Showing posts with label MH370. Show all posts
Showing posts with label MH370. Show all posts

Sunday, March 8, 2015

MH370 : Genap Setahun.



Pagi ni bangun rasa hiba je hati ,macam baru semalam je dapat berita yang MH370  hilang tiba2 semasa dalam penerbangan ke Beijing,China.Hari ni,8 Mac 2015 dah genap setahun MH370 hilang.Masa awal2 hilang dulu tiap hari tercongok depan tv,selak suratkhabar,scroll2 newsfeed kat FB semata2 nak dengar khabar2 baru.Yang ada banyak teori2,khabar2 angin konon dorang ada kat Diego Garcia la,pesawat dah diubah imej la,pesawat disorokkan lah.X senang tidur fikir walaupun xda sorang pun family terlibat :(

Pencarian masih diteruskan.

Sampai sekarang xda berita terbaru kan.Entah manalah mereka sekarang.
Apa-apapun MH370 akan sentiasa di dalam hati.Harap family dorang terus bersabar dan xputus semangat.
Sekian entry pendek aku pagi ni.





Wednesday, March 12, 2014

MH370 Hari 5:Anggota Polis Melaungkan Azan Di Laut China Selatan



Dah masuk hari kelima dah kan pencarian kapal terbang MAS MH370 ..
Tapi jangan putus asa berdoa.Teruskan berdoa n solat hajat.Kita yang bukan ahli keluarga pun rasa stress sangat tunggu perkembangan kan.Ni video seorang anggota polis marin yang melaungkan azan di tengah laut china selatan sebagai ikhtiar..



dont lose hope..prayformh370..
Bila da jadi benda camni,aku seriau pula nak balik kampung d Sarawak bulan 6 ni...warhhhh..



Sunday, March 9, 2014

Pray4MH370:Semoga masih ada harapan.

Xda apa nak cakap kecuali berdoa dan terus berdoa agar mereka selamat.
Dengan bermacam2 spekulasi kat FB tu aih..xtau aku mana satu yang sahih mana yang palsu.Main copypaste pastu share..tonggol betul.Taula gila menagih like.Apa tah perasaan keluarga yang tengah tunggu khabar berita daripada orang tersayang dorang bila baca status2 camtu.Ko post kapal terbang tu selamat mendarat di blablabla,then ko pos berita yang dorang semua mati..imagine la apa perasaan family si mangsa.

MH370 MAS hilang jejak area situ
lagi satu yang suka buat lawak tentang insiden ni.Konon kpl terbang ni singgah starbuck la apa la,then yang kaitkan hal ni dengan politik lagilah..kalau xtau papa,baik berdiam.Mana hilang perikemanusiaan ntah.

contoh mcm ni..dia ni seorang "bijak pandai" dari dulu

semoga keluarga mereka tabah dan sabar menunggu