Monday, March 11, 2019

Mamee Daebak Ghost Pepper Pedas Gila WEH!

Assalamualaikum salam sejahtera para pembaca yang cantik2 kacak2 sekalian,ehe..


SOo kali ni Farra nak review satu ramen yang tengah viral,biasalah zaman now ni macam2 jenis ramen pedas ,berlumba2 nak tengok siapa lagi pedas.Tapi setakat ni xda ramen pedas yang boleh lawan Mamee Daebak Ghost Pepper,ni just pendapat Farra lah.Tak tahulah kalau ada ramen pedas yang lagi double extra pedas sampai keluar api daripada mulut kat luar sana kan.Actually husband Farra yang mengada2 ajak buat challenge ni,so dia beli la dlm 3 cawan.Beli kat Seven Eleven je.


so adakah tahap hantu saja atau tahap iblis?
kat bawah ni adalah carta kepedasan beliau.Tahap sejuta k tahap kepedasan dia.Alaaa takuttt..



okay,kat dalam dia just satu sahaja perencah ye.Ingatkan banyak cam ramen samyang.


tu dia perencah dia


ni part mee dia.HITAM.Kau sengaja nak menakutkan orang la tu buat kaler hitam kan.Wa xtakut lah weh.Cara masak dia sama je macam mana2 ramen.Buh air panas,tutup la dalam 5-10minit sampailah masak.Buh perencah,kacau rata2 ,siap.


the fun part begin.
first ramen ni cecah lidah Farra,dah terbakar pedas dah weh.Struggle nak mengunyah sambil peluh2 keluar ahhaha.Cannot brain pedas dia.
Tak boleh tahan,terus give up.just dapat masuk dua-tiga suap je..then terus minum air,air susu banyak2.Tips:kalau nak kurangkan rasa pedas minumlah air susu ye kawan2,ataupun air kosong suam/pns(bukan yg menggelegak okay)sebab lg cpt hlg pedas dia berbanding air sejuk yang daripada peti sejuk tu.Air sejuk sebenarnya membuatkan rasa pedas tu lagi naik.

give up.
So end up husband Farra yg tolong habiskan,sebab membazir katanya ahha.So total dua cup dia makan.Sambil menggigil2 dia habiskan.Kesian lak tengok.Lepas habis makan tu,memang terasa perit jugaklah perut.Farra boleh tahan lagi sebab makan sikit,tapi husband dah complain perut pedih2 sangat.Taubat xnak makan lagi.First and last huwaaaa.

Actually,dia ada contest untuk makan ramen ni sambil buat reaction video.Tapi i ols lupa nk record sebab excited sangat nak cuba,ehe..

so conclusion dia ramen ni bukan tahap ghost biase2 tapi tahap iblis nirrajim.
Farra ada terbaca review orang yang sampai demam2,cirit birit makan ramen ni.
Penambahan gak lah,kalau perut korang jenis sensitif sangat,ada gastritis ke kalau boleh elakkan la.Takut memudaratkan diri,






Friday, January 11, 2019

DIY Hiasan Bilik Pengantin

Assalamualaikum u ols,

pergh,xpernah sampai lama begini tinggalkan blog tanpa update...
so setahun kemudian..i am married now haha so Farra nak share DiY(DO IT YOURSELF) projek yang Farra buat untuk wedding Farra ..ni diy untuk bilik pengantin since Farra decide nak hias sendiri je.Farra suka benda yang simple2 but sedap mata memandang.

oleh sebab Farra xnak beli set bilik tidur(yang merangkumi meja solek,katil,almari semua tu)walaupun telah diadvise orang sekeliling,recycle je barang lama then Farra touch up sikit bed frame Farra yang asalnya cuma besi hitam bunga kerawang2 tu.

tu bunga ros plastik kaler putih tu Farra beli kat shopee je,rm 3lebih je pastu Farra lilit lah sepanjang besi katil tu.Ha naiklah seri katil tersebut.

kedua,
inspirasi daripada bunga kertas gergasi di bawah ni.Selalu tengok kat pinterest,cantik2 geram je tengok dorang jadikan backdrop untuk bergambar.

so Farra pun decide buat sendiri.
belilah kad manila dalam beberapa kaler.
pilih kaler biru cair dan pink cair
sakit jugaklah tangan nak mengunting kad manila tu ,dahla buat sorang2..tapi berbaloi n happy sangat tengok hasil dia.Final look-------->

 Farra lekat bunga kertas tu kat dinding berhampiran katil.Huruf AF tu Farra beli kat Kaison,xingat harga dia tp murah je.Yang rama2 tu pun buat sendiri guna kertas A4 putih je,senang.Farra ada post cara buat dia kat blog ni.-- Butterfly 3D

Next,
bilik pengantin xsah lah kalau xda cam kelambu2 tu nak bagi nampak romantik hahaha.So Farra beli je plain kelambu gantung yang bulat atas tu.Beli shopee je.Baru rm15.90.Untuk bagi nampak cantik lagi,Farra lilitkan dengan bunga ros kaler pink peach ats dia.

settle.
sorry xda gambar full room pulak.lupa nak snap..dah nak buat entry ni baru nyesal x ambik gambar..huhu..tema bilik light blue+ pink pastel+white.Soft2 gitu.Actually banyak Farra nak Diy kat bilik pengantin ni,memula dulu nak jahit sendiri cadar pengantin nak tambah ropol2 tutu semua tapi mama cakap buat penat badan je so end up beli siap je haha


okay,jumpa next entry pulak.harap tangan lebih rajin menaip tahun 2019 ni.haha

Sunday, October 8, 2017

Diy cermin solek bunga2.

Assalammualaikum hai readers ..happy weekends.Aku duk rumah je weekend ni nak klua takut perabih duit .Kali ni aku nak share projek diy yang aku buat.Aku suka sangat tengok projek diy kat Tumblr.Macam2 ada..paling yang suka diy deco2.


Ok aku stuck kat dua pic ni.Cermin dihias dengan bunga2 gitu.Nampak sweet2 gitu.Memandangkan aku nk beli meja solek baru,tp pada masa yg sama nak berjimat so aku decide nak try buat projek cermin solek ni.

So barang2 yang diperlukan:
-cutter untuk potong bunga
-hot glue gun
-bunga plastik(xkisah nak bunga apa,aku pilih bunga ros)
-glitter ribbon jenis kain(yg xglitter pun boleh janji jnis fabrik sebab senang nak lekatkn bunga nanti)
Semua ni aku beli kat kedai dua ringgit je hahaha..jimat.


Before the projeks
Ni ribbon yg aku guna
The process......

Kejap je buat ni.X amek masa yang lama pun.
1)Gunting bunga plastik tadi drpd batang dia guna cutter.Kalau nak sekali daun2 dia pun boleh.Ikut kreativiti masing2.
2)Panaskan glue gun dulu(hati2 guna,menjerit2 aku sebab hot glue meleleh kena jari ritu)
3)Tampal ribbon dulu(potong ribbon ikut saiz frame.
4)Then tampal la bunga ikut susunan suka hati anda lahh.

Dan hasil projek diy aku.....

Tada....


Love

Puas hati sangat dengan hasil dia.Berbunga2 hati tengok.Ni buat makin lama bersolek depan cermin haha...

Okay tunggu next diy project pulak..hehe

Take care~


Monday, July 31, 2017

Tips Hilangkan Jerawat Di Muka

Assalammualaikum dan salam sejahtera..lama x menaip untuk blog,janggal sekejap haha..hari ni aku nak share cara2 aku rawat muka berjerawat.

Muka aku ok je sebelum ni.Pastu maybe sebab aku xjaga pemakanan,penggunaan skincare yg xsesuai jadi jerawat tumbuh nonstop terutama bahagian pipi.Jerawat ni jenis yg kecik2 tu tau,pastu bernanah2.Pastu tangan lak gatal nak kopek2 picit sampai berdarah2..bila dah picit dia makin menjadilah nak tumbuh.

Jerawat pastu berminyak
Atas ni muka aku hari demi hari naikk je jerawat,gatal2 lak tu.Macam2 petua tradisional aku follow.Nak keluar pun low confident sebab sorok dengan makeup pn still nampak timbul2 lagi .Last2 aku decide nak consume balik vitamin c plus rosehip yg dah lama aku tinggalkan.

Penyelamat ni 😍
Aku ada pos sebelum2 ni tentang vitamin c ni.Bagi aku vitamin c jenama ni fevret aku ,lebih2 lagi dia ada rosehip.Jangan xtau rosehip ni berganda2 vitamin c dalam dia.So sangat bagus untuk kulit dan dalaman.Then macam biasalah bila dah ambil supplemen minum air banyak2,untuk bagi lebih berkesan.

Untuk skincare luaran pulak,aku guna produk Cosmoderm je.Aku tengok ramai guna Cetaphil kan,tapi aku decide just try Cosmoderm.Luckily,produk ni sangat berkesan untuk kulit muka aku.Harga pun mampu milik la.So aku guna satu set dia daripada pencuci,toner,krim pelembab,serum dia dan ubat jerawat dia.

Tadaaaa...me love Cosmoderm.
Best mask ni!
Dan untuk mask.Aku gunakan dalam 2 kali dalam seminggu.Aku pilih mask brand Himalaya kat bawah ni.Neem Mask.Dia macam detox la kulit kita.Buang segala benda mak nenek yg tersangkut kat liang roma kita tu.So kulit rasa lebih ringan dan bersih.

Sesiapa muka berminyak pun sesuai pakai mask ni.Muka jadi kurang berminyak lepas pakai mask ni.

Sebulan lebih selepas tu,ni pic terbaru kulit muka aku.


Abaikan jerawat seketul kt dagu tu,biasalah tgh bulan

Selain daripada tu,bila kita rajin pakai makeup so kena rajin cuci muka bersih2 sebelum tidur.Sekarang ni kan ada span/brush untuk cuci muka tu,beli la satu.Aku beli kat daiso je.Scrub pulak aku just guna lemon+gula je.Pastu gosok perlahan2 kat muka.

So bila kulit dah makin ok,baru confident sikit.hehe
Sekian.

Take care.
See u next entry.

Sunday, March 5, 2017

Samyang Spicy Cheese Ramen

halal..sila klik untuk tumbesaran.

Happy weekends you ols..harini aku nak share review Samyang Ramen versi cheese.Ni pun aku tengok tengah viral,so aku pun teringinnnn nak try.Aku bukan peminat cheese,just so-so.

Aku beli satu bungkus yang terdiri daripada 5 paket ramen dalam dia.Saiz sama je macam spicy ramen dia yg viral dulu.Harga dia pulak..20plus hinggit.


Serbuk cheese n the "spicy sambal" haha

Dalam dia ada dua perencah.Iaitu perencah dia yang pedasss likatt merah menyala tu(sama macam spicy ramen dia) dan serbukk cheeseee!dengan hirisan2 seaweeds n biji bijans.

Cara masak sama je macam megi2 lain.Masak air,then masukkan ramen.Then toskan air,masukkan ramen ke mangkuk.Then tuangkan perencah2.Gaul2.Siap.


Yumm..

Bauu diaa macam ...cheese cheezy wedges KFC tu..hahaha..Rasa dia pulak cheesy2 pedas.Sedaplah bagi aku,kena dengan tekak aku.Bibir still bengkak pas makan.haha..sebab kepedasan dia.Tapiii xleh lawan pedas sambal belacan kita :p

Overall, sedap.Memula tengok dulu, aku pun camm erghh cheese makan dengan ramen.Macam xboleh telan je.Bila dah try,cam nak makan lagi pulak.

Kalau korang nak try,tryyy.

Okey,see u next entry.Take care.


Monday, February 27, 2017

Pencuri Buku

Balik kerja ,terus pergi ATM.ehem paham2 la hjg bulan kan.
Niat awal td just keluar duit pastu balik.
Tapi kaki secara automatik bergerak sendiri melangkah kedai buku.

Dingdong~
Bunyi loceng kedai bila aku masuk.

Plan asal nak cari buku Harry Potter and the Half Blood Prince,since siri yg tu je aku xda.Ada mmg ada tp yg translate ke Bahasa Melayu punye je..aku cancel beli..

Merayap pergi bookcase cari buku lain.


End up aku beli buku atas ni.haha..
Story2 lucu dari cik2 dan abg2 yg bergelar misi..sebab kisah aku totally can relate dengan kisah dorang.

Time to pay.
Kelihatan seorang cashier lelaki berkaca mata sedang membaca buku.


Sekadar pencuci mata


Tgh tunggu dia pulangkan baki duit tu,tiba2 ada seorang makcik ni panggil dari luar kedai..

"Dik2,aunty nampak orang yang tadi tu capai satu buku dik "ujr makcik tersebut sambil menunjuk arah orang yg dimaksudkan.

Jejaka cashier dah risau mengelabah.Sampai terabur baki duit aku dia bagi..lantas selepas itu dia terus lari mengejar suspek meninggalkan kedai..tanpa dijaga..

Aku x berganjak lagi.Aku masuk dalam kereta(kereta park depan kedai).Aku tunggu je budak td balik kedai...kesian nengok dia.Balik tangan kosong,tali kasut berterabur ,spec pun dah senget maybe dia kejar jauh tadi dengan muka risau nak menghadap bos ..

Buku pun nak curi.
Maybe dah minat sangat tapi duit xda.
Sian budak cashier tu.

Moral of the story : Ada lagi org yang ada masalah lebih besar daripada kita.Banyakkn bersabar.

P/s : da lama x membebel dlm blog ni.Terima kasih pada yg sudi singgah and follow.


Sunday, January 1, 2017

Selamat Tahun Baru 2017

Lama menyepi kat blog.Harap blog ni xsunyi la daripada pembaca..haha.Thanks pada yg singgah melawat,membaca blog ni walaupun tuan blog slow skit update baru2 ni.

Di kesempatan ni,aku nak ucap selamat tahun baru 2017,sebelum update azam baru tu tengok2 azam yg sebelum2 ni yg masih belum tercapai,harap tahun 2017 ni kita dapat capai..manatau ada yang dah 5 tahun new year berazam nak kurus tapi xkurus2 lagi..yang dah siap sedia nk jayakan azam baru tu..all the best for you,goodluck..

Yang masih belum kahwin tu harap bertemu jodoh,dan kahwin jugak tahun ni(smbil cakap depan cermin).

Harap aku bertambah rajin update blog tahun ni.

K,take care.


Friday, October 28, 2016

Resepi pizza paling senang.


Aku suka makan pizza.Pernah la berapa kali plan nak buat,tp rasa malas nak menguli doh semua tu.Cam leceh.So aku cari alternative lain yg lebih senang.So terjadilah entry ni.

Resepi pizza mudah dan cepat.

Bahan2:
-Roti kosong segi 4 tu(xkisah la jenama Gardenia ke apa ke)
-Cheesedale yg segi 4 tu
-Parmesan cheese(kalau nak letak cheese lain terpulang la)
-Lada merah/kuning/hijau hiris2
-Bawang besar hiris2
-Buah nenas hiris2(optional,xnak pun xpe)
-Cendawan butang hiris2
-Sosej hiris2/daging kisar
-Sos pasta(yg aku punya mix cendawan)

Aku guna sos pasta jenama ni
Firstly,sapu sos pasta atas roti.
Then bila dah sapu sos pasta,taburlah segala bahan2 lain tadi cheese,sosej,cili,bawang semua tu.Akhir sekali tabur parmesan cheese tadi atas sekali.

Kemudian,bakar dalam oven suhu 150 °c dalam masa 10-15minit camtu.Cheese dah meleleh tu siaplah.

Before bakar dalam oven
After pic.Bau pizza semerbak time ni.
Rasa dia?sebijik cam pizza kat luar tu.Sedappp.Yang penting senang dan cepat.

Take care.

Sunday, October 9, 2016

Review: Honey Bee Venom Multi Solution Cream

Haii~
Hari ni kita review produk yang tgh hott di pasaran : Honey Bee Venom Multisolution Cream.Siapa yg rajin berinstagram ke berfb ke akan perasaan ramai Makeup Artist pakaikan krim ni kat muka klien dia as makeup base.

Mengandungi 5% racun lebah,ekstrak propolis yang melambatkan proses penuaan kulit muka(segala mak nenek kedut tuu,tona xsekata dan seangkatan dgnnya).

Kandungan lain dia,royal jelly dgn ekstrak madu untuk nutrisikan kulit yg lebih sihat,vitamin c utk mencerahkan kulit,collagen utk menganjalkan kulit dan hyaluronic acid utk melembapkan kulit.

Nama venom mesti terlintas kat fikiran ehh venom tu racun,bukan bahaya ke.Jangan risau just 5% je honeybee venom dlm krim ni.

Klik utk tumbesaran
Klik utk tumbesaran
Tekstur krim senang sapu.Guna sikit je pun,xpayah bnyak.
Yang best krim ni boleh dijadikan night mask,moisterizer biasa dan sebagai makeup base.Sebelum tido sapu sikit kat muka dan leher gerenti glowing2 n lembuttt sgt kuliy muka bangun pagi.As for makeup base aku just sapu2 before apply foundation/bb cream/face powder.Sure makeup lebih tahan lama dan flawless xcapuks.

Dann lagi satu aku ni jenis pores besar kat certain area (kat area kecik pipi).Sejak pemakaian lebih dari 2 bulan ni aku notice pores aku makin mengeciks.Kalau x,nampak susah nak cover kai makeup.

Overall cream ni aku bg 4 bintang.
Best.

Take care~

Thursday, September 15, 2016

Hujan Batu.

Assalammualaikum&Selamat sejahtera..

Kemarin aku tengoklah pos dari kawan aku kat moment wechat.Dia pos gambar beberapa ketul ais dengan caption "hujan batu di melaka".

Aku pun 'eh yeye je mamat ni,kau kaup ais dalam freezer pastu caption hujan batu'.X percaya la kunun.

Sumber dri kawan

Sumber dari kawan

Sumber dari kawan
Pastu aku terdengar berita sepintas lalu kat tv.Beberapa kawasan d Melaka khususnya area Sungai Udang kena hujan batu n ribut.Kesian tengok keadaan rumah dorang,habis tercabut2 atap.Hujan batu biasanya datang dengan ribut petir.

Malam tu memang ada terdengar bunyi
hujan turun,aku terjaga jap.Pastu macam biasalah kalau dah hujan,tarik selimut teruss tido xsedar2 lagi.hehe.Tapi area aku xdalah kena hujan batu tu..

Bila nak salji pulek..:p
Jgn mintak pelik2 kau..haha

Tuesday, September 6, 2016

Review BBiA Lipstick Velvet Matte Dari Korea

Pergh bersawang blog,sebulan lebih x update.Haha.Terima kasih kepada pengunjung blog yang masih xputus2 sudi melawat blog yg xseberapa ni.

Straight to the point.
Hari ni nak review lipstick matte best dan murah dari Korea-- BBiA Last Lipstick Velvet Matte.Aku beli dua warna,semestinya warna yg hot2.


Packaging kotak dia
Ni kod warna yg dikatakan hot #06 dan #04


Aku suka rekabentuk luar lipstik ni.Segi empat gitu.


Okay atas ni swatches dia.Cantik kan kaler dia.No kod 6 tu nude dia cantik,bibir nampak soft natural je bila pakai.Yang kod 4 pun cantik,sweet2 xketerlaluan warna dia.

Yang best :
-xmengeringkan bibir
-color sangat pigmented,cantik
-packaging menarik
-tahan lama selagi xmakan xminum
-banyak warna cantik2
-harga mampu milik

Yang kurang best:
-tanggal kalau makan n minum(kalau jenis orang yg xkisah nak reapply lepas mkn minum xpe)

Aku bagi 4/5 bintang!
Sesiapa yang nak try2 or baru nak berjinak2 dengan makeup boleh try lipstick ni.


Tuesday, July 26, 2016

Buat Sendiri Kek Birthday Kat Rumah!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera~
so entry kali ni just nak share apa aktiviti aku minggu lepas..iaitu membaking kek birthday utk someone..hehe..memang dh lama cadang nak buat sendiri je,kunun lebih bermakna la..:p

Dan oleh sebab cake yang tengah trending sekarang adalah drip cake(ala2 topping meleleh gitu).Sila lihat rajah dibawah:

Weeeeee~
Nampakkk x lelehan yg mengoda tu.hehe

So aku pun buat la Moist Chocolate Drip cake.Amek resepi coklat moist dari youtube.Semua bahan buat kek aku dapatkn kat bakery je,nasib dekat dengan rumah aku.

Then aku beli la beberapa jenis coklat bars snicker,kitkat,cadbury,biskut oreo apa2 je yg berkaitan coklat.Tu semua untuk bubuh kat atas kek.

Aku buat 3 lapis,diselang selikan dengan krim coklat.

Jadi hasilnya~~~~

Tadaaaa...patutnya drip tu gelap,bahagian bawah dia pulak cerah skit baru nampak kontra dia kan.haha.Bantai jela.Yang kat bawah kek tu aku tempek kacang almond yg dah hancur2..plate kek dengan banner kecik happy birthday tu pun aku beli kat kedai bakery.

Gambar dri atas pulak :p.Banyak sebenarnya aku nak bubuh atas tu.Tapi takut kek serabut sangat pulak.Aku lupa pulak nak beli lilin letak atas tu.

K zoom pulak kat lelehan2 chocolate ganache...

Ni first time aku buat kek birthday.Haha.Nasib baik orang tu suka kek tu..:p

See u next entry pulak.
Take care~