Saturday, December 19, 2015

Pocong ke tu...

Gigih lukis pakai Paint.Kang aku tempek pic pocong yg real,ada pengsan kang.haha

Kemarin aku scroll2 Fb,ternampak orang share video hantu pocong.Macam fake je..xda perasaan aku tengok..haha.Terus aku teringat al-kisah zaman aku kolej dulu masa duduk rumsis. Orang yg pernah duduk hostel ke,asrama ke,rumsis ke mesti ada kisah seram masing2 kan.Samala aku..

That night,kat rumsis 4 tingkat ni.Tinggal bebudak kos Nursing je,bebudak kos lain semua dah cuti sem,balik kampung masing2.Bebudak nursing semua dok tngkat bawah.Aku duk tingkat 2.Tingkat 3,4 kosong dah.

Kira-kira pukul 12 tengah malam lebih kot,aku dan dua org kawan ni cadang nak tido ruang tamu je sambil siapkan assignment sekali.Sambil menaip,kitaorg pasang la lagu kasi mata segar sikit,bergolek2 dengan bantal busuk masing2.

Pastu tiba mcm cermin tingkap bergetar2.Then lantai ats bebunyi2 macam orang melompat2 statik.Ehhh sapa lak yg skipping malam2 buta gini.Aku sedapkan hati sambil sambung buat assignment,kawan aku dah ngelabah tapi aku buat2 xnampak.

Tak lama lepas tu macam begerak dia melompat2 atas tu,kira bukan setempat lagi macam mula2 tadi.Xpasti la dia lompat kat koridor atau dalam rumah student yg kosong tu.Aku stop buat kerja sebab dah berdebar,lebih lagi teringat2 cerita pak guard rumsis dia ternampak "encik cong" time dia buat rondaan baru2 ni.

Kawan aku ngelabah g bukak surah Yassin terus kat laptop,bukak volume kuat2.Mulut masing2 terkunci,xterlintas nak baca apa2 ayat Quran.

Ahh Mampus,makin kuat makin laju gila pulakkkk dia melompat2 macam nak roboh lak lantai tingkat atas!!!Macam marah sangat bunyikk nye,dia tengah panas kot.

Kawan aku suruh jenguk sikit atas kat pintu dapur.Kau gila,kang time tu jugak dia tengah menjengah aku kang.Naya dia ikt tido sama kang.Udahla atas tu gelap gelita,kosong.

Terus kitaorg hangkut smua barang masuk bilik.Kunci.Berselubunngggg dalam selimut tutup tlinga.
Xlama lepas tu hilang bunyi tu.

Sampai skrg aku rasa debar tentang pocong ni.Balik malam2 lalu jalan sunyi pun debar gak takut kang terserempak.Dia bershuffle tepi jalan ke apa T_T..



9 comments:

  1. yarabiiii seram juak. bedebar2 juak kmk baca tok. hehh mun kmk ya nang kinek2 juak nak balit kali huhuu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasib sk mnculkn diri..pat dgr bunyi ya jak dh seram,hehe

      Delete
  2. Seramnyaaa... Ish2.. Kalau saya memang dah ketar lutur dah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bkn lutut je ketarr siku sekali ketarr,,haha

      Delete
  3. omaiiii.setakat ni tak pernah nampak lagi lah.alhamdulillah.

    ReplyDelete
  4. uish, seramnya. fatin pun pernah ada pengalaman sekali ternampak pocong, dekat-dekat area tempat fatin menyewa rumah masa kat U dulu. takut :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. uishh kalau ternampak lagi laa debarrrr ..seramnya..

      Delete
    2. Errrrr seram laa kalau nampak.... Mbaca tuk pun dah seram --'

      Delete