Wednesday, March 11, 2015

Haiwan Pelik Dari Serata Dunia


Kadang-kadang kalau tengok benda2 pelik sikit,mesti dalam hati "eh ni mesti photoshop ni".Tapi percaya tidak kalau benda tu betul2 wujud.Kadang terimagine jugak kalau binatang2 macam pokemon tu wujud,bukan kita tahu pun kan.haha..bawah ni antara haiwan-haiwan pelik dari serata dunia.


Anjing Bergamasco Shepherd
Ni bukan edit campuran mop+anjing ye.haha.Anjing berbulu macam mop ni adalah anjing penjaga haiwan ternakan kat Italian Alps.Ni guna mop lantai boleh jugak kot :p

red-lipped batfish
Amboi bibir awakk merahh delima macam Angelina Jolie.Pakai lipstik jenama apa ni,MAC ke?.Ikan ni terdpat di Pulau Galapagos,dia bukan la terer berenang macam ikan2 lain,dia gunakan sirip dia untuk berjalan di dasar laut.

okapi
Okapi ni sekali pandang macam campuran zirafah+kuda belang,seram pulak tengok.haha.Okapi ni sebenarnya daripada keluarga zirafah.Terdapat di Afrika.

panda ant
semut panda!dahla aku peminat panda.Semut ni terdapat di Argentina dan Chile.Semut ni nampak je comel macam panda tapi gigitan dia bisa.

Aye-aye
Sekali tengok haiwan ni ada rupa orcs dalam crita The Lord Of The Rings.Haha.Haiwan aye-aye ni terdapat di kepulauan Madagascar..binatang ni kot yang menyanyi I like to move it,move it tu.

Grimphoteutis/Dumbo Octapus
Comelll betul sotong ni kan!Sotong ni mendiami lautan dalam.Dia dinamakan dumbo sempena Dumbo,karekter anak gajah dalam movie terkenal terbitan Disney,sirip atas kepala dia tu  macam telinga gajah tu.

star-nosed mole
Seram ee kalau tiba2 ternampak binatang ni muncul dari tanah,dah macam alien.Benda pelik yang macam sesungut banyak2 tu sebenarnya hidung dia.Bila dia menghidu,hidung dia terus jadi jadi macamtu.Binatang ni banyak kat southern US.

Narwhal
Narwhal ni merupakan ikan paus saiz sederhana kat area arctic sana,tempat sejuk Russia,Greenland.Benda tajam yang macam tanduk tu sebenarnya gigi taring dia..dah macam unicorn laut dah.Comel je..grrr...

Glaucus Atlanticus/Blue Dragon
Sekali tengok macam baby dragon je kan.Masa aku first2 tengok terus ckp "photoshopp!!!".Tapi sebenarnya binatang ni adalah sejenis lintah laut.Geram je tengok cute sangat lintah ni.Haiwan ni nampak je comel tetapi sengat dia berbisa.


haaa yang ni lak..jerung+kuda= jerungda nama dia.Yang ni memang konfirm photoshop.Hahaha.Gilo kalau wujud binatang ni mana mau lari...brrrrr












6 comments:

  1. suka tengok yg macam naga kecil tu.
    subhanallah. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan..comel je.rasa nk picit..tapi berbisa..

      Delete
  2. salam kenal,,,
    wahhh nice infooo....
    tapi siyes arghh,,,macam pokemon,,hahahha
    yg jerungda tu terbaikk,,,mengekek lari klau jumpa,,hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. lari xcukup tanah kalau terserempak jerungda ni..haha..

      Delete
  3. hahhaha ,, sungguh indah ciptaan Yang Maha Kuasa. Yang last tu, adoi. Nasib jerung tak ada kat Malaysia. Kah kah kah. :3

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ada,boleh la buat binatang peliharaan jaga rumah..haha..

      Delete