalu amalkan tiap kali kalau ada benda yang berkenan di hati nak dibeli..

gmbr Google


1) Tengok dulu feedback2.Kalau kebanyakan feedback2 positif maknanya servisnya bagus.Tapi hati2 dengan testimoni2 fake yang di ambil dari online shop lain,yang diedit2 jadikan watermark sendiri pun ada sekarang.

2)Kalau boleh elakkan membeli barang yang berharga sampai beribu2,beratus2 secara online.Duit hilang 10ringgit pun kita sayang,nikan yang beribu2.Kalau dah kena tipu,mau menangis setahun.

3)Simpan/screenshot segala whatsapp/wechat atau apa2 je perbualan dengan peniaga tu.Jangan delete selagi barang belum sampai ke tangan.Apa2 tjadi boleh dijadikan bukti/pengajaran orang lain.

4)Kalau dah buat pembayaran barang,simpan bukti pembayaran xkirala resit ke,screenshot kalau transfer online.Simpan baik2 selagi barang x sampai ke tgn.

5)Barang preorder.Aku kurang dengan barang preorder sebenarnya.Sebab nak tunggu dorang pos barang tu smpai dari tempat jauh lama,xmasuk lg macam2 proses daripada kastam lagi.Kalau apa2 berlaku time preorder tu..susah jugak melainkan penjual tu cakap dia akan bertanggungjawab tanggung ganti rugi.Tepuk dada tanya selera.Kalau xberani cari jela sampai dapat yang readystock.

6)Jangan malu bertanya kat penjual tu.Kau tanya je apa2 kau nak tahu yang berkaitan dengan barang kau berkenan nak beli tu(jangan menyimpang tanya dah ada bf belum,dah makan belum..xberbalas terus kau kang).Jangan gelojoh sangat nak beli sampai benda2 penting kau x tanya,lepastu bila barang dah sampai baru pertikaikan kat penjual tu.

7)C.O.D(CASH ON DELIVERY)-jumpa baru bayar,jangan sesekali bankin sebelum jumpa.Ada kes terjadi,percuma je kena tipu sebab dia kali pertama C.O.D/lurus sangat,senang ati penjual tu dapat tipu orang macamtu.Tunggu punya tunggu batang hidung penjual x muncul.Selain tu,bawak la teman kalau C.O.D..terutama yang perempuan ye.Sekarang ni macam2 boleh jadi.

8)Kalau rajin,buatlah reseach kt internet tentang penjual tu.Google nama dia,nama shop instagram/facebook dia ke.Kalau keluar nama n details dia sebagai penipu kat kat forum,blog,website jadi elakkan shop tu,block terus.

9)Join group2 anti-scammer/anti penipuan online shop.Kat instagram,facebook,forum ke mesti ada.Situ biasanya dorang share2 maklumat shop penipu,kes2 tipu yang pernah terjadi.

10)Barang terlalu murah.Xdalah nak cakap semua barang yang terlalu murah tu xbagus,tapi kena jugak hati2 sebab kadang2 display nampak cantik,harga dia letak terlampau murah lepastu nanti sampai lain rupa dia.Nak beli teddybear gebu,bila dapat teddybear yang bulu dah keguguran,telinga senget sebelah.Menangis kau.

shopping online ni memang boleh buat ketagih,tapi kena hati2 jangan sampai kena tipu.Tapi kalau dah memang tertulis,xboleh elaklah hehe..

kalau ada tips lain sila tlg tambah,share2 :D
k..krooooohhhh..goodnight~



9 comments:

  1. betul3.. kmk setuju.. hehe.. kmk mun nak bbeli online pun x berani nak rega mahal2.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama lah kmk.tinggi risiko...

      Delete
  2. Mek lum pernah gik shopping online. Apa apa pun, makseh share k :) Sangat berguna untuk kemudian hari. In shaa Allah :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba sekali terus ketagih..hehe..hati2 aok..

      Delete
  3. Wah..bagus tips ni. Boleh guna ni kalau nak beli online. Tp saya lg suka beli kat kedai terus, lg2 kalau pakaian...bole cuba2, xde la nak kena pulangkan balik nt kalau saiz x kena. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.kalau pakaian,kasut yang ada saiz2 ni xpayah beli online pun xpe..sebab takut x muat nanti..rugii je beli xdapat pakai.hehe..

      Delete
  4. shopping online ni memang akan ketagih. nak2 harga online lebih murah daripada kat kedai. why not kte sokong bisnes online ni kan. hehe

    ReplyDelete
  5. kmk suka shopping on9!boleh menyebabkan duit dlm acc lebih cpt abis..whahaha..tp ya lah..hati2 jak..visit ig kmk weowncloset kmk jual hbag,eh sempat promote..kihkih..

    ReplyDelete