Friday, February 28, 2014

Review: Al-QURAN RUMI


Helllllo helllo hellloooooo!
Hari tu Fynn Jamal ada review satu blogshop kat instagram dia.Blogshop tu ada menjual Al-quran rumi.
Wah eksaited aku.Aku xdala perfect sangat membaca Al-Quran ni.Dan xdalah pikir wah senang ah gini,xyah tengok yng bahasa arab lg..No...aku pikir maybe dia boleh membantu kita membaiki cara bacaan kita,yelah dah tua2 ni brain kita makin lemah(haha)..nak belajar jangan sombong,nanti sendiri yang rugi kan..so here we goes..
ni instagram dia,boleh pm dia terus kat no Whatsap dia tu jugak kalau nak order

banyak feedback cakap owner dia lemah lembut,bagus melayan customer..mmg terbuktilah,senang berurusan dengan owner dia ni..

tadaa..ni aku punya saiz A5
korang tau risau gila aku time terbaca tentang kemalangan maut yang melibatkan dua kakitangan poslaju dan lori poslaju dorang yang hangus rentung tu..aku tengok pic lori tu habis parcel2 rentung,ingatkan al-quran aku sekali..sekali selamat sampai kat tangan aku..alhamdulillah..
Dalam Al-Quran ni ada :
1) Lengkap 30 Juzuk dan Terjemahan
2)Rumi(sesuai untuk bantuan belajar/beginner)
3)Tajwid Kod Warna
4)Indeks doa dalam surah2.
5)Adab membaca al-Quran
6)Cerita ringkas di sebalik surah2 dalam al-Quran


boleh rujuk doa2 sekali

macamni lah dalam dia..
berbaloikah?ehh mestilah berbaloi..dahlah saiz dia comel..nak bwk travel  pun senang..kalau nak yang besar sikit pilih la yang saiz A4..sambil tu rujuk2 juga You tube untuk dengar cara bacaan yang lebih jelas..jangan depend pada satu sumber saje kan..

benda bermanfaat gini camni  patut kita share2..anyway papa info tentang al-quran ni boleh tanya sendiri owner instagram..:)..sebelum aku tamatkan enti ni, aku nak sertakan sekali pandangan ustaz Azhar Idrus tentang Ayat Al-Quran rumi..


..take care loves~

Thursday, February 27, 2014

Burger Bakar Abang Burn Jajahan Melaka.

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera..ehem2..
Pernah dengar x nama burger bakar abang burn yang pemes serata Malaysia tu?Kat FB ke atau dari kawan2.Aku dah lama dengar nama tu before ni..tapi lom kesempatan nak  try.Kemarin la aku online Fb..lama x on Fb scroll2 la kat wall home,like semua status pastu nampak gambar burger yang amat menyelerakan.Then aku klik Fb page dia Burger Bakar Abang Burn

(iklan)burger kawin nama burger ni.haha..sumber dari FB Burger Bakar Abang Burn

Then aku carik la kot2 dia ada cakap ada cawangan kat Melaka,n yess memang ada.Sesiapa orang Melaka or Orang luar yang melawat Melaka boleh pegi singgah try,lokasi dia belakang Ocean Mall je,betul2 tepi Sungai Melaka yg cantik time malam tu.Aku dah banyak kali lalu situ,xperasan pun restoran dia ada kat situ je..haishh..

ni maps dia dapat dari FB dia(klik untuk tumbesaran)
sebelum pergi aku print voucher promosi dia siap2,hitam putih je..beli satu burger,free satu burger(tamak kan aku)..voucher dia korang boleh dapatkan kat page FB dia,korang print or phostostat la banyak2 then bagi time beli..dah sampai aku and  member aku terus order sampai blur cashier dia time amek order kitaorang sebab dua2 nak cakap serentak(punya xsabar)..haha

selfie dulu before makan ye..wajib..time ni hampir 10 minit selfie ngan burger femes tu..haha....

my burger double supremo ayams..dah senget dah sebab loaded sangat..haha.apa yang best dia ada ayam,patu dilapisi dengan cendawan goreng,then dilapisi dengan onion rings,cheese leleh dan sayur2...

aku try meatball n cheezy wedges dia sekali..dapppp

3 orang makan semua ni..haha..kiri dua  kecik sikit tu free burger(burger ayam dan daging)

abang waiter situ dah pandang2 "uish kuat betul minah ni makan" kata beliau dalam hati agaknya..
end up xhabis ,kitaorang bungkus bawak balik..haha..xsenonoh betul,tamak lagi.haha.satu burger pun dah semput nak habiskan,then makan berselang-seli air lagi memangla kenyang nak pecah perut kan..walaupun mahal sikit je,tapi puaslah hati..:D..sekali sekala makan heavy macamni xpalah,lepastu workout lah habisan2...

till meet again :3











Monday, February 24, 2014

DIY Project: Butterfly 3D Hiasan Dinding.



Sebelum ni aku teruja tengok butterfly wall art ni kat instagram2 Diy(do it yourself) project.Cantik dan kretif sangat kot terutama yang Butterfly 3D ni.

aku suka sangat butterfly kaler hitam yang ni..mysterius kot..:D 

Ni untuk bilik adik2 sesuai sangat

contoh art dia
kretif gila kan..butterfly diperbuat daripada butterfly

so aku pun startla projek diy aku.Bahan-bahan pun simple pulak tu.Just 
-kertas A4(pelbagai warna,aku guna hitam dan putih je)
-pensil
-gunting 
-template butterfly(download kt bawah ni) 
-pelekat(aku pkai micropore,xrosak cat dinding pun sbb lekat xkuat),jangan pkai selotape yg kuat lekat dia,selotape yg mcm kertas tekstur dia tu xpe sbb dia xlekat kuat.
Template dia aku download dari blogger ni heyitskitcat .

nak download template ni klik sini
kertas A4 tadi lipat la dua ke,3 ke..then tekap dan lukis ikut template atas ni.Then gunting.

siap gunting,lipatkan biar sayap dia keatas sikit,then letak pelekat

dinding bilik aku..corak pape tah aku buat ni..haha..janji domo suka.

close up..cam butterfly real2 yang hinggap kan..tu yg nama dia butterfly 3D..
till meet again ..xoxoxo.. :)
jangan lupa minum air putih bnyak2 !




Thursday, February 20, 2014

Musim Panas Yang Menyengat Hingga Ke Tulang.

U see the tajuk.Kan main dramatik lagi..mwahaha..
Sekarang dah berbulan2 xhujan kat sini,ritu musim salji sejuk sampai ke tulang  sampai ada ura2 cakap salji nak turun.Aku dah beli dah jacket bulus2,konon fefeeling nak pos picture main salji macam kat luar negara.Gurau je woi..

Ramai yang jatuh sakit musim macamni,demam,migrain,sakit mata,dehidrasi..pastu tambah jerebu yang datang dari indon ritu  masalah sesak nafas pun dapat..
Nah jum share apa yang patut dibuat time musim panas kemarau macamni.

1)Air!Untuk stay hidrasi dan suhu badan xnaik mendadak.Air kena minum cukup.Aku rasa xcukup 8 gelas sehari time kemarau macamni,mesti bergelas2.Xkisah la kuar masuk toilet.Tanda2 dehidrasi(xcukup cecair dlm badan) boleh kita tgk melalui mulut kering,kulit kering kusam,mengigil,mata macam cengkung,air kencing kuning kepekatan,nafas cepat.Bahaya tau.

2)Pakai pakaian yang menyejukkan.Jangan mengada2 pakai sweater,jacket,coat berlapis2 tengahari buta matahari atas kepala konon2 feeling nampak bergaya dan nampak swag mcm Justin Bieber..lol..Pakai pakaian yg xberat sangat,yang loose berangin,kaler lembut2(kaler gelap perangkap haba,memang jadi ayam panggang nanti),fabrik cotton digalakkan.




3)Avoid berada dibawah sinaran matahari tanpa perlindungan.Ni yang sakit kepala la,demam la.Payung kan ada,topi besar yang selalu pakai g pantai tu pun boleh pakai lg comel agaknya..haha..Pastu sunblock pakai jugakla sebagai perlindungan tambahan untuk kulit.

4)Kurangkan aktiviti luar.Sekarang ni pukul 5 pun masih panas terik.Time camni nak berkebun,berjogging kat luar boleh menyebabkan air cepat hilang dari badan melalui proses berpeluh.Kalau nak gak bawaklah berbotol2 besau air,untuk elakkan dehidrasi.

5)Minum air yang menyejukkan badan.Lai chee kang ke,air kelapa muda ke,cincau ke,air teh bunga ke..wawawah..aku pulak telan air liur menaip air ni..

tetiba cik cendol menyelit..





Tuesday, February 18, 2014

Review :Garnier Pure Active Fruit Energy Facial Foam Yang Baru.





kulit bebas jerawat dan cerah(itu mmg idaman semua pompuan)
.:D..Sape yg x tertarik kan..


Excited sangat bila tengok iklan Garnier yang terbaru kat tv.First sebab dia ada kaitan ngan buah fevret aku iaitu delima dan yang penting untuk acne problem.Walaupun muka jarang2 sangat berjerawat sekarang.Pe kata try cegah2 dulu before tiba2 dia naik jerawat mendadak.So aku g la beli.


Bahan2 utama dia terdiri daripada buah delima dan buah limau gedang.Dua2 buah ni kaya dengan antioksida. .Limau gedang kaya dengan vitamin C bagus untuk merawat masalah jerawat ,buah delima pula berkesan mencerahkan kulit .So dua2 buah ni bergabung untuk mencerahkan kulit dan melawan jerawat.

kelebihan buah2 dalam pencuci muka ni :)

bau dia bau bau orange ..aku suka sangat bau buah2..bau fresh

pencuci muka ni best sebab dia xmengeringkan kulit,kulit rasa lebih segar dan bersih,meninggalkan bau oren yang sangat fresh dan wangi di kulit muka(ayat xleh blah haha).Aku ada seketul jerawat bawah dagu,bila dua kali pakai pencuci ni,dia jadi kecut dan kering sikit.So lepas ni nak try satu set plak dengan toner semua ..wuuuwuuuu..take care~



Friday, February 14, 2014

Tips:Rambut Gugur/Berminyak/Kusam.


Salam Jumaat,
Aku pernah dapat masalah rambut gugur gila2,tiap pagi memang bersepah atas bantal rambut aku,sikat sikit dah tercabut.Stress gila time tu dah terbayang dah kepala jadi botak.Then lagi satu yang annoying rambut berminyak.Memang xselesa langsung la.Rimas bila melekat2 kat muka.Since minyak kelapa dara aku dah habis,aku malas pikir lagi,aku terus amek aloe vera yg mak aku tanam.Oh ye siapa2 yg masih xkenal aloe vera tu ghupe camna..ni la dia..



aloe vera ni bukan bagus untuk mencantikkan kulit je,tapi bagus untuk rambut jugak.Bagus untuk mengalakkan pertumbuhan rambut ,menghilangkan kelemumur,membuatkan rambut bersinar dan lebih lembut.


aloe vera dah dipotong tu,amek isi dia,jangan amek kulit sekali yerp.Nanti gatal aku xnak garukan.Isi dia tadi boleh diblend sampai hancur(tekstur dia melikat2 pekat).Then simpan dalam bekas kecik patu letak dlm peti sejuk so tahan lama sikit(make sure jangan amek guna tangan),kemudian bolehlah diguna sebagai hair conditioner/treatment.Lepas shampoo rambut,bilas semua terus pakai.Tunggu 30 minit basuh la pakai air biasa.Tapi aku pakai bila2 je,bukan lepas shampoo je.Lembut sangat rambut lepas pakai,then yg best rambut dah makin kurang gugurrr..yang lagi best gile lagi rambut aku dah x berminyak lagii..siapa2 yang ada masalah rambut boleh lah try aloe vera ni..pasni bolehlah flip hair puas2..Lol.. 

*flip hair ..flip hair* coz im fabulous..:p
take care :3



Tuesday, February 11, 2014

Layan Movie Seram : Banglo Seksyen 2


Sebelum ni aku selalu tengok orang share2 kisah banglo ni kat FB and blog2.
Tapi aku share lagi sekali in case ada yang masih xtahu story ni.
INSIDEN menyeramkan ini berlaku kira-kira 10 tahun lalu apabila sekumpulan pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam menyewa sebuah banglo berhampiran kampus tempat mereka belajar di Seksyen 2.
Rumah banglo dua tingkat itu mempunyai empat bilik, satu di tingkat bawah manakala tiga lagi di tingkat atas. Jarak kediaman mereka dengan kampus UiTM kira-kira dua kilometer sahaja.
Lapan orang pelajar itu memasuki rumah itu dengan perasaan berbelah-bahagi. Pertama, tuan rumah hanya mengambil RM50 wang deposit dan bayaran sewa hanya RM50 sebulan.
Kedua, tuan rumah melarang penyewa membawa banyak barang kerana takut menyusahkan mereka apabila hendak dibawa keluar semula nanti. Ketiga, terdapat sebatang pokok kayu ara yang sangat besar di tepi rumah itu yang dahannya boleh memasuki tingkap bilik atas.
Insiden
Insiden pertama berlaku pada pukul 10.30 pagi sehari selepas mereka mendiami rumah tersebut. Salah seorang penghuni, Azmi, yang hendak membuang air besar mendapati tandas di tingkat bawah terkunci dan ada bunyi orang menarik flush.
Lantaran tidak tahan menunggu lama, Azmi menjerit menyuruh orang di dalam tandas itu supaya cepat. Jeritan Azmi menyebabkan semua penghuni berkumpul di tingkat bawah.
Yang peliknya, kelapan-lapan mereka ada di situ. Jadi siapa yang ada di dalam tandas? Selepas pintu tandas itu direntap, mereka terkejut kerana tiada siapa di dalamnya.
Pada malamnya pula, mereka lagi teruk dikacau. “Masa aku nyenyak tidur, tiba-tiba kaki aku kena tarik hingga aku jatuh katil.
“Di dalam bilik itu cuma ada Lan yang tidur di katil atas. Anehnya, bila aku jenguk ruang tamu tingkat bawah, Lan sedang menonton DVD bersama kawan yang lain.
“Bila aku naik semula ke bilik, aku nampak selimut di katil Lan membonjol. Bila selimut itu ditarik, aku terkejut kerana ada batu nisan yang sudah retak di situ.
“Tiba-tiba seluruh bilik berbau hanyir dan busuk,” kata seorang penulis blog.
Kisah yang ditulis penulis ini telah tersebar di Internet, dihantar dari e-mel ke e-mel dan dipetik oleh pelbagai blog lain. Identiti asal penulis ini tidak diketahui.
Disebabkan tidak tahan diganggu, kami keluar pada pukul 3 pagi dan melepak di sebuah restoran mamak. Rupa-rupanya, ramai yang terkena pada malam itu.
“Wak yang sedang muat turun lagu lebih kurang pukul 12 malam terdengar bunyi orang membaling batu dekat tingkap biliknya. Bila dijenguk, dia nampak ada seorang budak perempuan duduk di atas kayu ara di sebelah rumah itu.
“Budak itu pakai baju putih kekuningan dan koyak-koyak dengan rambut panjang,” cerita si penulis blog tadi.
Dia menyambung cerita: “Azmi pula nampak budak perempuan melambai tangan kepadanya. Budak itu tiada kaki! Manakala Sam, tergamam melihat hantu di siling rumah. Tapi bila aku kata kaki aku kena tarik ketika mereka asyik menonton DVD, mereka kata, ‘bila masa kami tengok DVD’.”
Seorang penduduk, Mohd. Yusof Mohd. Sidin, 57, mendakwa terdapat tiga buah rumah yang dikatakan menyeramkan di kejiranan itu.
Dia berkata, pelbagai kisah misteri mengenai rumah itu sudah didengarinya sewaktu mula menetap di Seksyen 2 itu pada tahun 1980.
Kosong
“Seorang jiran pernah memberitahu kami terdapat rumah berhantu di sini dan tidak pernah diduduki. Rumah itu didakwa pernah menjadi lokasi pembunuhan kejam dengan mayat mangsa ditanam di dalam dinding rumah.
“Saya agak ragu-ragu dengan cerita itu sehinggalah saya mendengar kisah penuntut UiTM Shah Alam diganggu makhluk halus di rumah yang mereka sewa di Jalan Sri Cempaka, Seksyen 2 ini,” kata Yusof lagi.
Secara kebetulan, anak lelaki Yusof yang juga pelajar UiTM turut mendiami rumah terbabit.
“Kedua-dua kaki anak saya ditarik hingga dia terjatuh dari katil. Kejadian itu menyebabkan dia segera berpindah ke rumah lain walaupun sewa banglo itu tidak sampai RM100,” katanya.
Selama bertahun-tahun, rumah itu terbiar usang dan tidak berpenghuni. Dindingnya berlumut dan berwarna kehitam-hitaman. Tahun lalu, banglo itu dirobohkan. Tapak rumah itu kini dipenuhi semak-samun.
“Tetapi masih ada penduduk yang melintasi kawasan rumah itu pada waktu malam mendakwa ternampak lembaga wanita berambut panjang melambai-lambai ke arah mereka,” cerita Yusof.
“Kalau anda tidak percaya, cubalah bermalam di bekas tapak rumah berkenaan atau rumah lain yang dikatakan berhantu di kawasan ini,” ujar Yusof kepada Jurnal.
Sebuah lagi rumah yang didakwa misteri terletak di Jalan Bunga Raya, Seksyen 2. Terdapat sebatang pokok besar di tepi banglo itu dengan daunnya menyentuh tingkap rumah. Banglo dua tingkat itu sedang diubahsuai dipercayai oleh pemiliknya yang baharu.
Mac lalu, penduduk di situ terkejut kerana beberapa pekerja sibuk membersihkan rumah itu, membuang perabot yang rosak dan mengecatnya semula.
Khabarnya, rumah itu dibeli oleh seorang warga Mesir untuk dijadikan taman didik kanak-kanak antarabangsa.
Bagaimanapun, ada juga penduduk yang menafikan cerita hantu tersebut dan mendakwa rumah yang diperkatakan itu sebenarnya tidak wujud.

Xlama dulu movie berdasarkan kisah ni pun dibuat,tayang kat astro.Memandangkan aku xtengok TV.Aku tengok je online kat web.Jalan cerita dalam movie tu dia ubahsuai sikit,tapi ada yang masih sama.Papepun boleh tahan best.Kalau nak best lagi,tengok kul 3pagi dalam gelap.lalala~
sesapa yg boring2 tu meh la layan.Dont worry xmenakutkan sampai pengsan berbuih mulut pun.Hairul Azreen cute sangat dlm crita ni...ni link video tu:

Banglo Seksyen 2 "


Sunday, February 9, 2014

Si Power Ranger Pink.


Dulu masa kecik2 aku mmg peminat power rangers.Semua barang nak power rangers.Pastu siap main cop2 ahli power ranger dgn kazen aku.Aku salu pilih yang merah.Sebab dia ketua.Hitam aku paling xnak sebab dia negro.haha..memilih.


merah aku cop

ni robot yg salu sebut "ayayayayai"

ni robot besar lepas semua power ranger bergabung..memamg awsome

haaa yg ni plak.. kriik kriikk krikkk (bunyi cengkerik)
kesian Neelofa jd  mangsa fashion =..=



Thursday, February 6, 2014

Tips:Cuci Karat Dengan Air Coke.



Ritu ceritanya.Kazen aku send video lelaki cuci karat kereta dia guna air coke.Coke yg dalam botol besar tu dia guna.Main curah2 je.Dia cakap kat luar negara dah lama dah.Dorang cuci benda karat guna air coke,ada tu siap kai cuci toilet =_=..ohh dah lapok benda ni rupanya.




tu video yang dia send kat aku.mula2 eh edit photoshop kot ni.hahaha..dah tu aku terus buat experiment kat lab rumah.Aku guna pembuka tin yg dah berkarat yang aku jumpa dalam stor.Then amek segelas air coke.Gosok2 kat pembuka tin tu.

before..karat2 dia sikit je..xbnyak sgt.

after...dah boleh nampak reflection aku tengah amek gambar.haha..
kesimpulan nya..selain untuk diminum,coke jugak boleh dijadikan pencuci.so jimat.haha..tapi dah setahun lebih xminum air coke..wah bangga kejap sebab berjaya xminum air bergas.ni pun aku tibai lebihan air coke bapaks aku untuk experiment.ahahaha


Mama.


5 Februari semalam mama aku punya birthday.
Yang ke 52tahun.Wow cepat betul masa berlalu.



Mama aku berbangsa bidayuh mix iban.Berasal dari Serian,Sarawak.Dia convert to Islam before kahwin dgn bapaks aku dulu.Bapak aku cikgu,masa dia mengajar Sarawak dia kenalan dengan mama aku.Aku memang speaking bahasa Iban je dengan dia anytime.Bahasa Bidayuh aku xpandai.Mama aku sorang yang strict,sporting sometimes.Sampai sekarang dia berkira dgn pilihan aku,even pemilihan baju yang aku pakai.Since aku anak tunggal memang masak la aku kena.Layankan jelah.haha...Happy birthday mama!!!...

Sunday, February 2, 2014

Tips: Cerahkan Ketiak



Tajuk pembelajaran hari ini agak hot eh.haha.
Normal la.Xyah malu.Nobody is PERFECT.Kadang2 perfect dimata manusia pun sebab Allah dah tutupkan aib kita kan.Ni bln lepas,sebab saje2 try deodoront baru la.Habis kulit melecet,xsesuai kot dengan kulit :-/.Kalau dah melecet tu mestilah lama2 jadi gelap2 sikit kan parut bawah lengan.Even bukan pakai sexy2 keluar,confident still boleh jadi low kan.So google,try,google try.Jumpa satu tips paling berkesan.Dah cuba dahpun,mmg happy dengan hasil dia,kulit area tu dah kembali ke warna asal.

just dua bahan sahaja.
cuka


baking soda :D
CARA-CARA:
Campurkan kedua bahan.Jangan risau kalau dia berbuih2,xda meletup punya.Patu scrub2 lah kat ketiaks u olls.Then amek facial cotton,lap.Tengoklah segala daki-daki,sel-sel mati kat kapas tu,warna facial cotton pun jadi coklat2.Pastu basuh bersih2 dengan air,then lap lah.Kemudian sapu la losyen ka,minyak zaitun kat area kulit tu supaya jadi soft x mengerutu.


Kalau xda cuka,boleh guna perahan lemon campokan dengan baking soda.Kesan memang boleh dilihat serta merta selepas scrub tu.Kulit area tu boleh nampak lebih cerah dari sebelumnya.Kalau nak cerah lagi mcm ketiak Snow White repeatlah 2-3 dalam seminggu.

Sebelum ni just guna baking soda untuk remove blackhead dan memutihkan gigi je.Xsangka banyak kegunaan baking soda ni.Jimat kan.

Saturday, February 1, 2014

Makan Tomato.



Aku tengah makan tomato sambil tengok tv,tiba2 dapat idea nak pos entri ni.Haha.
Entri pendek kali tentang makan tomato.Aku dulu bukanla sorang yang gemar sangat makan tomato,geli ehh rasa dia.Xsanggup nak telan camtu je.Wekkk..Tapi mengenangkan kebaikan Tomato tu untuk tubuh,aku telan jela laju2.

Baru2 ni dapat idea dari kawan untuk senang sikit menelan tomato tu.Aku potong halus2 lepastu letak GARAM sikit.Lebih lazat.Terus ketagih makan tomato,jadi snek ringan simpan dalam bekas makan kat mana2.Memang xloya lagi.Tapi make sure la xterlebih garam ,kalau x nanti dapat darah tinggi,pengsan kang..woot.woot.