Wednesday, February 18, 2015

Info : Bahayakah Paraben?

Assalammualaikum dan selamat sejahtera ~



Bila aku tengok statistik blog ritu..paling ramai komen hal kosmetik yang aku pos sebelum ni yang bertajuk ciri-ciri kosmetik ada merkuri,so entry kali ni pun tentang bahan kimia yang selalu digunakan dalam kosmetik,skincare,penjagaan tubuh badan dan sebagainya lah.Perempuan sekarang xmacam dulu,sekarang dah teliti nak pilih produk skincare.

PARABEN
Paraben ni sebenarnya sejenis pengawet.Ia digunakan secara meluas sebab paraben ni murah lepastu berkesan pulak tu untuk kosmetik/skincare tahan lama.Biasanya digunakan dalam dos kecil untuk menghalang pembiakan kulat,bakteria dan makhluk cenenot halus dalam skincare ataupun kosmetik korang.

Adik-beradik paraben pulak:methylparaben,ethylparaben,propylparaben,butylparabe,isobutylparaben dan isoprophylparaben.Antara semua paraben ni,methylparaben dikatakan paling merbahaya.Sebab methylparaben ni

ni contoh daripada masker aku bapak aku belikan.smpai skrg aku xpakai lg.
PARABEN TERDAPAT DIMANA?
Paraben ni boleh didapati dalam makanan,shampoo,krim moisterizer,produk2 anti-penuaan,foundation,lipstik,deodoront,pewarna rambut,ataupun eyeshadow.

APA YANG KONTROVERSI DENGAN PARABEN NI?
Yang paling kontroversi dikaitkan dengan paraben ni adalah meningkatkan risiko kanser payudara.Kanser payudara ni pulak dikaitkan dengan penggunaan deodoront.Sebab bila kita sapu deodoront kat tiak kita,area tu adalah area yang paling hampir dengan nodus limfa kita.Nodus limfa ni akan bengkak kalau ada mcm jangkitan,or benda asing dlm badan kita.Tapi ada pihak pengkaji yang cakap maklumat yang mengaitkan paraben dengan kanser payudara tu xberapa sahih,kajian xtepatlah apa lah.Tapi bagi aku ..bahan2 pengawet memang xbagus untuk kesihatan.

Selain daripada tu,paraben juga boleh menyebabkan iritasi pada kulit,kulit jadi alergik.Bagi lelaki pula,paraben mengurangkan tahap kesuburan.

Jadi time shopping topup skincare ke,barang mandian ke apa2 lah cuba luangkan masa tu kejap baca bahan2 kat dia,kalau ada "paraben2/ben2" hujung dia tu tinggalkan lah.Cari lain,sekarang banyak je produk paraben free.Memang susah nak elak produk paraben ni,tgk produk2 ada je jumpa paraben tu.Tapi kalau sayang kesihatan kenalah cari jugak kan yang xda paraben.

maskara pun ada paraben yek..check2



















                   





3 comments:

  1. Info yang bagus. Terima kasih kerana berkongsi. Tak pernah tahu pun sebelum ni.

    ReplyDelete
  2. xtauk glak pasal tok.. hehe

    ReplyDelete
  3. tengkiu ktk. kmk sukak entri tok.
    dapat tambah ilmu kamek pasal paraben tok. =)
    kmk bila beli produk nang nangga apa ingredient nya.

    ReplyDelete